Khamis, November 12, 2009

Ini Buktinya.. Tidak Perlu Disangkal...!!

Tidak perlu dinafikan lagi tentang bai'ah ni.
Untuk bacaan lanjut sila klik disini

Sudah terang lagi mau bersuluh.
Bangkai gajah xkan bleh tutup dengan serban nik aziz..

Pastu plak org tua tu kata smpai selipar dia pn orang nak jgak..
fuh..taksub sungguh. Selipar dia bleh beri syafaat masuk syurga ke pn??

Sendiri mau fikir la bro..

Rahsia Dalaman Parti...!!!


Pengakuan Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad


KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. "Saya tak pernah menghadiri majlis itu, kerana ia adalah rahsia dalaman parti. Saya tidak tahu apakah ungkapan yang dibaca, tapi suami saya memberitahu mereka perlu mengangkat tangan dan melafazkan baiah itu," katanya.


Pensyarah sebuah universiti swasta di sini itu, berkata sepanjang pengetahuannya, Khalid mengangkat baiah sebanyak lima kali dengan kali pertama ketika bertanding atas tiket Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Krai pada 1986. "Bagaimanapun, baiah talak tiga suami saya itu dilakukan buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu. Saya tak tahu sama ada wakil rakyat lain pun buat perkara sama," katanya. Zaitun yang dihubungi Berita Harian, semalam, berkata beliau tidak takut dengan tindakan suaminya melafazkan baiah talak tiga itu kerana percaya Khalid tidak akan mengkhianati parti.



"Saya tidak takut... dia bukannya nak tukar parti... dia serius dan mengambil berat mengenai hal itu. "Sebab itu dia mempertaruhkan sesuatu yang berharga... itu adalah antara dia dan Allah," katanya ketika ditanya sama ada beliau sedar mengenai kesan baiah itu yang mengakibatkan talak tiga jatuh dengan sendirinya ke atasnya jika Khalid melompat parti. Kelmarin, Khalid mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan amalan baiah talak tiga dalam Pas, yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu. Ditanya sama ada isteri wakil rakyat Pas lain pernah menghadiri majlis baiah itu, Zaitun berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sesama mereka.



Beliau juga berkata, baiah talak tiga diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti kerana ada percubaan 'membeli' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004 yang ketika itu hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di negeri itu.


Sumber Berita Harian.


Komen:
Kalau dia setia dengan parti apa perlunya bai'ah tu plak?? Lantak la dia nk dibayar berbillion pn..tp kalau pegangan dan tekad je teguh, xkan semudah itu je diaorg ni nk melompat parti?? dan kenapa isteri dan perkahwinan pulak yang dijadikan sebagai alat atau perisai?? ni seolah mengugut. Jadi kalau ada ada ahli DUN/MP yang tidak sehaluan dengan parti mereka hanya perlu menjadi pak hangguk je la??


Di Perak semua mengikut je cakap DAP n Nizar sorang je yg tehegeh-hegeh mempertahankan Ngeh n Nga..yg lain xberani nak bersuara mahupun nk keluar parti dan walaupun ada antara mereka yang tidak bersetuju dgn PAS.


Agama di jadikan permainan politik oleh mereka. Dan ini juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada agama islam itu sendiri. sekali kali kita memberikan ruang untuk Islam itu diperlekehkan. Agama dijadikan modal untuk menjayakan agenda politik mereka dan menghalalkan cara.


Sekian.

Rabu, November 11, 2009

Dr. Asri Tubuh Je Parti Baru..!!!

Dr. ASRI diberitakan pula tidak menolak kemungkinan untuk terlibat dalam parti politik kerana merasakan ruang sebagai penceramah bebas untuk menyampaikan ilmu semakin sempit.
Nadanya mungkin kecewa. Tetapi takkan lah baru diuji sebegitu rupa cepat sangat berputus asa. Apa nama perjuangannya.
Tetapi segalanya terpulang kepada Dr. Asri..tak perlu la kita pulak yang nak menentukan parti mana yang patut dia sertai. Dia nak masuk DAP ke, Gerakan ke, PKR ke, UMNO ke apa ke terpulang kepada dia.
Cuma, isu ini seolah - olah telah membuka satu lagi ruang untuk memburukkan imej Islam itu sendiri.
Agama di permainkan dan dipergunakan untuk tujuan politik. Sampai orang kafir boleh berucap di dalam masjid.
Sendiri mau fikir la bro..!!!

Kickdefella telah di Kick Keluar Dari PMBK!!


Alhamdulillah masih diberi kesempatan masa untuk menulis. Kekangan kerja dan hal - hal lain yang agak membataskan untuk menulis.


Hari ini diberitakan blogger upahan PAS Kickdefella telah diberhentikan serta merta oleh Nik Aziz. Klik sini untuk berita selanjutnya.


Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi mula berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada tahun 2007 telah menerima surat pemecatan yang ditandatangani oleh Ariffahmi yang juga CEO dan menantu kepada Nik Aziz pada hari Selasa semalam. Ini berikutan beliau dituduh membuat laporan kepada SPRM berhubung salah laku di PMBK dan dituduh bersetongkol atau berkonspirasi dengan BN/UMNO.


Kickdefella merupakan seorang blogger kontroversi kerana pernah menyiarkan artikel di blog nya berkaitan mengibarkan jalur gemilang secara terbalik. Beliau juga pernah menuduh Mufti Perak, Harussani Zakaria sebagai pelacur.


Kickdefella juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan kepada umum berkenaan dengan perkara ini.



Komen Pemuda Parit:

Nilaikan la sendiri, siapa yang menjadi blogger upahan di sebalik jawatan Pegawai Perhubungan Korporat.

Isnin, November 09, 2009

Negeri Sembilan vs Kelantan...!!

Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 61 tahun (kalo xsilap)..satu jarak masa yang begitu lama dan panjang. Dengan barisan pemain muda dan pemain senior, Negeri Sembilan agak mantap pada musim ini.
Dan tahniah juga kepada pasukan Kelantan. Walaupun di tinggalkan oleh Peter Butler di saat sepak mula Piala Malaysia, namun setelah diambil alih oleh B.Sathiananthan yg juga bekas jurulatih kebangsaan Kelantan muncul di final kedua tahun ini selepas kecundang juga pada Piala FA kepada Selangor tempoh hari.
Cuma yang agak menarik untuk dibicarakan ialah sikap dan tindakan liar penyokong Kelantan. Malu untuk diperkatakan tetapi itulah hakikatnya. Memang diakui semangat kenegeriaan mereka cukup menebal dan hebat. Tetapi tidak perlu diterjemahkan dengan cara yang demikian.
Sama juga kisahnya di Stadium Sultan Muhammad ke IV, juga bertemu Negeri Sembilan yang mana rusuhan di luar stadium yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan seorang budak lelaki yang cedera di mata trak polis di bakar. Di Bukit Jalil kelmarin, skrip sama juga berulang.
Tan Sri Annuar Musa mengambil tanggungjawab selaku Presiden KAFA yang mana beliau bertanggungjawab diatas segala tingkah laku dan tindakan liar penyokong Kelantan pada malam berkenaan. FAM akan mengambil tindakan tegas terhadap hal ini.
Penulis tidak mahu mengulas dari sudut politik kerana sukan merupakan medan untuk menyatu padukan semua rakyat tanpa mengira warna kulit, agama, faham politik mahupun kedudukan dan status.
Samseng bolasepak atau 'football hooligans' merupakan satu budaya yang terkenal di Eropah terutamanya di England dan tidak kurang dengan negara Eropah yang lain. Liga bolasepak mereka yang sememangnya kompetitif dan semangat penyokong mereka yang hebat dan luar biasa. Tetapi sikap hooligan mereka kebanyakan di luar stadium mahupun venue pertandingan. Mereka berdisiplin didalam stadium walaupun sesetengah stadium hanya beberapa meter sahaja memisahkan penyokong dan padang.
Penulis mempunyai banyak kenangan dalam bolasepak. Mungkin kita boleh berkongsi cerita di lain forum.
Cuma, bila dilihat kembali masih ada yang sayangkan bolasepak kita. Walaupun agak lesu disesetengah venue tetapi kehadiran puluhan ribu penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan tempoh hari menyakinkan kita bahawa masih ramai yang sayangkan bolasepak Malaysia.
Tetapi, tahap profesionalisma sesetengah persatuan bolasepak masih kurang dan masih bergantung kepada dana dari FAM tanpa mahu berusaha untuk mencari peluang² lain. Ada juga yang menjadikan persatuan bola sepak sebagai medan meraih sokongan politik dan tidak kurang juga untuk meraih publisiti.
Apapon tahniah kepada Negeri Sembilan dan Kelantan. Majulah bolasepak untuk Malaysia.

Bai'ah Dalam PAS!!

Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut.Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri.
Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr. Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai'ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya. Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik. Persoalannya mengapa sampai ke tahap itu pemikiran pemimpin Pas yang mencampurkan urusan parti dan perkahwinan? Mengapa wanita dijadikan mangsa kejahilan? Kita bukan berada di zaman jahiliah.
Sesungguhnya kita tidak terkejut dengan bai'ah seperti itu kerana Pas untuk sekian lamanya sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan politik berbanding kepentingan Islam. Ia jelas memperlihatkan budaya politik yang rendah pada parti itu selain kurang keyakinan dalam mengurus barisan wakil rakyatnya. Kita percaya tiada parti politik dalam dunia termasuk yang menggunakan label Islam mengadakan bai'ah menceraikan isteri talak tiga (yang tidak boleh dirujuk semula kecuali Cina buta).Rasanya juga tiada parti politik termasuk di negara mundur seperti di benua Afrika, yang wakil-wakil rakyatnya akan membenarkan diri terikat dengan sumpah seumpama itu yang tidak munasabah, bercanggah dengan semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan jiwa yang merupakan prinsip Islam.
Pas perlu ada keyakinan, ia bukan Parti Ajaran Sesat sebagaimana Ayah Pin yang mengubahsuai agama untuk kepentingan dan keseronokan diri. (Mungkin Ayah Pin pun tidak tergamak adakan bai'ah itu). Bagaimana jika kepimpinan Pas melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, kezaliman, kejahilan dan segala macam eksploitasi serta kelemahan memudaratkan tetapi enggan membetulkannya, apakah wakil rakyat Pas akan terus bersubahat dan tidak berani bertindak keluar parti?
Menurut Khalid, bai'ah tersebut bagi mengelakkan pengkhianatan, tetapi mengapa isteri yang menjadi galang ganti? Tidakkah ia bersifat ugutan yang melampau. Kalau begitu, mana-mana wanita yang berkahwin dan bakal berkahwin dengan aktivis politik Pas perlu berhati-hati dan bersedia dari sekarang kerana anda mungkin terjebak menjadi mangsa sumpah politik. Jika keadaan ini dibiarkan, kita tidak terkejut jika selepas ini, akan ada bai'ah lain seperti murtad seisi keluarga jika keluar parti. Sekali lagi, ia membuktikan Pas mempergunakan agama demi kepentingan dan muslihat politik. Kita melihat ini sebagai ketaksuban berparti yang akan terus meletakkan Pas sebagai parti ekstrem. Sebab itulah, Pas sukar memberikan impak dalam politik nasional. Parti itu juga selalu melepaskan kesempatan terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam pendekatannya sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dengan membatalkan bai'ah tersebut. Persoalannya apakah Pas bersedia melakukannya sambil mengakui kesilapan?
Yang Menariknya : Muslimat Pas pertahan bai'ah
Agak menarik kerana dalam para pemimpin PAS menafikannya, Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti. Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti. "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau pada seminar memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu. Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.
Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007."Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam. "Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya.
Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri. "Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah. "Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya.
Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti.
Komen : Pelik tapi benar kerana Ustaz Hadi pun tak mengaku ada perkara seperti ini ( bai'ah ) ada didalam PAS? Apa lagi yang pemimpin PAS hendak temberang mengenai Bai'ah...Husam Musa sendiri berkata yang perjuangan negara Islam hanyalah ideslisma sahaja manakala bekas MB Perak Nizar pula mancabar ahli dewan DUN Perak supaya ditunjukkan bukti yang PAS hendak menegakkan negara Islam? Jadi apa sebenarnya yang PAS perjuangkan? Adakah kerana semata-mata hendak berkuasa, agama di pergunakan. PAS menipu pengikut-pengikutnya dengan menggunakan undang-undang ALONG supaya ahli mereka yang terjebak tidak dapat melarikan diri lagi. MasyaAllah.
Dipetik dari Blog Belantan.

Hilang Kepercayaan / Sokongan Merosot!!

Seminar Memperkasakan Pas hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.Lebih mengejutkan para peserta seminar turut dimaklumkan bahawa rakyat mula hilang kepercayaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Berdasarkan kajian terkini oleh Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding 67 orang menyokong.Pensyarah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) itu memilih 2,100 orang sebagai responden bagi Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dijalankannya dengan tumpuan ke atas Abdul Hadi.Abu Hassan berkata, selain itu, 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif."Bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong," katanya.
Turut menjadi ahli panel dalam seminar di Markas Pas Taman Melewar itu ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Pakar Perlembagaan Persekutuan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut membentangkan kertas kerja.Abu Hassan menambah, kebanyakan mereka dari golongan berusia antara 41 dan 50 tahun yang berpandangan negatif terhadap Pas adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara."Kepimpinan Pas perlu memandang serius perkara ini kerana kebanyakan jawapan positif atau yang menyokong adalah dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz mengingatkan pemimpin Pas bahawa pengaruh mereka ketika ini datang daripada protes rakyat terhadap UMNO semasa PRU-12.Katanya, sokongan tersebut sangat rapuh kerana ia berasaskan protes dan boleh berubah bila-bila masa memandangkan yang berkuasa adalah rakyat, bukannya parti.Beliau menambah, corak politik pada pilihan raya umum akan datang pasti berbeza berbanding PRU-12 ketika rakyat melakukan protes terhadap UMNO."Bagi saya, kemenangan berasaskan protes tidak akan bertahan lama dan pada bila-bila masa boleh berubah."Pas perlu sedia berubah sepenuhnya terutama dalam isu pemilihan calon terbaik dan menerangkan kepada rakyat dasar parti,'' katanya.Beliau menegaskan, Pas menjadi amat berdosa jika gagal memberi yang terbaik kepada rakyat.
Abdul Aziz turut mengingatkan pimpinan Pas bahawa hala tuju negara ini bukan ditentukan oleh parti atau pemimpin sebaliknya rakyat yang berkuasa.Katanya, pimpinan juga perlu dilengkapi satu pasukan jitu dan pada masa sama perlu turun padang menjelaskan konsep parti kepada ahli-ahli akar umbi termasuk konsep negara kebajikan."Sesuatu yang konkrit dilakukan kerana pada masa ini terdapat dua parti politik berteraskan bangsa Melayu iaitu Pas dan UMNO, jika tidak akan berlaku konsep duplikasi semata-mata."Pimpinan juga perlu menerima teguran jangan terlalu mudah berkecil hati," katanya
Dipetik dari Mingguan Malaysia, 8 November 2009