Rabu, Disember 09, 2009

Kedah Sejahtera...!!

Demi memenangi hati rakyat bukan Islam di Kedah, Kerajaan PAS Negeri Kedah dengan bangganya memperkenalkan sebuah pusat hiburan yang diberi nama "Black, PUB & Karaoke"! Bertempat di bandaraya Alor Setar, kelab yang disyaki menghidangkan makanan "halalan thoiyyiba" ini juga dipercayai sedang memohon status "halal" dari "Dewan Ulama PAS". Disamping itu, iklan dan sepanduk mempromosikan Pub & Karaoke ini begitu "cantik" menghiasi tiang lampu dan tiang letrik di jalan-jalan utama di bandaraya Alor Setar.
Islamik sungguh pendekatan kepimpinan PAS Negeri Kedah ini. Jangan sesiapa pun bantah! Ini ketetapan Kerajaan "Islam" PAS Kedah. Mungkin setelah mendapat "restu" dari Tuan Yang Terutama Mursyidul Am PAS, maka "ter"lulus"lah pusat hiburan ini. Kalau ditegur, maka mereka akan menuding jari kepada kita. "Alahhh..BN dulu pun bagi lesen pusat hiburan.." begitulah kebiasaan alasan yang selalu dibalas puak-puak PAS apabila dibidas. Sedangkan sebelum berkuasa di Kedah, puak-puak PAS inilah yang menentang, mengutuk dan memprotes wujudnya pusat hiburan seperti ini. Dan kini apabila mereka mendapat kuasa, diberi pula lesen baru untuk menambah kewujudan pusat hiburan! "Ludah ke langit, jatuh bertepek di atas muka sendiri", "ketuk dulang paku serpih, mengata orang PAS yang lebih"!
Satu lagi jawapan yang biasa diberikan oleh Tok-Tok Lebai PAS tentang kes sebegini ialah "kita orang Islam haruslah menghormati kehendak orang bukan Islam". "Orang Islam tak payahlah masuk Pub, biarkanlah orang bukan Islam sahaja yang masuk.." sambung mereka. "Orang Islam semua tahu arak itu haram, jadi mereka takkan minum, yang minum hanyalah yang bukan Islam.." mereka menambah. "Islam kita tidak jumud dan menerima masyarakat bukan Islam dan hak kebebasan mereka", terang mereka lagi panjang lebar. Begitu terbuka pendirian mereka sekarang? "Open minded" kata orang putih. Maklumlah, Ustaz Azizan lulusan "obersea" yang bukan dari timur tengah, mestilah "open minded" sikitttt... Mungkin Kerajaan PAS Kedah sudah lupa pada janji dan manifesto mereka pada PRU12 yang lepas. "Ada benda yang kita utamakan dan ada benda yang akan dilambatkan sikit. Kita akan ‘study’ dulu dan tengok mana satu akan diberi keutamaan untuk melaksanakannya,” Azizan Razak pernah berkata sedemikian. Nampaknya Ustaz Azizan sudah mengotakan "janji"nya.
"Black Pub & Karaoke" lebih utama dari memberikan cuti bersalin selama 3 bulan dan cuti 14 hari kepada mereka yang kematian pasangan. "Black Pub & Karaoke" lebih penting dari "memberikan subsidi air untuk masjid-masjid dan rumah kebajikan berdaftar. Perlaksanaan dasar "Black Pub & Karaoke" lebih utama dari memperbanyakkan kemudahan meletak kenderaan yang semakin tinggi dikenakan bayarannya berbanding sebelum ini.
Sudahkah Ustaz Azizan memotong gaji dan elaun MB dan Exco-Exconya? Setahu saya, pernah seorang Exco "kesayangan"nya memohon "claim" elaun lebih dari RM34 ribu ringgit Malaysia! Sejahtera sungguh "poket" Exco Kedah di zaman Azizan. Syabas! Saya difahamkan, Ustaz Azizan begitu bijak "mengambil hati" para JUSA dan KCS. Ustaz Azizan dilihat lebih "intim" dengan KCS yang dikatakan "berbau UMNO"! Malah Ustaz Azizan dilihat begitu "garang" kepada Exco-Exconya apabila di depan para KCS. Dipujinya KCS "melangit", diherdiknya "Exco" di depan KCS! Bijak sungguh "wayang" Azizan Razak. Padahal, semua salah laku dan perangai buruk Exco-Exco disembunyikan rapi di dalam "poket"nya. Di belakang KCS? Siapa yang tahu? Pernah dengar mengenai "bekas menantu" a.k.a "Ariffahmi versi PAS Kedah"? Tak eloklah menabur fitnah, tapi mengikut cerita benar seorang rakan, lagaknya bagaikan CEO ketika di dalam mesyuarat di Kulim Hi-Tech. Padahal hadirnya hanya sebagai "PEMERHATI"!
Gila kuasa atau sememangnya "gila"? Begitulah perihal Kedah Sejahtera yang terkini. Sejahtera "syok sendiri" tiada yang baru melainkan "syok sendiri" merasmikan projek demi projek kerajaan BN sebelumnya. Dari projek penapisan minyak, sehinggalah usaha membasmi masalah sampah melalui E-Idaman di Alor Setar, semuanya projek BN. PAS hanya "syok sendiri", bagaikan merekalah yang ampunya "jasa"! Penjaja kecil bumiputera habis dirobohkan, premis kedai mesin judi haram dan pusat hiburan tumbuh melata. Sejahtera untuk keluarga dan kroni mereka, rakyat "ternganga" masuk angin keluar asap! Manifesto ke mana, janji ke mana? Yang mereka tahu, "Black Pub & Karaoke" perlu didahulukan, "kehendak DAP dan PKR" diutamakan!
Dipetik dari mykmu.net

Tiada ulasan:

Catat Komen