Khamis, Julai 09, 2009

Mangkuk Hayun HINDRAF!!

Bekas tahanan ISA mahu status Bumiputera SHAH ALAM: M Manoharan yang dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 9 Mei lalu, enggan memakai songkok dan berbaju kebangsaan walaupun menghadiri majlis rasmi dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah itu berkata, beliau tidak akan memakai pakaian yang beridentiti atau bercirikan kemelayuan sebagai protes terhadap kerajaan yang enggan memberi status Bumiputera kepada bukan Melayu. "Saya tidak akan pakai songkok atau baju Melayu dalam apa jua acara, termasuk majlis rasmi yang dianjurkan kerajaan negeri dan dihadiri Sultan Selangor.


"Saya akan pakai jika kerajaan berikan status Bumiputera kepada bukan Melayu. Saya akan pakai pakaian rasmi seperti biasa," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam. Ini kali pertama Manoharan menghadiri sidang selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu kerana ditahan di Pusat Tahanan Kamunting selepas terbabit dalam pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf). Manoharan mengulangi desakan menuntut kerajaan memberikan taraf Bumiputera kepada bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
"Ini akan merealisasikan konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kesamarataan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum," katanya.
____________________________________________________________________
Bodoh & bangganglah siapa yang mengundi si mangkuk hayun HINDRAF ni. terutamanya orang Melayu kt DUN Kota Alam Shah.
Langsung tiada rasa hormat kepada Raja dan Perlembagaan. Inikah yang dikatakan sebagai pemimpin?? Sendiri mau pikir lah..
Seperti melepaskan anjing yang tersepit...Sumbatkan balik pariah ni dalam ISA..biar padankan muka dia..xkenang dek untung...

Khamis, Julai 02, 2009

DAP Kedah Keluar Pakatan!!

Tindakan kerana tidak puas hati kerajaan negeri tangani isu bukan Melayu
ALOR SETAR: DAP Kedah semalam memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat negeri selepas tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri pimpinan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar dihadiri pemimpin DAP Kedah di pejabat parti itu di sini, selepas protes menghalang perobohan rumah pemotongan babi di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) gagal dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati DAP terhadap tindakan MBAS meroboh rumah pemotongan babi itu, semalam, selain isu lain yang tidak diselesaikan walaupun sudah berlarutan sekian lama.
"Kami mengenal pasti beberapa isu yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri, antaranya isu 50 peratus kuota milikan hartanah Bumiputera dan isu meroboh kuil serta tokong di Jalan Pegawai dan Tanjung Bendahara yang dalam pengetahuan kami sudah diluluskan MBAS. "Kemuncaknya apabila isu rumah pemotongan babi tidak dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada mesyuarat ahli majlis mesyuarat negeri hari ini (semalam) walaupun beliau bersetuju berbuat demikian. "Berikutan itu, wakil DAP dalam kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik tidak menyertai mana-mana pihak," katanya di sini, semalam.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN yang mana 16 adalah milik Pas, 14 Barisan Nasional (BN), lima Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu DAP. Su berkata, keputusan itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada DAP Pusat. "Kita serahkan kepada DAP Pusat untuk menentukannya, tetapi pendirian kami ialah DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat negeri ini kerana tidak mendapat layanan sewajarnya terutama dalam isu membabitkan kaum minoriti yang menyukarkan perjuangan kami untuk rakyat. "Ia juga berdasarkan kepada tindak tanduk kerajaan negeri yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan perkara itu kepada DAP, Pas dan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukannya. Katanya, DAP Kedah tidak sepatutnya memutarbelitkan isu dan mengaburi mata rakyat untuk menutup kelemahan mereka. "Saya tidak pernah mengarahkan penangguhan sebulan keputusan merobohkan rumah pemotongan babi itu. "Tempoh penangguhan itu diminta oleh DAP dan saya meminta mereka mencari tapak baru, tetapi selepas sebulan tidak ada apa-apa dan sekarang mereka hendak keluar... keluarlah jika DAP Kedah mengatasi DAP Pusat," katanya.
_____________________________________________________________________
Tahniah Ustad Azizan kerana tidak berkompromi dalam perkara ini. Lantaklah DAP Kedah nak keluar PR. Kalau dia nk keluar dari Malaysia ni pun apa salahnya.
Ini menunjukkan satu pendirian tegas MB Kedah terhadap isu yang agak sensitif ini. Tidak perlu menunggu sampai terjadi seperti di Melaka. Sapa yang makan babi dia yang patut cari penyelesaiannya.
Tahniah Ustad Azizan.

Kerajaan Penang Bidas HINDRAF.


GEORGETOWN: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang pimpinan DAP membidas Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang didakwa mengugut dan menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bersifat perkauman berhubung isu Kampung Buah Pala. Kerajaan negeri juga menyifatkan pemimpin pertubuhan haram itu tidak mengenang budi kepada DAP yang berjuang untuk membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri. Malah, kerajaan negeri juga mendakwa Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, yang melarikan diri ke luar negara cuba mengambil kesempatan daripada isu itu dengan meminta kerajaan supaya tidak dikenakan tindakan apabila pulang ke tanah air.



Perkara itu dinyatakan pada sidang media bersama Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer dan Adun Batu Uban, S Raveentharan di sini, semalam. "Sebelum ini, siapa yang berdepan dengan pemaju (Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd)? Kalau kita tidak buat sesuatu, pemaju sudah roboh rumah tahun lalu. Di mana Hindraf masa itu? "Jadi, jangan ugut dan berasakan kerajaan negeri lemah. Kita bertindak dan bersabar mencari jalan penyelesaian.



"Saya berada di sini, bukan di luar negara. Saya tidak minta tolong pihak yang anti-Malaysia. Saya di Malaysia, lawan dan buat di sini. Saya tidak berbohong dan tipu dengan lari ke luar negara, bersahabat dengan ejen untuk menjatuhkan Malaysia. Itu bukan kita (DAP)," kata Ramasamy. Ramasamy mengulas kenyataan Waythamoorthy yang menuduh Guan Eng sebagai bersifat perkauman. Waythamoorty dipetik sebagai berkata, kerajaan Pakatan Rakyat gagal memberi harapan dalam usaha mencari penyelesaian terhadap isu dihadapi penduduk Kampung Buah Pala. Penduduk sepatutnya mengosongkan rumah kerana pemaju akan merobohkannya hari ini, tetapi kerajaan negeri berjaya mendapat persetujuan pemaju supaya ditangguhkan selama sebulan.


Dipetik dari Berita Harian, 2 Julai 2009.

...........................................................................................................................................................................

Itulah HINDRAF. Sedangkan Kerajaan BN yang lepaskan mereka dari ISA pun diaorg kritik dan marah inikan pulak Kerajaan PR (DAP) di Penang.


HINDRAF ni tak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Tak perlu buat baik pun. Mereka mengambil kesempatan diatas isu yang kononnya merekalah pejuang tulen bagi kaum India.


Tetapi penulis tertarik dengan ayat Prof. Ramasamy " "Saya berada di sini, bukan di luar negara. Saya tidak minta tolong pihak yang anti-Malaysia. Saya di Malaysia, lawan dan buat di sini. Saya tidak berbohong dan tipu dengan lari ke luar negara, bersahabat dengan ejen untuk menjatuhkan Malaysia."

Pengerusi HINDRAF, Waythamoorthy patut merenung kata² tersebut. Ada benarnya.

Tetapi didalam hal ini di mana pula MIC?? Mana Samy Vellu?? Menyorok ke?? Atau sedang bercuti di India???

Peguam Pembangkang!!

Sementelah cuti yang panjang ini, penulis sempat membaca tulisan di beberapa blog rakan² bloggers dan yang paling menarik minat penulis ialah blog peguam UMNO; Datuk Hafarizam Harun http://puu-umno.blogspot.com/.
Datuk Hafarizam telah menerima satu email dari seorang individu yang dirahsiakan namanya mengenai beberapa syarikat guaman yang mendapat manfaat dan faedah dari Kerajaan BN dan syarikat² GLC. Padahal dalam masa yang sama, mereka² inilah yang telah banyak menghentam dan memberi perkhidmatan percuma (pro bono) kepada pembangkang.
Dan ada komen dikalangan pembaca yang mengatakan, isu ini sama seperti pengundi UMNO di Kelantan dan Kedah mahupun di Penang. Mereka turut mendapat manfaat di negeri² tersebut.
Pada hemat penulis, isu ini amat berbeza dengan keadaan pengundi di negeri² tersebut. Yang mana mereka tentunya perlu mencari rezki dan negeri tersebut sebagai anak negeri. Berbeza dengan Kelantan yang mengeksport penduduknya keluar.
Peguam² inilah yang banyak mengeksploitasi undang-undang dan mengkritik serta menghentam kerajaan BN sekarang. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius terutamanya oleh GLC dan kerajaan. Biar mereka mendapat kerja dan dari negeri² pakatan rakyat dan pembangkang. Tidak perlu diberi ruang dan peluang kepada mereka di dalam GLC mahupun di negeri yang dikuasai BN.
Antara syarikat guaman yang dimaksudkan ialah:
1. Ranjit Singh of Ranjit Ooi & Robert Loh and getting work/fees from Ambank
2. Edmund Bon of Chooi & Co. and getting work/fees from OCBC, ING Merchant
3. Chan Kok Keong of Chan & Associates and getting work/fees from Perwira Affin Bank &CIMB
4. Tommy Thomas of Tommy Thomas and getting work/fees from CIMB, Bank
Islam,Petronas, BP International Finance, Dana Harta, Kerajaan Negeri Terenganu
5. Philip Koh of Mah Kamariah & Philip Koh and getting work/fees from AmBank, Affin Citibank,
RHB, Petronas and IOI Properties
6. Leong Cheok Keng of Leong & Tan and getting work/fees from BSN
p/s: Diulas dari blog Penasihat Undang² UMNO; Datuk Hafarizam Husin http://puu-umno.blogspot.com/

Rabu, Julai 01, 2009

Nasharuddin Mat Isa Masuk UMNO!!


Timbalan Presiden PAS, YB Nasharuddin Mat Isa mungkin agak sukar untuk dihubungi beberapa minggu kebelakangan ini sejak beliau di marahi dan ditegur oleh Tuan Guru Nik Aziz yang semakin bercelaru dan nyanyuk barangkali.


Ketika Sidang Parlimen berlangsung pun, kelibat YB Nasharuddin juga amat sukar untuk dijejaki. Begitulah nasib seorang Timbalan Presiden PAS ataupun orang No. 2 dalam PAS yang dikritik oleh Mursyidul Am PAS Tun Guru Nik Aziz. Kita sendiri dapat menilai bahawa Tuan Guru semakin tidak konsisten dalam komen dan pandangannya. Adakah beliau dipengaruhi atau dicaturkan oleh mereka yang berada di belakangnya atau itu mungkin pandangan dari beliau sendiri.


Nasharuddin diherdik untuk meninggal kan PAS nak masuk UMNO kerana komen beliau mengenai kerajaan perpaduan. Begitulah Nik Aziz yang semakin nyanyuk dan binggung. Hari ini dia kata lain, esok dia kata lain lusa dia buat u turn n tulat dia meraban. KOmen Nik Aziz untuk Nasharuddin masuk UMNO mungkin terlalu berat untuk diterima oleh Nasharuddin. Dimana Nasharuddin mahu meletakkan air muka dan maruahnya sebagai orang No. 2 dalam PAS. Atau Nik Aziz merasakan akan berlaku satu gelombang yang hebat di dalam PAS sekiranya kerajaan perpaduan ini direalisasikan. Atau mungkin juga percaturan mereka dibelakang Nik Aziz.


Kita semua sedia maklum bahawa tiada wakil dari Kelantan dalam AJK PAS Pusat pada Muktamar PAS yang lalu. Satu signal bahawa politik Kelantan di tolak mentah - mentah dalam PAS. PAS juga sedang melalui satu transformasi mungkin.


Nasharuddin Mat Isa dilihat sebagai seorang ahli politik yang rasional dan tidak radikal. Beliau tidak seperti pemimpin PAS yang lain, yang mana terlalu politik dan radikal. Tetapi tidak bagi Nasharuddin.


Pada hemat penulis, jika itu yang Nik Aziz mahukan, Nasharuddin perlu keluar dari PAS dan menjadi BEBAS seperti Ibrahim Ali. Dan jika tidak pun, Nasharuddin terus masuk UMNO dan secara tidak langsung boleh membantu UMNO dan Kerajaan melalui kepakarannya. Tetapi itu pasti ada pro n kontra nya.


Tidak mustahil perkara ini berlaku. Jika benar berlaku, Nik Aziz patut bersyukur dan berbesar hati kerana impiannya untuk melihat Nasharuddin menyertai UMNO tercapai dan kerusi No. 2 PAS akan kosong.


Nasharuddin juga pasti mempunyai pengikutnya sendiri. Jika tidak mana mungkin beliau menang dalam perebutan kerusi No. 2 PAS.


UMNO tentu akan menerima dengan tangan terbuka kemasukan Nasharuddin ini. Idea, pengalaman dan pandangan beliau tentunya amat berguna. Berikan beliau jawatan yang membolehkan beliau menggunakan pengalaman dan ilmunya untuk kebaikan umat Islam dan Melayu serta rakyat Malaysia amnya.


Penulis rasa, tentu Hadi Awang akan kecut perut jika Nasharuddin menyertai UMNO. Mungkin gelombangnya tidak sehebat DSAI dipecat dari kabinet tetapi gelombangnya harus diawasi oleh PAS.


Apapon, selamat berjuang kepada YB Nasharuddin Mat Isa. Tabahkan hati, kerana itulah ragam dan sikap Tuan Guru anda yang semakin nyanyuk dan pelupa. Itulah idola anda semua yang semakin menyimpang. Adakah ini yang dikatakan sebagai Ulama Akhir Zaman?? Fikirkanlah.


Sesungguhnya Yang Baik Itu Adalah Dari Allah, dan yang buruk itu tentunya dari kita, manusia kerdil di bumi ini.


P/S:: Sedang bercuti di Pantai Timur sehingga hujung minggu ini.


Kuantan,

Pahang Darul Makmur,

1 Julai 2009.

PARTI TAK TAHU!!


PAS kerap kali berangan-angan ingin mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari mandat yang sekarang ini dipikul oleh Barisan Nasional. Walaupun mereka sedar peluang itu sukar sehingga sanggup berkompromi dengan DAP dan PKR, cita-cita tersebut tak pernah padam mungkin sehingga Nik Aziz "padam"!Sebagai satu parti yang bercita-cita besar, keupayaan mereka dalam berkomunikasi sesama sendiri perlulah mempunyai kesatuan tanpa kerahsiaan. Namun begitu, PAS tidak mempunyai ciri-ciri seperti ini untuk menggambarkan cita-cita besar mereka. Ditambah pula dengan sikap Nik Aziz yang semakin mengalami sindrom berlagak sombong sejak akhir-akhir ini.



Kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, beberapa tindakan luar dugaan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin-pemimpin terkenal dan popular PAS. Apabila dipersoalkan semula kepada pimpinan yang lebih tinggi mengenai tindak-tanduk anak buah mereka, jawapan yang sering terkeluar dari mulut mereka adalah "TIDAK TAHU!".Kalau dalam sessi temuduga, jawapan "tidak tahu" ini bakal menyebabkan harapan untuk mendapat sesuatu pekerjaan tersebut akan gelap la jawabnya! Jawapan "tidak tahu" boleh menggambarkan seseorang itu memang tidak mengambil berat tentang perkembangan atau permasalahan yang timbul di dalam sesuatu organisasi.Sayangnya, inilah sikap PAS yang banyak dipertontonkan kepada masyarakat sekarang. Sebagai contoh mudah, apabila Ustaz Nash ditanya mengenai tindakan Nizar menjadi beruk sarkas di dalam Parlimen, jawapannya tidak tahu, kemudian muncul pula isu poster Haji Hadi yang dikatakan tidak akan dinaikkan di Manek Urai, Mahfuz juga mempunyai jawapan yang sama, tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.



Tak cukup dengan kes tersebut, kemudian muncul balaci terbesar DSAI, Zaid Ibrahim yang dikatakan akan bertanding pula di PRK Bandar Tun Razak dan kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi tersebut untuk tujuan tersebut. Eeee..berapa banyak "brahim" daaa..maka ditanya lah pada PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.Paling terhangat sekarang pula mengenai Nik Aziz yang beria-ia benar mahu berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib mengenai masalah-masalah yang tersimpul dalam PAS.



Nik Aziz mula bongkak dengan beberapa kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini dan dia kini mula berani mengorak satu langkah lagi ke hadapan untuk mencabar PM Malaysia untuk berdebat. Dan perkara ini sekali lagi dirujuk kepada Presiden PAS sendiri mengenai perangai huduh Mursyidul Amnya dan jawapan yang diperolehi telah dijangka, tidak tahu.



Oleh yang demikian, cuba kita simpulkan dari perkara-perkara di atas yang telah dicerminkan oleh PAS sebagai satu Parti yang dianggap mempunyai cita-cita yang amat besar di masa hadapan. Amat mendukacitakan sekali!PAS tertinggal ke belakang mengenai maklumat-maklumat mengenai hal-hal dalaman mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin atasannya telah diabaikan dengan maklumat penting oleh sesetengah golongan yang menjadi kunci informasi. Malah, jika dapat dilihat secara lebih mendalam, PAS secara keseluruhannya tidak mempunyai jaringan komunikasi yang sempurna walaupun mereka berbangga mempunyai Blogger Network yang yang dikatakan amat hebat dalam menyampaikan maklumat!Jika sekalipun perkara-perkara tersebut menjadi kerahsiaan dalaman parti, sekurang-kurangnya berilah jawapan yang lebih meyakinkan kepada masyarakat.



Kalau dah semua jawapannya TIDAK TAHU, nampak sangat la PAS ni kena tinggal di belakang ataupun sengaja diorang tak bagi tahu!JADI, Apa yang PAS tahu sebenarnya? Mengutuk UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan Persekutuan, itu sajalah yang mereka tahu...



DES : Patutlah mereka ini sibuk mengutarakan isu dalam Parlimen sahaja tanpa cadangan, rupa-rupanya apa pun depa TAK TAHU!


Dipetik dari mykmu.net

Khamis, Jun 25, 2009

KY Jelly hilangkan kesan liwat tetapi bukti semen masih kekal


Malam Isnin Anwar berada di Manek Urai untuk kempen bagi persediaan pilihanraya kecil di situ. Dalam ceramah, dia dok cerita kat orang kampung pasal tuduhan liwat terhadapnya.

Dia beritahu orang ramai Saiful telah diperiksa pada pukul 3 petang di Pusrawi dan tidak ada kesan tembus dan luka. Kemudian Saiful dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur, diperiksa pula oleh tiga pakar dan keputusan yang sama. Ini juga alasan yang dia dok guna untuk memohon pada mahkamah agar pertuduhan digugurkan.

Cuba kita pikiaq skit. Kalau Anwar guna KY Jelly, kemungkinan perbuatan liwat itu tidak meninggalkan kesan fizikal. Pasal kita bukan buat dan guna benda-benda macam ini, kita carilah maklumat.



Menurut Wikipedia, KY Jelly adalah alat pelicin peribadi bagi kegunaan antara lain, seks anal atau liwat. Articlesbase pula menulis bahawa kaedah penggunaan yang betul boleh mengelakkan berlaku luka dan koyak pada kulit.



Anwar ni kata dia sendiri prihatin terhadap rakyat. Katalah dia guna KY Jelly supaya pasangannya tidak cedera. Pastilah tidak ada kesan. Tetapi adakah bermakna perbuatan liwat tidak berlaku?[Nota: Ada komentar blog sini menafikan dengan hujah Saiful memberitahu dia diliwat secara paksa. Kalau secara paksa boleh masukkan genital, apa susah nak masukkan pelicin? Betul atau tidak, pandangan ini membuka kemungkinan bahawa bukti untuk mahkamah bukan sekadar laporan perubatan kesan liwat. Kemungkinan semen adalah salah satu bukti. Entah apa lagi yang pendakwa raya ada.] Sedaq tak hangpa? Anwar tidak sebut langsung laporan perubatan tidak terjumpa kesan semen? Mungkinkah ada terjumpa kesan semen dari punggung Saiful? Tapi Anwar malu nak khabaq kat kita. Kalau ada, ia bermakna perbuatan liwat berlaku. Cuma siapa empunya semen tu?


Anwar enggan beri sample DNA terbaru semasa pemeriksaan doktor. Alasan dia takut dianiaya dan fitnah. Jangan lupa polis masih ada rekod DNA Anwar dari perbicaraan dulu. Mungkinkah DNA dari semen yang diperolehi dari punggung Saiful sama dengan rekod DNA dalam simpanan polis?


Betoi betoi ... kita tau rekod DNA yang ada pada polis tak boleh guna untuk mahkamah. Walaupun tak boleh guna, persamaan DNA cukup untuk meyakinkan polis bahawa mereka tak salah tuduh. Mereka kena berjaga pasai nanti orang tuduh polis nak kenakan Anwar.
Bila dah yakin, tidak mustahil untuk polis perolehi bukti-bukti lain. Itu pasai mahkamah yakin dengan affidavit dari pendakwa untuk kes dibicara. Kalaulah ini semua teka-teka dan tak betul, takpe. Anwar boleh pi ke mahkamah dan hujah. Dah yakin menang, tak payahlah nak lari dan main wayang untuk tangguh-tangguh.

Orang kampung Manek Urai bolehlah hang auta, Anwar. Itu pun belum tentu mereka nak caya buta-buta.

Dipetik dan sunting dari blog The Unspinners . (mykmu.net)