Dari awal lagi tidak ramai yang memberi harapan mengenai kerajaan perpaduan ciptaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagi kebanyakan rakyat yang beragama Islam dan juga berbangsa Melayu, harapan mereka hanyalah untuk Pas dan UMNO duduk semeja bersembang dan berbincang isu agama dan bangsa yang mereka wakili.Namun Haji Hadi berkeras memperkatakan isu kerajaan perpaduan. Kerana ada permintaan maka tentulah UMNO dan BN membuka ruang kerana isu perubahan gabungan parti dalam demokrasi adalah sesuatu yang lumrah. Sepuluh tahun lalu siapa percaya Pas akan menjadi Menteri Besar dalam sebuah kerajaan DAP? Ia telah berlaku pada 2008 di Perak. Jadi dalam politik semuanya serba mungkin tidak penting sama ada ia dipimpin oleh mereka yang mengaku ulama mahu pun seorang aties.
Keputusan Pakatan Rakyat petang tadi tidak mengejutkan. Malahan ia sudah dijangka sebaik sahaja Pas menyerahkan keputusan untuk Kerajaan Perpaduan ini kepada Pakatan Rakyat.Ini kerana seperti ramai yang faham, Pas bukan parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat. Jawatan-jawatan mereka di Selangor dan Pulau Pinang (dulu termasuk Perak) adalah atas kekuatan PKR-DAP. Justeru tidak banyak yang dapat Pas lakukan untuk mempertahankan perjuangan mereka apatah lagi untuk merealisasikan idea separuh masak Presiden Pas.
Cuma yang menghairankan kenyataan tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang termasuk Haji Hadi yang antara lain menyatakan:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."Bukankah cakap-cakap kerajaan Perpaduan ini ditimbulkan oleh Haji Hadi.
Yang mempromosi isu kerajaan perpaduan ini sejak 3-4 bulan lepas ialah kepimpinan Pas. mengapa pula UMNO yang disalahkan? Orang lain makan nangka orang lain yang terkena getahnya?Inilah taktik politik mereka. Letakkan sahaja apa yang buruk ke atas UMNO dan BN. Dengan izin, "hatta tahi mereka di tengah jalan pun dianggap milik UMNO dan BN."Demikianlah busuknya hati pemimpin Pakatan Rakyat termasuk di kalangan mereka yang beserban dan berjubah serta mengaku pejuang Islam.
Dipetik dari tulisan Ab. Jalil Becker ; http://www.mykmu.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan