Khamis, Disember 04, 2008

Bolehkah PAS Menerima Anwar Sebagai PM


Tajuk artikel penulis hari ini nampaknya mudah.Mungkin bagi sesetengah orang tidak perlu ditanya pun.Kenapa tidak perlu ditanya?Kerana bukankah PAS sekarang bersama Pakatan Rakyat.Dan Brother Anwar Bin Ibrahim adalah kepala Pakatan Rakyat.Kuatnya lagi pula hujahnya pula, bukankah Anwar diterima PAS sebagai Ketua Pembangkang sekarang ini!
Tetapi,penulis secara fana menanyakan soalan fundamental.Soalan yang asas.Bolehkah PAS menerima Anwar sebagai PM?Berdasarkan ayat-ayat di perenggan pertama tentunya khalayak ramai mengatakan ya!PAS boleh menerima Brother Anwar Bin Ibrahim sebagai PM.


Namun,PAS ada perangai.Perangai PAS kita mesti lihat dalam dunia realiti.Perangai PAS adalah tidak akan lepas benda yang dia genggam.Kalau dia beri,mesti ada yang tak kena.
Buktinya mudah.Sebelum ada PKR,bagi anak-anak muda reformasi dan mahasiswa PAS yang tidak pernah tahu apa itu politik sebelum ini,ada parti namanya Semangat 46.Di Kedah,PAS tahu kerusi seperti Sungai Petani,PAS tidak boleh menang.Begitu juga Jeli, PAS kena kerja lebih.Kerusi seperti itu, PAS beri kepada Semangat 46.


Tradisi memberi kerusi bunuh diri kepada rakan sekutu diteruskan oleh PAS bila PKR diwujudkan.Kita lihat di Perak,PAS simpan kerusi Parit Buntar yang diketahui kubu kuatnya tetapi menyedekahkan kerusi Parlimen Bagan Serai kepada PKR.Bolehkah PAS dengan senang hatinya memberi kerusi selesa PAS kepada PKR seperti Pendang,Kubang Kerian ataupun Tumpat?Jawapannya tidak.PAS tidak akan beri.


Sebab itu, sekarang PAS menyesal memberikan kerusi Parlimen dan DUN yang "kurang selamat" kepada PKR.PAS tidak sangka pilihanraya ke 12 tempoh hari,UMNO boleh kalah banyak.Jika PAS tahu, tentu PAS akan menuntut lebih banyak kerusi.


Almaklumlah,PKR tidak ada calon, sampai budak umur 32 tahun boleh jadi Timbalan Ketua Menteri PKR.Jangan cakap lagi,tukang gambar kes Lingam yang nampak ala-ala Pak Pandir pun menjadi calon PKR serta menang pula.PAS memang tidak sangka,jikalau tidak tentulah banyak kerusi yang PAS nak bertanding.Tentulah yang jadi MB Selangor dan TKM Penang adalah orang PAS dan bukan PKR akibat salah kira think tank PAS.


Sekarang berbalik soalan asal tadi,PAS sebenarnya hanya setuju dengan Anwar kerana ingin merampas beberapa negeri di Utara Malaysia dari UMNO.Itu sahaja.PAS dalam tamrin,usrah,Harakahdaily dan Tranungkite sahaja yang berdegar-degar hendak memerintah Malaysia.

Tetapi pimpinan dan tukang susun calon tahu, sampai bila pun mereka tidak boleh perintah Malaysia kerana tidak cukup kerusi untuk bentuk Kerajaan.Kalau buat tahalluf pun,DAP tentu sekali tidak beri PAS laksana Hudud.Jadi tinggallah PAS dengan angan-angan Mat Jenin kalaupun disokong jadi Ketua Barisan Alternatif.

Oleh itu, PAS sekarang menyokong Anwar kerana yakin Anwar tidak akan menjadi PM.Kerana hanya PAS sahaja boleh memerintah.Penyokong PAS menganggap PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

"al-Islam, ya'lu walaa yu'la 'alaih"

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.
Jadi macam mana PAS hendak mengiktiraf Anwar lebih tinggi darinya?Adakah Anwar lebih tinggi dari Tuan Guru,pewaris Nabi?Impossible.Ahli Jamaah PAS berbai'ah dengan PAS,jadi sanggupkah Hadi Awang berbai'ah dengan Anwar sebagai PM?Tidak logik bagi orang yang biasa ikut usrah dan tamrin.

Orang PAS geli dengan UMNO kerana UMNO mereka rasakan parti rasuah dan banyak skandal.Masalahnya,kebanyakan tuduhan rasuah dan skandal itu pun hanyalah dengar cakap-cakap orang dan bersumberkan laman-laman dan blog-blog picisan yang entahkan betul, entahkan tidak. Malangnya,orang PAS percaya dengan tanpa soal kalau ada pemimpin UMNO dituduh berzina,berskandal ataupun makan suap walaupun tiada saksi hatta seorang pun.
Tetapi sedarkah mereka akan realiti?

Ikut logiknya, orang PAS adalah bersih dan pemimpinnya juga bersih.Cuba kita baca tulisan Yahya Ismail yang dipetik dalam AIDC.Menurutnya:
"Sekiranya anda berpendapat antara Anwar dengan seorang bapak ayam merangkap tauke judi tidak apa-apa dan tidak menjejaskan imej ketokohannya sebagai pejuang Islam maka tanya pula kepada Tuan Guru Nik Aziz apakah beliau sanggup bersahabat dan bermain guli dengan Lim Goh Tong, tauke kasino genting Berhad?

Besar kemungkinan Nik Aziz akan menolaknya kerana beliau sedar adalah tidak bijaksana dan bertentangan dengan akhlak penganut Islam bersahabat dengan seorang tauke judi apalagi dengan bapak ayam. "

Itu baru bersahabat.Jikalau ada pemimpin PAS dituduh liwat,sanggupkah ahli-ahlinya berbai'ah dengan pemimpin yang kepinginkan dubur sesama jantina?((Sukar membayangkan Hadi Awang masih kepingin berbai'ahkan Anwar setelah ada orang yang bersumpah, sanggup kena laknat tujuh keturunan).

Mungkin ada yang katakan,"Ini tentu fitnah".Namun, bukankah aparat-aparat PAS suka mengambil Jepun sebagai teladan.

Pemimpin Jepun sekiranya ada orang cakap belakang tentang dirinya rasuah ataupun ada skandal seks, tidak kisahlah fitnah mahupun betul,keesokan harinya dia akan letak jawatan sehinggalah siasatan selesai.Bagaimana dengan Anwar?Maka, jauh lagilah kebersihan dan ke'sensitif'an politik Islam PAS dari Jepun yang kafir dan tidak pernah tahu usrah itu.
Bolehkah PAS menerima PM yang diketahui umum menyedekahkan bapa,adik-beradiknya dan teman rapatnya dengan jutaan saham-saham kompeni strategik?Kita bukan bercakap tentang si anu ataupun si anu yang PAS dan PKR selalu cakap sekarang ini, tetapi tentang Anwar.

Bolehkah orang PAS menutup mata dengan berPerdana Menterikan orang yang tuduhannya adalah kamiran kepada semua tuduhan yang selama ini mereka tuduh kepada pemimpin UMNO.

Lucunya, PAS boleh menerima seorang Perdana Menteri yang "lengkap pakej"nya ditambah dengan aksesori lagi.Hebat PAS!Syabas!

Syabas Mera Betti cakap Hindi kepada PAS!!!(Anwar kan suka tengok Hindustan?)
Oleh itu,penyokong PAS wajar bertanya kepada diri sendiri,bolehkah anda semua menerima Anwar sebagai PM?