Jumaat, Januari 08, 2010

Rentetan Isu & Peristiwa...!!!

Salam Perjuangan..
Sekian lama menghilang kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan kerja dan keluarga. Maklumlah, cuti sekolah n hujung tahun. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Sepanjang tidak menulis, berbagai-bagai isu dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita pada sekitar Disember 2009 hingga ke hari ini. Isu kenaikan harga gula, kemalangan bas Sani Ekspress, penggunaan kalimah Allah, 4 sekeluarga di sembelih, kemelut kerajaan PAS Kelantan dan keluarga Diraja, Kehilangan Enjin Jet TUDM,Viva Palestina, pingat Emas bolasepak selepas 20 tahun dan terbaru Nizar Jamaludin kemalangan di Ipoh serta berbagai-bagai lagi cerita dan isu yang mewarnai kita saban hari.
Namun yang paling diperkatakan tentunya keputusan mahkamah terhadap kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald Catholic. Ini yang telah menimbul kemarahan dikalangan umat Islam di Malaysia dan menimbulkan polemik politik.
Ada juga dikalangan umat Islam yang menyatakan ini sandiwara politik UMNO dan ada juga yang menulis kalimah Allah bukan hak UMNO/BN. Dan ada juga yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan gereja Catholic berkenaan. Nampak gayanya, mmg sukar untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia ni kerana masih ada segelintir yang setuju dengan keputusan mahkamah berkenaan dan masih bermain dengan isu politik. Masih berpegang kepada prinsip politik kuno dan sempit. Nampak gaya mereka ini seperti Politik Didahulukan, Sokongan Politik Diutamakan.
Maka, bertepuk tanganlah puak-puak yang sememangnya mahukan umat Islam di Malaysia ini semakin berpecah dan tidak sehaluan. Bersorak sarai lah mereka kerana kita sendiri bercanggah pendapat walaupun isu ini melibatkan Allah Yang Maha Esa.
Selepas solat jumaat siang tadi, ramai yang berdemontrasi secara aman bagi mengutuk keputusan mahkamah berkenaan dan berita yang mana 3 gereja cuba di bakar dengan molotov cocktail.
Jangan biarkan keharmonian dan keamanan negara ini diganggu gugat. Memang ada yang agak emosional dan sensitif dengan isu ini dan tidak hairanlah jika ada kedengaran lagi gereja cuba dibakar atau di sabotaj.
Bersatulah Demi Agama Islam walaupun ada yang berbeza fahaman politik.