Khamis, Februari 28, 2008

Perang Telah Bermula





















Seri Iskandar,24 Feb. 08, Konvoi seramai 1200 buah motorsikal PEMUDA UMNO Parit ke Pusat Penamaan Calon Parlimen Parit (P 069) di Seri Iskandar memeriahkan lagi suasana pada pagi Ahad kelmarin.Konvoi ini berkumpul di tepi jalan berhampiran simpang empat Bota kanan menunjukkan sokongan dan kerja buat PEMUDA UMNO Parit khasnya.

Kini, sah bahawa calon-calon Barisan Nasional akan ditentang oleh pertandingan satu lawan satu di ketiga-tiga kerusi Parlimen Parit, Dun Blanja dan Bota. Drs. Mohd. Nizar Zakaria selaku Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Parit akan ditentang oleh AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Najihatussolehah Ahmad di kerusi P 069, Dato' Nasaruddin Hashim, Naib Ketua UMNO Bahagian Parit akan dicabar oleh Kapten (B) Usaili Alias di Dun N39 Bota dan sementara itu, YB Dato' Haji Mohd. Zaim Haji Abu Hasan akan bertemu dengan Ismi Mohd. Taib.



Pada malam sebelum penamaan calon, penyokong kedua-dua pihak sibuk menggantung bendera,poster mahupun sepanduk disepanjang jalan lingkaran Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar yang merupakan tempat penamaan calon. YB Dato' Zaim, Dato' Nasaruddin & Drs. Mohd. Nizar Zakaria diiringi ribuan penyokong Barisan Nasional seramai lebih kurang 3000 orang bergerak ke tempat yang ditetapkan oleh SPR sebelum calon-calon berkenaan masuk ke pusat penamaan.



Proses penamaan selesai lebih kurang pada jam 11.45 pagi dan calon-calon Barisan Nasional bergerak bersama motorsikal dan kenderaan penyokong ke padang SMK Dato' Abd. Rahman Ya'akub Bota untuk berjumpa dengan peserta konvoi disamping memberikan ucapan ringkas.Selepas itu, semua calon Barisan Nasional berkenaan mengelilingi Parlimen Parit dan berakhir di rumah mertua YB Dato' Zaim di Kampung Padang Bola, Parit untuk jamuan makan tengah hari.

PRU 12 kali ini menyaksikan sebanyak 222 kerusi Parlimen menjadi rebutan dan 505 kerusi DUN akan direbut oleh semua parti politik.Pada PRU 11 yang lalu, Barisan Nasional mengusai sebanyak 199 kerusi Parlimen dan selebihnya dimenangi oleh PAS,DAP,PKR dan Bebas.

Mandat rakyat diperlukan untuk Barisan Nasional terus mentadbir dan memerintah negara bagi tempoh 5 tahun akan datang disamping melaksanakan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9) dan merealisasikan Wawasan 2020. Sesuai dengan manifesto Barisan Nasional kali ini, Selamat, Aman & Makmur.

Teruskan memilih Barisan Nasional.

1 ulasan:

  1. alam ye orang parit..

    keme nak nanya la nih
    orang2 parit yg duk luar parit ni
    balik ngundi nanti dapat duit minyak dak???

    jauh ni... keme di kl
    dapat 50ringgit.. lepas le duit minyak!

    ahaks!

    BalasPadam