MCA semakin haru. Selepas EGM tempoh hari kini MCA mempunyai 2 Timbalan Presiden dalam sejarah parti masyarakat cina ini. Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai.
Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan dilantik ke jawatan berkenaan pada 15 Oktober yang lalu selepas EGM tetapi semalam ROS telah menghantar surat yang mana keputusan EGM yg lalu tidak diterima pakai kerana tidak memenuhi keperluan dua per tiga seperti dalam perkara 35 perlembagaan parti.
Dalam masa yang sama ROS juga menghantar surat bahawa kekosongan jawatan Timbalan Presiden tidak berlaku dan membolehkan Datuk Seri Chua Soi Lek masih memegang jawatan berkenaan.
Pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) selama lima jam semalam, turut menerima keputusan ROS tersebut dan memutuskan Liow Tiong Lai untuk kembali ke jawatan Naib Presiden.
Liow Tiong Lai pula diberitakan akan merayu keputusan ROS itu dan tidak menolak kemungkinan untuk mencabar keputusan itu di mahkamah. Beliau turut mengadakan sidang media bersama Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datin Padua Chew Mei Fen dalam masa yang sama Ong Tee Keat turut mengadakannya di tempat yang berasingan.
Pada hemat penulis, kemelut ini perlu diselesaikan segera. Perlu ada situasi menang-menang untuk kebaikan semua. Isu ini hanya akan merugikan Barisan Nasional sendiri dan tempiasnya tentulah kepada kerajaan yang sedia ada. Kemelut ini juga tentunya menarik minat pembangkan untuk menabur peluru-peluru mereka di medan politik semasa.
Jangan jadi seperti labu membaiki tikus. Kononnya untuk menyelesaikan masalah asal tetapi timbul pula masalah yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan