Isnin, Ogos 03, 2009

GMI Lagi!!









Sebelum pihak lain menuding jari kepada kerajaan dan polis ekoran insiden perhimpunan haram anti ISA yang melumpuhkan ibu negara selama enam jam, hari Sabtu, salahkan dulu penganjurnya serta parti PAS yang jadi dalang utama. Walaupun sebelum ini, perhimpunan itu diajurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetapi ianya mendapat sokongan pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.


Bagaimanapun, berdemonstrasi jalanan bukan budaya DAP, suara reformasi PKR pula sudah hampir berkubur dan jika sesiapa melihat sendiri kejadian di ibu negara kali ini, jelas PAS menjadi boneka bagi mencapai tujuan politik pihak tertentu. Golongan ini beria-ria mahukan ISA dihapuskan kerana tahu selagi undang-undang itu ada, matlamat mereka untuk tujuan politik tidak akan tercapai. Tanpa disedari, pemimpin pembangkang lain memperkudakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob bagi menggerakan pemimpian serta ahli-ahli PAS supaya beramai-ramai menyertai himpunan tersebut. Beliau juga berjaya membawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang sekaligus mencetuskan semangat lebih ramai ahli-ahli parti itu terutama Unit Amal PAS untuk berdemonstrasi.



Maka bertembunglah Unit Amal ini dengan anggota keselamatan-Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis yang terpaksa bertugas menghalang perhimpunan haram itu. Tanpa disedari, pertembungan kedua-dua pihak ini jelas dilihat bertembungan sesama Melayu kerana sebilangan besar pegawai dan anggota polis adalah orang Melayu manakala Unit Amal dan penyokong GMI jelas Melayu juga. Perkara inikah yang tidak disedari oleh PAS tetapi mungkin rakan-rakan parti lain yang merancang insiden buruk itu bertepuk tangan dengan apa sudah terjadi.



PAS kini sudah hilang arah tujuan sejak bersengkokol dengan PKR dan DAP. Perhimpunan itu juga membabitkan ramai golongan muda dipercayai penuntut-penuntut Intitut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Penahanan beberapa orang daripada mengesahkan bahawa penuntut-penuntut terbabit yang kemungkinan menerima biasiswa dan bantuan untuk belajar akhirnya memilih ‘mengigit tangan yang melepaskan mereka tersepit’. Mereka bukan sahaja penuntut lelaki tetapi penuntut perempuan yang menutup sebahagian muka dengan tudung dan penutup hidung bagi mengelak wajah mereka dikesan.


Manakala Unit Amal PAS pula, sudah semakin berani mengambil alih tugas demonstrasi jalanan bahkan sanggup berdepan dengan FRU dan Polis. Sebahagian mereka sudah berkumpul di Sogo dan Kompleks Pertama dan sebaik perhimpunan besar bermula kita-kira jam 2.15 petang, mereka meluru keluar sambil mengeluarkan baju merah seragam Unit Amal yang disorokkan sebelum itu dan memakainya. Sebab itulah, dalam beberapa minit mereka seramai kira-kira 200 orang sudah membentuk perisai manusia di depan Sogo untuk memulakan perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara.



Bagaimanapun, kumpulan itu yang sudah disertai kira-kira 1,000 penyokong serta ahli GMI dihalang FRU dan Polis yang turut membentuk perisai manusia. Selepas enggan mematuhi arahan bersurai, FRU dan polis kemudian bertindak menyerbu kumpulan itu bagi menahan mereka kerana kesalahan berhimpun secara haram, Dalam beberapa kejadian serupa, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan semburan ‘water canon’ bagi menyurai perhimpunan penyokong demonstari itu yang sudah menguasai Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Tindakan itu menyebabkan mereka bertempiaran lari masuk ke Kompleks Pertama manakala Kompleks Sogo sudah ditutup lebih awal atas arahan polis.



Hampir semua kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula depan Pertama hingga ke Dataran Merdeka terpaksa ditutup sepanjang insiden polis mahu menyuraikan kumpulan terbabit. Ketika kejadian antara jam 2 petang hingga 6 petang itu, ada orang awam dan kumpulan terbabit demonstrasi pengsan akibat terjatuh dan terkena gas pemedih mata. Ini tidak termasuk kira-kira 436 yang ditahan kerana terbabit perhimpunan haram anti ISA tersebut.


Malangnya ketika semua mereka bakal berdepan tindakan undang-undang, peniaga-peniaga mengeluh rugi dan barang perniagaan rosak, pemimpin pembangkang duduk selesa di bilik hawa dingin di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Hadi, Salahuddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar dan Lim Kit Siang hanya muncul seketika ketika kumpulan Anti ISA itu berkumpul berhampiran Pertama Kompleks dan ketika FRU melepaskan gas pemedih mata dan tembakan water canon, mereka ke ibu pejabat PAS.



Semua pemimpin pembangkang terbabit dalam sidang media di tempat itu mendakwa berpuashati kerana perhimpunan itu mencapai sasaran.Mereka tidak memikirkan langsung kesan tindakan itu menyebabkan orang ramai takut masuk ke pusat bandar, yang sedia ada terperangkap tidak boleh keluar, peniaga kerugian malah macam-macam musibah lagi boleh berlaku jika Unit Amal PAS bertembung dengan polis.


Apakah pemimpin pembangkang terutama pemimpin PAS boleh menanggung kerugian dan semua beban ekoran tindak tanduk mereka itu?


Dan sekadar ingin meminjam kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, setelah melihat insiden yang memalukan negara di ibu negara hari ini, “ Pergi jahanamlah dengan PAS’.

Dipetik dari : Agendadaily

Ronnie Liu Lagi!!


Ini insiden terbaru, berlaku di shah alam ibu negeri selangor. ahli parlimennya adalah khalid gereja samad, adun batu tiga rodziah ismail dan adun kota anggerik yakop sapari. 3 mangkok pakatan ini adalah melayu dan beragama islam.


di shah alam majoriti penduduknya adalah melayu. istimewanya shah alam dibandingkan dengan ibu negeri lain adalah shah alam tiada punyai panggung wayang,rumah urut dan judi ekor. itu cerita dahulu sebelum pilihanraya mac 2008.2 hari lepas iaitu pada hari rabu telah berlaku insiden yang boleh dikategorikan sebagai kurang ajar.



ronnie liu selaku exco PBT selangor telah menggertak dan menghentak meja pada mesyuarat tergempar majlis bandaraya shah alam. kerana apa ? kerana membantah tindakan penguatkuasa mbsa merampas berkaton tin minuman keras seperti guiness,anchor dll yang dijual berleluasa di bandar shah alam.



ceritanya bermula begini. pada bulan april tahun 2009, mesyuarat jabatan penguatkuasa mbsa telah MELULUSKAN SATU RESOLUSI UNTUK MELARANG PENJUALAN ARAK DI SHAH ALAM. lokasi larangan ini berkuatkuasa bermula di seksyen 1 hingga ke seksyen 24 shah alam. kawasan ini menjadi lokasi penguatkuasaan kerana majoriti permastautinnya adalah berbangsa melayu.



penguatkuasaan penjualan arak ini berlangsung baik hinggalah berlaku satu peristiwa, ia terjadi pada hari rabu yang lepas. satu serbuan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa mbsa di sebuah kedai 7-11 di jalan liku seksyen 8 shah alam. satu rampasan besar arak telah dilakukan oleh penguatkuasa mbsa. arak-arak yang berjenama telah dirampas. petugas penguatkuasa ini hanya menjalankan tanggungjawap dan mereka tidak mahu melihat penjualan arak yang tidak dbendung ini dijalankan secara terbuka dan berleluasa. ketegasan mereka harus dipuji..sehinggalah berlaku satu kejadian biadap pada hari ini.



ronnie liu, kepala samseng yang menjawat jawatan exco pbt telah hadir di pejabat mbsa shah alam. dia telah mengetuai mensyuarat adhoc, yang membincangkan aduan pemilik kedai 7-11 terhadap rampasan arak yang dilakukan.ronnie liu dengan angkuh mengarahkan kesemua arak yang dirampas dipulangkan semula dengan seberapa segera. 'saya ronnie liu, exco pbt lu tara kenal sama saya ka'! sambil menghentak meja tanda angkuh. pegawai penguatkuasa menggelengkan kepala.



sikap biadap ronnie telah diadukan kepada beberapa orang ahli majlis pakatan berbangsa melayu, namun mereka telah melarikan diri tatkala diminta pertolongan.sebentar tadi kabarnya arak-arak tersebut telah dipulangkan semula kepada pekedai, walaupun rampasan tersebut telah memenuhi syarat dan keputusan larangan penjualan arak secara terbuka.khalid gereja samad ahli parlimen pas, adun kota anggerik yakop sapari bekas ahli ABIM dan adun batu tiga rodziah ismail bekas ahli wanita JIM.



kenapa mereka diam ? mana pergi janji-janji 'memperjuangkan islam' seperti yang pernah kamu lalak kan dahulu ? hipokrit atau bingai wahai YB pakatan ? kamu tidak akan kami (gap) lepaskan...kamu harus bertanggungjawap menyokong keputusan mesyuarat yang telah diluluskan, apakah kamu lebih takutkan ronnie daripada tuhanmu wahai (YB yang bingai) ! bantahan penduduk melayu shah alam semakin memuncak,protes semakin kuat !



kita akan saksikan selepas ini samada 3 YB mangkok hayun ini bersetuju dengan bantahan orang melayu atau tunduk an to'at kepada dap ronnie liu !?


Dipetik dari blog GAP

Gambar² Sekitar Demontrasi GMI :: Nilaikan Sendiri

























GMI :: Menutup Pandangan Umum Terhadap Kes Liwat Anwar!!


Sila jawab persoalan ini wahai DS Anwar Ibrahim!


Jangan jadi hipokrit..Sudah, lebih dari setahun saya tunggu untuk beri keterangan di Mahkamah. Kini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menafikan hak saya untuk memberi keterangan di Mahkamah serta mendapatkan perbicaraan yang adil.2hb September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.


Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan ISA(tahan 'tanpa bicara') yang dituduh kononnya zalim?Kes saya ini berbeza dengan kes yang lain kerana walaupun saya pengadu/mangsa, namun saya dicop seolah-oleh seperti OKT(Orang Kena Tuduh) dimata umum, OKT pula mangsa.Jika permohonan itu berjaya(kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu/saksi utama.


Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Tetapi apabila saya bersedia untuk memberi keterangan, masing-masing seperti cacing kepanasan.Walaupun perit menahan diri dari mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati Mahkamah.



Alhamdulillah, Allah melindungi saya daripada dijerat tertuduh yang sering mahu mengheret saya membicarakan ia di media(luar mahkamah), kerana akhirnya banyak tindakan beliau seperti tidak ''consistent'' dalam membuat kenyataan bakal menjerat dirinya kelak.Kepada Allah saya berdoa dan berserah..Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI




Dipetik dari Blog MohdSaifulbukhari

Perusuh Dibayar Duit!!

Ada beberapa benda saya nak kongsibersama dengan pembaca sekalian, saya diberitahu bahawa budak-budak yang turun untuk menetang ISA tadi kebanyakannya dari Universiti Islam Selangor, menurut seorang pelajar yang menceritakan kepada sahabat saya, bukan itu sahaja malah mereka di beri duit poket sebanyak rm50 ke 100 seorang!Nantikan pendedahan yang lebih banyak lagi selepas ini ya, tapi biasalah pencacai kunyit dan penjilat Pakatan Gangster mesti kata ini semua fitnah dan rekaan semata-mata, tak percaya korang tengok je la nanti!


Lagi satu, saya nak cakap sikit pasal bloggers pembangkang ni, kebanyakkannya tidak mengamalkan kebebasan bersuara langsung, mereka juga yang mewar-warkan pasal kebebasan ini tetapi mereka juga yang melacurkan perkataan KEBEBASAN BERSUARA!Contohnya dalam blog saya, semua komen saya lepas kecuali yang jenis komen yang menghina institusi Raja, saya tak lepaskan la! Tetapi blogger pembangkang, kalau kita komen sikit je pasal ketua mereka, maka mereka tidak akan melepaskan komen-komen yang sebegitu!Jadi, bila orang masuk blog mereka, orang akan tengok, wah dasyatnya, takde satu orang pun yang pro kebenaran!



Saya dah masak dengan taktik mereka ini, saya dah jenuh pergi komen kat blog dan laman web Pakatan Gangster ni! Beberapa contoh contoh aku boleh bagi la korang untuk test power dan tengok hasilnya, Malaysia Today, Tranungkite, anilnetto, papillon-liberte semuanya tak boleh pakai punya, inisemua blog bacul yang hanya akan lepaskan komen yang menyebelahi mereka sahaja!Tujuan mereka tak lain hanya untuk menunjukkan kepada pengunjung blog atau website mereka bahawa hampir seratus peratus orang Malaysia ni sokong pembangkang! Ini Psy War mereka, mungkin ramai yang dah tahu sekarang!



Saya cuma nak ingatkan kepada rakyat Malaysia semua, Pakatan Gangster yang ada kat negara kita ni bukanlah berniat baik pun, mereka hanya mahukan kuasa sahaja, tidak kira dengan apa cara sekali pun, mereka mengatakan kebebasan bersuara, tetapi mereka sendiri tak ikut apa yang mereka ucapkan itu!Mereka nak ISA dihapuskan supaya mereka boleh membuat kekecohan secara besar-besaran(macam kat thailand tu) dan mereka bolehlah mengambil alih kerajaan!



Bahaya dah permainan pembangkang ini sekarang, yang PAS ni pulak memang bingai, bila Anwar dan DAP gunakan sentimen keluarga kononnya maka terbakarlah PAS dan keluar la mereka bersepah-sepah di atas jalanraya di KL berjuang untuk menentang kezaliman!Wahai penyokong pembangkang yang bingai dan bahalol, korang berjuang untuk siapa? Kenapa korang tak nampak yang korang dugunakan? Sampai bila kamu akan diperkudakan oleh sang peliwat dan kepala bapak gangster ini?


Fikir-fikirkanlah ya...


Dipetik dari blog parpukari

Politik Fitnah!!

Pertama sekali di ucapkan Jutaan Tahniah dan Terima Kasih kepada Pasukan Keselamatan PDRM di atas Kejayaan mengawal keadaan Rusuhan semalam, Syabas
Negara akan musnah sekiranya Politik Fitnah terus di biarkan Berleluasa, Politik Fitnah Mengancam Keselamatan Negara dan Rakyat seluruhnya, Malah Pemerintah hatta Kedaulatan Islam yang di jaga Oleh Institusi Raja Berpelembagaan (Ulil-Amri) juga akan turut sama di tumbangkan oleh Politik Fitnah yang kini menjadi semakin Membimbangkan


Daripada peristiwa Rusuhan semalam mendesak ISA dimansuhkan jelas di Dalangi oleh beberapa Ahli Politik Pembangkang, Peserta Perhimpunan pula terdiri dari 99% Kaum Melayu kebanyakkannya Generasi Muda, Walaupun ISA telah ada sebelum Bapa/Ayah mereka lahir lagi tetapi atas sikap “percaya pada fitnah” dan sombong diri Generasi muda berani “Kurang Ajar” dan Tidak Menghormati Generasi Tua





Lebih membimbangkan terdapat “Kuasa” Polis dan Tentera yang baru apabila PAS Menggerakkan Unit AMAL mereka untuk membuat kekacauan dalam kejadian tersebut, ianya bagai memberikan bukti bahawa hasil Politik Fitnah yang di mainkan Pembangkang bukan sahaja mahu memansuhkan ISA tetapi ia juga mahu Memansuhkan Pasukan Polis (PDRM) Politik Fitnah terlalu Merbahaya dan Ianya adalah sesuatu yang dapat Memusnahkan Keamanan dan Keselamatan Rakyat dan Negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA telah lama Menyelamatkan Negara dari Ancaman Politik Fitnah dan Hasutan Jahat dari Ahli Politik Jahat yang bijak Mencipta Fitnah dan Menghasut Rakyat





Contohnya Parti Komunis Malaysia PKM melalui Setiausahanya Chin Peng, PKM bukan sahaja Menyebarkan Ideologi Komunis (tak beragama atau Percaya Tuhan) dengan cara Perang Bersenjata Memaksa Rakyat mengikut Ideologi Komunis dengan Paksaan malah Ideologi Komunis juga di Sebarkan melalui Poliktik sebagaimana Parti Komunis Malaya PKM di wujudkan !!!





ISA adalah langkah Terbaik bagi menghalang Politik Fitnah yang menjadi Ancaman Keselamatan Rakyat dan Negara, Malangnya petanda awal arena politik menunjukkan ISA mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan PPSMI,
Samaada di sedari atau tidak Kerajaan BN agak “LUPA” bahawa Agenda di sebalik Mansuhkan ISA tersebut adalah Menjatuhkan Institusi Raja Berpelembagaan dan Pasukan Di Raja terutama Pasukan Keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Renjimen Askar Melayu Di Raja(RAMD), Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan lain-lain lagi Agensi Kerajaan Di Raja





Ramai yang tak sedar bermula Krisis Politik Perak lagi Agenda Menjatuhkan Institusi Raja Berpelembagaan dan Kaum Melayu dan Kedaulatan Islam sudah Berjalan, ini dapat di buktikan apabila Kenyataan Terbuka “sembah derhaka” bekas MB Perak Nizar sebenarnya melanggar Rukun Negara dan beliau serta kebanyakkan Pemimpin dan penyokong Pembangkang boleh di kenakan Tindakan ISA !!!




Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan





Daripada kenyataan “sembah derhaka” sahaja Dato Nizar dan Barisan Pemimpin dan Penyokong Pembangkang yang sampai sekarang mendesak “bubar DUN” boleh di kenakan Tindakan Tegas undang-undang ISA kerana Melanggar Rukun Negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan Kesopanan dan Kesusilaan Di mana Kebawah DYMM Sultan Perak lebih Berusia dan perlu di Hormati oleh generasi muda





Malangnya tiada tindakan Tegas seperti ISA (Kemunting ISA di Perak) menyebabkan Pihak Pembangkang lebih Ganas Menyerang kerajaan dan Institusi Raja Berpelembagaan dengan Berbagai Fitnah dan Maki hamun hinggakan terdapat mereka Yang Berani Memaki Hamun DYMM Sultan Perak di laman web kerana Hukumannya hanya Denda atau terlepas begitu sahaja




Dipetik dari mykmu.net

Terima Kasih Kepada Yang Berdemontrasi Sabtu Lalu!!







Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menyertai demontrasi GMI pada1 Ogos yang lalu. Tidak lupa kepada mereka yang ditahan seramai 500 orang lebih, tahniah dan syabas juga.






Dalam masa yang sama, penulis menghulurkan rasa kesian dan padan muka kepada mereka² yang tersangkut dlm kesesakan lalu lintas pada Sabtu lalu, mereka yang terpaksa berkurung di kompleks pertama dan mereka yang berhajat nak ke pusat bandaraya KL pada Sabtu lalu kerana disebabkan demontrasi GMO kelmarin anda terpaksa bersusah payah. Dan tak lupa kepada peniaga yang terpaksa menutup premis perniagaan mereka sabtu lalu.






Inilah kesan dan hasilnya apabila politik fitnah dan agenda peribadi dijadikan sebagai peluru untuk menghemtan kerajaan. Politik adalah persepsi yang mana adakalanya persepsi itu boleh dicipta dan direka secara negatif.






Sebilangan rakyat digerakkan dan dikerah untuk menjayakan agenda licik ini dan tumpuan terhadap isu sebenar telah terhakis. Mereka yang terpengaruh ini majoritinya adalah dari kalangan orang Islam/Melayu sendiri. Agama pula ditolak tepi kerana mereka merasakan tindakan demontrasi ini adalah perlu kerana kerajaan BN yang ada pada hari ini tersangat "ZALIM". Zalim kerana telah menangkap penjenayah atau anasir yang boleh menganggu kedaulatan dan keamanan negara ini dan diletakkan di bawah ISA (Internal Security Act) dan kerana itulah mereka berduyun-duyun, berbondong - bondong datang ke KL untuk berdemontrasi bagi Gerakan Mansuh ISA (GMI).






Ada yang berserban, menutup muka, bertudung labuh, memakai topeng. Memalukan. Perempuan Islam yang bertudung labuh turut sama berdemontrasi. Mungkin inilah yang ajaran Islam yang dituntut oleh Allah pada fahaman mereka.






Unit AMAL PAS pula kini semakin berani dan seolah merekalah polis dan barisan depan didalam PAS dan pada demontrasi kelmarin.






Yang memalukan, perusuh adalah orang Melayu/Islam dan pihak berkuasa pula majoritinya adalah Melayu/Islam. Inilah yang paling memalukan. Inilah nilai Islam yang diterapkan kepada mereka.






MUngkin sudah terlalu banyak isu ini diulas dimana-mana blog mahupun forum dan surat khabar.






Kepada mereka yang diluar sana, berfikirlah secara waras dan berakal. Jangan semudah itu dijadikan kambing hitam dan alat semata - mata memperjuangkan agenda politik individu tertentu dan semata untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu sebenar.






Jangan Jadi Soh Chai!!