Rabu, April 22, 2009

Kursus Pembangunan Personaliti PEMUDA & PUTERI UMNO Parit 2009

YB Ustad Nizar (duduk, empat dari kanan), Saudara Khairul Shahril (duduk empat dari kanan), En. Budiman Idris, Pegawai Belia & Sukan Daerah Perak Tengah (duduk tiga dari kanan) bersama PUTERI UMNO
Gambar kenangan bersama PEMUDA UMNO

Majlis Perasmian Penutup oleh YB Drs. Ustad Mohd. Nizar Zakaria (Ahli Parlimen Parit)

Majlis Perasmian Penutup

Menyanyikan Lagu Negaraku & Lagu Bersatu (UMNO) dengan penuh semangat

Kelas Pengucapan Awam oleh Penceramah dari Pejabat Belia & Sukan Kg. Gajah,
En. Fairuz Marzuki

Semua peserta kusyuk!!

Majlis Perasmian oleh YB Dato' Hj. Mohd. Zaim Hj Abu Hasan

Turut kelihatan dalam gambar Naib Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Parit, Saudari Sharifah Hasnawiyah Syed Mohamad


Ucapan Aluan oleh Saudara Khairul Shahril Mohamed

(Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Parit)

Pada 18 & 19 hb April 2009 yang lalu, Pejabat Belia & Sukan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit & PUTERI UMNO Bahagian Parit telah mengadakan Kursus/Program Pembangunan Personaliti yang bertempat di Hotel Cool Point, Cameron Highland. Seramai 59 orang peserta yang terdiri dari AJK PEMUDA Parit,Ketua PEMUDA Cawangan, Ketua PUTERI Cawangan dan ahli - ahli PEMUDA & PUTERI.

Perasmian kursus telah dilakukan oleh YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan selaku Ketua UMNO Bahagian Parit merangkap ADUN Belanja pada Sabtu 18 April 2009 jam 5.30 ptg. Walaupun sibuk dengan aktiviti dan jadualnya, YB Dato' Zaim sempat meluangkan masa untuk bersama - sama dengan peserta kursus di Cameron Highland dan beliau pulang ke Ipoh sebaik solat Maghrib di hotel.

Majlis Perasmian Penutup pula di sempurnakan oleh YB Drs. Ustad Mohd. Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Parit merangkap Pengerusi MAYC Parlimen Parit dan mantan Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Parit. Majlis penutup pula diadakan pada hari Ahad 19 April 2009.

Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Parit, Saudara Khairul Shahril b. Mohamed merakam ucapan setinggi penghargaan kepada YB Dato' Zaim & YB Drs. Ustad Mohd Nizar diatas kesudian meluangkan masa untuk bersama - sama pergerakan PEMUDA & PUTERI. Ucapan terima kasih juga tidak lupa kepada Pejabat Belia & Sukan Daerah Perak Tengah yang sentiasa memberikan kerjasama kepada PEMUDA mahupun PUTERI UMNO Parit.

Camry Akan Di Lelong!!!

IPOH 21 April — Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.



Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah. Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini. Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.


Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin ’tinted’ yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan. Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.


Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah. Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.

**Nizar tak puas merasa naik AGS 10 tu..seb baik la kerajaan BN yg ada ni xkesah..kasi can la...ye x??

Khamis, April 09, 2009

Satu Pengajaran Berguna!!

Sedang asyik memandu pulang dari Bukit Gantang, penulis menerima sms dari Setiausaha UMNO Bahagian Parit, "Harap Maaf, Kita Tewas DiBukit Gantang dengan majoriti 2700++, Undi Melayu Kpd BN Meningkat Tetapi UNDI Cina+India Merosot Teruk"..Begitulah antara smsnya.. Terdiam seketika... Penulis mencari- cari jawapan. dimana silapnya??
Tetapi, terdapat peningkatan yang ketara untuk Saluran 3 & 4 atau pengundi muda mengundi pembangkang. Pengundi baru yakni yang berumur 21 tahun sehingga 45 tahun cenderung terhadap pembangkang samada PAS,PKR ataupun lebih tepat pakatan rakyat. Secara logiknya generasi inilah yang bakal memimpin dan memacu negara. Tidak kira dibandar mahupun luar bandar golongan ini memainkan peranan untuk menentukan hala tuju kepimpinan negara kita.
Selain dari itu, golongan² korporat atau mereka yang senang lenang atau lebih tepat lagi golongan yang kaya/ berkemampuan juga cenderung kepada Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat di Bukit Gantang baru - baru ini. Sebut sahaja apa jenis kenderaan mewah, kalo orang UMNO memandu BMW, penyokong PAS pun sama. Kebiasaannya golongan ini ialah golongan yang berniaga atau bekerja sendiri dan kalau ada pun segelintir sahaja yang bekerja makan gaji. Adakah mereka ini mendapat kontrak² kerajaan yang kononnya telus dan amanah sebelum ini??
Dan, sokongan pengundi bukan Melayu yakni Cina & India semakin menjauhi BN. Mungkin isu tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini telah membuatkan mereka jauh hati dengan BN. Mereka merasakan kerajaan yang tumbang sebelum ini ialah kerajaan mereka kerana majoriti bukan Melayu menguasi Dewan Undangan Negeri. Jika tidak kerana Undang² Tubuh Negeri Perak pasti Ngeh Ko Ham yang menjadi Menteri Besar dan Ngar Kor Ming menjadi Timbalan Menteri Besar I. MCA, MIC, Gerakan mahupun PPP perlu buktikan yang mereka turut mendapat sokongan akar umbi. Mungkin Pakatan Rakyat lebih selesa dengan
Pada PRU 13 akan datang, lebih 3 juta pengundi baru akan mula mengundi. Jika dilihat dari graf sokongan, tidak mustahil BN akan menjadi pembangkang kelak. Satu kenyataan yang amat menakutkan tetapi ianya tidak mustahil.
Semalam penulis sempat menghantar sms ke YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menerima respon positif dari beliau. Diharap pemimpin atasan tidak lagi leka dan hanya beretorik sahaja selepas ini.
Dengan pengumuman kabinet yang baru sahaja di umumkan oleh Najib dapat memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat untuk menyokong Barisan Nasional. Rakyat Diutamakan Prestasi DiDahulukan.
Salam Perjuangan.

Foto Eksklusif Dari Bukit Gantang Pada Hari Mengundi!!

Barong UMNO, kelihatan petugas PUTERI UMNO Parit & Wanita UMNO Parit

Dr. Lo'Lo (empat dari kiri) turut hadir dan diejek oleh penyokong BN (padan muka)!!


Makcik diatas ini, begitu setia sejak dari pagi dan berasal dari Terengganu. Taksub!!


Penyokong PAS dari Terengganu & Kelantan



Saudara Khairul Shahril Mohamed (pegang hp) turut setia.




Perhatikan lelaki yang memakai jeans biru, baju hitam dan bercermin mata hitam dan berlebai (badan besar)..Mamat ni harap badan je besar tapi hati kecik. Kononnya anak tempatan tapi tak tahan provokasi

Penyokong import PAS dari Pantai Timur


Sepanduk UMNO Terengganu!!

Jalan sesak menuju Pusat Pengundian!!

Jalan SesaK!!



Kenderaan bergerak perlahan!!


Barong BN & PAS terletak berhadapan




Ketaksuban mengatasi segalanya!!

Coretan Dari Bukit Gantang (Hari Mengundi)

Selesailah sudah ketiga - tiga Pilihanraya Kecil bagi Batang Air, Bukit Selambau & Bukit Gantang. Para pengundi yakni rakyat telah membuat pilihan mereka dan memilih calon yang akan mewakili mereka di Dewan Negeri mahupun Dewan Rakyat.
Pelbagai tafsiran dan pandangan telah diutarakan. Keputusan ini telah membuatkan ramai cerdik pandai dan tidak kurang yang bodoh tengin dan mereka yang sederhana pandai dan bodoh membuat konklusi dan andaian masing².
Tetapi penulis lebih berminat untuk mengulas tentang keadaan dan suasana di Bukit Gantang tempoh hari. Maaf kerana sepatutnya semalam ianya ditulis tetapi penulis mengambil cuti rehat bagi menenangkan minda dan fizikal selepas berjuang di Bukit Gantang bersama - sama sahabat yang lain.
Penulis bergegas ke Bukit Gantang sebaik sahaja pulang dari kerja pada hari Isnin (6 April 2009) yang lalu. Penulis terus memandu ke Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Kg. Cheh. Peti undi di sekolah ini tidak pernah dimenangi oleh Barisan Nasional sejak 4 penggal pilihanraya sebelum ini. Majoriti tidak pernah kurang dari 250 undi. Kiranya disini merupakan kubu kuat PAS. Peti undi ini mengandugi 5 buah kampung iaitu Kg. Berchat, Kg. Cheh, Kg. Cheh Ulu, Kg. Banggol Nering & Kg. Banggol Rendang. UMNO Parit dan PEMUDA UMNO Parit telah bertugas disini sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac yang lalu. Dan ada juga dikalangan mereka yang telah berada disana sebelum Perhimpunan Agung UMNO.
Pada malam Isnin tersebut, ketika petugas BN & PAS sibuk menyiapkan barung/pondok panas masing² terdapat sedikit salah faham yang hampir saja menimbulkan kekecohan dan pergaduhan. Seperti biasa perang mulut atau provokasi juga tidak dapat dielakkan. Setelah keadaan agak semakin tidak terkawal, kehadiran anggota polis berjaya meredakan keadaan. Penyokong & petugas BN & PAS masing berdiri disebelah sisi jalanraya secara berhadapan sambil menantikan jam terakhir untuk tempoh berkempen dan bersurai.
Pada hari pengundian, kawasan sekitar pusat pengundian Sek. Keb. Sultan Abdullah telah sesak dan sibuk. Perayu undi BN & PAS dengan gaya dan telatah mereka. Penulis sendiri terlibat dengan perang mulut dan provokasi dengan penyokong PAS secara berhadapan dan hanya dipisahkan dengan jalanraya bermula dari pagi hingga tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang. Berlaku juga kekecohan yang hampir mencetuskan pergaduhan dan rusuhan tetapi berjaya ditenteramkan oleh pihak polis yang setia berkawal sejak dari awal pagi.
Terdapat juga kekecohan yang mana, penyokong PAS mendakwa telah menangkap pengundi hantu yang ingin membuang undi padahal invidivu berkenaan sememangnya layak mengundi di peti undi tersebut. Ir Nizar juga sempat melawat pusat pengundian dan beliau di jerit dengan gelaran "Lembu DAP" ketika tiba. Penulis sendiri turut menjerit kepada beliau yang berjalan betul² dihadapan penulis. Dr. Lo'Lo' juga kelihatan disana dan penulis sempat berpesan kepada beliau agar berhati² apabila tidur dirumah, kalau² ada orang menangkap gambar.
Hujan pada sebelah petang tidak menghalang perayu undi untuk bertahan sehingga jam 5 petang. YB Dato' Zaim (Ketua UMNO Parit) turut sama berperang mulut dengan penyokong PAS, walaupun beliau basah dalam hujan, Saudara Khairul Shahril Mohamed yang setia berpanas dan berhujan serta PEMUDA, Wanita & Puteri UMNO Parit yang langsung tidak berganjak dan gentar dengan provokasi dan perang mulut pihak PAS.
Perayu undi PAS kebanyakannya datang dari Terengganu & Kelantan serta tidak kurang juga dari penduduk tempatan. Terdapat juga golongan remaja yang masih bersekolah berkempen untuk PAS. Penulis sendiri agak terkilan kerana mereka masih jahil dan cetek untuk melibatkan diri secara total dalam pilihanraya ini.
Keputusan di pusat pengundian Sek. Keb. Sultan Abdullah tetap dimenangi oleh PAS tetapi dengan majoriti yang jauh merosot berbanding sebelumnya iaitu hanya 40 undi majoriti sahaja. Saluran 1; BN 149 PAS 139, Saluran 2; BN 221 PAS 216, Saluran 3 ; BN 177 PAS 232 Bebas 1. Tetapi dengan segala strategi dan kerja buat jentera BN, khususnya UMNO Parit, Pergerakan PEMUDA & Wanita UMNO Parit berjaya mengurangkan majoriti undi PAS kali ini.
Dikesempatan ini, penulis merakamkan setinggi penghargaan & ucapan terima kasih kepada semua jentera BN yang terlibat. YB Dato' Zaim yang turun padang dan tidur di rumah petugas di Kg. Banggol Rendang walaupun rumah berkenaan tidaklah begitu sempurna. Tidak lupa kepada Yusuf Nordin (Timbalan Ketua UMNO Parit), AJK² Bahagian UMNO Parit, AJK PEMUDA & Wanita serta PUTERI UMNO yang turut sama mengembleng tenaga walaupun BN tewas di Bukit Gantang ini.
Sekian...

Jumaat, April 03, 2009

Seloka Bukit Gantang!!

Sultan DiJunjung! Si Derhaka Di Hindari!!

Salam adik kakak di Perak
PRK 07.04.09 tentu corak
Bt. Gantang kini bergolak
Nizar penderhaka berlagak


Dulu nik aziz pun tak suka
Akhirnya nik aziz akur jua
Jaga DAP atasi PAS gaya
Jasa DAP diingat bila-bila


Dengan hanya enam kerusi
Dalam DUN Perak dimiliki
Selepas PRU12 ala tsunami
Pada PAS kerusi MB diberi


Bukan sulit ramai yang tahu
Nizar jadi MB ada pemandu
DAP guna exco, nizar pacu
Kehendak DAP utama dulu


Kurang setahun lagak gaya
Si penasihat PKR ikut serta
Kuatkan PR Perak tak jaya
Sebaliknya PR ditimpa bala


Dari majoriti tukar minoriti
ADUN sokong BN majoriti
Pelaksanaan demokrasi ikuti
Nizar jadi MB tak tepat lagi


Sultan Azlan bijak dan tahu
Kestabilan Perak utama dulu
Bubar DUN Perak tak perlu
Pihak majoriti Sultan ketemu


Umpamakan sesi temuduga
ADUN majoriti baru semuka
Pada Sultan sembahkan setia
Nizar mohon sembah derhaka


Undang Tubuh Perak diikuti
Dilantikkan Zambry MB kini
Disertai barisan exco negeri
Tapi Nizar berlagak MB lagi


Pada Sultan “derhaka” dipalu
Bila kuasa gugur sikap melulu
Mufti Perak dijadikan seteru
Manakah kesopanan Melayu


Hikmah PRK Bt.Gantang ada
Pengundi melihat penderhaka
Si Nizar tidak patut beri muka
Undi nizar, penderhaka dipuja


PRK Bt.Gantang amat bererti
Para pengundi mesti satu hati
Melayu, Cina dan India sekali
Keadilan Sultan Perak terbukti


Bila DAP,PKR dan PAS bersatu
Bentuk Pakatan Rakyat terburu
BN tidak buat apa kacau ganggu
Pada Sultan tiada derhaka laku


Hari mengundi semakin dekat
Wajar para pengundi berpakat
Virus “derhaka” wajib disekat
Semoga Perak dilimpahi berkat

*Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sahabat Serling diatas sumbangan beliau.
http://koleksipuisiserling.blogspot.com

Khamis, April 02, 2009

Selamat Datang PM Ke 6

Sejarah akan terungkap. Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 6 akan mengangkat sumpah esok hari. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak akan memimpin Malaysia ke satu tahap yang bakal ,menyaksikan samada satu perubahan atau impian kearah yang lebih baik dan sempurna untuk sekalian rakyat Malaysia.

Darah Tun Razak yang mengalir dalam tubuhnya diharapkan akan disenangi oleh setiap lapisan penduduk dari segenap ceruk rantau. Najib mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda dalam sejarah iaitu ketika berumur 27 tahun. Dan dinatara Menetri Kabinet yang muda ketika dilantik.
Gayanya kepimpinannya ada iras Tun dr. Mahathir, negarawan yang disanjung dan diingati oleh seantero dunia.
Berjayakah Najib menawan hati rakyat Malaysia amnya dan pengundi PRU 13 kelak?? Bagaimanakah kemampuan barisan kabinet Najib memacu atau mentadbir negara ini nanti?? Ramai yang ternanti-nanti akan kemampuan Najib dan kabinetnya kelak.


Ada dikalangan mereka yang tidak bertanggungjawab, mengatakan bahawa Najib tidak akan mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Ke 6 esok. Tetapi jangkaan itu meleset sama sekali kerana Majlis Angkat Sumpah berkenaan akan dijadualkan pada jam 10pagi esok (Jumaat, 3 April 2009) di Istana Negara.


Ada yang juga yang mencadangkan bahawa, Saf kabinet Era Pak Lah perlu meletakkan jawatan. Penulis sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanan cara ini. Tetapi tentu ada yang tidak akan dilantik semula dan sebaliknya. Peluang dilihat lebih cerah kepada mereka yang memenangi Ahli Majlis Tertinggi UMNO minggu lepas. Dr. Fuad Zarkashi, Bung Mokhtar, Tajuddin Ramli antara beberapa nama yang begitu lantang dan angkuh di parlimen. Ya, benar, angkuh dari konteks mempertahankan dasar mahupun mengkritik apa yang dirasakan perlu oleh mereka. UMNO/Kerajaan memerlukan tokoh² yang berani atau pandai berpidato untuk mematahkan hujah² pembangkang.

Yang paling menarik minat tentunya lantikan Ketua PEMUDA UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kedalam barisan kabinet. Sejauh mana kepercayaan Najib terhadap Khairy?? Kedengaran Khairy akan disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO sebaik sahaja Pak Lah turun dari jawatannya. Biar masa yang menentukan.


Teori RAHMAN mencipta sejarah yang tersendiri. Angan² Anwar Ibrahim untuk bersemayam di Seri Perdana Putrajaya umpama cerita dongeng kanak² yang ingin tidur. Hanyut dibuai mimpi dan angan² kosong yang bisa membuatkan semua khalayak terpesona dan terpedaya. Aduh asyiknya.


Apapon, terima kasih kepada Pak Lah diatas kepimpinannya selama ini. Dan Selamat Datang Najib ke pentas yang mencabar ini.
Dari Parit ke Bukit Gantang!!

Gambar² Eksklusif Dari Bukit Gantang!!

Dua orang pengundi Cina ini mendapatkan ubat percuma yang disediakan oleh pasukan perubatan BNBBC di Pasar Malam Simpang

Mereka berdua diperiksa sebelum itu

Saudara Khairul Shahril b. Mohamed (kiri) Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Parit & disebelahnya Drs. Ustad Mohd. Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Kawasan Parit yang juga Setiausaha Bilik Gerakan BNBBC, PRK Bukit Gantang.


Perang poster di Matang Road


Matang Road menghala ke Kuala Sepetang/Port Weld



Markas PAS yang terletak bersebelahan dengan Rumah Tanjung Malim (rumah mertua YB Datuk Seri Khir Toyo)

Pengunjung Pasar Malam Simpang turut mengambil kesempatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pasukan perubatan BNBBC


Pengunjung yang memeriksa tekanan darahnya



Rumah BN Tanjung Malim yang menggunakan rumah mertua YB Datuk Seri Khir Toyo sebagai bilik operasi mereka.


Bilik Gerakan Induk PEMUDA BN Malaysia di Simpang


Kelihatan YB Shamsul Anuar Nasarah, YB Halimah Sadique & YB Datuk Seri Azmi Khalid sedang berbual di Bilik Gerakan BNBBC


Kaunter Semakan Daftar Pemilih oleh Puteri UMNO


Poster Ceramah Forum Perdana Ehwal Islam


Undilah Calon BN P059 Ismail Safian

Coretan Dari Bukit Gantang!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selasa, 31 Mac lalu penulis berkesempatan sekali lagi ke Bukit Gantang. Dalam kesibukan tugas dipejabat, dapat jugak penulis berkejar ke sana untuk bersama - sama dengan rakan - rakan yang sedang berjuang untuk kemenangan Barisan Nasional.
Penulis sempat melihat beberapa kawasan di DUN Changkat Jering & DUN Kuala Sepetang. Bendera BN & PAS sama banyak. Terasa kemeriahannya. Kebanyakan kampung/peti undi disni menjadi kawasan angkat kepada BN/UMNO Bahagian/Negeri lain.
Parlimen Bukit Gantang terletak betul² bersebelahan dengan Parlimen Taiping. Difahamkan juga hotel², homestay, rumah kampung, lot² sudah habis ditempah untuk dijadikan pejabat mahupun tempat tinggal petugas masing - masing.
Kumpulan Wanita UMNO dilihat semakin agreasif dengan kempen dari rumah ke rumah. Dan tidak kurang juga yang dihalau oleh tuan rumah. Pada petang berkenaan, penulis sempat bersembang dengan beberapa kumpulan wanita UMNO yang telah berada di Bukit Gantang sejak 3 minggu yang lalu. Mereka merasakan diterima baik oleh penduduk setempat. Kebanyakannya positif dan menyatakan sokongan kepada calon BN Ismail Safian.
UMNO Bahagian Parit yang ditugas untuk menjaga peti undi di Sek. Keb. Sultan Abdullah telah berada disini sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Dikampung sekitar ini penduduknya mempunyai ikatan persaudaraan dengan Ismail Sapian. Ada Mak Lang nya, Mak Su, Tok Chik, Tok Ngah dan memacam lagi. "Saya tak masuk UMNO, tapi saya akan mengundi Ismail Sapian!!"..itulah antara kata-kata yang didapati dari penduduk sekitar ini yang mana peti undi nya tidak pernah dimenangi oleh BN sejak 4 pilihanraya yang lalu.
Pondok polis juga kelihatan ditengah² kerancakan dan kemeriahan bilik gerakan BN atau PAS di sini.
Terdapat juga berbagai-bagai poster, sepanduk, dan risalah² yang agak kasar bunyinya. Cuma penulis tidak berkesempatan untuk mengambil gambar.Dah terbaru, risalah mengenai salah laku Ismail Sapian semasa beliau menjadi SU Majlis Perbandaran Manjung. Rasuah, gangguan seksual dan sebagainya. Tetapi yang sedikit janggal kenapa tiada laporan polis atau beliau ditangkap sekiranya rasuah atau salahlaku berkenaan dibuat oleh beliau. Jadi, dapat penulis simpulkan ianya sekadar risalah untuk menyerang peribadi Ismail Sapian. Dan jika benar beliau kaki rasuah dan kaki betina, biarlag SPRM atau Polis membuat siasatan dan heret beliau ke mahkamah. Memang dasar pembangkang yang suka mengadakan cerita dan membuat kabar angin. Mereka semakin terdesak nampaknya.
Penulis juga berpeluang ke Bilik Gerakan BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan) yang terletak di Pekan Simpang (tapak pasar malam Simpang). Sebuah lot rumah kedai yang disewa yang digunakan untuk menyelaras beberapa aktiviti penerangan dan gerak kerja pilihanraya. Pada sebelah malam diadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat didepan rumah kedai berkenaan. Semakan daftar pemilih dan edaran pamplet serta risalah.
Apapun, ada sinar kemenangan buat BN di BUkit Gantang kali ini. Tiada yang mustahil. Apapon tahniah kepada semua jentera BN yang bekerja kuat tanpa mengenal erti jemu dan penat.
Berjumpa lagi....