Khamis, Disember 04, 2008

Bolehkah PAS Menerima Anwar Sebagai PM


Tajuk artikel penulis hari ini nampaknya mudah.Mungkin bagi sesetengah orang tidak perlu ditanya pun.Kenapa tidak perlu ditanya?Kerana bukankah PAS sekarang bersama Pakatan Rakyat.Dan Brother Anwar Bin Ibrahim adalah kepala Pakatan Rakyat.Kuatnya lagi pula hujahnya pula, bukankah Anwar diterima PAS sebagai Ketua Pembangkang sekarang ini!
Tetapi,penulis secara fana menanyakan soalan fundamental.Soalan yang asas.Bolehkah PAS menerima Anwar sebagai PM?Berdasarkan ayat-ayat di perenggan pertama tentunya khalayak ramai mengatakan ya!PAS boleh menerima Brother Anwar Bin Ibrahim sebagai PM.


Namun,PAS ada perangai.Perangai PAS kita mesti lihat dalam dunia realiti.Perangai PAS adalah tidak akan lepas benda yang dia genggam.Kalau dia beri,mesti ada yang tak kena.
Buktinya mudah.Sebelum ada PKR,bagi anak-anak muda reformasi dan mahasiswa PAS yang tidak pernah tahu apa itu politik sebelum ini,ada parti namanya Semangat 46.Di Kedah,PAS tahu kerusi seperti Sungai Petani,PAS tidak boleh menang.Begitu juga Jeli, PAS kena kerja lebih.Kerusi seperti itu, PAS beri kepada Semangat 46.


Tradisi memberi kerusi bunuh diri kepada rakan sekutu diteruskan oleh PAS bila PKR diwujudkan.Kita lihat di Perak,PAS simpan kerusi Parit Buntar yang diketahui kubu kuatnya tetapi menyedekahkan kerusi Parlimen Bagan Serai kepada PKR.Bolehkah PAS dengan senang hatinya memberi kerusi selesa PAS kepada PKR seperti Pendang,Kubang Kerian ataupun Tumpat?Jawapannya tidak.PAS tidak akan beri.


Sebab itu, sekarang PAS menyesal memberikan kerusi Parlimen dan DUN yang "kurang selamat" kepada PKR.PAS tidak sangka pilihanraya ke 12 tempoh hari,UMNO boleh kalah banyak.Jika PAS tahu, tentu PAS akan menuntut lebih banyak kerusi.


Almaklumlah,PKR tidak ada calon, sampai budak umur 32 tahun boleh jadi Timbalan Ketua Menteri PKR.Jangan cakap lagi,tukang gambar kes Lingam yang nampak ala-ala Pak Pandir pun menjadi calon PKR serta menang pula.PAS memang tidak sangka,jikalau tidak tentulah banyak kerusi yang PAS nak bertanding.Tentulah yang jadi MB Selangor dan TKM Penang adalah orang PAS dan bukan PKR akibat salah kira think tank PAS.


Sekarang berbalik soalan asal tadi,PAS sebenarnya hanya setuju dengan Anwar kerana ingin merampas beberapa negeri di Utara Malaysia dari UMNO.Itu sahaja.PAS dalam tamrin,usrah,Harakahdaily dan Tranungkite sahaja yang berdegar-degar hendak memerintah Malaysia.

Tetapi pimpinan dan tukang susun calon tahu, sampai bila pun mereka tidak boleh perintah Malaysia kerana tidak cukup kerusi untuk bentuk Kerajaan.Kalau buat tahalluf pun,DAP tentu sekali tidak beri PAS laksana Hudud.Jadi tinggallah PAS dengan angan-angan Mat Jenin kalaupun disokong jadi Ketua Barisan Alternatif.

Oleh itu, PAS sekarang menyokong Anwar kerana yakin Anwar tidak akan menjadi PM.Kerana hanya PAS sahaja boleh memerintah.Penyokong PAS menganggap PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

"al-Islam, ya'lu walaa yu'la 'alaih"

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.
Jadi macam mana PAS hendak mengiktiraf Anwar lebih tinggi darinya?Adakah Anwar lebih tinggi dari Tuan Guru,pewaris Nabi?Impossible.Ahli Jamaah PAS berbai'ah dengan PAS,jadi sanggupkah Hadi Awang berbai'ah dengan Anwar sebagai PM?Tidak logik bagi orang yang biasa ikut usrah dan tamrin.

Orang PAS geli dengan UMNO kerana UMNO mereka rasakan parti rasuah dan banyak skandal.Masalahnya,kebanyakan tuduhan rasuah dan skandal itu pun hanyalah dengar cakap-cakap orang dan bersumberkan laman-laman dan blog-blog picisan yang entahkan betul, entahkan tidak. Malangnya,orang PAS percaya dengan tanpa soal kalau ada pemimpin UMNO dituduh berzina,berskandal ataupun makan suap walaupun tiada saksi hatta seorang pun.
Tetapi sedarkah mereka akan realiti?

Ikut logiknya, orang PAS adalah bersih dan pemimpinnya juga bersih.Cuba kita baca tulisan Yahya Ismail yang dipetik dalam AIDC.Menurutnya:
"Sekiranya anda berpendapat antara Anwar dengan seorang bapak ayam merangkap tauke judi tidak apa-apa dan tidak menjejaskan imej ketokohannya sebagai pejuang Islam maka tanya pula kepada Tuan Guru Nik Aziz apakah beliau sanggup bersahabat dan bermain guli dengan Lim Goh Tong, tauke kasino genting Berhad?

Besar kemungkinan Nik Aziz akan menolaknya kerana beliau sedar adalah tidak bijaksana dan bertentangan dengan akhlak penganut Islam bersahabat dengan seorang tauke judi apalagi dengan bapak ayam. "

Itu baru bersahabat.Jikalau ada pemimpin PAS dituduh liwat,sanggupkah ahli-ahlinya berbai'ah dengan pemimpin yang kepinginkan dubur sesama jantina?((Sukar membayangkan Hadi Awang masih kepingin berbai'ahkan Anwar setelah ada orang yang bersumpah, sanggup kena laknat tujuh keturunan).

Mungkin ada yang katakan,"Ini tentu fitnah".Namun, bukankah aparat-aparat PAS suka mengambil Jepun sebagai teladan.

Pemimpin Jepun sekiranya ada orang cakap belakang tentang dirinya rasuah ataupun ada skandal seks, tidak kisahlah fitnah mahupun betul,keesokan harinya dia akan letak jawatan sehinggalah siasatan selesai.Bagaimana dengan Anwar?Maka, jauh lagilah kebersihan dan ke'sensitif'an politik Islam PAS dari Jepun yang kafir dan tidak pernah tahu usrah itu.
Bolehkah PAS menerima PM yang diketahui umum menyedekahkan bapa,adik-beradiknya dan teman rapatnya dengan jutaan saham-saham kompeni strategik?Kita bukan bercakap tentang si anu ataupun si anu yang PAS dan PKR selalu cakap sekarang ini, tetapi tentang Anwar.

Bolehkah orang PAS menutup mata dengan berPerdana Menterikan orang yang tuduhannya adalah kamiran kepada semua tuduhan yang selama ini mereka tuduh kepada pemimpin UMNO.

Lucunya, PAS boleh menerima seorang Perdana Menteri yang "lengkap pakej"nya ditambah dengan aksesori lagi.Hebat PAS!Syabas!

Syabas Mera Betti cakap Hindi kepada PAS!!!(Anwar kan suka tengok Hindustan?)
Oleh itu,penyokong PAS wajar bertanya kepada diri sendiri,bolehkah anda semua menerima Anwar sebagai PM?

Rabu, November 26, 2008

Nik Aziz Bukan Lagi Penasihat PAS


Pada 22 November 2008, dalam Buletin Utama, TV3, Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) menyatakan bahawa dia tidak mahu masuk campur berkaitan cadangan kerajaan PAS Kedah yang mahu membangunkan projek ternakan babi di tapak seluas 162 hektar di Bukit Selambau. “Saya nak jaga kerajaan negeri Kelantan saja, saya tak mahu campur kerajaan lain, minta maaf” demikian ulas Nik Aziz ketika diwawancara mengenai isu babi di Kedah.Bukankah Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS, tetapi mengapa tidak mahu masuk campur?



Sebagai seorang penasihat, Nik Aziz perlu tegur perkara yang tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan PAS. Biarpun cadangan untuk membina kandang di Bukit Selambau dibatalkan, tetapi projek ini tetap juga diteruskan di tempat lain.



Berucap pada Siri Wacana Gapena V anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena), pada 22 November 2008, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri) berkata, PAS rela menerima perkara itu (penternakan babi), malahan tidak lagi berani untuk bercakap mengenai penubuhan negara Islam.



Oleh itu kata beliau, orang Melayu juga tidak boleh mengharapkan PAS untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai. Nik Aziz pun tidak berani lagi menegur apa yang silap dalam PAS. Ini bermakna, Nik Aziz bukan lagi seorang penasihat PAS kerana dalam perkara penternakan babi di Kedah, Nik Aziz tidak mahu masuk campur. Ruginya orang PAS, bila penasihat PAS yang digelar Tok Guru pun enggan menasihati PAS lagi dalam isu babi.

Jumaat, November 21, 2008

Sorotan Persidangan Dewan


PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri selama empat hari bagi meluluskan Bajet 2009 yang berakhir pada 11 Nov lalu sememangnya menarik untuk diperkatakan dari banyak segi dan sudut.


Seperti juga Parlimen, sidang Dewan Negeri Perak tidak lari daripada menyaksikan berlakunya keadaan tegang akibat pertikaman lidah antara wakil-wakil Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang kini menerajui kerajaan Perak.


Ini adalah sidang Dewan kali kedua bagi Pakatan Rakyat setelah mengambil alih pentabdiran kerajaan negeri Perak sejak Mac lalu.


Pemerhati yang hadir (bergantung kepada fahaman politik masing-masing) mengikuti persidangan adakalanya terhibur dengan gelagat-gelagat ahli Dewan daripada kedua-dua belah dalam insiden “kena-mengena” antara satu sama lain.


Banyak insiden lucu yang berlaku tetapi yang paling menggelikan hati adalah apabila exco Pembangunan Industri dan Penerangan Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang) menampakkan kebodohan beliau secara terang-terangan dengan mengaku tidak tahu akan perkataan MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) yang berada di bawah portfolio beliau sendiri.
Apapun, yang penting persidangan Dewan kali ini berjaya membuka mata banyak pihak akan kepincangan pentadbiran kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat yang sering mengkritik BN.
Ini berikutan banyak persoalan yang dibangkitkan oleh BN mengenai hal-hal rakyat tidak dijawab oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan sepuluh exconya yang handal.


Jika ada pun, penjelasan Nizar sering tidak memuaskan hati.
Antara isu yang gagal dijawab adalah soalan yang dibangkitkan oleh Tajol Rosli dan Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) samada Nizar mahu menafikan jasa kerajaan BN apabila Nizar sendiri telah mendapat banyak manafaat seperti biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kontrak-kontrak kerja menyelenggara bangunan kerajaan sebelum beliau menjadi Menteri Besar.


Nizar juga tidak menjawab tuduhan Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak adil dan tidak ikhlas apabila ia memberi 1,000ha tanah untuk diagih-agihkan kepada 689 Sekolah Agama Rakyat berbanding 1,000ha tanah kepada 9 buah sekolah persendirian Cina (SUWA) di Perak.


“Jika dibahagikan,setiap sekolah SAR ibarat mendapat RM1.45 sen manakala sekolah Cina pula RM111. Apakah ini keadilan,” beliau menyoal.
Saarani juga bertanya bilakah Nizar mahu mengotakan janji untuk mengisytihar harta kesemua ADUN dan exco Pakatan Rakyat termasuk dirinya seperti yang diumumkan semasa mesyuarat dewan pada bulan Mei lalu.
“Sila beritahu bila. Esok…lusa…atau sepuluh tahun lagi,” cabar Saarani.


Dakwaan pemberian kelulusan balak kepada 30 ahli DAP juga tidak dijawab Nizar dengan memuaskan hati seperti mengemukakan bukti ianya tidak berlaku.
Hasbullah telah membuat dakwaan tesebut bagi menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat adalah ibarat “paku dulang, paku serpih” kerana telah mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni-kroni apabila berkuasa.
Paling menghampakan adalah jawapan Nizar terhadap isu pemberian cuti berbayar exco RM20,000 yang diberikan setahun sekali berbanding era pemerintahan BN hanya sekali sepenggal.
Nizar berkata pemberian elaun setahun sekali dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat kerajaan terdapat peruntukan yang membolehkan exco mendapat cuti berbayar setahun sekali.
Nizar bagaimanapun tidak menjawab soalan Datuk Dr Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor) yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak mengkaji pelaksanaan tersebut memandangkan kegawatan ekonomi pada masa ini dan jika ianya adalah satu pembaziran wang rakyat.
Sepanjang persidangan Dewan juga, sikap berat sebelah Speaker V.Sivakumar juga semakin ketara dalam mengendalikan mesyuarat.


Walaupun beliau dikehendaki bersikap “neutral” tetapi amat jelas Sivakumar banyak memenangkan pihak Pakatan Rakyat yang diwakilinya.


Sivakumar juga sering bersikap emosional apabila beliau sendiri adakalanya mengambil bahagian bertegang lidah dengan wakil BN sehingga Zambry terpaksa mengingatkan sebagai Speaker adalah tidak wajar beliau menjerit dan meninggikan suara untuk mengawal keadaan.
Benarlah seperti kata mantan Menteri Besari:- “Mentadbir kerajaan bukanlah semudah berhujah dan berceramah di tepi-tepi jalan,”


Dengan nada sinis, Tajol Rosli mengingatkan kerajaan Pakatan Rakyat - “bikin tak sesenang cakap, cakap tak serupa bikin”


Bajet Pakatan Pembangkang Negeri Perak Tidak Menjana Pertumbuhan Ekonomi Negeri


IPOH - Bajet negeri kebajikan yang dibentangkan oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sebenarnya adalah pendekatan populis yang tidak akan menjana pertumbuhan ekonomi Perak.


Pengerusi Barisan Nasional Perak Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali berkata kerajaan Pakatan Rakyat tenggelam dalam usaha mewujudkan sebuah negeri kebajikan dalam Bajet 2009 sehingga pendekatan yang diambil akan menyebabkan ekonomi negeri menguncup. Jelasnya penguncupan ekonomi akan berlaku disebabkan langkah kerajaan Pakatan Rakyat mengurangkan perbelanjaan pembangunan lebih daripada RM5 juta dan pada masa sama mengurangkan defisit kepada RM25 juta. Katanya perbelanjaan pembangunan bagi 2008 semasa BN memerintah adalah RM180 juta manakala jumlah peruntukkan Pakatan Rakyat bagi tujuan sama untuk tahun depan adalah RM175 juta.


Berucap ketika membahaskan Bajet 2009 pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri pada 11 Nov, Tajol Rosli berkata RM175 juta perbelanjaan pembangunan adalah sesuatu yang teruk berikutan kadar inflasi yang tinggi pada masa ini. Sambil menyifatkan bajet itu sebagai daif, “counter-productive”, hambar dan “non-developmental”, beliau menegaskan bajet itu gagal mencerminkan pendekatan pertumbuhan mampan atau “sustainable accelerated economic growth”. “Di masa kita semua berhadapan dengan kelembapan ekonomi dunia, wajar bagi kerajaan negeri mengambil langkah menggalakkan perbelanjaan bagi menjana ekonomi. “Kita tidak nampak bagaimana dasar-dasar kebajikan yang lebih kulit daripada isi ini akan membawa negeri Perak kearah kemakmuran ekonomi. Ianya lansung tidak memberangsangkan. “Dasar populis baik…tetapi selain buat kebajikan, pertumbuhan ekonomi perlu dijana. “Pada masa sama kita juga tertanya-tanya apakah huluran-huluran ehsan (seperti pemansuhan saman, 20m padu air percuma, sumbangan gula, beras, minyak masak, geran kekal) akan berterusan atau sekadar imbuhan serta hadiah diatas kemenangan pilihan raya,” katanya.


Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membentangkan satu bajet defisit sebanyak RM25 juta dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM175 dengan penumpuan diberi kepada program-program kebajikan. Tajol Rosli juga menyifatkan bajet 2009 yang dibentangkan adalah satu kerja “cut and paste” kerajaan Pakatan Rakyat dengan mengumpul laporan bajet-bajet tahun-tahun sebelumnya lalu mencantum dan menyambungnya. Ini kerana segala projek-projek pembangunan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat adalah projek yang dirancang oleh kerajaan terdahulu dengan sesetengahnya sedang dalam perlaksanaan dan sebahagian lagi akan dilaksanakan, katanya.


Beliau berkata tindakan Pakatan Rakyat bermegah-megah dengan menyenaraikan projek seperti Perak Hi-Tech Park, pelaburan Spacetoon, MSC@Meru Raya adalah umpama “lembu punya susu, sapi dapat nama” Tajol Rosli juga menyoal tindakan kerajaan negeri mengambil keuntungan daripada GLCs seperti Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Kemajuan Pertanian (SADC) dan Perbadanan Kemajuan Negeri sebanyak RM50 juta kesemuanya sebagai jalan keluar meningkatkan pendapatan kerajaan. Jelasnya tindakan ini akan membawa kepada kemusnahan kepada syarikat-syarikat kerajaan terutamanya LAP yang dijangka akan memperolehi lebih RM100 juta keuntungan bagi tahun 2009. “Tidak sepatutnya dana tersebut diusik kerana ia akan menjejaskan kestabilan kewangan syarikat, dan jika ini berterusan ia akan menyebabkan dana menguncup dan mengekang syarikat daripada berkembang,” katanya.



Dengan merujuk kepada prestasi kewangan LAP, Tajol Rosli berkata agensi terbabit hanya mencatat keuntungan sebanyak RM5 juta semasa beliau mengambil alih sebagai pengerusi LAP pada tahun 1999. Beliau berkata dengan perancangan dan pengurusan yang baik, keuntungan LAP kini naik mendadak selama lapan tahun beliau menerajui agensi tersebut. “Prestasi kewangan LAP meningkat berkali-kali ganda kerana kerajaan negeri langsung tidah sentuh dana agensi terbabit dan ini membolehkan ianya terus berkembang,” katanya. Tajol Rosli berkata selama menjadi pengerusi LAP hanya sekali beliau membuat keputusan mengambil keuntungan daripada agensi itu pada akhir tahun 2007 bagi menampung peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri berjumlah RM70 juta bagi tujuan membayar kenaikan gaji kakitangan awam.


Dalam ucapannya, beliau juga mempersoalkan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat memberi keutamaan kepada sektor yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi. Katanya peruntukan tambahan mesti disalurkan kepada jabatan-jabatan penting seperti pertanian, perikanan, haiwan, pengairan dan saliran, dan Jabatan Kerja Raya bagi membolehkan jabatan ini bergerak. “Negeri memerlukan aktiviti-aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan yang lebih banyak bagi mewujudkan peluang-peluang ekonomi. “Selain daripada itu, kita juga memerlukan kerajaan negeri memberi tumpuan lebih kepada projek-projek infrastruktur bagi menyediakan kemudahan jalinan infrastruktur yang hebat untuk menarik pelabur,” katanya.


Dipetik daripada www.perakbn.com.my

Fatwa baru PAS (Kedah): Babi kini 'Halalan Toyiban'


Artikel lepas gap ada buat pendedahan BOCOR 1.isunya tentang rancangan dap/mca/gerakan/konglomerat cina untuk menghalau melayu.menguasai negeri melayu secara sistematik. caranya mudah perbanyakkan kawasan penempatan baru untuk mereka.salah satu kaedahnya meletakkan benda yang menjadi haram pada melayu iaitu babi. di selangor kerjasama babi ini dibuat antara pkr melayu dan dap.lokasinya di ladang tumbuk sepang sebuah kawasan 80% melayu.

Bila ada babi maka orang melayu secara beransur ansur akan keluar PINDAH dan orang cina perlahan2 masuk.hasil kerjasama celaka ini satu kawasan melayu telah hilang iaitu ladang tumbuk.kenapa mereka pilih ladang tumbuk gap ? kerana 10km kelilingnya adalah kawasan bakal membangun klia,sepang,cyberjaya dan putrajaya. dlam masa 10 tahun bila babi ada di ladang tumbuk kawasan ini dan sekitar nya telah pun maju.melayu sudah tiada maka senanglah mereka menguasai ekonomi setempat. itulah yang telah terjadi di petaling jaya.pada 1970 80% penduduknya adalah melayu. perlahan lahan cina menyesakkan kawasan itu dengan bangunan kedai,gereja dan hari yang memonopoli kawasan itu adalah cina. subang kini menuju ke arah itu.ini adalah teori rakan-rakan karkun (jemaah tabligh) yang hingga kini masih menjadi panduan hidup aku. karkun kata " kita kena berhati2 bila berkata..lagi kuat hujah kita berkata lagi laju ujian itu datang". sambung kawan gap si karkun tu " ianya macam bola..perlahan kita baling ke dinding maka perlahanlah impak yang melantun.jika kuat balingan bola itu ke dinding maka kuatlah lantunan bola ..silap aribulan kena tepat kat muka sendiri"..itulah kiasan karkun yang diambil contoh di atas daripada sabda nabi saw yang bersabda kiranya tiada apa yang perlu cakap maka lebih baik DIAM !dulu masa kes JE dan virus nipah di negeri sembilan sekitar penghujung 1990 an, pas merupakan tukang sorak yang mem propagandakan isu babi..pelbagai gelaran diberi kepada umno.antaranya negeri sembilan darul khinzir,mb kerbau pendek (kebetulan isa samad memang ketot),negara islam pengeluar babi..bla bla bla..sebut sahaja nama mahfuz,mat sabu,hasan ali,dewan pemuda pas semuanya tatkala berada di atas rostrum taman melewar,rumah orang atau mana saja tempat ceramah maka merekalah yang memikul tugas penceramah babi pas. lepas cerita babi kepada pak2 lebai..lepas ceritakan kehodohan umno di negeri sembilan mereka beramai2 akan bertakbir !!!!! tanda puas sebagai pendakwah islam menghina sehina hinanya saudara islam yang lain..jangan risau sheikh..ini tak dapat dosa punya pasal menjadi ahli pas confirm masuk syurga !masa berlalu hinggalah ke malam tadi..adussss biar betul gap tepuk dahi.PAS KEDAH NAK BELA BABI SKALA BESAR-BESARAN.apa yang dihujahkan adalah mengurus penternakan babi secara profesional seperti cadangan rakan se-per-babian mereka di selangor.lokasinya di kedah.ALASAN TAICINYA MUDAH...meneruskan kertas cadangan kerajaan negeri dulu.


DULU pas begitu marah kepada amerika atas pelbagai sebab.amerika kafir,amerika jahat,serang iraq,bunuh bla bla bla..maka beraraklah mereka setiap jumaat mengadakan demonstrasi di jalan tun razak. tak cukup dengan itu KITA BOIKOT BARANGAN AMERIKA. STARBUCK,MC DONALD,KENTUCKY,COKE DLL..HARAM HARAM MEMBELI BARANGAN AMERIKA.tak cukup dengan itu disebarkan segala info kedalam internet.hehe..hoho macam santa klaus bawak hadiah krismas, tersenyum ahli2 pas membangkitkan semangat anti amerika..siapa hero pas gap ? tak lain mat sabu,salahudin ayob,dr hatta,mahfuz dll..mereka dijulang bagaikan panglima perang badar !


POOOORRRAHHH...lepas kecoh nak boikot tup tup mat sabu jumpa guang eng kat restoran mc donald juga !!!! HIPOKRIT PALING MEMUALKAN !dulu pas kata babi haram.duit kerajaan negeri haram,gaji haram hasilan penjualan babi. PERSOALANNYA SEKARANG adakah babi belaan pas nanti boleh bertukar fatwa menjadi halalan toyiban ?dah takde binatang lain yang boleh dibuat binatang belaan ke ?lembu kambing dah pupus ke kat kedah ?


SEJARAHNYAtidak pernah lah dalam sepengatahuan hidup gap..membaca dalam kitab quran dan hadis, atau terbaca dalam mana2 buku sejarah ada pemimpin atau kumpulan islam membela babi sebagai cara penjanaan ekonomi mereka !nabi musa pun tatkala dijodohkan oleh bapak mentuanya, telah diperisterikan dengan wanita pengembala kambing.begitu juga dengan nabi muhammad saw yang mengembala kambing sewaktu kecil. sebut sahaja uthman affan ra jutawan islam yang punyai banyak ladang kambing dan unta.ahmad albab pun bela kambing dan lembu..mana ada babi ? tapi pas ALAHAI PAS ALAHAI.....ala kasim ala kasim ampunkan mak kasim..mungkin inilah luahan kecewa pengundi pas !!!! arrrrgghhh...aku undi suruh tegak negara islam..dia buat negeri babi !!!


DENGAR KABARketua kumpulan hamas khalid meshal mesti menangis melihatkan gelagat gilakan-babi pas ! osama dan aiman zharawi mesti solat taubat bila baca kiriman email dpd al qaeda cawangan kedah tentang cadangan pas buat kandang babi !hasan nasrallah,moqtada as sadr dengar kabar sedia menghantar pengebom berani mati untuk mematikan cadangan pas nih !mungkin juga mullah omar sanggup membutakan matanya yang lagi satu dpd melihat satu lagi projek gila-babi kumpulan pas!


TEPUK TEPUK TEPUKdap dah stat buat kenduri babi kali ini. bijak cina menguasai otak melayu pakatan.bijak cina singapura.bijak mat salleh...tempat bela biarlah selangor dan kedah..tempat makan tempat aku.janji singapore bersih,janji britain bersih. ada juga orang islam sanggup mati-matian bela babi ..hehehehe..takpa takpa cekkk..demi undi. sistem terbaik bela babi ? kuman babi takkan hilang itulah fakta yang tak boleh dipertikaikan.mungkin pas dah ketemui ubat penghapus babi..mmm mungkin.dalam hati cina sikit hari ini pas boleh kasi check mate...hehe bisik hati orang cina..baru sikit kata aku mau jadi umar abd aziz..baru sikit baca ayat quran masa pembentangan bajet perak..ini pas sudah kembang jubur.kembang buntut.buntut ada kasi naik lo...baru buat dua ini pas sudah kasi BABI LOOO....aiyah manyak cinang...akir kata..itulah bala bila mengata orang berlebih-lebih. akirnya pas juga bela babi.betullah kata kawan karkun aku. dalam hati mungkin pas baling bola kuat sangat kat dinding sampai melantun kat muka sendiri !


PAS PIS PUS..SELAMAT MENGGADAI MARUAH KAMU ! HUDUD SUDAH HILANG ENTAH KEMANA..NEGARA ISLAM PUN DAH LUPA.BABI PERJUANGAN UTAMA.ANWAR DAN KALID SENYUM GEMBIRA.HILANGLAH LAGI SATU KAWASAN MELAYU. PJ,SUBANG,LADANG TUMBUK KINI MENDAPAT 'AHLI' BARU.-GAP-

Khamis, November 20, 2008

Rahsia SEPET II, PKR & Agenda Cina Raya


MULA-MULA cukup hebat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bila berdepan dengan PKR dan DAP, dalam isu dasar baru kerajaan PAS Kedah berhubung pemilikan kuota rumah Bumiputera yang dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus.
Baru padan muka pemimpin PKR dan DAP. Mereka ingat, gabungan Pakatan Rakyat, merekalah ketuanya. Rupa-rupanya, PAS tidak pernah pun mengikhtirafkannya. Apa yang mahu mereka katakan. Masalah yang mereka haDAPi, cuba mereka sembunyikan.


Azizan berkata, pemimpin PKR dan DAP dari luar Kedah tidak layak untuk campur tangan hal dalaman negeri itu selain tidak berhak mengajar beliau membuat keputusan terutama membabitkan perkara berkaitan dasar kerajaan Pas Kedah.

Dengan lain perkataan, Azizan ingin memberitahu PKR dan DAP, usah menyibuk hal orang. Jaga diri masing-masing, jaga parti masing-masing. Cuma, latarbelakang Azizan sebagai ustaz tidak menyebabkan beliau bercakap kasar seperti itu tetapi, maksudnya begitulah - perbetulkan diri masing-masing dulu sebelum mengajar orang lain.

"Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya PAS Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas."

"Kenapa Azmin (Azmin Ali,Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu menguris hati orang Islam dan Melayu," katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Malaysia, Sabtu, 15 November lalu.
Kalau para pengundi mengikuti perkembangan ini, sekarang mereka akan sedar betapa teruknya PKR apabila satu-satu perkara yang dibuat dilihat menguntungkan Melayu dan Islam, mereka akan berusaha untuk menggagalkannya. Tetapi jika ada bukan Melayu yang menghina Melayu, mereka diam, seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya.

Lebih-lebih lagi Azmin, dia cukup berkuasa dalam PKR. Tidak hairanlah, ramai yang bertindak meninggalkan parti itu kerana tidak tahan dengan penguasaan Azmin yang sentiasa dilihat menguasai pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di kalangan bekas kawan-kawan Azmin mengatakan, Anwar lebih "mesra" dengan Azmin dari Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail. Kata mereka, susah kalau mahu berbincang hal-hal politik sekiranya Azmin ada sama dalam satu-satu pertemuan itu.

Jika orang dalam PKR tidak berani menegur Azmin, Azizan bertindak lebih keras dari yang lain-lain. Lim Kit Siang tentunya terkejut dengan "pukulan lembut" Azizan itu, walaupun selepas ini media milik mereka akan melaporkan "mereka sudah berdamai" dan semua masalah sudah berjaya diselesaikan. Hakikatnya, mereka sedang menyapu sampah di bawah permaidani.Ikatan dikaki Azizan oleh DAP, PKR

KEMUDIAN, asalnya Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan mahu membantu Melayu. Caranya menaikkan kuota pemilikan rumah murah mampu milik untuk bumiputera atau sebut Melayu. Rasionalnya MB Kedah mahu melakukan sedemikian kerana 80% daripada 2 juta penduduk kedah adalah Melayu. Kalau tengok rancangan 'bersamamu' Kedah lah masalah no satu, lebih mengharukan pula semua mangsanya Melayu. Alahai pemimpin Melayu dulu, rumah kopak kapik, kalau Lewis Hamilton buat ujian memandu maka confirmlah tercabut segala paku. MB Azizan banyak baca buku, apa yang logik aku buat dulu. Rumah Melayu kasi tambah dulu, kalau boleh tak maulah tengok rakyat Kedah menangis dalam cerita 'bersamamu'. MB Azizan kata PASs ke UMNO ka aku bantu, janji Melayu..

Maka dinaikkan kuota pemilikan daripada 30% kepada 50%. Rupa-rupanya MB Azizan tidak mengetahui bahawa keputusannya itu TELAH MENGANGGU SATU RANCANGAN PEMIMPIN PKR DAN DAP UNTUK MEWUJUDKAN KAWASAN PENGUNDI CAMPURAN PARLIMEN/DUN YANG BARU SEDANG DIRANGKA DI PERAK DAN KEDAH. BANYAK KAWASAN PENGUNDI Melayu BOLEH MENGGUGAT CITA-CITA MEREKA. Maka proksi di arah menjalankan kerja. Cadangan kuota tambahan dibantah oleh konglomerat kontraktor cina. Kemudian ia disahut oleh GERAKAN pula. Lebih melarat lagi apabila pemimpin Pakatan Rakyat dari luar juga masuk campur. Teng Chang Kim (speaker DUN selangor yang pernah ditempeleng oleh arwah abang z) serta Azmin Ali mula mempertikaikan tindakan MB Azizan.

RUPA-RUPANYA MEREKA SEDANG MENGATUR AGENDA, PKR DAN DAP ADA KOWTIM JUGA. Ini MB Kedah kita hantam sama-sama, kasi tunjuk sama non-malay..ini PKR dan DAP satu jiwa, satu bangsa satu spenda.

1) PKR Melayu (sebut Anwar, Azmin ali) mahu menunjukkan konsistensi kepada pengundi non-malay bahawa mereka masih konsisten tentang perjuangan menghancurkan DEB. Untuk mereka kehilangan undi merupakan satu igauan buruk kepada mereka nanti.

2) Kumpulan bah kut teh semakin menunjukkan taring. Perkhabaran yang diterima bahawa mereka kini dalam proses merancang satu kawasan 'cina raya' iaitu yang berpusat dari selatan hingga ke utara tanah air. Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah serta Perlis merupakan link lingkaran 'PERTAMBAHAN PENDUDUK' cina bagi menguasai Malaysia. Perancangan teliti ini mengambil masa 10 tahun iaitu 2 kali pilihanraya dengan meletakkan tarikh tamatnya pada waktu yang disebut. Hanya dengan isu penempatan tetap ini sahaja lah mengikut perkiraan mereka boleh meranapkan penguasaan parti Melayu di kedah serta negeri-negeri lain secara total. Lebih banyak kawasan cina/campuran ditambah lebih besar peluang untuk mereka menguasai undi.

3) Plan ini disokong oleh Melayu PKR. Mengikut maklumat apa yang mereka akan lakukan adalah bergabung (PKR+DAP) bagi menghalang/menutup segala apa peluang dan ruang untuk mana-mana parti Melayu menguatkan cengkaman. Berdasarkan sumber maklumat, gabungan ini mahu mewujudkan lebih banyak kawasan campuran pengundi bagi memudahkan mereka menguasai kawasan penentuan kerusi DUN dan parlimen. Tindakan MB Kedah menambah kuota sebenarnya boleh merosakkan perancangan paling teliti yang sedang dilakukan. Kepada siapa yang agak was-was tentang 'kebocoran maklumat' ini maka bolehlah dirujuk kepada isu pemberian 1000 ekar tanah kepada 9 sekolah cina di Perak. Sudah terjadi atau tidak atau baca kenyataan MB boneka Perak dalam belanjawan baru-baru ini yang mempelawa semua RAKYAT untuk meneroka tanah kerajaan negeri. Samada telah berlaku ataupun tidak.

4) Umum mengetahui bahawa MB Kedah merupakan satu karektor yang keras kepala. Bukan setakat itu sahaja. Azmin, Anwar malah Kit Siang juga mengetahui bahawa MB Kedah merupakan antara kepala-kepala penting PAS yang menentang kumpulan erdogan. Lebih memburukkan lagi apabila MB Kedah ini mempunyai talian pak saudara/anak sedara dengan musuh ketat no 1 PKR iaitu Ezam. Maka MB Azizan perlu di checkmate seberapa segera. Bagi mereka menewaskan MB Azizan memudahkan segala kerja mereka.

5) Maka sebab itulah pihak UMNO perlu membuat pilihan, checkmate atau di-checkmate. Sekadar membantu kalau UMNO nak menang maka buatlah cara Tun Mahatdir lakukan pada 1999. PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHANRAYA. Ini cara teknikal paling mudah 'mematikan' dan mengurangkan kerusi parlimen/dun kumpulan papadem dan bah kut teh.

Dalam masa bergelut dengan permintaan yang berlaku, MB Azizan terpaksa juga akur dengan permintaan kaum Cina DAP dan PKR dalam menjaga keharmonian Pakatan Rakyat walaupun MB Azizan mengatakan PAS Pusat adalah "BOS"nya. Akhirnya projek penternakan ladang moden bagi menternak 46,000 ekor babi akan direalisasikan di Kedah. Adakah PAS Pusat terpaksa melayan juga permintaan kaum Cina bagi membolehkan keterbukaan baru ahli Dewan Cina PAS kedalam parti PAS? Jika ahli cina PAS mendapat kemenangan, tidak mustahil mereka akan berpesta dengan BABI panggang meraikannya bersama ahli PAS yang lain. "Nak habaq lagu mana lagi... orang PAS Kedah dan orang PAS SeMalaysia".

Sedarlah wahai Melayu, SEDARLAH!

Dalam diam, sedar dan tidak sedar kaum Cina sudah menguasai sektor ekonomi Malaysia. Kaum Cina menguasai hampir keseluruhan sektor ekonomi dari dunia korporat sehinggalah kepada bisnes kecil-kecilan di ceruk kampung dan desa. Manakala, Melayu hanya berbangga jika DAPat makan gaji. Lagi besar gaji yang diterima, makin tinggilah kesetiaan kepada 'bos' mereka walaupun menerima sumpah-seranah setiap hari. Melayu tersengih lebar jika menDAPat komisen sekiranya berjaya mempengaruhi ketua jabatan untuk meluluskan kawasan balak kepada 'tokey'. Melayu ketawa terbahak-bahak menuju ke bank jika berjaya meng"ALI-BABA"kan setiap projek atau tender.

Bagaimana mahu jual projek kepada sesama Melayu? Melayu tidak ada duit, miskin.. jual pada Cina lagi cepat boleh DAPat duit. Jual pada Melayu banyak masalah, silap-silap kena tipu, jual kepada 'tokey' boleh diharap kerana mereka berpegang pada janji dan amanah. Kesimpulannya, kaum Cina mempunyai kuasa ekonomi atau kuasa beli yang tinggi.

Antara strategi dan jalan pintas yang difikirkan untuk membantu penguasaan ekonomi Melayu ialah perlaksanaan DEB dan Dasar Penswastaan Agensi Kerajaan. DEB diwujudkan untuk membantu Melayu bersaing dalam dunia perniagaan, manakala Dasar Penswastaan pula untuk mewujudkan kuasa Melayu dalam sektor korporat yang strategik. Pelbagai tabung dan skim pinjaman dibuka untuk membantu Melayu berniaga, tetapi pinjaman ini bukan untuk mengembangkan perniagaan, tetapi untuk membeli kereta baru ataupun menambah isteri baru (bukan semuanya).

Sayangnya DEB telah disalah guna oleh pemimpin untuk mengkayakan kroni-kroni mereka sahaja. Dasar Penswastaan berjaya mewujudkan Melayu Korporat dan jutawan, tetapi Melayu yang menerima 'durian runtuh' ini lupa diri dan makin tamak, bukannya mahu menolong bangsa sendiri. Matlamat asalnya murni tapi sudah menyeleweng, sistem dan dasar itu tidak salah, yang salahnya ialah 'tangan' yang memegang kunci kuasa untuk mengagih-agihkan projek.

Akhirnya, kaum Cina sedar, kaya tidak semestinya boleh "membeli kuasa" tetapi kuasa boleh "membeli kekayaan". Kuasa itu ialah pentadbiran atau dengan kata lain "KUASA POLITIK". Sedarkah kaum Melayu sekarang bahawa kaum Cina sudah memulakan 'pelan senyap' mereka untuk menguasai penempatan penduduk secara berperingkat agar kuasa politik mereka DAPat berkembang dan menjadi berpengaruh?

Banyak tokey-tokey Cina membuat projek perumahan dan komersil yang tidak mampu dibeli oleh Melayu, yang ada kuasa beli yang tinggi ialah kaum Cina. Akhirnya kawasan perumahan tersebut dibeli oleh mereka dan secara automatik kawasan tersebut dikuasai secara perlahan-lahan. Malangnya, sistem pemilikan tanah yang mudah dan tiada pemantauan dari kerajaan memburukkan lagi keadaan. Jika dulu, hanya apartmen dan kondo menjadi alternatif kepada bukan bumiputera sekarang bangunan komersil (yang ada tapak tanah) dan rumah yang berpijak di tanah pun sudah boleh dibeli atas nama pembangunan.

Ramai warga Cina dan asing 'diimport' masuk melalui visa pelancong, pas pekerja dan sebagainya. Apabila visa mereka ini sudah tamat, mereka dihantar ke kawasan hulu Grik, ladang sayur dan buah-buahan dalam hutan dan bukit Cameron Highland untuk bersembunyi buat sementara. Mereka akan berkahwin dengan warga tempatan dan sekarang sudah boleh memohon kerakyatan Malaysia. Pegawai kerajaan yang rata-ratanya Melayu sedar hal ini tapi tidak ambil endah, lagi teruk, minta 'tol' dari tokey jika tidak mahu tindakan mereka menyembunyikan PATI ini dilaporkan.

Bukan sahaja kaum Cina dan India. Bangla, Siam, Indon, Vietnam, Filipina pun sudah ada 'wakil' mereka secara haram di Malaysia. Apabila kerakyatan mereka sudah diiktiraf, apa boleh Melayu buat lagi? Jika berterusan begini.. Melayu akan menjadi kaum minoriti jika kesemua mereka yang sudah 'diiktiraf' bersatu suara menuntut hak-hak mereka.

Pada yang mereka yang pernah bekerja sebagai di syarikat perumahan milik bukan Melayu, berkemungkinan anda akan diarahkan agar mana-mana projek yang mempunyai tanah berstatus 'free hold' tidak dibuka jualan kepada Bumiputera.. katakan "sudah habis ditempah". Mana-mana projek yang ada kuota bumiputera sengaja didiamkan agar Melayu tidak tahu, akhirnya rayuan dibuat kepada kerajaan agar kuota ini dibuka untuk jualan kepada bukan bumiputera dengan alasan tidak boleh dijual. Kepada bangsa Melayu yang bekerja di syarikat perumahan pasti tahu akan keadaan ini. Maka persoalannya buat apa gaji beribu-ribu jika mengkhianati bangsa sendiri?

Tidak seperti negeri Kelantan, kaum Cina amat sukar untuk untuk membeli tanah yang diwartakan Rezab Melayu. Kalau boleh pun, mestilah sudah 3 keturunan menetap di Kelantan. Itu pun jika diluluskan oleh 'Exco'. Akhirnya, kaum Cina hanya tertumpu kepada bangunan kedai dan tanah-tanah di Hulu Kelantan yang mempunyai rizab tanah 'Free Hold'. Itu pun masih ada Melayu yang terhegeh-hegeh naik turun pejabat Exco agar kelulusan diberi kepada individu Cina, sudah pasti dijanjikan saguhati ribuan atau lebih. Lagi teruk, ada Melayu yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Exco menjadikan proses kelulusan ini sebagai salah satu 'perniagaan tidak rasmi' mereka.

Dengan keterbukaan PAS membuka keahlian bukan Islam ke dalam parti melalui Dewan Cina PAS dan Dewan India PAS akan memberi ruang membolehkan mereka membeli tanah melalui ketua-ketua pemimpin dimana PAS terpaksa berlaku adil kepada semua kaum. Lambat-laun PAS akan juga terperangkap dengan permainan kaum Cina. Mereka akan sedaya-upaya untuk bertapak dalam PAS dan kini menjadi amat mudah apabila PAS membuka keahliannya. Mereka tidak meminta hari ini, tetapi akan berlaku juga walaupun memakan masa melalui generasi akan datang apabila jika ada pemimpin kaum Cina memberi sumbangan kemenangan (jika ada) kepada PAS kelak.

Kerajaan menetapkan setiap projek perumahan mesti ada 30% kuota Bumiputera tetapi jika kuota ini gagal dibeli oleh Melayu, pemaju boleh memohon untuk membuat rayuan kepada kerajaan agar kuota ini dikurangkan atau dihapuskan agar projek tersebut berjaya dijual sepenuhnya. Mana komitmen kerajaan mengekalkan 30% kuota Bumiputera? Sayangnya, kerana mahu menjaga hati pembayar cukai ini (pemaju), peraturan boleh dipinda dan diubah. Kerana duit yang tidak seberapa, tanah tergadai.

Kawasan-kawasan yang Melayu 'terlepas pandang' akan dijadikan sasaran untuk dijadikan penempatan Cina. Apabila sesuatu kawasan berjaya dikuasai oleh mereka, kuasa undi akan meningkat untuk memilih wakil rakyat dari kaum mereka. Jika wakil rakyat mereka berjaya 'diangkat' secara perlahan-lahan kuasa mereka dalam politik akan meningkat. Alasannya, wakil rakyat ini mewakili suara mereka dan lebih faham akan masalah sosio-ekonomi mereka. Manakala kerajaan pula, takut untuk meletakkan calon Melayu di kawasan bukan bumiputera atas nama strategi politik meraih undi.

Jika dulu wakil rakyat dipilih untuk mewakili suara mereka yang minoriti, sekarang mereka makin kuat bersuara. Mereka MAHU LEBIH, mahu jadi PM, mahu jadi KETUA KEMENTERIAN, mahu jadi PANGLIMA ATM, mahu jadi KETUA POLIS, mahu jadi KETUA HAKIM.. kalau boleh, semua 'KETUA' diberi kepada mereka. Alasannya, Melayu bodoh dan tidak terpelajar, tidak pandai berfikir seperti mereka. Alasannya, Melayu ini rasuah dan korup. Alasannya, Melayu ini beragama Islam yang dilihat jumud dan tidak membawa kemajuan.

Persoalannya, kenapa mahu lebih-lebih? Jika ada yang mengatakan kenyataan ini bersikap rasis.. apa kurangnya kaum cina yang mahu lebih-lebih bercerita tentang hak Melayu dan mempertikai agama Islam dalam mengejar cita-cita kaum mereka? Adakah Melayu tiada hak dan cita-cita untuk jadi bangsa yang berjaya? Mereka juga bersikap rasis kerana mahu menjaga kepentingan pendidikan, pentadbiran, perniagaan, penempatan, politik dan ekonomi kaum mereka di Malaysia.

Salahkah jika bersikap rasis jika mahu menjaga 'survival' bangsa Melayu, sama seperti anda yang mahu menjaga survival bangsa anda. Sebenarnya, andalah yang lebih bersikap rasis apabila mendapat kuasa. Dalam pada kaum Melayu yang masih dianggap majoriti, dalam masa yang sama ramai Melayu tidak sedar bahawa kaum Melayu sedang di"minoriti"kan oleh kaum Cina untuk dileraikan ikatan keMelayuan supaya senang diporak-perandakan. Inlah peluang keemasan yang perlu diambil kerana Melayu Mudah Lupa!

Melayu kena salahkan diri sendiri kerana tidak pandai menjaga tanah-airnya sendiri. Ada juga Melayu menganggap isu ini sebagai 'rasis' kononya mahu bersikap KeADILan. Masakan mereka mahu menceritakan hal rahsia cita-cita mereka pada kaum Melayu. Maka ramai Melayu yang termakan, memBABI-buta mengatakan isu ini 'rasis' dalam masa yang sama Melayu inilah melindungi agenda cita-cita mereka. Ini berlaku dimasa PRU12 dimana jika ada pertembungan parti disesuatu kawasan diantara DAP, PKR dan BN, ramai Melayu yang memberi undi kepada DAP dan PKR. Kononnya untuk perubahan, maka terimalah akibatnya kini apabila sedikit demi sedikit permintaan untuk menghakis hak-hak Melayu sedang giat melalui Pakatan Rakyat di beberapa tempat.

Dalam kesempatan 5 tahun sebelum pru13, Melayu terpaksa melihat bagaimana kaum cina mengekalkan hak kaum mereka walaupun jika ditakdir mereka menerima kekalahan pada pilihanraya-pilihanraya akan datang. Pada masa itu mereka tidak hairan lagi menerima kekalahan kerana hak-hak telah berada didalam gengaman mereka dan terjaga.

Semoga dengan sedikit ingatan di atas, orang-orang Melayu perlu menolak terus perjuangan Anwar untuk mengubah negara ini menjadi Malaysia Baru, Republik Malaysia, Ketuanan Rakyat, Menghapuskan DEB, memperjuangkan Kesamarataan, dan pelbagai dasar Anwar yang menyokong ke arah menghapuskan survival bangsa Melayu di negara ini yang dibantu oleh DAP.

Jangan biarkan diri sendiri terjatuh dan hanya tersentak apabila sudah kehilangan hak sendiri, ketika itu perjuangan merebut hak sudah menjadi semakin sukar padahal ianya tidaklah sesukar itu jika Melayu menyedarinya lebih awal.
SEDARLAH wahai Melayu, SEDARLAH!!

Rabu, November 19, 2008

Parti Agama - Agama SeMalaysia (PAS)

Interfaith Commission (IFC), DAP, PKR dan Anwar telah mula mengorak langkah kedalam Parti Islam Se-Malaysia setelah memporak-perandakan UMNO semasa PRU12 dan masih dalam usaha merobohkan hak-hak Melayu dan menrealisasikan Islam Moderate supaya PKR yang diketuai Anwar dapat menjadi parti yang besar selepas UMNO dan PAS dengan dibantu oleh DAP.
Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara) berkata undang-undang lazim dan undang-undang syariah boleh diharmonikan melalui penggabungan mahkamah syariah dan sivil. Pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang syariah.

Tun Abdul Hamid menyatakan penggabungan ini boleh direalisasikan kini kerana pakar yang bukan beragama Islam sudah lama menceburkan diri dalam bidang perbankan, kewangan dan takaful Islam. Apakah selepas ini kita mahu melihat peguam-peguam DAP membela kes nikah cerai dan murtad di mahkamah sivil? Idea penggabungan ini tidak boleh dimurnikan.

Tun Abdul Hamid dalam Utusan Malaysia pada 13 November 2008. Cadangan ini pernah dibentang dalam satu syarahan bertajuk "Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal" di Fakulti Undang-Undang, Harvard.

Jika penggabungan mahkamah dimurnikan, hukum agama Islam Parti Agama-Agama SeMalaysia (PAS)pastinya akan dijadikan pula bahan pertikaian dan sendaan oleh mereka. Maka, jangan terkejut jika ramai lagi peguam DAP yang berhujah dengan menggunakan ayat Al-Quran di Mahkamah. Penggabungan syariah dan sivil akan menjayakan tuntutan Interfaith Commission (IFC) yang ke-3 dan ke-5.

Apakah tuntutan IFC yang ke-3 dan ke-5? Dalam tuntutan IFC yang ke-3 "sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil". Tuntutan yang ke-5 adalah "orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang". Penggabungan mahkamah syariah dan sivil akan membolehkan tuntutan ke-3 dan ke-5 ini tercapai.

Di Selangor, tuntutan ke-8 IFC telah tercapai pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Exco PKR Selangor).

Tuntutan ke-9 IFC menyatakan bahawa "orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya." Pada 13 November 2008, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10). Adakah satu daripada tuntutan IFC telah tercapai?

Jika dihapuskan mahkamah syariah dan digantikan dengan hanya satu mahkamah yang telah digabungkan, maka sistem perundangan Islam akan menjadi semakin liberal. Ianya akan membuka lebih banyak ruang kepada orang bukan Islam mencabar hukum hakam Islam. Ada kalangan orang Islam sudah menjadi keliru bila ada juga kalangan pemimpin Islam yang diam membisu membiarkan tindakan DAP ini mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran. Iman orang Islam sudah dipermainkan. Apakah orang-orang Islam dalam PAS dan PKR mahu tutup sebelah mata lagi?
Amal Maghruf Nahi Mungkar Cara DAP

Pada 15 November, DAP telah memulakan larian ISA sejauh 350km dari Pandamaran ke Kem Kamunting, Perak. Tujuan larian ini adalah untuk melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan menggesa rakyat Malaysia bersatu "bergerak ke hadapan". Bagaimana untuk bergerak ke hadapan jika menghalang pihak berkuasa dari mencegah sesuatu perkara mungkar? Pada 12 November, polis telah menahan Ronnie Liu (ADUN DAP Pandamaran, turut kelihatan dalam gambar merasmikan larian) berhubung tindakannya menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong pada tahun lalu. Adakah "amal maghruf, nahi mungkar" yang disebut oleh Guan Eng ini dipraktikkan oleh Ronnie Liu?

Pada 1 Mac 1996, Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pernah menyatakan bahawa "fahaman sekular yang tidak mahu kepada perlaksanaan hukum itu adalah lebih bahaya daripada Syiah kerana ia tidak berlandaskan kepada ajaran Islam sebenarnya". Apa pula komen Nik Aziz bila DAP yang menganjurkan tema "nahi mungkar" tetapi menghalang pula pihak berkuasa bertugas mencegah maksiat. Apakah ini bermakna DAP hanya mempermainkan sahaja "amal maghruf nahi mungkar" sebagai penyedap hati orang-orang PAS sahaja? Adakah cara sebegini yang dianggap sebagai fahaman sekular?

Bagaimana pula dengan ayah Guan Eng, Lim Kit Siang? Adakah Kit Siang dan Karpal Singh masih berkeras untuk menerima konsep negara Islam yang mahu dibawakan oleh PAS?. Mengapa bila Dewan Pemuda PAS memberikan proposal cadangan untuk pentadbiran cara Islam di Pulau Pinang, ianya ditolak mentah-mentah oleh Guan Eng. DAP masih tidak boleh kerjasama dengan PAS lagi? Exco PAS pun tidak dilantik di Pulau Pinang. Bagaimana hendak buat negara Islam jika DAP masih berkeras tidak mahu negara Islam. Bagaimana hendak wujud pakatan orang Islam yang kuat dalam Pakatan Rakyat, jika DAP hanya mempermain-mainkan kalimah suci untuk kepentingan mereka sahaja. Bila diajak untuk mengamalkan, DAP menolak. Akhirnya, PAS juga yang asyik dipermainkan secara terang-terang oleh DAP, akan tetapi pemimpin dan puak-puak PAS kebanyakannya hanya buat-buat buta, pekakan telinga.

Gobalakrishnan Bakal Presiden PAS?

Seperti yang dilaporkan di Malaysiakini: "Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut", kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 15 November 2008.

"Memandangkan bilangan sokongan (mereka) tinggi dan terlibat dengan formal dalam PAS, lebih baik kita buka keahlian dan menjadi sebahagian daripada organisasi PAS," kata Dr Mujahid Yusof Rawa lagi.

Ini bermakna keahlian PAS akan dibuka kepada orang Cina dan India sekali. Oleh itu, parti PAS akan menjadi sama seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum. Apakah akan ada lagi niat untuk buat sebuah negara Islam?

Jika sudah dibuka kepada semua kaum, semua ahli layak bertanding apa sahaja jawatan tertinggi dalam PAS. Tidak mustahil Gobalakrishan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) boleh menjadi Presiden PAS pada suatu hari nanti. Gobala kini adalah Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India. Namun dalam pilihan raya yang lepas, Gobala mewakili PKR bertanding di Padang Serai, disebabkan PAS belum lagi membuka keahlian kepadanya untuk masuk dalam PAS. Bila sudah menjadi ahli PAS, Gobala layak untuk bertanding jawatan Presiden PAS pada pemilihan akan datang.

PAS sendiri sudah mengiktiraf Gobalakrishan pada 15 Februari 2007, bila melantiknya menjadi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India. Wong Kar Woh (ADUN DAP Canning) yang baru membaca ayat Al-Quran dalam Dewan Undangan Negeri Perak pula dilihat calon yang paling layak untuk memimpin Dewan Pemuda Cina PAS.

Jika cadangan Dr Mujahid ini menjadi kenyataan, maka Gobalakrishnan akan menjadi Pengerusi Dewan India PAS. Sama tarafnya dengan Salahuddin Ayub yang memimpin Dewan Pemuda PAS. Inilah buah tangan kumpulan-kumpulan Erdagon dalam PAS. Kalau PAS sudah jadi begini, rasanya nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak disesuai lagi digunakan. Mungkin perlu ditukar kepada nama yang lain. Ini kerana Gobalakrishnan dan Wong Kar Woh biarpun telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran tetapi masih lagi belum memeluk Islam.

Biarpun orang PAS mengatakan hidayah akan datang kepada mereka tetapi cuba fikirkan sampai bilakah mereka akan terus mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran? Jika dikaji akan tentang kemusykilan tiap kali orang Islam hendak makan, mestilah pastikan pinggan yang bersih. Jika dijilat anjing atau terkena najis babi mengikut Fekah, hendaklah disamak duhulu. Barulah bersih makanan dan minuman yang hendak dimakan. Disini persoalan yang hendak ditanya kepada puak-puak fanatik PAS, adakah mereka ini (Gobalakrishnan, Wong Kar Woh) yang membaca ayat suci Al-Quran mengutamakan kebersihan diri serta jiwa mereka serta tujuannya apabila membaca ayat-ayat Allah? Dan dari apa yang diperlihatkan tujuan mempergunakan ayat Al-Quran oleh mereka (bukan Islam) hanyalah untuk tujuan kepentingan diri dan politik semata-mata.

Apa akan terjadi jika umat Islam sendiri mempertikai ayat-ayat Al-Quran yang akan digunakan oleh bukan Islam sebagai umpan politik seperti yang selalu digunakan oleh pemimpin PAS untuk menutup mulut umat Melayu-Islam? Apa komen Hj Hadi Awang peristiwa-peristiwa yang melanda PAS kini? Adakah fatwa mengumpat, sembahyang dua imam juga yang akan diterima pakai sebagai HALAL apabila PAS yang atau wakil PAS bukan Islam lakukan? Mungkin untuk menjadi Umar Ab Aziz seperti yang dikata oleh Lim Guan Eng atau ingin mengajak ramai-ramai masuk DAP seperti Tunku Abd Aziz. Ini kali kedua DAP menghina Al-Quran dengan membacanya. Selepas juaranya digondol oleh Gobalakrisnan yang entah diajar siapa baca ayat-ayat suci Al-Quran.

Dulu Haram Belaka, Kini Semuanya Halal

Nik Aziz pernah kata DAP dan syaitan sama sahaja. Hukum Dewan Ulama' PAS Kelantan 1963: "Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram". Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Sekarang ini PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor? Sekarang lihatlah bagaimana "syaitan" yang digelarkan oleh Nik Aziz ini telah mempermainkan ayat suci Al-Quran di Perak.

Pada 13 November 2008, dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy mempertikaikan isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam di negeri itu. Lupakah Ramasamy bahawa ada juga kalangan orang Melayu yang dimaksudkan itu termasuklah ahli-ahli PAS? Mereka ini juga mengundi memberi kemenangan kepada Ramasamy di Batu Kawan. Bila sudah menang, Ramasamy lupa jasa pengundi yang naikkan dia sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Bila PAS mahu dibuka kepada bukan Islam, apakah boleh terpakai lagi hukum mengkafirkan UMNO di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981?

Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid."

Siasah Daily melaporkan bahawa hasrat untuk membolehkan orang bukan Islam menyertai PAS bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila retreat PAS di Langkawi meluluskan kertas pelaksanaannya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, "ia patut disegerakan" manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, "sudah sampai masanya." Nik Aziz dan Haji Hadi nampaknya sudah menghalalkan semua yang dulunya dianggap haram. Tinggallah PAS pada nama sahaja, setelah dijajah oleh golongan-golongan Erdagon tajaan Anwar Ibrahim.
Projek Husam Musa & Anwar

Sudah pasti Husam Musa bersama dengan team Erdogannya dan Anwar bersetuju keadaan ini berlaku kepada PAS yang masih dipelopori oleh pemimpin yang hendak kekal berkuasa selamanya dalam erti kata "Sudah Usang". Dalam masa yang sama strategik Husam Musa dipengaruhi agenda Anwar melalui Harakahdaily dan Harakah iaitu lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato' KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato' KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato' KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya.

Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di "beli" oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Berapa peratuskah artikel berteraskan Islam? Disebabkan bagi menjayakan propaganda Anwar dan Husam Musa maka rencana Islam dikecilkan skopnya bagi memberi laluan kepada propaganda politik terutama untuk menimbulkan kebencian dan perpecahan Melayu-Islam terutama Melayu-Islam UMNO. Itulah matlamatnya. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mungkin untuk menjatuhkan kredibiliti Utusan Malaysia yang menjadi wadah bangsa Melayu supaya agenda mereka tidak dihidu oleh puak-puak taksub bawahan PAS yang sentiasa diikat hidungnya.

Apabila PAS mula menikmati duniawinya

Dikatakan perjuangan PAS sedikit sebanyak telah mulai dan lari dari dasar perjuangan parti. Walaupun berselindung di sebalik Islam dan label bulat parti yang selalu mencemur dan mengaibkan Melayu-Islam UMNO, iktibar dan renungan bagi puak-puak PAS yang melabelkan diri mereka lebih Islam dari orang lain semua mampu dicungkil atau sekurang-kurangnya membuat andaian sedikit sebanyak rahsia atau sebab musabab mengapa ini berlaku.

Kini, motto PAS membangun bersama islam sudah jarang-jarang didengar. Tidak lagi bersemangat seperti dulu. Banyak kejadian-kejadian yang memang menyinggung umat Islam di Malaysia khususnya berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan pun dari pemimpin PAS baik yang bergelar Yang Berhormat atau Mursyidul Am atau pemegang saf tertinggi dalam parti. Mengapa berlaku? Adakah setelah bersama-sama Pakatan Rakyat maka PAS telah "dirakyatkan" oleh PKR dan DAP yang berlainan kiblat politiknya atau PAS telah dipaksa menerima hakikat bahawa ideologi perjuangan PAS sudah "outdated" dan menjadi "Dinaousaur"? Ini sangat-sangat mengherankan dan barangkali ratusan ribu umat Islam yang selama ini sedang membuat penilaian terhadap perjuangan PAS. Dimana kelantangan YB Mahfuz? Dimana Salahuddin Al Ayubi? Dimana hatta Tuan Guru Presiden?

Barangkali tidak salah juga kalau dikatakan ini merupakan hukuman "dunia" kepada PAS oleh Allah swt memandangkan keceluparan PAS menghentam UMNO dalam segala segi dan setiap hal? Bukan untuk mengatakan apa yang dilakukan UMNO itu 100% betul (nobody perfect) tetapi apabila memerhatikan PAS (terutamanya TG Nik Abd Aziz) menghentam, mengeji, mencerca dan mengaibkan UMNO dari hujung rambut hingga hujung kuku hanyalah kerana namanya UMNO. Tidak ada langsungkah kebaikan UMNO dan mana mungkin didalam PAS tiada kejahatan? Tatkala PAS bermegah di Kelantan, Kedah dan Perak, dalam masa UMNO diherdik, dihina, dicaci oleh puak-puak PAS akan tetapi UMNO telah menguasai keseluruhan negeri-negeri lain di Malaysia dan sinar Islam untuk keperluan umat Islam ditegakkan.

Dimana hieraki PAS dalam Pakatan Rakyat? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai warga kelas KETIGA.. atau kalau dalam pasukan bola sebagai pemain simpanan untuk mencukupkan jumlah pemain dan lebih teruk lagi sebagai "Water Boy" atau "PomPom Girl" sahaja dengan bertujuan bersorak untuk menyokong agenda dan propaganda Anwar dan DAP. Ini boleh kita gambarkan dari kenyataan MB Kedah yang sudah mulai rasa tersinggung dan berkecil hati dengan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain kerana beliau telah nampak PAS hanya berjuang sia-sia didalam Pakatan Rakyat. Sekuat mana kepimpinan MB Azizan, selagi PAS masih berkhemah didalam Pakatan Rakyat adakah permintaan rakan-rakan DAP dan PKR untuk mewujudkan ladang babi moden di Kedah selepas Selangor dapat disenyapkan untuk permintaan ke-Dua DAP, PKR selepas isu kuota 50/50 perumahan? Berkemungkinan akan juga berlaku di Perak juga walaupun masih awal jika hendak diperkatakan.

Kini, ramai pemimpin PAS sudah mulai merasa selesa dengan kehidupan duniawi, ada yang mula bermain golf, mengabaikan rakyat dll yang dikata pembaharuan berlaku di PAS pusat dan negeri. Mungkin inilah sebab terbesar mengapa PAS masih lagi sanggup bersengkokol dalam Pakatan Rakyat hanya untuk mengekalkan kemewahan dunia.

Iayalah elaun Menteri Besar bukannya sedikit, kena marah pun tak kisah..janji jadi YAB Menteri Besar. Peruntukan kepada warga miskin dan memerlukan tidak berfaedah jika dibandingkan dengan tahanan ISA yang hendak dibela. MB Perak, Nizar sudah pun mengaku exco-exco DAP lebih bijak dari beliau dan ini bermakna MB Nizar yang dianggap bodoh oleh DAP pun tak kisah asalkan exco-exco DAP cerdik-cerdik. Tak kisahlah anak Melayu mati Mak Andeh, anak orang lain pun mati jugak.

Inilah agaknya "falsampah" yang digunakan MB Perak dalam pentadbiran sekarang yang dulunya dibanggakan oleh ahli PAS dengan hanya berbaju T-Shirt pagoda yang mampu menukar tayar ahli PAS yang kepancitan. Kini apabila "tayar" orang Melayu Islam yang sedang dipancitkan oleh DAP satu-demi satu, mana perginya keMelayuan dan keIslaman seorang MB PERAK (PAS) ini yang sanggup memanggil "Woi..Woi.." kepada seorang Melayu dalam memperjuang anak bangsa? Adakah cukup dengan berceramah di Taman Meru, Ipoh yang mempunyai 2 masjid (UMNO dan PAS) dan bertarawih di padang MBI semasa bulan Ramadan yang dikelilingi oleh pusat-pusat maksiat hiburan di Greentown dapat menyangkal kuasa pentadbiran yang dimonopoli oleh DAP? Masakan Nizar tidak peka agenda DAP? "Lu mau ceramah satu Perak, lu bikin.. tapi ini negeri punya admin, ekonomi gua control, lu jadi 'Yes Man' saja, jangan takut DAP ramai backup.." Istilah "Lawan tetap Lawan" memakan diri PAS sendiri apabila hanya berlawan dengan umat bangsa dan agama sendiri tetapi "Kawan tetap Kawan" kepada DAP dan PKR yang terang-terang mempermainkan Islam dan Al-Quran.

Lambat-laun Parti Islam Se-Malaysia (PIS) walaupun dipanggil PAS, sedang melalui proses penjenamaan semula kepada PARTI AGAMA-AGAMA Se-MALAYSIA (PAS) sebenarnya. Nama parti tetap dipanggil dengan panggilan "PAS" juga.. cuma kulit sahaja. Paklah sudah menyerahkan kuasa kepada Najib, tetapi Nik Aziz tak juga mahu melepaskan kuasa duniawi dan masih sayangkannya. Anwar masih dengan cita-citanya hendak menjadi PM dan Husam Musa pula bercita-cita juga untuk menjadi Presiden PAS. Hadi sudah lama menunggu dan Husam terpaksa mengikut rentak cara Anwar untuk menjadi Presiden PAS ikut pintu belakang dan dalam masa yang sama menjayakan tuntutan IFC yang telah menular kedalam PAS.

ADAKAH PEMIMPIN PAS KINI MULA BERPALING DARI ISLAMISASI DAN LEBIH MESRA DUNIAWI YANG TELAH DIATUR OLEH DAP, PKR DAN ANWAR? Adakah penyokong puak-puak lebai taksub, maksum, walipas masih hendak menyangkal isu-isu ini?

Isnin, November 17, 2008

Antara Andalusia,Mudajjal dan PKR

1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille.400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.

Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan,Abu 'abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada,kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang di dalam tarikhnya disebut sebagai Mudejar.Mudejar adalah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol.Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.

Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol)tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.

Tetapi, janji hanya tinggal janji.Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.

Maka,jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah.Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah,atas nama memerangi korupsi,kezaliman dan kronisme adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.

Adakah tidak terguris hati sebahagian umat apabila baru sahaja didedahkan 301,000 isi rumah orang Melayu Islam masih di bawah RM1000, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,P Ramasamy ingin membuka jawatan-jawatan kerajaan negeri kepada semua orang. Dan mendukacitakan lagi,dia tidak segan silu memfitnah orang Melayu/Islam yang berjawatan di peringkat kerajaan negeri mengoyak borang permohonan orang bukan Melayu yang memohon.

Tiada pula tindakbalas daripada orang Melayu Parti Keadilan Rakyat di dalam kerajaan negeri. Seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Apakah mereka tidak berfikir antara jawatan dalam kerajaan negeri tersebut termasuklah jawatan di pejabat ugama?Adakah nanti atas nama samarata, Pulau Pinang akan mempunyai Kadi beragama Hindu,Kristian ataupun Buddha?Nampaknya lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.

Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka.Mereka memuji Adun Canning sebagai pandai membaca Al Quran tetapi musuh mereka yang Islam pula sebagai orang yang dibenci Tuhan. Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang yang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan ia dimulakan dengan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seseorang yang tidak berkhitan itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin? Jadi,tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?

Oleh itu,janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al Quran dan Hadith, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.

Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik dari itu untuk memujuk mereka agar menyerahkan kuasa politik mereka. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan.

Dipetik secara bebas dari mykmu.net

PAS Ditipu Anwar Ditipu DAP

Patutkah penyokong Melayu-Islam UMNO bersimpati kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Mereka juga Melayu, mereka juga Islam sama seperti Melayu-UMNO.
Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.

TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.

"Pas gagal hormati prinsip Islam."
"Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
"Pas gagal majukan umat Islam."
"Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
"Dakwah Pas bukan cara Islam."
"Hujah Pas timbulkan fitnah"
"Pas hanya tonjol imej Islam palsu"
"Pas rela korbankan umat Islam"
"Pas telah ketepikan prinsip dakwah"
"Pas khianati orang Melayu"
"Pas tak ada akhlak"
Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.
Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.
Pas gagal hormati prinsip Islam
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)
Anwar: Supporters of Pas brainwashed
KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)
Pas gagal majukan umat Islam
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat:
Anwar bidas taktik kotor PasDUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)
Pas hanya tonjol imej Islam palsu
PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)
Pas rela korbankan umat Islam:
AnwarKUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)

Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....
Anwar seru rakyat tolak Pas
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)

Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang MelayuCENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam
BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.
PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)
Homoseksual di sebalik pusat kecergasan.
Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis kelmarin. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.

Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)ULASAN:Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth. Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?

DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA, DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang
Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas. Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP). DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.

Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang). MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.

Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.
TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR. PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM
Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara. PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar.

Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS. Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS.

PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam. Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya. Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam. Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam. Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa. Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS. Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini. Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran. Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?
Dipetik Secara Bebas dari mykmu.net

Rabu, November 12, 2008

New Coffee Boy

His name is Rahimi Osman..cousin to Saiful Bukhari..

DSAI coffee boy...
Just take a look and think..
DSAi taste...must handsome..sweet..'lembut' & kepit..
Am i rite??

Selasa, Oktober 28, 2008

Gambar² Sekitar Mesyuarat UMNO Bahagian Parit

Majlis Meraikan Kemenangan
Di Perak Shooting Club, Ipoh pada 27 Oktober 2008Kelihatan dalam gambar : Tn Hj Mior Brahim, En. Fadzil Mohd. Lazim, YB Drs. Mohd. Nizar, YB Dato Hj Zaim & En. Yusuf Nordin (berdiri), Saudara Khairul Shah Mohamed (Ketua PEMUDA),
Puan Asmah Laili (Ketua Wanita), En. Ali Jaya (AJK) & En. Megat Fudzil (AJK)


Ucapan Oleh En. Yusuf Nordin
(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit)

Y.Bhg. Datin Puteri Kausar b. Megat Salleh juga turut menghadiri majlis berkenaan (tudung kuning - terlindung)

Proses Kiraan Undi oleh Wakil Perhubungan UMNO Negeri Perak dari Parit Buntar

Wakil Perhubungan Negeri mengira undi dengan telus & teratur


Telefon bimbit tidak dibenarkan ketika proses kiraan undi


Mesyuarat Sedang Dijalankan


Ucapan Perasmian Oleh YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan



Saf Kepimpinan di atas pentas utama

Perwakilan Sedang Kusyuk Mendengar Ucapan YB Dato Hj Mohd. Zaim

KEPUTUSAN PENUH MESYUARAT UMNO BAHAGIAN PARIT

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

MESYUARAT UMNO BAHAGIAN PARIT
Tarikh : 26 hb. Oktober 2008
Hari : Ahad
Masa: Jam 9.00 pagi
Tempat : Dewan Majlis Daerah Perak Tengah
Jumlah Perwakilan : 356 orang
Jumlah Cawangan Yang Sah Bermesyuarat : 75

Pengerusi Tetap
1. En. Abdul Aziz b. Daud (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1. En. Abdul Fatah b. Ahmad Dom (179 undi)
2. En. Nor. Rashid b. Untung (Tarik Diri)
3. En. Norazian Shafie
4. En. Shoib b. Saudi
Pemenang : En. Abdul Fatah b. Ahmad Dom

Ketua UMNO Bahagian Parit
1. YB Dato' Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan - penyandang (209 undi)
2. YB Dato' Nasaruddin b. Hashim (143 undi)
Pemenang : YB. Dato' Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit
1. En. Yusuf b. Nordin (197 undi)
2. Datuk Nasaruddin b. Alang Saidin (149)
Pemenang : En. Yusuf b. Nordin

Naib Ketua UMNO Bahagian Parit
1. YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria (228 undi)
2. En. Faizul b. Abd. Manan ( 114 undi)
Pemenang : YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit Sesi 2008/2011
1. En. Ali Jaya
2. En. Fadzil b. Mohd. Lazim
3. En. Jebat b. Din
4. En. Megat Fudzil b. Mohamed
5. En. Mustafa b. Mohamad
6. En. Ishak b. Sofian
7. En. Khairuddin b. Kadri
8. En. Ismail b. Hj Hasbollah
9. Tuan Hj Meor Shahrin b. Meor Mohd. Yusuf
10. Ir. Razlan
11. En. Kamarul Baharin
12. Puan Zaharah
13. Tuan Haji Wahab Zahari Darus
14. En. Ismail b. Kamaruddin
15. En. Daim b. Dahalan
16. En. Shahrullail
17. En. Hisan b. Harun
18. Tuan Haji Ramli Ngah
19. En. Bahari Alang Mat Akib
20. En. Ahmad b. Adnan

Perwakilan UMNO Bahagian Parit Ke Kuala Lumpur (G7)
1. Y.Bhg. Dato' Che Ri b. Md Daud (Menang Tanpa Bertanding - Dipilih secara automatik)
2. En. Fadzil b. Mohd. Lazim
3. En. Khairuddin b. Kadri
4. En. Ismail b. Hasbollah
5. En. Jebat b. Din
6. En. Ishak b. Sofian
7. Tuan Hj Meor Brahim b. Abd. Rahman

Pencalonan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia
1. Dato' Badruddin Amirudin

Pencalonan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia
2. Dato' Mohamad Aziz

Pencalonan Presiden UMNO
1. YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak

Pencalonan Timbalan Presiden UMNO
1. YB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (71 undi)
2. Y.Bhg. Tan Seri Senator Mohd. Taib (43 undi)
3. YB Tan Seri Muhyiddin Yassin (25 undi)
Pemenang : YB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Pencalonan Naib Presiden UMNO
1. YB Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Dipilih sebulat suara)
2. Tan Seri Rahim Tamby Chik (67 undi)
3. YB Datuk Shafie Afdal (58 undi)
4. YB Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin (43 undi)

Pencalonan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
1. Datuk Seri Aziz Shamsuddin
2. Dato' Hamzah Zainuddin
3. Datuk Husni Hanadzlah
4. Dato' Azian Osman
5. Datuk Tajuddin Rahman
6. Dato' Dr. Zamry Kader
7. Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
8. Dato' Radzi Manan
9. Dato' Jins Shamsuddin
10. Datuk Noh Omar
11. Datuk Ir Mohd. Zain Mohamed
12. Datuk Mustapha Mohamad
13. Datuk Sharir Samad
14.
15. Datuk Seri Mohamad Hassan
16. Datul Saifuddin Abdullah
17. Dato' Seri Shahidan Kassim
18. Datuk Mahadzir Khalid
19. Datuk Zainal Abidin Othman
20. Dato' Seri Ghani Othman
21.
22. Datuk Razali Ibrahim
23. Datuk Seri Azalina Othman Said
24. Datuk Subahan Kamal