Ahad, Januari 27, 2008

Sokongan Belia Parlimen Parit


Sitiawan,25 Jan. 08. Majlis Belia Daerah (MBD) Perak Tengah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Barisan Nasional (UMNO) pada Pilihanraya Umum ke 12 pada Majlis Makan Malam Majlis Belia Perak Tengah di Hotel Crystal, Sitiawan kelmarin. En. Kamarulzaman Zalamuddin, selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Perak Tengah menyatakan sokongan MBD pada majlis yang dihadiri oleh hampir 150 ahli gabungan belia daerah. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Belia & Sukan Negeri Perak dan isteri Datin Hjh Puteri Kausar bt. Megat Salleh.


Pada majlis berkenaan, En. Kamarulzaman menyeru kepada semua ahli gabungan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa saja calon Barisan Nasional di Dun Bota, Belanja & Parlimen Parit. Beliau berkata lagi, hanya kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO sahaja yang mampu untuk mentadbir dan memajukan negara ini dan menjaga belia di Malaysia amnya dan di Parlimen Parit khasnya. Dengan peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS), belia-belia dapat meneroka peluang-peluang perniagaan, pertanian dan kursus kemahiran. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan ringgit untuk pembangunan belia setempat melalui pembinaan "Gelanggang Multisport" di Parit, Bota & Lambor, pembinaan mini stadium di Parit, kelab sukan komuniti (KSK) Dun Bota & Belanja,tabung ekonomi belia, bantuan belia niaga dan kursus-kursus oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah.


Belia di Parlimen Parit harus berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional,kerajaan negeri Perak, YB Dato' Haji Mohd. Zaim, YB Dato' Che Ri dan YB Dato' Nasaruddin Hashim yang sentiasa peka dengan masalah dan pembangunan belia setempat.


Dengan pembinaan kemudahan sukan dan aktiviti yang berterusan ianya dapat mengurangkan gejala-gejala sosial di Parlimen Parit seperti mat rempit, menghidu gam, ponteng sekolah,vandalisme dan sebagainya. Melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah, belia-belia dapat menonjolkan diri mereka disamping membina sahsiah diri yang baik.


Antara ahli gabungan yang hadir pada malam berkenaan ialah dari Persatuan Kelab - Kelab Belia Malaysia (MAYC) Parlimen Parit, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Gerakan Belia 4B Parlimen Parit. Majlis berkenaan juga dihadiri En. Abd. Rasid Hj Nopiah, Exco Gerakan 4B Malaysia yang juga mantan Pengerusi MBD Perak Tengah, Drs. Mohd. Nizar Zakaria - Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Parit, Tuan Haji Mior Brahim b. Abdul Rahman (Naib Pengerusi MAYC Perak), En. Yusuf Nordin (Setiausaha UMNO Bahagian Parit), Cik Faieza Abdullah (Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Parit), En. Khairul Shahril Mohamed (Setiausaha PEMUDA UMNO Bahagian Parit), En. Ahmad Shamil Hj Mohamed (EXCO MAYC Negeri Perak).

Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

Khamis, Januari 24, 2008

Tan Sri Megat Junid Dalam Kenangan

Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Penguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah meninggal dunia akibat komplikasi kanser diPusat Rawatan Pakar Pantai 5.30pagi ini. Mantan Ketua Penerangan UMNO itu meninggalkan dua orang balu, Puan Sri Faeizah Shuaib dan Puan Ziela Jalil.
Beliau telah berada di Unit Rawatan Rapi Pantai semenjak hampir tiga bulan lalu.


Jenazah telah dibawa pulang ke rumah beliau di SS 7 Kelana Jaya, dimandi dan kafankan. Antara yang terawal menziarah ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali. Tan Sri Megat merupakan Setiuasaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir semasa beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 1976 dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Hussein Onn pada 17 Julai 1981.
Tan Sri Megat merupakan Timbalan Menteri Perusahan Utama, 1984-86 dan kemudian kedudukan strategik Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), 1986-97. Zaman beliau menerajui KDN merupakan zaman amat mencabar. Beliau antara yang bertanggung jawab membenarkan Polis melancarkan
‘Operasi Lalang’ pada 27 Oktober 1987 sebagai usaha untuk ‘mengawal keselamatan dalam negeri’, yang melihatkan 106 orang ditahan dibawah ISA.
Antara kejayaan Polis DiRaja Malaysia dalam tempoh beliau dalam KDN ini ialah perletakan senjata dan perjanjian damai ‘Perjanjian Hadyaii’ yang dicapai dengan Parti Komunis Malaya pada Januari 1989. Beliau menamatkan karrier politik dalam pentadbiran Kerajaan selama 17 tahun apabila kalah kerusi Parlimen Parit pada Pilihanraya Umum ke X November 1999 kepada calon PAS, apabila kerusi beliau Pasir Salak telah diambil oleh Pengerusi Perhubungan UMNO dan Perak ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Antara bekas rakan rakan Kabinet yang datang menziarahi ialah Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, TYT Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob, mantan Menteri Pelajaran Tan Sri Sulaiman Daud, Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Dato’ Seri Aziz Shamsuddin, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Mustapha Mohamad dan Menteri Besar Perak Dato’ Mohd. Tajol Rosli Ghazali. Turut kelihatan ialah Menteri Penerangan Dato’ Zainuddin “Zam” Maidin, Timb. Menteri Kesihatan Dato’ Dr. Abdul Latif Ahmad, mantan Timb. Menteri Luar Negara Dato’ Abdullah Fadzil Che Wan dan mantan Timb. Menteri Penerangan Dato’ Hj. Khalid Yunus.
Pegawai pegawai kanan Polis juga kelihatan, termasuk IGP Tan Sri Musa Hassan dan mantan IGP Tun Mohamed Hanif Omar. Pemimpin pemimpin parti politik komponen BN juga datang untuk memberikan penghormatan terakhir.


Barisan Exco Pemuda UMNO terdiri dari Naib Ketua Khairy Jamaluddin, Dato’ Mukhriz Mahathir, Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim, Dato’ Firdaus Ismail, Harison Hassan dan Wan Azizi Wan Mohamed meluangkan masa untuk memberikan penghormatan terakhir dan mengiringi jenazah untuk disembahyangkan di Masjid Kelana Jaya, yang berdekatan. Jenazah beliau kemudian disemadikan di Perkuburan Kiara, Damansara petang tadi.


Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Rabu, Januari 23, 2008

Lebih Adil Dari Keadilan@Keldaian


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Kerajaan menyediakan hospital, klinik, pusat rawatan sebagai satu kemudahan untuk rakyat. Ubatan – ubatan yang diberikan dibayar pada harga yang cukup minima dan tidak membebankan. Hanya barayan RM1, rakyat diberikan rawatan kesihatan dan dibekalkan dengan ubatan yang baik. Tetapi, masih ada kelemahan yang perlu lagi diperbaiki dan dipertingkat. Namum begitu, dengan kemudahan yang baik, rakyat dapat menjalani dan menikmati rawatan yang seadilnya. Kalau mahu membeli ubat atau mendapatkan rawatan di klinik swasta, sudah tentu harganya lebih tinggi dari klinik kerajaan.

Kalau diperhatikan, apabila tiba musim pilihanraya maka, doktor² yang pro pembangkang akan datang ke kampung² memberikan rawatan percuma. Kononnya untuk memenangi hati rakyat. Walhal, kalau nak dibandingkan dengan apa yang kerajaan sediakan untuk rakyat sekarang ini, jurangnya begitu jauh sekali. Itu Cuma sekadar gimik pilihanraya untuk meraih sokongan yang kononnya mereka prihatin terhadap kesihatan rakyat.

Bandingkan harga ubat yang kita dapati di klinik atau hospital kerajaan dengan farmasi atau klinik swasta?Jadi, kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat secara berterusan dan bukan bermusim. Kalau begitu, zalim kah kerajaan kita sekarang ini??

LIhat contoh di Iraq. Kononnya Saddam Hussin seorang yang zalim dan kejam. Lalu, Negara ‘Uncle Sam’ datang untuk ‘menyelamatkan rakyat Iraq. Tetapi, sebaliknya kini apa yang berlaku??Lagi huru-hara dibuatnya. Bom disana sini. Letupan disetiap pelusuk. Peluang pekerjaan semakin hilang, peluang pendidikan pula sukar untuk didapati. Hendak bersembahyang dimasjid atau keluar rumah pun belum tentu keselamatn terjamin. Kita di Malaysia, tiada halangan untuk beribadat samada di masjid, kuil, tokong mahupun gereja. Pergi kesekolah juga tiada halangan, tetapi itupun masih ada yang ponteng. Yuran peperiksan juga kerajaan hapuskan untuk kesenangan rakyat,itupun masih ada yang merungut. Bersyukurlah dengan nikmat, keamanan dan kesejahteraan yang kita dapati pada hari ini. Kita pertahankan kedaulatan dan keamanan ini sampai bila². Terbukti kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO yang mampu melakukan semua ini.

Cuba bayangkan, jika Barisan Alternatif (bermusim) mentadbir Negara ini??Siapa Perdana Menteri?Siapa Timbalan Perdana Menteri??Siapa Menteri Kewangan??Siapa Menteri Pelajaran??Aduh, sukar digambarkan. Jika PAS ingin mewujudkan Negara Islam, adakah DAP akan bersetuju. “Langkah mayat saya dahulu” kata Karpal Singh suatu ketika dahulu. Adakah nasib dan hak orang Melayu akan dipertahankan?? Mahukah DAP bertolak ansur yang tentunya mereka memperjuangkan konsep Malaysia Malaysian??Tentu haru dibuatnya.

Malam kian larut, sejuk mula menggigit kulit ini. Bagaimanakah bayangan kabinet Barisan Alternatif jika mereka memerintah??Terjaminkah hak kita sebagai orang Islam dan Melayu??

Isnin, Januari 21, 2008

"Keldaian Pergi Bulan Naik Roket"

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ini.Semalam di dewan orang ramai, kesempatan berbual dan bersembang bersama Ustad Yaakub. Orangnya berjenakan, bersahaja tetapi penuh berisi. Berbicara perihal keadaan semasa.

Pernah ditawarkan untuk menyertai pembangkang yang kononnya melihat beliau berpotensi untuk dijadikan sebagai 'peluru' mereka.Tidak sama sekali membenarkan dirinya termakan dengan imbuhan dan wang ringgit. Pernah diugut dan dipukul oleh sekumpulan samseng kerana ceramahnya yang pedas dan agak kritis. Terkena hidung 'mereka' barangkali. Alhamdulillah, samseng² berkenaan telah dijatuhi hukuman yang setimpal.


Tertarik dengan isunya mengenai harga minyak. Adakah jika pembangkang menjadi pemerintah, mereka dapat menurunkan harga minyak??Sejauh manakah peranan Petronas dalam hal ini??Tuduhan pembangkang, Malaysia mempunyai PETRONAS yang boleh digunakan sebagai agen untuk menurunkan harga minyak. Kenapa mesti minyak kita di eksport ke luar negara, walhal minyak tersebut boleh menampung kenaikan harga minyak yang kononnya membebankan rakyat??Jawapnya Ustad Yaakub mudah sahaja dalam perumpaan ceritanya...


Jika kita mempunyai buah durian yang sedap,isinya kuning dan tebal..adakah kita akan menjual buahnya atau kita akan makan??Tentunya kita akan jual kerana durian berkenaan mempunyai harga yang baik dan duitnya boleh digunakan untuk perbelanjaan. Jadi, dalam isu minyak ini, Malaysia menghasilkan minyak yang baik dan berkualiti dan dijual di luar negara dan keuntungannya digunakan untuk pembangunan negara dan untuk kesejahteraan rakyat.


Kalau mahu dikira dengan hasil cukai yang dibayar oleh rakyat semata, adakah cukup untuk membina sekolah??masjid??jalanraya??jambatan??subsidi minyak??gas??buku teks dan sebagai??Adakah benar kerajaan Malaysia sekarang ini tidak adil dan zalim??Walhal, semua rakyat tidak kira bangsa,agama mahupun fahaman politik mendapat manfaatnya samada secara terus ataupun tidak terus.


Itu belum diceritakan bab² atau perkara yang lain.Terlalu banyak jasa kerajaan dan UMNO sendiri. Keadilan sendiri ditubuhkan sebagai satu medium protes oleh tunggangan Anwar Ibrahim. Sedangkan Anwar Ibrahim sendiri pernah berada di kem UMNO dan kabinet Malaysia. Jadi, kemenangan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya ketika dalam kabinet tidak sah ataupun tidak "BERSIH". Begitu??

Suka untuk menempelak Timbalan Ketua Angkatan PEMUDA ADIL Perak, Saudara Faizal. Sedangkan ayahnya sendiri menerima bantuan rumah PPRT di Kampung Rimba Raja, Lambor Kanan. Tidak adil kah lagi kerajaan sekarang?? Bapanya sendiri menerima manfaat dan beliau menentang kerajaan yang menolong bapanya??Hilang akal atau akal hilang??
Sekian untuk kali ini.