Khamis, Disember 10, 2009

1 Gereja, 1 Kuil , 1 Tokong..!! PAS For All..!!

1=Masjid, 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja akan menjadi slogan Pakatan untuk menghapus ketuanan Melayu dan langkah pertama ialah mendapat sokongan Nik Aziz mengenainya.

Menurut seorang sahabat yang bertugas sebagai Setiausaha Kerja yang bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Nga Kor Ming kini cuba mendapat sokongan PAS mengenai kenyataannya tentang 1=Masjid, 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja.Nga mahukan sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mengenai perkara ini. Tujuannya menurut sahabat berkenaan, beliaupun tidak pasti. Apa yang dapat dibaca, sebenarnya tindakan Nga sebenarnya mahukan sokongan orang Melayu dalam PAS mengenai perkara sedemikian.

Lagipun Samad Khalid sudahpun memberi lampu hijau mengenai kenyataan berkenaan namun kini pemimpin PAS seperti Haji Hadi Awang bertindak seperti batu. Batu yang takut dipukul oleh ombak. Anwar Ibrahim bawah ketiak Nga aje sama juga dengan Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak.Lagipun, kenyataan yang dilakukan oleh Nik Aziz akan disokong oleh pemimpin PAS termasuk Presidennya. Justeru, mungkin andaian berkenaan akan digunakan untuk memberi imej bahawa;

1. Kenyataan UMNO menentang slogan 1=Masjid, 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja sebagai tindakan rasis. Rakyat perlu menolak parti rasis Melayu.

2. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja mendapat sokongan oleh orang Islam seperti ulama Nik Aziz, justeru, kenapa orang Islam yang bukan ulama menentang pendapat ulama!

3. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja dipersetujui juga oleh orang Melayu.

4. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja sebenarnya slogan untuk menutup permasalahan dan kegagalan pemerintahan yang dihadapi oleh DAP Pulau Pinang yang mendapat tentangan daripada penduduk India beragama Hindhu dan Penduduk Kampung Buah Pala.

5. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja salah satu cara menakutkan pelabur asing datang membuat pelaburan ketika pemimpin negara sedang menarik kehadiran pelabur berkenaan untuk menjana ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan. Pada hemah Nga, pendedahan oleh media asing akan melaporkan tentang Malaysia seperti negara Iran yang tidak menindas agama lain.


Nilaikanlah sendiri..!!!

Rabu, Disember 09, 2009

Kedah Sejahtera...!!

Demi memenangi hati rakyat bukan Islam di Kedah, Kerajaan PAS Negeri Kedah dengan bangganya memperkenalkan sebuah pusat hiburan yang diberi nama "Black, PUB & Karaoke"! Bertempat di bandaraya Alor Setar, kelab yang disyaki menghidangkan makanan "halalan thoiyyiba" ini juga dipercayai sedang memohon status "halal" dari "Dewan Ulama PAS". Disamping itu, iklan dan sepanduk mempromosikan Pub & Karaoke ini begitu "cantik" menghiasi tiang lampu dan tiang letrik di jalan-jalan utama di bandaraya Alor Setar.
Islamik sungguh pendekatan kepimpinan PAS Negeri Kedah ini. Jangan sesiapa pun bantah! Ini ketetapan Kerajaan "Islam" PAS Kedah. Mungkin setelah mendapat "restu" dari Tuan Yang Terutama Mursyidul Am PAS, maka "ter"lulus"lah pusat hiburan ini. Kalau ditegur, maka mereka akan menuding jari kepada kita. "Alahhh..BN dulu pun bagi lesen pusat hiburan.." begitulah kebiasaan alasan yang selalu dibalas puak-puak PAS apabila dibidas. Sedangkan sebelum berkuasa di Kedah, puak-puak PAS inilah yang menentang, mengutuk dan memprotes wujudnya pusat hiburan seperti ini. Dan kini apabila mereka mendapat kuasa, diberi pula lesen baru untuk menambah kewujudan pusat hiburan! "Ludah ke langit, jatuh bertepek di atas muka sendiri", "ketuk dulang paku serpih, mengata orang PAS yang lebih"!
Satu lagi jawapan yang biasa diberikan oleh Tok-Tok Lebai PAS tentang kes sebegini ialah "kita orang Islam haruslah menghormati kehendak orang bukan Islam". "Orang Islam tak payahlah masuk Pub, biarkanlah orang bukan Islam sahaja yang masuk.." sambung mereka. "Orang Islam semua tahu arak itu haram, jadi mereka takkan minum, yang minum hanyalah yang bukan Islam.." mereka menambah. "Islam kita tidak jumud dan menerima masyarakat bukan Islam dan hak kebebasan mereka", terang mereka lagi panjang lebar. Begitu terbuka pendirian mereka sekarang? "Open minded" kata orang putih. Maklumlah, Ustaz Azizan lulusan "obersea" yang bukan dari timur tengah, mestilah "open minded" sikitttt... Mungkin Kerajaan PAS Kedah sudah lupa pada janji dan manifesto mereka pada PRU12 yang lepas. "Ada benda yang kita utamakan dan ada benda yang akan dilambatkan sikit. Kita akan ‘study’ dulu dan tengok mana satu akan diberi keutamaan untuk melaksanakannya,” Azizan Razak pernah berkata sedemikian. Nampaknya Ustaz Azizan sudah mengotakan "janji"nya.
"Black Pub & Karaoke" lebih utama dari memberikan cuti bersalin selama 3 bulan dan cuti 14 hari kepada mereka yang kematian pasangan. "Black Pub & Karaoke" lebih penting dari "memberikan subsidi air untuk masjid-masjid dan rumah kebajikan berdaftar. Perlaksanaan dasar "Black Pub & Karaoke" lebih utama dari memperbanyakkan kemudahan meletak kenderaan yang semakin tinggi dikenakan bayarannya berbanding sebelum ini.
Sudahkah Ustaz Azizan memotong gaji dan elaun MB dan Exco-Exconya? Setahu saya, pernah seorang Exco "kesayangan"nya memohon "claim" elaun lebih dari RM34 ribu ringgit Malaysia! Sejahtera sungguh "poket" Exco Kedah di zaman Azizan. Syabas! Saya difahamkan, Ustaz Azizan begitu bijak "mengambil hati" para JUSA dan KCS. Ustaz Azizan dilihat lebih "intim" dengan KCS yang dikatakan "berbau UMNO"! Malah Ustaz Azizan dilihat begitu "garang" kepada Exco-Exconya apabila di depan para KCS. Dipujinya KCS "melangit", diherdiknya "Exco" di depan KCS! Bijak sungguh "wayang" Azizan Razak. Padahal, semua salah laku dan perangai buruk Exco-Exco disembunyikan rapi di dalam "poket"nya. Di belakang KCS? Siapa yang tahu? Pernah dengar mengenai "bekas menantu" a.k.a "Ariffahmi versi PAS Kedah"? Tak eloklah menabur fitnah, tapi mengikut cerita benar seorang rakan, lagaknya bagaikan CEO ketika di dalam mesyuarat di Kulim Hi-Tech. Padahal hadirnya hanya sebagai "PEMERHATI"!
Gila kuasa atau sememangnya "gila"? Begitulah perihal Kedah Sejahtera yang terkini. Sejahtera "syok sendiri" tiada yang baru melainkan "syok sendiri" merasmikan projek demi projek kerajaan BN sebelumnya. Dari projek penapisan minyak, sehinggalah usaha membasmi masalah sampah melalui E-Idaman di Alor Setar, semuanya projek BN. PAS hanya "syok sendiri", bagaikan merekalah yang ampunya "jasa"! Penjaja kecil bumiputera habis dirobohkan, premis kedai mesin judi haram dan pusat hiburan tumbuh melata. Sejahtera untuk keluarga dan kroni mereka, rakyat "ternganga" masuk angin keluar asap! Manifesto ke mana, janji ke mana? Yang mereka tahu, "Black Pub & Karaoke" perlu didahulukan, "kehendak DAP dan PKR" diutamakan!
Dipetik dari mykmu.net

Kerajaan Bina Banyak Masjid..!!!

Nga Kor Ming mempertikaikan kenapa kerajaan pusat membelanjakan RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh taun 2000 hingga 2008 dan mempertikaikan kenapa tiada rumah ibadat bagi agama lain bagi tempoh yang sama.

Begitulah bunyi kenyataan YB Nga Kor Ming, MP Taiping yang juga merupakan Setiausaha DAP Perak dan Timbalan Bendahari Agung DAP.

Sila baca kenyatannya " Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil - kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir"...

Itulah hakikatnya, bermula dengan ketuanan Melayu dipertikaikan oleh M.Kulasegaran - MP Ipoh Barat, kini Nga Kor Ming pula mempertikaikan kenapa jumlah sedemikian dibelanjakan oleh kerajaan BN untuk bina masjid.

Malas nak tulis panjang², sendiri boleh fikir. Islam semakin dilacurkan oleh PAS dan dibelit oleh DAP. Kerana apa?? Kerana itu mereka semua Khalifah DAP yang mahu mengenal Islam. Boleh berceramah dalam masjid, boleh mencabar ketuanan Melayu dan bermacam lagi. Tahniah,...PAS For All...!!!


Penggilran KM..Kenapa DAP Bantah??

Ketua Pemuda Keadilan Rakyat Pulau Pinang Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff telah berjaya mendedahkan pekung dasar Malaysian Malaysia yang didakwa adil kepada semua kaum apabila beliau mencadangkan penggiliran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sekarang disandang oleh seorang bukan anak tempatan tetapi diimport dari Melaka.Reaksi spontan dan pantas dari Pemuda Sosialis DAP yang menolak dengan tegas pendedahan itu telah memberikan gambaran yang sebenarnya apa yang tersirat dalam dasar itu yang selama ini dipromosikan sebagai dasar keadilan bagi semua kaum dan anti perkauman.
Yusmadi mahukan penggiliran itu dilakukan kepada tiga pihak yang menguasai negeri itu sekarang iaitu tidak terbatas kepada hanya orang Cina sahaja tetapi juga wakil lain lain dari parti Pakatan Rakyat iaitu Melayu dan India. Tahniah setinggi-tingginya kepada Mohd. Yusmadi yang percubaannya sangat bijak untuk membongkar perasaan yang terpendam dalam DAP selama ini. Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DPSY) Ng Wei Aik dalam reaksinya jelas menampakkan bahawa DAP mahukan hanya orang Cina menjadi Ketua Menteri dan beliau tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan marah terhadap cadangan itu sehingga menyerang peribadi Yusmadi dengan menyifatkannya sebagai orang yang gilakan kuasa.
Wei Aik juga menganggap formula itu berbau perkauman. Selama ini DAP yang telah cuba memberikan gambaran seolah-olah BN dan khususnya UMNO menolak desakan supaya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada seorang bukan Melayu, tetapi ternyata DAP di peringkat negeri pun sudah tidak sanggup untuk memberikan peluang kepada kaum lain apatah lagi jika parti itu menguasai Malaysia.Jelas bahawa Malaysian Malaysia DAP hanyalah pada teori sahaja untuk meyakinkan kaum lain tetapi matlamat sebenarnya ialah Malaysian Chinese.
Inilah gambaran sekiranya DAP berkuasa di negara ini kelak yang seharusnya disedari oleh kaum India dan Melayu.Sesungguhnya cadangan yang dibuat oleh Pemuda PKR itu lebih adil daripada dasar BN yang selama ini hanya meletakkan Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekalipun sebenarnya UMNO dengan kedudukan kerusinya boleh menentukan sama ada Ketua Menteri dari parti Gerakan atau MCA. Namun UMNO berpegang kepada janji setiakawan dan tidak pernah menuntut untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika BN berkuasa dahulu. Malangnya kesetiaan UMNO ini telah dikhianati.
Mohd. Yusmadi sebagai anggota Parlimen PKR Balik Pulau melihat formula yang dikemukakannya adalah lebih baik daripada BN yang sekian lama memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dari Gerakan sahaja malah bersikap tidak adil kepada MCA. Orang Melayu hanya layak dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri sahaja.Saya tidak faham kenapa wakil Ketua Menteri Pulau Pinang itu menganggap cadangan ini sebagai perkauman sebaliknya penolakannyalah menampakkan perkauman DAP dan prasangka buruk kepada orang Melayu sekiranya mereka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kelak.
Bimbangkan cadangan ini akan dianggap sebagai telah mendapat restu DAP, Wei Aik menafikan dengan keras sebagai sudah dipersetujui dengan Pas dan PKR. Beliau mendakwa sekalipun seorang Cina menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi layanan adil diberikan kepada semua kaum dan agama.Malah Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut terkejut dan gementar dengan cadangan itu telah meminta supaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menutup mulut ahli partinya di akar umbi. Sama ada kerajaan negeri adil atau tidak kepada semua kaum hanya dapat dirasakan dan dijawab oleh rakyat Pulau Pinang sendiri yang baru sahaja melalui krisis Pasar Chowrasta mengenai tempat perniagaan di bulan Ramadan dan tempat tinggal mereka baru-baru ini.
Saya tidak nampak cadangan Ketua Pemuda PKR itu sukar untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana BN pun pernah melakukan penggiliran jawatan Ketua Menteri di Sabah untuk memenuhi kehendak semua pihak dan saya percaya jika cadangan itu diterima maka pastinya Pakatan Rakyat akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukannya di Pulau Pinang.