IPOH: Cadangan Pas untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Peralihan Kuasa di Perak hanya untuk kepentingan parti itu, bukannya menjaga kebajikan rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kepemimpinan Pas sudah mengetahui rentetan perkembangan politik di negeri ini bermula awal Februari lalu hingga sekarang dan tiada aspek memerlukan siasatan.
Katanya, usul itu diluluskan oleh Muktamar Pas, kelmarin adalah untuk meraih keuntungan bagi parti itu saja.
"Apa lagi yang nak disiasat? Mereka tahu situasi di sini. Ini semua untuk kepentingan mereka.
"Isu sebenar ialah apa tujuan mereka meluluskan usul menubuhkan suruhanjaya diraja?
"Kalau bukan untuk kepentingan Pas, sudah tentu mereka tidak meluluskan usul ini," katanya selepas taklimat mengenai penerbangan FireFly Ipoh-Singapura di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri bercadang meningkatkan gaji minimum kakitangan rendah dalam jabatan kerajaan negeri bagi mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan.
Katanya, gaji minimum itu penting untuk membolehkan keluarga kakitangan berkenaan hidup selesa dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
"Saya berpendapat kita perlu melihat semula aspek gaji minimum ini atau elaun sara hidup (Cola).
"Kita akan berbincang dengan kesatuan sekerja dan mencari pendekatan terbaik," katanya.
Dipetik dari Berita Harian
...........................................................................................................
Steady la Zambry...smbil hantam sambil buat keje...
Bukan utk kepentingan diaorg (PAS)..tetapi untuk kepentingan politik DAP..
Al maklumlah..lembu tunggangan..kena la ikut cakap tuan..
Kalo idak xdpt la nk numpang roket DAP naik ke bulan..
Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
11 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan