Selasa, November 03, 2009

Dah DiTangkap, Tetapi Tiada Pertuduhan?? Salah Siapa??

DR ASRI menunjukkan jam apabila pendakwa raya lewat hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam


GOMBAK: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang ditahan ketika memberi ceramah agama di sebuah banglo di Hulu Klang, tengah malam kelmarin, dilepaskan dengan bon jaminan semalam kerana pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal mengemukakan pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah. Namun, beliau terpaksa menunggu lebih tiga jam di Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini sebelum pegawai Jais memberikan bon jaminan selepas kedua-dua pihak bersetuju membatalkan bon jaminan terdahulu. Peguamnya, Zulkifli Che Yong, berkata bon jaminan yang dikeluarkan selepas penahanan itu malam kelmarin terbatal dan Mohd Asri akan dipanggil oleh Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut pada bila-bila masa.







"Melalui perbincangan bersama pegawai Jais kami mendapati tiada pendakwaan dibuat atau difailkan di mahkamah. "Bagaimanapun, kami amat kesal dengan ketidakupayaan serta kegagalan Jais mematuhi prosedur membuat pendakwaan sehingga menyusahkan anak guam kami," katanya selepas perbincangan dengan pegawai berkenaan. Perbincangan berlangsung hampir sejam antara pegawai Jais dengan Mohd Asri serta peguamnya, selepas lebih dua jam beliau menunggu tindakan susulan Jais yang mengarahkannya hadir di mahkamah pada jam 9 pagi.







Ratusan yang dipercayai penyokong Mohd Asri memenuhi pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk memberi sokongan, tetapi tiada sebarang kekecohan berlaku. Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Ab Rani; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar Mohd Asri ditahan pegawai Jais pada jam 12.10 malam kelmarin di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 hadirin. Sementara itu, Mohd Asri menafikan beliau menyebarkan fahaman Wahabi dan mendakwa penahanannya adalah cubaan sabotaj untuk mencemarkan imejnya.







"Mereka tangkap saya dulu dan dibawa ke balai polis baru hendak tuduh tetapi mahkamah belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini (mahkamah). Hanya pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' di sebaliknya. "Mengapa saya didakwa tiada tauliah untuk mengajar sedangkan saya bukan asing di negara ini dan pandangan saya boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya. Beliau juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh. "Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu. Saya akui sebelum ini, memang Jais ada mengeluarkan arahan melarang Mufti Perlis mengajar agama di Selangor sedangkan 13 mufti negeri lain dibenarkan. Tetapi, masalahnya saya bukan lagi Mufti Perlis... ia amat pelik," katanya. Mohd Asri, bagaimanapun berkata, tindakan Jais itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus menegakkan syiar Islam di negara ini dan berharap penahanannya akan menjadi titik tolak untuk menghormati hak asasi dan kebebasan rakyat bersuara dan belajar agama. "Jangan guna terlalu banyak akta dan kuasa untuk menghalang masyarakat mendapat ilmu yang baik.






Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan," katanya yang kemudian menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir di sebuah hotel di ibu negara.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Badrul Hisham Kini BEBAS!!

YB Badrul Hisham Abdullah

PKR menerima tamparan hebat apabila ADUN Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham Abdullah telah mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.


Tetapi beliau tidak membuat sebarang keputusan samada mahu menyertai UMNO ataupun parti² lain. Beliau menegaskan bahawa keputusan itu dibuat adalah berdasarkan kerelaan hatinya sendiri dan keikhlasannya tanpa sebarang paksaan mahupun ugutan mana² pihak serta berasakan kepada prinsip agama dan moral sebagai Islam.


Antaranya kenyataannya, beliau tidak akan melepaskan jawatannya selaku ADUN walaupun didesak oleh pihak tertentu dalam PKR terutamanya Menteri Besar Selangor. YAB Datuk Seri Khalid. Beliau berkata lagi yang dia dipilih oleh rakyat bukan dipilih oleh Menteri Besar.


Beliua juga menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dan ugutan untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Pelabuhan Kelang kerana beranggapan pilihanraya kecil hanya membazirkan duit rakyat sahaja dan turut berkata akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih baik sebagai ADUN Bebas.


Berikutan keputusan Badrul Hisham menjadi wakil rakyat Bebas, pakatan pembangkang itu kini mempunyai majoriti 15 kerusi. Kedudukan Terkini : PKR (14), DAP (13) dan Pas (lapan), manakala Barisan Nasional (BN) 20 kerusi, Bebas 1 kerusi



Badrul juga dikatakan telah ditohmah oleh Menteri Besar Selangor yang mengatakan beliau seorang mengalami masalah gangguan mental dan pernah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan psikatri. Beliau juga hilang kepercayaan kepada kepimpinan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sendiri dan beranggapan Anwar Ibrahim takut untuk berhadapan dengan kes perbicaraan liwatnya dengan Saiful.


Adakah ini juga sandiwara BN/UMNO?? Khalid Ibrahim juga mengulas dengan mengatakan bahawa Badrul perlu menjalankan tugasnya jika mahu diterima semula kedalam PKR.


Belum pun reda dengan isu di Sabah, kini isu Badrul pula yang timbul. Adakah ini cuma hanya gelora di dalam cawan ataupun ribut tsunami yang bakal bermula dalam PKR??? Adakah Anwar perlu bertaubat?? Jika ada yang merasakan Badrul ni terima jutaan ringgit dr BN/UMNO, dipersilakan untuk membuat laporan. jangan hanya pandai menuduh tanpa bukti yang sahih n kukuh.


Fikirlah secara rasional.

Rabu, Oktober 28, 2009

Sepintas Lalu Sidang DUN Perak

PAKATAN pembangkang Perak membuat sejarah sekali lagi. Dengan gaya biadap masuk ke Dewan Undangan Negeri menjerit-jerit seperti binatang jalanan. Di kepalai oleh bekas Menteri Besar Nizar Jamaludin.Seolah-olah menjadi anjing kepada Ngeh dan Nga, Nizar dengan muka tebal mengangkat tangan menyamai peranan Anwar Ibrahim.Mereka masuk ketika sidang DUN ditangguhkan. Mereka terus “bersidang” secara haram. Pakatan membuat DUN seperti sidang bawah pokok serta di Hotel Heritage baru-baru ini.

Drama di DUN Perak!!

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan berlangsung sekali lagi, hari ini. Kali ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dijadual membentangkan bajet negeri.

Namun apa yang menjadi kebimbangan ialah perencanaan masa depan rakyat negeri Perak itu tidak dapat dilakukan jika pihak yang tidak bertanggungjawab sekali lagi mencetuskan kekecohan.

Sekiranya jangkaan itu benar-benar berlaku, bermakna rakyat Perak akan terus menjadi mangsa keadaan.

Usaha kerajaan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan baik jelas dinyatakan pada pembentangan Bajet 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.
Semangat yang dijana di peringkat Pusat itu pastinya akan turut dibawa ke Perak. Lebih-lebih lagi Najib pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Lebih pasti, Najib juga adalah individu yang bertanggungjawab membawa cahaya kepada masa depan BN Perak setelah berjaya mengeluarkan negeri tersebut daripada jerebu politik berpanjangan.

"Penyerahan" Perak kepada Zambry juga sebenarnya bukan satu keputusan mudah. Tanpa keyakinan bahawa ADUN Pangkor itu mampu memikul tugas dan tanggungjawab, penyerahan tersebut tidak mungkin akan berlaku. Untuk mencapai tahap maju dan membangun, kebajikan rakyat harus diberi perhatian serius. Ini selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Justeru, pembentangan bajet negeri kali ini dilihat sebagai amat penting untuk merealisasikan hasrat kerajaan dan harapan rakyat. Kepada Zambry, beliau sedar betapa rakyat yang dipimpinnya memerlukan perhatian dan sokongan padu kerajaan negeri ketika ini.

Mengambil kira perkara ini, beliau pasti akan melakukan yang terbaik. Malah, apa yang lebih penting, berusaha membawa Perak ke tahap yang lebih dibanggakan.

Namun, belum pun Sidang DUN berlangsung, telah berlaku tuduh menuduh tentang siapa yang sebenarnya bertanggungjawab merancang kekecohan pada hari tersebut.

Dalam satu sidang media di Ipoh, Pas mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Abdul Rahman Hashim 'mengarahkan' Zambry menggantikan bentara Dewan dengan 15 "samseng" dari sebuah pertubuhan Melayu bagi tujuan mengawasi perjalanan mesyuarat itu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau mendapat tahu mengenai perkara tersebut melalui maklumat dalaman yang boleh dipercayai. Agak pelik apabila beliau menuduh Zambry kini boneka SUK.

Jika tuduhan ini diambil kira, persoalan lain juga boleh dikaitkan. Mengapa Pas takut dengan "samseng-samseng" tersebut jika tidak melakukan kesalahan?

Sama ada dakwaan dibangkitkan benar atau tidak, isu "samseng" tidak wujud sekiranya kedua-dua pihak menghormati Sidang DUN.

Ketakutan Mohammad Nizar terhadap samseng yang didakwanya itu juga menggambarkan seolah-olah beliau bimbang 'drama' barunya akan gagal.

Apa pun yang bakal berlaku, harapan mereka yang sayangkan negeri dan masa depan generasi akan datang ialah agar sidang kali ini lebih tertumpu kepada soal rakyat, bukan soal pertikaian kuasa kerana ia membantutkan usaha memacu Perak ke peringkat terbaik setanding negeri-negeri lain.
Dipetik dari Selamatkan Perak.

Surat Sidang DUN Dari Sivaji Da Gila Kuasa!!!


Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam."Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???"




Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap."Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka."Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.



Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya.



Jika PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semuala Perak dari BN.



Dipetik dari blog TM...Fikir-fikirkanlah

Isnin, Oktober 19, 2009

Gambar² Program Pelancaran Gagasan 1 Malaysia

Bacaan Ikrar

Pentas Utama

YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Perak & Menteri Kabinet menyanyikan lagu NegaraKu


Ketibaan YAB Perdana Menteri di Pentas Utama VIP

Cenderahati kpd YAB Perdana Menteri

Setelah diarak menaiki trak tentera mengelilingi Stadium Perak, Ipoh


YAB Perdana Menteri & Menteri Besar sedang diarak menaiki trak mengelilingi Stadium Perak

Diarak sambil mengibarkan bendera Malaysia


Ketibaan YAB Perdana Menteri bersama VVIP yang lain menaiki bas SUK Perak sebelum diarak mengelilingi stadium Perak.


Peserta yang terlibat dalam Pelancaran Gagasan 1 Malaysia


Bendera Gergasi Barisan Nasional & UMNO



Antara yang hadir

Pentas Utama VVIP


Rakyat yang hadir bersolat Maghrib di Dewan Wisma
Majlis Sukan Negeri Perak

Transformasi UMNO!!

Kesibukan tugas menyebabkan penulis tidak dapat mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur tempoh hari kerana ada tugasan di Melaka Bandaraya Bersejarah. Agak terkilan juga kerana tidak dapat bersama - sama berhimpunan dalam perhimpunan tahunan parti Melayu yang terbesar ini.
Kata kunci untuk perhimpunan kali ini ialah "PERUBAHAN"..
Ya, UMNO perlu berubah begiut juga dengan ahlinya dan kerana itulah terdapat 7 pindaan perlembagaan yang secara dasarnya perlu untuk pengukuhan UMNO itu sendiri disamping memberi lebih banyak ruang kepada Ahli UMNO untuk menentukan hala tuju parti keramat ini.
7 pindaan Perlembagaan diterima sebulat suara oleh perwakilan² yang hadir. Pindaan ini bukan bertujuaan untuk menjaga kepentingan mana² pemimpin..tetapi pindaaan ini merupakan langkah awal untuk berubah. Ahli UMNO sekaliannya perlu menerima perubahan ini dan perlu turut sama berubah. Pemimpin² di peringkat tertinggi, negeri, bahagian mahaupun di cawangan perlu mengambil iktibar pindaan ini untuk memperkasakan parti dan ahlinya UMNO diperingkat akar umbi.
Tolak cerita PAS, PKR mahupun DAP. Tetapi UMNO sebagai dominan di dalam Barisan Nasional perlu seiiring dengan perubahan masa tanpa memencilkan nilai - nilai insan dan islam itu sendiri. Zaman dan masa berlalu begitu pantas.
Kini bukan zaman di mana kita makan ubi kayu, kini zaman IT..zaman yang mana teknologi semakin menguasai kehidupan sehari hari.
UMNO kini perlu dan harus membuka ruang seluasnya kepada golongan muda untuk mendekatkan diri dengan parti. Pada PRu 13 kelak, seramai 6 juta pengundi muda akan memilih kerajaan baru mereka. Itulah rasional nya pindaan berkenaan tanpa mengabaikan dan menyisihkan ahli UMNO yang sedia ada.
Apapon, marilah kita bersama - sama mendukung aspirasi ini dan mempertahankan UMNO demi agama, bangsa dan negara.