Khamis, Ogos 27, 2009

Siak & Bilal Dapat Imbuhan!!

Siak, bilal Perak dapat bonus khas IPOH 26 Ogos - Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus khas sebanyak RM500 kepada siak dan bilal di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri bulan depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pemberian berkenaan melibatkan seramai 1,975 orang siak dan bilal bagi membolehkan mereka melakukan persiapan lebaran dengan lebih sempurna. ''Keputusan ini berdasarkan pengorbanan mereka dalam menjaga masjid dan surau kerana selama ini golongan tersebut hanya mendapat elaun sebanyak RM300 setahun. ''Mereka selama ini sebenarnya ibarat tidak mendapat bayaran apa-apa, jadi saya telah lihat perkara ini dan semua Exco setuju menyediakan peruntukan khas menghargai jasa mereka menguruskan masjid," katanya. Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Zambry berkata, bayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri. Jelas beliau, pembayaran tersebut tidak melibatkan imam masjid dan surau kerana mereka diberi elaun setiap bulan. ''Ada juga yang bertanya kenapa imam tidak diberi bonus khas ini tetapi bagi saya perkara itu tidak serius memandangkan mereka sudah mendapat elaun sebanyak RM450 sebulan. ''Jumlah itu cukup menampung perbelanjaan menjelang hari raya berbanding bilal dan siak," katanya. Zambry menambah, kerajaan negeri berharap pengumuman itu menjadi khabar gembira buat semua siak dan bilal yang selama ini melakukan pengorbanan besar bagi menjalankan urus tadbir masjid serta surau.
Ulasan::
Terima kasih la pada MB..walaupun keje bilal n siak ni keje sukarela tp mungkin dgn sedikit imbuhan ni kira sedekah la. dan kita sedia maklum ade juga bilal n siak ni org PAS..tp nak ke deme terima duit tu?? ni kerajaan UMNO/BN yg tak sah kata deme?? kerajaan umno yg penyokong nye xmasuk syurga?? so cam mana ekk?? Xpe la..sendiri pikir..
Semoga ada lagi perkara-perkara yg dpt Dr. Zambry perhalusi..walaupun sekecil-kecil isu. Tak perlu nk publisiti sgt..yg penting buat keje n turun padang..
::Idola::

Rabu, Ogos 26, 2009

BN Tewas Lagi!!

PAS berjaya mengekalkan kerusi N11 Permatang Pasir di Pulau Pinang malam tadi menerusi Mohd Salleh Man dengan majoriti 4,551 dengan menewaskan wakil BN dari UMNO Rohaizat Othman.

Keputusan diumumkan di Dewan Besar IKBN Berapit lebih kurang jam 7.31 mlm td. Mohd Salleh memperoleh 9,618 undi berbanding Rohaizat yang mendapat 5,067 undi dengan 83 undi rosak. Peratus mengundi kali ini ialah 73.1 peratus, merosot daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum lalu. Undi majoriti yang dimenangi Pas kali ini bagaimanapun merosot berbanding 5,433 undi pada pilihan raya umum lalu.


Seramai 14,768 daripada 20,290 pemilih keluar mengundi di lapan pusat mengundi yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Ini kemenangan pertama Mohd Salleh yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang selepas tewas dalam enam pilihan raya umum sebelum ini. Berikutan kemenangan itu, Mohd Salleh dijangka dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) apabila tempoh pelantikan Yang Dipertua sekarang, Shabudin Yahaya berakhir pada 31 Disember depan. Minggu lalu, kerajaan negeri menyatakan persetujuan mencadangkan Mohd Salleh memegang jawatan itu.



Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Pas akibat sakit jantung kepada 31 Julai lalu. Allahyarham yang mewakili DUN itu sejak 1999, adalah wakil tunggal Pas dalam DUN kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


Dan dijangka mungkin Salleh Man akan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agam Islam Pulau Pinang (MAIPP) menggantikan Shabudin Yahya. Ini bermakna PAS mengekalkan satu - satunya kerusi mereka di Pulau Pinang.


Sebelum ini Datuk Mohd. Hamdam sendiri tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mungkin perlantikan Salleh Man itu nanti sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan PAS.


Walaupun pilihanraya kecil kali ini menyaksikan berbagai tohmahan dan isu yang dibawa tetapi pengundi Permatang Pasir tetap dengan pilihan mereka. Bermula dengan isu Rohaizat di tuduh pecah amanah dan berkawen dua dan begitu juga dengan Salleh Man yang dituduh menggelapkan wang PRK Permatang Pauh RM60,000 namun ianya tetap dipilih oleh pengundi.

Namun itulah yang wajar kita hormati. Keputusan telah dibuat dan nyata.


BN atau UMNO sendiri perlu merangka strategi ampuh selepas ini jika mahu kembali memenangi hati dan undi rakyat atau rakyat sendiri perlu mengubah persepsi dan tanggapan mereka terhadap BN/UMNO itu sendiri. Faktor lain seperti kekerapan pilihanraya kecil juga menyumbang terhadap kemerosotan jumlah keluar mengundi kali ini.


Tiada apa yang perlu ditangiskan. Kerja perlu diteruskan dan kekalahan ini tidak perlu diratapi sebaliknya perlulah kita muhasabah diri.

Isnin, Ogos 24, 2009

Hilang Kepercayaan..Apa Sudah Jadi???


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.



Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku.Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.Ditanya kemungkinan selepas ini akan ada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas.



Menjelaskan tindakannya meninggalkan PKR, beliau berkata “PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999.Sementara itu pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan.DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai.



Menurut Jamaluddin, tindakan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai mendapat sokongan semua jawatankuasa Bahagian parti itu.“Kami mengambil tindakan ini kerana tidak lagi yakin dengan perjungan PKR yang telah lari dari matlamat penubuhan asalnya. Yang amat menyedihkan ialah PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi.“Pimpinan atasan PKR hanya pandai bersandiwara dan mainkan permainan politik peribadi mereka sahaja,” ujar beliau.



Beliau turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Isnin lalu.Dalam insiden berkenaan, Gobalakrishnan mencabar arahan polis dan dalam kekecohan yang berlaku dia telah menampar seorang anggota polis.



Gobalakrishnan tidak berakhir di situ kerana mendakwa cedera parah dan terpaksa menerima rawatan di hospital Bukit Mertajam.Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah majistret sehari kemudian atas dakwaan menghalng tugas penjawat awam - Agenda Daily

Sila Semak Status Anda Segera!!

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, anda digalakkan untuk menyemak status kemasukan anda ke SYURGA. Sila telefon 019 - 9105555, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk semakan status anda.

Sekiranya anda ahli/penyokong UMNO, diharap anda akan tahan telinga jika dicaci maki oleh Tuan Guru.

Salam Ramadhan....

Jumaat, Ogos 21, 2009

Sepintas Lalu di Permatang Pasir!!

Antara warga asing yang membeli tiket syurga PAS....

Amoi dari DAP di tengah² penyokong PAS..bleh gesel² tu...


Yang ni pulak dah kena himpit dengan abang² lebai ni...


Ni Puteri Generasi Baru Pakatan Ranjang..Ranggi tu!!



Muslimat pun dh makin seronok dok berhimpit ngan abang² lebai...


Lagi berhimpit.. Sama je diaorg ni..

Ihsan dari Blog Taiping Mali

Khamis, Ogos 20, 2009

PEMUDA PAS BANTAH MB PERGI MASJID!!

PEMUDA PAS sudah haru. Kalau Mursyidul Amnya dah buat kenyataan orang UMNO tak boleh masuk syurga, kini Pemuda PAS pulak kata Menteri Besar tak boleh pergi masjid.Pagi tadi Pemuda PAS buat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak membantah Dr Zambry bagi tazkirah di masjid.Kononnya jika pergi masjid, bermakna masjid akan dipolitikkan. Pemuda PAS, setelah parti itu selama ini menghina institusi Raja Melayu Perak, menggunakan alasan kononnya DYTM Raja Muda melarang orang politik guna masjid.
Ini berkaitan dengan program Dr Zambry ke masjid Pengkalan Pegoh pada 17 Ogos lepas. Dr Zambry dijemput oleh jawatankuasa masjid untuk beri takirah mengenai puasa dan Ramadhan.Yang lebih menghairankan bila Nizar “lilin” Jamaludin pergi masjid buat ceramah agama sampai rampas mikrofon dan paksa orang dengar ceramahnya, tak pulak salah.
Inilah antara bukti yang PAS mengamalkan dasar double standard dan semangat assabiyah atau berpuak-puakkan. Kalau puak PAS buat semua betul termasuk menghalalkan DAP menghina Islam. Kalau UMNO, nak pergi masjid pun tak boleh. Kalau kita terima logik PAS ertinya Menteri Besar tidak boleh pergi masjid.

Himpunan Melayu Muda 2008!!

video

Himpunan Melayu Muda di Arena Square, Kuala Kangsar pada 30 Ogos 2008 tahun lalu.

Promosi Sempena Permatang Pasir!!

Dapatkan Segera Tiket Anda!!

Rabu, Ogos 19, 2009

Nik Aziz Wajib Bertaubat!!


Lucu betul ayat-ayat yang terkeluar dari mulut seorang yang kononnya ulama yang begitu disanjungi dan dipuja oleh pengikut PAS.Terkini Nik Aziz yang mungkin sudah nyanyuk ditelan usia tua itu mengatakan anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Hebat betul Nik Aziz tu sampai dia boleh jadi Nujum Pak Belalang dan tahu siapa bakal masuk syurga dan siapa jadi ahli neraka.


Siapalah Nik Aziz, hanyalah seorang manusia biasa, bukan maksum macam Nabi Muhammad s.a.w. pun.Nabi Muhammad s.a.w. pun tak pernah menghadiahkan syurga dan neraka kepada orang lain sepertimana diperlakukan oleh Nik Aziz yang Maha Hebat cuba mengatasi kuasa Allah s.w.t. itu....Dia sendiri pun belum tentu masuk syurga, ada hati nak bagi syurga dan neraka pada orang, setakat bercakap macam orang kurang akal bolehlah.Setakat yang penulis tahu, hanya DAJAL sahaja yang akan menjanjikan syurga kepada pengikutnya serta neraka kepada orang yang menentangnya.




Dalam pada itu pula, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak menegaskan syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia 17 Ogos 2009.



Mana lagi mufti-mufti negeri lain??? Sudah bisukah mulut mereka dari menegur penyelewengan agama yang gemar dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya ulama di dalam PAS??? Sudah pekakkah mereka sehingga tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu?Seharusnya mufti-mufti negeri lain pun lantang bersuara untuk menegur kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak terutamanya pihak yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.



PAS ni memang sah satu parti yang menyebarkan ajaran sesat serta ajaran setan kerana pemimpinnya pun menghalalkan berkawan dengan syaitan.Mungkin pangkat Mursyidul Am PAS pun patut dikenali sebagai MurSHITul kerana ayat-ayat yang terkeluar dari mulut Nik Aziz pun semuanya tahi belaka...


Lain kali jadikan lagi buku SHIT sebagai kitab suci agama PAS....
Dipetik dari isuhot.

Majoriti Cina Menentang UMNO Kerana Rasa Tamak?

Jika Cina dan India semakin hari semakin racist, mengapa mereka mahu bising apabila orang Melayu, melalui medium-medium tertentu, mengikut jejak langkah mereka? Bukankah mereka kononnya mahu idea-idea mereka dicontohi!Sepanjang zaman tenteram sebelum ini, Cina dan India menuduh Melayu bersikap perkauman ketika mereka diam membisu.
Perkauman jenis apakah itu?Perkaumankah apabila merata-rata bangunan di Putrajaya dibina oleh SP Setia dan Nam Fatt? Ahmad Zaki dapat berapa kerat? Mengapa taukeh SP Setia membuat penerangan terhadap stafnya ketika Selangor jatuh ke Pakatan Rakyat dahulu dengan nada "kita dalam pemerintahan yang baru, kita perlu lebih bekerja keras". Apakah sebelum ini SP Setia bekerja sambil lewa?
Bagaimana pula tentang Jeffery Cheah yang membolot kolam air panas Tambun (sebuah khazanah alam dari Tuhan kepada semua manusia) untuk dijadikan spa bertaraf lima bintang dengan yuran keahlian beratus ribu ringgit? Bukan itu sahaja, berbalam-balam gunung batu kapur menjadi miliknya di mana letaknya The Lost World of Tambun.Adakah Ramli Ngah Talib semberono memberi kelulusan? Apakah Sultan Perak mencari-cari pemaju yang sesuai? Tidak.. peniaga inilah yang menjaja idea sambil membawa wang ringgit dan hadiah yang dapat difikirkan oleh hatta pelajar sekolah menengah.
Mana Cina-Cina kaya penyuap kerajaan lama itu dalam membawa wadah kerajaan kepada masyarakat mereka sebagai timbal-balas rezeki segudang uwang yang kerajaan berikan itu? Dari hasil itulah mereka mempunyai modal membolot tanah untuk dibangunkan. Sudah tentu mereka lebih gembira jika pentadbiran jatuh kepada 'jerung-jerung baru yang lapar' dan mereka akan lebih mendapat faedah dari itu.
Orang Cina memperlihatkan sikap tidak rasionalnya yang menjadi-jadi dengan memihak kepada parti yang betul-betul mahu menentang orang Melayu walaupun dengan pemerintahan BN bertunjangkan parti Melayu yang mereka tentang itu, mereka terus membina kekayaan tanpa halangan.Jadi, mereka tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan budaya mereka yang ditiru oleh orang Melayu hari ini dengan menuduh ulasan-ulasan kemelayuan sebagai bersifat perkauman sedangkan mereka terus dahagakan sentimen perkauman yang dimainkan China Press dan Nanyang Siang Pau.
Para usahawan Cina dan peniaga Cina dengan membawa seluruh masyarakat Cina nampaknya mahu menguji 'suhu' air dengan mengumpulkan pendapat bahawa 'undi Cina dan India' kepada pembangkang akan menjatuhkan 'kerajaan Melayu'.Dilema semakin buruk apabila sentimen perkauman semakin menebal. Malaysia kini disebut-sebut berada dalam iklim sosial wilayah Bosnia Herzegovina pada zaman Yugoslavia.
Sentimen kebencian yang mula ditanam oleh ekstremis Cina di negara ini pasca PRU12 dikhuatiri akan diperturunkan dari generasi ke generasi, baik kalangan Melayu mahupun Cina dan India.Jika generasi seterusnya diajar cara berpolitik ala Pakatan Rakyat, tidak mustahil, mereka akan menzahirkan 'kebencian terpendam' ciptaan generasi sebelumnya yang berpunca dari sikap kaduk naik junjung, dengan konfrontasi fizikal yang pastinya meruntuh punahkan negara ini dalam sekelip mata.Pada ketika itu, natijah yang akan diperlihatkan ialah : orang Melayu sanggup berhancur bancaikan sistem ekonomi negara ini kerana mereka tidak mempunyai kepentingan yang besar dalam perniagaan, tetapi yang akan merana ialah Cina-cina pengadu domba ini.Punca utama masalah ini ialah perantaraan bahasa yang pelbagai yang telah membuatkan berbagai-bagai elemen bahaya berkeliaran di dalam negara dalam bahasa yang berbeza-beza dan menunggu saat bertembung dan meledak.
Mungkin pada saat itulah semua orang akan sedar bahawa Malaysia ciptaan Tunku Abdul Rahman adalah eksperimen yang gagal dan PAKSAAN ASIMILASI adalah jawapan utama.
Dipetik dari blog Ipohmalay

Isnin, Ogos 17, 2009

PAS DiLacurkan Lagi!!


SEPERTI yang aku janjikan, sementelahan internet pinjaman masih ditangan aku kan dedahkan kronologi lengkap isu rampasan arak di selangor.dalam butiran tarikh dan masa yang akan dipaparkan, akan kedapatan watak-watak hero, pailang,hipokrit maha gila menjustifikasikan agenda tersembunyi IFC .
1) dalam kawasan pentadbiran MBSA terdapat 42 premis perniagaan 7eleven, 24 daripada premis ini menjual minuman keras jenis beer yang mengandungi kadar alkhohol hingga 8.8%.
2) dalam mengatasi permaslahan ini, pihak MBSA telah melakukan inisiatif dengan mengadakan 4 mesyuarat khas mengatasi isu ini. mesyuarat ini berlangsung sejurus perlantikan ahli majlis baru MBSA dilangsungkan. iaitu untuk sesi 2008/2009. aku harus tegaskan disini bahawa ahli majlis baru ini adalah dikalangan penyokong pakatan haram pas,pkr,dap dan kumpulan ngo-k daripada hindraf.
3) pakatan haram di selangor adalah hipokrit.menjanjikan bulan dan bintang sebelum menang pilihanraya,sayang tatkala kuasa berada dalam genggaman perjuangan hilang dan iman pun boleh melayang.
4) 4 mesyuarat perlaksanaan mengharamkan penjualan arak di kawasan melayu berlangsung selama beberapa bulan, iaitu pada tarikh yang dinyatakan dibawah :-
(4a) mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 2 bertarikh 19 ogos 08 dan mesyuarat majlis pada 29 ogos 08.
(4b)mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 3/2008 bertarikh 15 september 08 dan mesyuarat majlis pada 25 september 08 (cabutan kertas)
(4c)mesyuarat jawatan kuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar kali ke 4/2009 pada 22 april 2009 (turut dihadiri oleh wakil 7 eleven)
(4d) INI KLIMAKS NYA.KEPUTUSAN TELAH DITETAPKAN. mesyuarat majlis kali ke4 pada 28 mei 09. mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua ahli majlis MBSA daripada pakatan haram.antaranya adalah :
1)tan ah kow-pkr kota raja
2)tuan mazalan
3)mokhtar hani
4)adnan jambori-pkr shah alam
5)ang leng kiat
6)norhalim sirome -pas kota raja
7)mariam abdul rashid
8)sivarajan
9) haris bin abu bakar -ketua bahagian pkr shah alam
10) adzhar maludin -
11)zukefli bin mohd nani
12) datin norini bt md top
13)ahmad suyuti bin bashiron.
5)pada mesyuarat terakhir ini (mesy ahli majlis 28mei 09) ketetapan penguatkuasaan ke atas penjualan arak dan minuman keras di kedai 7 eleven akan berkuatkuasa pada 1jun 2009.
6)pihak jabatan perlesenan MBSA telah memberikan notis bertarikh 13 julai 2009 kepada pegurusan 7 eleven untuk tidak menjual arak di shah alam bermula daripada seksyen 1 hingga 24.
7)29 hb julai 09, pihak penguatkuasa MBSA telah mengadakan pemeriksaan terhadap sebuah kedai 7 eleven di jalan liku seksyen 8 shah alam. didapati kedai tersebut masih lagi menjual arak dan minuman keras walaupun arahan MELARANG PENJUALAN telah pun berkuatkuasa pada 1 jun 2009.
8)rampasan telah dilakukan pada hari yang sama (28 julai 08 hari rabu) jam 4.30 petang.barang rampasan telah disimpan ditingkat 12 MBSA. asas penguatkuasaan MBSA berdasarkan keputusan mesyuarat seperti di atas.
9)PERJUMPAAN DENGAN RONNIE LIU.telah berlangsung sehari selepas rampasan iaitu pada 30 julai 09 jam 12.45 tengahari. MBSA telah dipanggil mengadap ke bilik timbalan datuk bandar untuk memberikan penjelasan isu rampasan arak. selain MBSA di dalam bilik tersebut ada 3 orang ahli DAP dan tan ah kow (pkr).
10) selepas perjumpaan jam 12.45 tengahari, sekali lagi MBSA dipanggil mengadap oleh ronie liu pada jam 2 petang.kali ini suasana lebih tegang. didapati 4 orang dap kelihatan di bilik tersebut. MBSA TELAH DIMARAHI DENGAN CUKUP KASAR DAN KERAS OLEH RONNIE LIU !
11) dua kali mesyuarat pada hari yang sama (30julai) iaitu pada jam 12.45 tengahari dan 2 petang...pada jam 4.30 petang MBSA tela diarahkan oleh ronnie liu untuk memulangkan semula arak yang dirampas.minggu lepas hasan ali bersandiwara, menyuruh agar khalid berahim menggugurkan ronnie daripada portfolio exco pbt.
jumaat minggu yang sama khalid berahim menyambut sandiwara hasan ali , khalid kata tiada isu.yang menjadi mangsa adalah MBSA dan yang menjadi hero islam juga MBSA. ahli majlis MBSA yang terbabit sama dalam memutuskan pengharaman penjualan arak membisu.pas meropakan manusia hipokrit tahap tertinggi senarai pelacur politik jalanan. pas memijakkan hukum quran yang pernah mereka perjuangkan.
hukum quran itu kini bawah kaki mereka, disepak dan ditendang mengikut citra politikal semasa. bila berocap di depan penyokon buta mereka, quran tadi diambil semola dari kaki mereka.'kita partai perjoangkan islam,umno munafik,umno jahannam' .... takbir lah mereka menipu ahli jumud pas sekaliannya.khalid berahim dan pas manifestasi ulangan sejarah.
nikmat islam itu telah diangkat dari jiwanya oleh ALLAH SWT. mereka sudah tiada rasa kekesalan kerna terlanjor. kerna sikap kesialan pas inilah, ketua pemuda dap berani menghina islam. penghinaan terbuka kepada islam berponca daripada sikap lacuran politik pimpinan pas sendiri.khalid berahim menjadi ketua nomor 1 di selangor.pembawaan khalid telah banyak merosakkan islam menjahanamkan bangsa. aku melihat keliling ku, menutup mata sambil memikirkan akan nasib agama dan bangsa.
di tangan ku menggenggam erat, tubuh berketar menahan gelojak marah....nabi saw telah lama meninggalkan kita, dan pada kita sahajalah paksi paksi kental yang mampu mempertahankan islam dan bangsa.hina islam dan bangsa haros ada noktahnya.pkr dan pas selangor haros-harosan segera dilawan dan ditentang ! dengan tangan penuh kudrat, mulut penuh semangat dan hati berkobar akan kami memolakan langkah.
sejarah sahabat dalam perang badar dijadikan iktibar, pelepah tamar digunakan menentang kafirin. dan pelepah tamar ini jugalah yang telah melibas-libas tubuh musuh hingga kaku menuju kematian !begitulah ulangan mati pakatan yang ku idamkan !
JIHAD SUDAH BERMOLA ! AYUH KITA BANGKIT DAN LAWAN MEREKA!

PAS Dilacurkan Oleh Anwar!!


AKHIRNYA PAS dijual sekali lagi oleh Anwar Ibrahim pada DAP, kali ini soal jualan arak di Selangor. (klik di sini)


Hassan Ali terpaksa tunduk pada DAP dalam soal ini setelah Anwar campurtangan.Sampai Hassan terpaksa berpeluk dengan samseng Cina Ronnie “the Godfather” Liu, untuk tunjukkan kepada Anwar dia “akur” dengan kebebasan jual arak di Selangor. Nampaknya PAS lebih takut pada Anwar dan DAP dari takutkan Tuhan dan hukum syara’.Mana keberanian PAS? Mana kejantanan PAS dan mana kekuatan unit Amal.



SIkit lagi PAS akan lantik Ronnie “samseng” Liu jadi kepala unit Amal PAS kerana dia lebih samseng dari unit itu!Mula-mula PAS setuju halalkan arak. Sikit lagi sindiket pelacuran pun ok, massage parlour pun ok, hanya kerana parti dan pemimpinnya dijual hidup-hidup oleh Anwar! Jual kira longgok jer.Kalau di Perak Anwar dah jual PAS dan Nizar kepada Ngeh, di Selangor Hassan Ali dijual oleh Anwar kepada Ronnie Liu.



PAS sudah jadi dayus dan tidak bertelor lagi.Patutla Nik Aziz kata taka pa kalau DAP hina Islam. Mungkin sebab Nik Aziz pun takut dengan samseng Ronnie Liu ni.

DAP = Denmark. DAP Disokong Oleh PAS!!


Sedutan bantah penghinaan nabi oleh akhbar Denmark satu ketika dulu ( baca lanjut ) :1) Lebih 8,000 orang berarak, menyertai perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Denmark di sini hari ini, mendesak pihak akhbar dan kerajaan Denmark serta sekutunya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas kebiadapan akhbar Jyllands Posten yang memulakan penyiaran karikatur menghina Rasulullah s.a.w.


Demonstrasi aman yang diketuai Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bermula di Masjid Kampung Baru setelah selesai menunaikan solat Jumaat.


Selamatkan Perak : Sanggup berarak tengah panas kalau Islam dihina, tp DAP hina ? biarlah, diorang bukan tau apa pun .. kata nik ajis


2) Menurut beliau, walaupun akhbar mempunyai kebebasan tetapi kebebasan itu sudah pasti mempunyai hadnya dan umat Islam tetap menyanjung kebebasan.Selamatkan Perak : Kebebasan DAP tiada had? Kerana apa? DAP kelik ambo ..


3) “Jika kerajaan dan akhbar Denmark tidak menarik balik penghinaan itu kami umat Islam di sini akan meneruskan bantahan setiap minggu sehingga pihak terlibat meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam,” kata Mohamad Sabu disambut dengan laungan takbir.Selamatkan Perak : DAP hina Islam, bukan sahaja tiada bantahan, malah diputarbelitkan pula nik ajis sampai orang Islam sendiri keliru.


4) “Jangan hanya bisu seribu bahasa, kami umat Islam sanggup mati kerana mempertahankan ketinggian martabat Rasulullah,” kata Salahuddin Ayub.Selamatkan Perak : DAP hina Islam - baik kami diam saja, nanti cakap banyak-banyak tak dapat pulak sumbat Nizar jadi MB.



Sorotan kata-kata pemimpin PAS diatas umpama cakap tak serupa bikin, bila orang lain hina, meluap-luap marahnya deme, sampai cabut ketayap atas kepala.Tapi bila DAP hina, laju je deme PEGANG LILIN kononnya kang kalau tak pegang, kempunan Nizar nak jadi MB lagi.



Kesimpulannya, apakah bezanya DAP ni dengan akhbar Denmark yang kome marah-marah sangat dulu?

Isnin, Ogos 10, 2009

Musuh Islam & Orang Melayu!!

KURANG HAJAR! Itulah yang yang menerangkan sikap DAP terhadap Raja-raja Melayu. Parti chauvinis itu juga tidak segan silu menghina agama Islam. Kita tengok samada PAS parti yang mendakwa memperjuangkan Islam akan membela hinaan DAP terhadap penceramah bebas Dr Mohd Riduan Tee Abdullah.Siapa yang akan bela Islam? PAS kah? PKR kah atau UMNO kah?PAS tetap berdiam diri hingga ke hari ini. Mari kita tanya bekas Menteri Besar Perak yang gila talak Nizar Jamaluddin samada beliau akan bela Dr Mohd Ridhuan? Bika benar kita mesti berkata benar.

Jika salah tentu kita kena kata salah. Sebab itu Pemuda UMNO yang bela Majlis Agama Islam Selangor tentang isu rampas arak di kedai serbaneka. Mana Pemuda PAS? Atau PAS hanya berani sesama umat Islam tetapi takut dengan DAP?Bila kita kata Nizar boneka DAP, orang PAS marah melompat-lompat macam monyet. Sekarang masa untuk buktikan Nizar ada otak sendiri bukan asyik mabuk nak jadi Menteri Besar dengan gunakan mahkamah.Kita juga nak tunggu samada Nizar akan ke hadapan bela DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda. Ada telor ke Nizar ni atau dia memang sang dayus yang takda maruah dan harga diri.
Pagi tadi Dr Zambry Abd Kadir sudah cabar Loke Siew Fook supaya nafi dia yang tulis blog menghina DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda. Kata Zambry kalau dia bukan yang tulis dia mesti nafikan.Tetapi kalau dia tulis jelas dia DERHAKA, KURANG HAJAR DAN PENGKHIANAT!Malangnya sampai sekarang Nizar diam diri. Nik Aziz diam diri. Sapa yang berani ke depan . . . Dr Zambry laaaa jugak. Nizar telornya dah kena cekup dengan DAP. Maklumla nak jadi MB balik!

Khamis, Ogos 06, 2009

Beruk Pun Bukan, Kongkang Pun Bukan..!!

Nak kata beruk tp orang..nk kata kongkang pun idak juga..jadi tafsirkanlah sendiri....

panjat pagar rumah sendiri ke?? atau panjat pagar umah orang?? atau sengaja nk sesuka panjat?? fikirkan sendiri jgak...akal ada...

Rabu, Ogos 05, 2009

Dipergunakan Pembangkang!!


BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu lori mendakwa anaknya yang berusia 15 tahun, dipergunakan pembangkang untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu. Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata anaknya, Muhamad Azreen, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, dibawa ke ibu negara menyertai demonstrasi itu tanpa kebenarannya. Beliau berkata, perkara itu hanya diketahuinya apabila anaknya dan 26 lagi peserta rombongan berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung, kira-kira jam 6 pagi, Sabtu lalu.



"Anak saya cedera di mata dan mulut, manakala peserta lain ada yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh," katanya ketika ditemui , di sini, semalam. Beliau berkata, apa yang dikesalinya ialah penganjur lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap kejadian menimpa anaknya. Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Bandar Perda, semalam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.



Sementara itu, Muhamad Azreen berkata, sebelum kejadian, beliau dimaklumkan rombongan ke Kuala Lumpur itu untuk menghadiri majlis kenduri dan hanya mengetahui perkara sebenar apabila berada di dalam bas. "Seramai 20 peserta rombongan itu terdiri daripada penduduk kampung manakala enam orang lagi tidak dikenali dan dipercayai orang luar," katanya.

Muhyiddin Tak Akan Mintak Maaf!!

Muhyiddin tetap anggap Penasihat PKR pengkhianat Melayu
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu terbesar kerana menganjurkan perhimpunan haram bagi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Saya tidak akan meminta maaf sebab itu memang kenyataan saya... saya bukan bohong (kenyataan) dan apa yang sudah dilaporkan itu adalah benar... itulah saja komen saya," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan antara Kementerian Mengenai Pandemik Influenza A (H1N1) di sini, semalam. Sabtu lalu, akhbar melaporkan bahawa Muhyiddin melabelkan Anwar sebagai 'pengkhianat bangsa Melayu terbesar' kerana menganjurkan perhimpunan haram memansuhkan ISA, di ibu negara pada hari sama.
Malah, Muhyiddin turut menyifatkan Anwar sebagai manusia lidah bercabang ketika menghadiri mesyuarat Umno Bahagian Seri Gading di Batu Pahat, Johor kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah mengubah prinsipnya hanya semata-mata untuk memastikan cita-citanya dalam bidang politik tercapai. Berikutan itu, kelmarin Anwar meminta supaya Muhyiddin membuat permohonan maaf atau berhadapan dengan saman sebanyak RM100 juta kerana mengeluarkan kenyataan itu. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau sudah menerima surat saman itu dan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Mengenai tuntutan supaya Akta ISA dipinda, beliau berkata, proses kajian terhadap akta itu sedang giat dijalankan susulan jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April lalu. "Saya meminta semua pihak termasuk pembangkang supaya memberi peluang kepada kerajaan kerana proses kajian terhadap Akta ISA sedang berjalan... takkan dalam empat bulan ia akan selesai... nak pinda undang-undang lain pun mengambil masa yang lama. "Semua pihak termasuk pembangkang akan diberikan peluang menyatakan pandangan mereka dan berhak meneliti apa yang akan kita bawa ke Parlimen nanti... jadi mereka perlu gunakan peluang itu untuk menyatakan pendapat masing-masing," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap pembangkang tidak membuat andaian awal bahawa kajian berhubung pindaan Akta ISA itu dilaksanakan selepas kerajaan didesak berbuat demikian oleh pembangkang.

Dalam pada itu, Muhyiddin meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menganjurkan perhimpunan haram memansuhkan ISA kerana ia dilakukan dengan tujuan meraih simpati orang ramai. "Biarlah rasional.. buat tuntutan biar berpada-pada, jangan nak jadi hero kepada rakyat tetapi negara porak peranda," katanya.
Sementara itu, di IPOH, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menganggap tindakan Anwar mengugut mahu menyaman Muhyiddin menunjukkan seolah-olah Ketua Pembangkang itu `terlalu suci' dan tidak boleh dikritik sedangkan dia mengkritik orang lain sewenang-wenangnya. Beliau turut hairan kerana Anwar yang dianggap sebagai `orang hebat' oleh penyokongnya, tetapi pada masa sama apabila dikritik sedikit sudah melenting dan mula mengancam mahu mengambil tindakan undang-undang. "Saya pun tidak faham dengan dia (Anwar) sekarang ni, orang lain sudah tidak boleh nak buat aduan, nak bercakap tentang dia, (tetapi) dia bercakap (keburukan) orang (lain) tidak apa.... dia dah jadi `houlier than thou' ," katanya selepas merasmikan Seminar Perancangan Pengurusan Sisa Pepejal kerjasama kerajaan negeri dengan Kesatuan Eropah (EU) di sini, semalam. Zambry juga secara sinis berkata: "Nanti, dia marah pula saya (komen mengenai Anwar). Nanti dia saman saya pula... saya harap dia tak samanlah saya."

Dalang Demontrasi & Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan!!


SEPANG: Polis akan mendakwa dalang dan 11 pemimpin parti pembangkang yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu negara, Sabtu lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram itu sudah dikenal pasti, termasuk pemimpin parti pembangkang terbabit. Beliau berkata, polis akan memanggil semua pemimpin terbabit, termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.




Musa berkata, polis akan berbincang dengan Peguam Negara untuk meneliti kes itu, termasuk tindakan tegas terhadap ibu bapa yang mengeksploitasi kanak-kanak dalam perhimpunan itu "Polis tidak akan menggunakan ISA untuk menahan mereka tetapi akan mendakwa di mahkamah menggunakan undang-undang sedia ada. Kita akan berbincang dengan Peguam Negara untuk meneliti kes dan tindakan sepatutnya sebelum tuduh mereka di mahkamah.




"Saya sudah maklumkan sesiapa yang mengeksploitasi kanak-kanak akan didakwa sebab peruntukan undang-undang memang ada, iaitu Akta Kanak-Kanak 2001," katanya pada sidang media selepas pulang dari Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam. Musa dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura oleh Presiden Singapura, S R Nathan di Istana Presiden kerana sumbangan cemerlang dan kerjasama polis kedua-dua negara. Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Wong Kan Seng yang juga Menteri Dalam Negeri memuji tindakan Malaysia mengatasi demonstrasi secara profesional tanpa berlaku aktiviti fizikal oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Sebelum ini, polis mengenal pasti 11 orang, termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Naib Presiden PKR, R Sivarasa; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.




Kelmarin, 29 penyokong GMI didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan mengedar kemeja-T serta topi untuk perhimpunan itu. Sivarasa dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman dua hari sejak Sabtu lalu. Dia antara 589 yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di beberapa lokasi di ibu negara bagi membantah ISA. Mengulas lanjut, Musa berkata, tindakan tegas diambil kerana kumpulan itu sudah beberapa kali diberi nasihat membatalkan niat mereka tetapi tidak diendahkan. "Sekiranya nak teruskan juga, buatlah di stadium dan kami akan memantau saja. Janganlah mengganggu atau menyusahkan masyarakat dan pengguna jalan raya dengan berhimpun di tempat yang tidak sepatutnya. "Kami hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang. Contohnya jika berlaku kecurian dan pencuri itu ada di tempat kejadian... takkan kami tidak menahannya," katanya.


Dipetik dari Berita Harian Online

Ugutan Bunuh!!


Ahmad Said terima surat ancaman tembak balas dendam kematian Teoh KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menerima ancaman bunuh untuk membalas dendam atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, selepas disoal siasat SPRM, baru-baru ini. Ancaman dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Ahmad Said itu diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lalu. Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, berkata pengirim surat bukan saja mengancam nyawa Ahmad Said, malah mengaitkan anggota keluarganya serta kakitangan dan pegawai suruhanjaya itu.




"Surat tulisan tangan itu menggunakan bahasa kesat untuk menyuarakan perasaan marah terhadap Ahmad Said, keluarganya dan pegawai SPRM berikutan kematian Teoh. Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam beberapa hari selepas menerima surat berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam. Dalam suratnya, penulis menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh dan mengugut untuk menembak mereka serta berulang kali memakinya dan menyatakan tidak berpuas hati kerana SPRM kerana tidak bertindak terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) serta MCA dan hanya menyiasat pemimpin DAP. Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor selepas disoal siasat sebagai saksi berhubung kes penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.




Kejadian itu mendorong kerajaan melaksanakan inkues bagi mencari punca kematian, manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan prosedur soal siasat SPRM. Ahmad Said ketika dihubungi berkata, ancaman seumpama itu sebahagian risiko yang perlu dihadapi ketika menunaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat. "Semua kakitangan dan pegawai SPRM dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan rasa tertekan dan hilang fokus dengan ugutan, sebaliknya semangat untuk menjalankan tugas perlu diutamakan selain menjaga keselamatan diri," katanya. Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana walaupun ancaman bunuh ditujukan kepada dirinya dan keluarga, pengirim secara umum menyatakan rasa marah terhadap SPRM keseluruhannya.



Mengenai penyebaran rakaman klip kejadian seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki yang dikatakan mempunyai kaitan dengan SPRM menerusi internet, Ahmad Said berkata, ia tidak membabitkan anggota SPRM dan lokasi rakaman juga bukan di pejabat agensi itu atau pejabat kerajaan, sebaliknya lebih mirip kepada pejabat pasar raya. "SPRM mengutuk keras tindakan sedemikian dan berharap polis menyiasatnya dengan rapi. Orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan dakwaan yang cuba memburukkan imej pasukan penguat kuasa," katanya. Laman blog advocateviews.blogspot.com menyiarkan klip rakaman lima minit yang memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki hingga menimbulkan spekulasi ia adalah Teoh, manakala pihak yang memukulnya didakwa pegawai SPRM. Ahmad Said berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti penyebaran rakaman itu.
Dipetik Dari BeritaHarian Online

Isnin, Ogos 03, 2009

GMI Lagi!!









Sebelum pihak lain menuding jari kepada kerajaan dan polis ekoran insiden perhimpunan haram anti ISA yang melumpuhkan ibu negara selama enam jam, hari Sabtu, salahkan dulu penganjurnya serta parti PAS yang jadi dalang utama. Walaupun sebelum ini, perhimpunan itu diajurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetapi ianya mendapat sokongan pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.


Bagaimanapun, berdemonstrasi jalanan bukan budaya DAP, suara reformasi PKR pula sudah hampir berkubur dan jika sesiapa melihat sendiri kejadian di ibu negara kali ini, jelas PAS menjadi boneka bagi mencapai tujuan politik pihak tertentu. Golongan ini beria-ria mahukan ISA dihapuskan kerana tahu selagi undang-undang itu ada, matlamat mereka untuk tujuan politik tidak akan tercapai. Tanpa disedari, pemimpin pembangkang lain memperkudakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob bagi menggerakan pemimpian serta ahli-ahli PAS supaya beramai-ramai menyertai himpunan tersebut. Beliau juga berjaya membawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang sekaligus mencetuskan semangat lebih ramai ahli-ahli parti itu terutama Unit Amal PAS untuk berdemonstrasi.



Maka bertembunglah Unit Amal ini dengan anggota keselamatan-Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis yang terpaksa bertugas menghalang perhimpunan haram itu. Tanpa disedari, pertembungan kedua-dua pihak ini jelas dilihat bertembungan sesama Melayu kerana sebilangan besar pegawai dan anggota polis adalah orang Melayu manakala Unit Amal dan penyokong GMI jelas Melayu juga. Perkara inikah yang tidak disedari oleh PAS tetapi mungkin rakan-rakan parti lain yang merancang insiden buruk itu bertepuk tangan dengan apa sudah terjadi.



PAS kini sudah hilang arah tujuan sejak bersengkokol dengan PKR dan DAP. Perhimpunan itu juga membabitkan ramai golongan muda dipercayai penuntut-penuntut Intitut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Penahanan beberapa orang daripada mengesahkan bahawa penuntut-penuntut terbabit yang kemungkinan menerima biasiswa dan bantuan untuk belajar akhirnya memilih ‘mengigit tangan yang melepaskan mereka tersepit’. Mereka bukan sahaja penuntut lelaki tetapi penuntut perempuan yang menutup sebahagian muka dengan tudung dan penutup hidung bagi mengelak wajah mereka dikesan.


Manakala Unit Amal PAS pula, sudah semakin berani mengambil alih tugas demonstrasi jalanan bahkan sanggup berdepan dengan FRU dan Polis. Sebahagian mereka sudah berkumpul di Sogo dan Kompleks Pertama dan sebaik perhimpunan besar bermula kita-kira jam 2.15 petang, mereka meluru keluar sambil mengeluarkan baju merah seragam Unit Amal yang disorokkan sebelum itu dan memakainya. Sebab itulah, dalam beberapa minit mereka seramai kira-kira 200 orang sudah membentuk perisai manusia di depan Sogo untuk memulakan perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara.



Bagaimanapun, kumpulan itu yang sudah disertai kira-kira 1,000 penyokong serta ahli GMI dihalang FRU dan Polis yang turut membentuk perisai manusia. Selepas enggan mematuhi arahan bersurai, FRU dan polis kemudian bertindak menyerbu kumpulan itu bagi menahan mereka kerana kesalahan berhimpun secara haram, Dalam beberapa kejadian serupa, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan semburan ‘water canon’ bagi menyurai perhimpunan penyokong demonstari itu yang sudah menguasai Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Tindakan itu menyebabkan mereka bertempiaran lari masuk ke Kompleks Pertama manakala Kompleks Sogo sudah ditutup lebih awal atas arahan polis.



Hampir semua kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula depan Pertama hingga ke Dataran Merdeka terpaksa ditutup sepanjang insiden polis mahu menyuraikan kumpulan terbabit. Ketika kejadian antara jam 2 petang hingga 6 petang itu, ada orang awam dan kumpulan terbabit demonstrasi pengsan akibat terjatuh dan terkena gas pemedih mata. Ini tidak termasuk kira-kira 436 yang ditahan kerana terbabit perhimpunan haram anti ISA tersebut.


Malangnya ketika semua mereka bakal berdepan tindakan undang-undang, peniaga-peniaga mengeluh rugi dan barang perniagaan rosak, pemimpin pembangkang duduk selesa di bilik hawa dingin di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Hadi, Salahuddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar dan Lim Kit Siang hanya muncul seketika ketika kumpulan Anti ISA itu berkumpul berhampiran Pertama Kompleks dan ketika FRU melepaskan gas pemedih mata dan tembakan water canon, mereka ke ibu pejabat PAS.



Semua pemimpin pembangkang terbabit dalam sidang media di tempat itu mendakwa berpuashati kerana perhimpunan itu mencapai sasaran.Mereka tidak memikirkan langsung kesan tindakan itu menyebabkan orang ramai takut masuk ke pusat bandar, yang sedia ada terperangkap tidak boleh keluar, peniaga kerugian malah macam-macam musibah lagi boleh berlaku jika Unit Amal PAS bertembung dengan polis.


Apakah pemimpin pembangkang terutama pemimpin PAS boleh menanggung kerugian dan semua beban ekoran tindak tanduk mereka itu?


Dan sekadar ingin meminjam kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, setelah melihat insiden yang memalukan negara di ibu negara hari ini, “ Pergi jahanamlah dengan PAS’.

Dipetik dari : Agendadaily

Ronnie Liu Lagi!!


Ini insiden terbaru, berlaku di shah alam ibu negeri selangor. ahli parlimennya adalah khalid gereja samad, adun batu tiga rodziah ismail dan adun kota anggerik yakop sapari. 3 mangkok pakatan ini adalah melayu dan beragama islam.


di shah alam majoriti penduduknya adalah melayu. istimewanya shah alam dibandingkan dengan ibu negeri lain adalah shah alam tiada punyai panggung wayang,rumah urut dan judi ekor. itu cerita dahulu sebelum pilihanraya mac 2008.2 hari lepas iaitu pada hari rabu telah berlaku insiden yang boleh dikategorikan sebagai kurang ajar.



ronnie liu selaku exco PBT selangor telah menggertak dan menghentak meja pada mesyuarat tergempar majlis bandaraya shah alam. kerana apa ? kerana membantah tindakan penguatkuasa mbsa merampas berkaton tin minuman keras seperti guiness,anchor dll yang dijual berleluasa di bandar shah alam.



ceritanya bermula begini. pada bulan april tahun 2009, mesyuarat jabatan penguatkuasa mbsa telah MELULUSKAN SATU RESOLUSI UNTUK MELARANG PENJUALAN ARAK DI SHAH ALAM. lokasi larangan ini berkuatkuasa bermula di seksyen 1 hingga ke seksyen 24 shah alam. kawasan ini menjadi lokasi penguatkuasaan kerana majoriti permastautinnya adalah berbangsa melayu.



penguatkuasaan penjualan arak ini berlangsung baik hinggalah berlaku satu peristiwa, ia terjadi pada hari rabu yang lepas. satu serbuan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa mbsa di sebuah kedai 7-11 di jalan liku seksyen 8 shah alam. satu rampasan besar arak telah dilakukan oleh penguatkuasa mbsa. arak-arak yang berjenama telah dirampas. petugas penguatkuasa ini hanya menjalankan tanggungjawap dan mereka tidak mahu melihat penjualan arak yang tidak dbendung ini dijalankan secara terbuka dan berleluasa. ketegasan mereka harus dipuji..sehinggalah berlaku satu kejadian biadap pada hari ini.



ronnie liu, kepala samseng yang menjawat jawatan exco pbt telah hadir di pejabat mbsa shah alam. dia telah mengetuai mensyuarat adhoc, yang membincangkan aduan pemilik kedai 7-11 terhadap rampasan arak yang dilakukan.ronnie liu dengan angkuh mengarahkan kesemua arak yang dirampas dipulangkan semula dengan seberapa segera. 'saya ronnie liu, exco pbt lu tara kenal sama saya ka'! sambil menghentak meja tanda angkuh. pegawai penguatkuasa menggelengkan kepala.



sikap biadap ronnie telah diadukan kepada beberapa orang ahli majlis pakatan berbangsa melayu, namun mereka telah melarikan diri tatkala diminta pertolongan.sebentar tadi kabarnya arak-arak tersebut telah dipulangkan semula kepada pekedai, walaupun rampasan tersebut telah memenuhi syarat dan keputusan larangan penjualan arak secara terbuka.khalid gereja samad ahli parlimen pas, adun kota anggerik yakop sapari bekas ahli ABIM dan adun batu tiga rodziah ismail bekas ahli wanita JIM.



kenapa mereka diam ? mana pergi janji-janji 'memperjuangkan islam' seperti yang pernah kamu lalak kan dahulu ? hipokrit atau bingai wahai YB pakatan ? kamu tidak akan kami (gap) lepaskan...kamu harus bertanggungjawap menyokong keputusan mesyuarat yang telah diluluskan, apakah kamu lebih takutkan ronnie daripada tuhanmu wahai (YB yang bingai) ! bantahan penduduk melayu shah alam semakin memuncak,protes semakin kuat !



kita akan saksikan selepas ini samada 3 YB mangkok hayun ini bersetuju dengan bantahan orang melayu atau tunduk an to'at kepada dap ronnie liu !?


Dipetik dari blog GAP

Gambar² Sekitar Demontrasi GMI :: Nilaikan Sendiri

























GMI :: Menutup Pandangan Umum Terhadap Kes Liwat Anwar!!


Sila jawab persoalan ini wahai DS Anwar Ibrahim!


Jangan jadi hipokrit..Sudah, lebih dari setahun saya tunggu untuk beri keterangan di Mahkamah. Kini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menafikan hak saya untuk memberi keterangan di Mahkamah serta mendapatkan perbicaraan yang adil.2hb September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.


Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan ISA(tahan 'tanpa bicara') yang dituduh kononnya zalim?Kes saya ini berbeza dengan kes yang lain kerana walaupun saya pengadu/mangsa, namun saya dicop seolah-oleh seperti OKT(Orang Kena Tuduh) dimata umum, OKT pula mangsa.Jika permohonan itu berjaya(kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu/saksi utama.


Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Tetapi apabila saya bersedia untuk memberi keterangan, masing-masing seperti cacing kepanasan.Walaupun perit menahan diri dari mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati Mahkamah.



Alhamdulillah, Allah melindungi saya daripada dijerat tertuduh yang sering mahu mengheret saya membicarakan ia di media(luar mahkamah), kerana akhirnya banyak tindakan beliau seperti tidak ''consistent'' dalam membuat kenyataan bakal menjerat dirinya kelak.Kepada Allah saya berdoa dan berserah..Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI




Dipetik dari Blog MohdSaifulbukhari

Perusuh Dibayar Duit!!

Ada beberapa benda saya nak kongsibersama dengan pembaca sekalian, saya diberitahu bahawa budak-budak yang turun untuk menetang ISA tadi kebanyakannya dari Universiti Islam Selangor, menurut seorang pelajar yang menceritakan kepada sahabat saya, bukan itu sahaja malah mereka di beri duit poket sebanyak rm50 ke 100 seorang!Nantikan pendedahan yang lebih banyak lagi selepas ini ya, tapi biasalah pencacai kunyit dan penjilat Pakatan Gangster mesti kata ini semua fitnah dan rekaan semata-mata, tak percaya korang tengok je la nanti!


Lagi satu, saya nak cakap sikit pasal bloggers pembangkang ni, kebanyakkannya tidak mengamalkan kebebasan bersuara langsung, mereka juga yang mewar-warkan pasal kebebasan ini tetapi mereka juga yang melacurkan perkataan KEBEBASAN BERSUARA!Contohnya dalam blog saya, semua komen saya lepas kecuali yang jenis komen yang menghina institusi Raja, saya tak lepaskan la! Tetapi blogger pembangkang, kalau kita komen sikit je pasal ketua mereka, maka mereka tidak akan melepaskan komen-komen yang sebegitu!Jadi, bila orang masuk blog mereka, orang akan tengok, wah dasyatnya, takde satu orang pun yang pro kebenaran!



Saya dah masak dengan taktik mereka ini, saya dah jenuh pergi komen kat blog dan laman web Pakatan Gangster ni! Beberapa contoh contoh aku boleh bagi la korang untuk test power dan tengok hasilnya, Malaysia Today, Tranungkite, anilnetto, papillon-liberte semuanya tak boleh pakai punya, inisemua blog bacul yang hanya akan lepaskan komen yang menyebelahi mereka sahaja!Tujuan mereka tak lain hanya untuk menunjukkan kepada pengunjung blog atau website mereka bahawa hampir seratus peratus orang Malaysia ni sokong pembangkang! Ini Psy War mereka, mungkin ramai yang dah tahu sekarang!



Saya cuma nak ingatkan kepada rakyat Malaysia semua, Pakatan Gangster yang ada kat negara kita ni bukanlah berniat baik pun, mereka hanya mahukan kuasa sahaja, tidak kira dengan apa cara sekali pun, mereka mengatakan kebebasan bersuara, tetapi mereka sendiri tak ikut apa yang mereka ucapkan itu!Mereka nak ISA dihapuskan supaya mereka boleh membuat kekecohan secara besar-besaran(macam kat thailand tu) dan mereka bolehlah mengambil alih kerajaan!



Bahaya dah permainan pembangkang ini sekarang, yang PAS ni pulak memang bingai, bila Anwar dan DAP gunakan sentimen keluarga kononnya maka terbakarlah PAS dan keluar la mereka bersepah-sepah di atas jalanraya di KL berjuang untuk menentang kezaliman!Wahai penyokong pembangkang yang bingai dan bahalol, korang berjuang untuk siapa? Kenapa korang tak nampak yang korang dugunakan? Sampai bila kamu akan diperkudakan oleh sang peliwat dan kepala bapak gangster ini?


Fikir-fikirkanlah ya...


Dipetik dari blog parpukari

Politik Fitnah!!

Pertama sekali di ucapkan Jutaan Tahniah dan Terima Kasih kepada Pasukan Keselamatan PDRM di atas Kejayaan mengawal keadaan Rusuhan semalam, Syabas
Negara akan musnah sekiranya Politik Fitnah terus di biarkan Berleluasa, Politik Fitnah Mengancam Keselamatan Negara dan Rakyat seluruhnya, Malah Pemerintah hatta Kedaulatan Islam yang di jaga Oleh Institusi Raja Berpelembagaan (Ulil-Amri) juga akan turut sama di tumbangkan oleh Politik Fitnah yang kini menjadi semakin Membimbangkan


Daripada peristiwa Rusuhan semalam mendesak ISA dimansuhkan jelas di Dalangi oleh beberapa Ahli Politik Pembangkang, Peserta Perhimpunan pula terdiri dari 99% Kaum Melayu kebanyakkannya Generasi Muda, Walaupun ISA telah ada sebelum Bapa/Ayah mereka lahir lagi tetapi atas sikap “percaya pada fitnah” dan sombong diri Generasi muda berani “Kurang Ajar” dan Tidak Menghormati Generasi Tua





Lebih membimbangkan terdapat “Kuasa” Polis dan Tentera yang baru apabila PAS Menggerakkan Unit AMAL mereka untuk membuat kekacauan dalam kejadian tersebut, ianya bagai memberikan bukti bahawa hasil Politik Fitnah yang di mainkan Pembangkang bukan sahaja mahu memansuhkan ISA tetapi ia juga mahu Memansuhkan Pasukan Polis (PDRM) Politik Fitnah terlalu Merbahaya dan Ianya adalah sesuatu yang dapat Memusnahkan Keamanan dan Keselamatan Rakyat dan Negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA telah lama Menyelamatkan Negara dari Ancaman Politik Fitnah dan Hasutan Jahat dari Ahli Politik Jahat yang bijak Mencipta Fitnah dan Menghasut Rakyat





Contohnya Parti Komunis Malaysia PKM melalui Setiausahanya Chin Peng, PKM bukan sahaja Menyebarkan Ideologi Komunis (tak beragama atau Percaya Tuhan) dengan cara Perang Bersenjata Memaksa Rakyat mengikut Ideologi Komunis dengan Paksaan malah Ideologi Komunis juga di Sebarkan melalui Poliktik sebagaimana Parti Komunis Malaya PKM di wujudkan !!!





ISA adalah langkah Terbaik bagi menghalang Politik Fitnah yang menjadi Ancaman Keselamatan Rakyat dan Negara, Malangnya petanda awal arena politik menunjukkan ISA mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan PPSMI,
Samaada di sedari atau tidak Kerajaan BN agak “LUPA” bahawa Agenda di sebalik Mansuhkan ISA tersebut adalah Menjatuhkan Institusi Raja Berpelembagaan dan Pasukan Di Raja terutama Pasukan Keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Renjimen Askar Melayu Di Raja(RAMD), Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan lain-lain lagi Agensi Kerajaan Di Raja





Ramai yang tak sedar bermula Krisis Politik Perak lagi Agenda Menjatuhkan Institusi Raja Berpelembagaan dan Kaum Melayu dan Kedaulatan Islam sudah Berjalan, ini dapat di buktikan apabila Kenyataan Terbuka “sembah derhaka” bekas MB Perak Nizar sebenarnya melanggar Rukun Negara dan beliau serta kebanyakkan Pemimpin dan penyokong Pembangkang boleh di kenakan Tindakan ISA !!!




Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan





Daripada kenyataan “sembah derhaka” sahaja Dato Nizar dan Barisan Pemimpin dan Penyokong Pembangkang yang sampai sekarang mendesak “bubar DUN” boleh di kenakan Tindakan Tegas undang-undang ISA kerana Melanggar Rukun Negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan Kesopanan dan Kesusilaan Di mana Kebawah DYMM Sultan Perak lebih Berusia dan perlu di Hormati oleh generasi muda





Malangnya tiada tindakan Tegas seperti ISA (Kemunting ISA di Perak) menyebabkan Pihak Pembangkang lebih Ganas Menyerang kerajaan dan Institusi Raja Berpelembagaan dengan Berbagai Fitnah dan Maki hamun hinggakan terdapat mereka Yang Berani Memaki Hamun DYMM Sultan Perak di laman web kerana Hukumannya hanya Denda atau terlepas begitu sahaja




Dipetik dari mykmu.net

Terima Kasih Kepada Yang Berdemontrasi Sabtu Lalu!!







Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menyertai demontrasi GMI pada1 Ogos yang lalu. Tidak lupa kepada mereka yang ditahan seramai 500 orang lebih, tahniah dan syabas juga.






Dalam masa yang sama, penulis menghulurkan rasa kesian dan padan muka kepada mereka² yang tersangkut dlm kesesakan lalu lintas pada Sabtu lalu, mereka yang terpaksa berkurung di kompleks pertama dan mereka yang berhajat nak ke pusat bandaraya KL pada Sabtu lalu kerana disebabkan demontrasi GMO kelmarin anda terpaksa bersusah payah. Dan tak lupa kepada peniaga yang terpaksa menutup premis perniagaan mereka sabtu lalu.






Inilah kesan dan hasilnya apabila politik fitnah dan agenda peribadi dijadikan sebagai peluru untuk menghemtan kerajaan. Politik adalah persepsi yang mana adakalanya persepsi itu boleh dicipta dan direka secara negatif.






Sebilangan rakyat digerakkan dan dikerah untuk menjayakan agenda licik ini dan tumpuan terhadap isu sebenar telah terhakis. Mereka yang terpengaruh ini majoritinya adalah dari kalangan orang Islam/Melayu sendiri. Agama pula ditolak tepi kerana mereka merasakan tindakan demontrasi ini adalah perlu kerana kerajaan BN yang ada pada hari ini tersangat "ZALIM". Zalim kerana telah menangkap penjenayah atau anasir yang boleh menganggu kedaulatan dan keamanan negara ini dan diletakkan di bawah ISA (Internal Security Act) dan kerana itulah mereka berduyun-duyun, berbondong - bondong datang ke KL untuk berdemontrasi bagi Gerakan Mansuh ISA (GMI).






Ada yang berserban, menutup muka, bertudung labuh, memakai topeng. Memalukan. Perempuan Islam yang bertudung labuh turut sama berdemontrasi. Mungkin inilah yang ajaran Islam yang dituntut oleh Allah pada fahaman mereka.






Unit AMAL PAS pula kini semakin berani dan seolah merekalah polis dan barisan depan didalam PAS dan pada demontrasi kelmarin.






Yang memalukan, perusuh adalah orang Melayu/Islam dan pihak berkuasa pula majoritinya adalah Melayu/Islam. Inilah yang paling memalukan. Inilah nilai Islam yang diterapkan kepada mereka.






MUngkin sudah terlalu banyak isu ini diulas dimana-mana blog mahupun forum dan surat khabar.






Kepada mereka yang diluar sana, berfikirlah secara waras dan berakal. Jangan semudah itu dijadikan kambing hitam dan alat semata - mata memperjuangkan agenda politik individu tertentu dan semata untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu sebenar.






Jangan Jadi Soh Chai!!