Rabu, Julai 01, 2009

Nasharuddin Mat Isa Masuk UMNO!!


Timbalan Presiden PAS, YB Nasharuddin Mat Isa mungkin agak sukar untuk dihubungi beberapa minggu kebelakangan ini sejak beliau di marahi dan ditegur oleh Tuan Guru Nik Aziz yang semakin bercelaru dan nyanyuk barangkali.


Ketika Sidang Parlimen berlangsung pun, kelibat YB Nasharuddin juga amat sukar untuk dijejaki. Begitulah nasib seorang Timbalan Presiden PAS ataupun orang No. 2 dalam PAS yang dikritik oleh Mursyidul Am PAS Tun Guru Nik Aziz. Kita sendiri dapat menilai bahawa Tuan Guru semakin tidak konsisten dalam komen dan pandangannya. Adakah beliau dipengaruhi atau dicaturkan oleh mereka yang berada di belakangnya atau itu mungkin pandangan dari beliau sendiri.


Nasharuddin diherdik untuk meninggal kan PAS nak masuk UMNO kerana komen beliau mengenai kerajaan perpaduan. Begitulah Nik Aziz yang semakin nyanyuk dan binggung. Hari ini dia kata lain, esok dia kata lain lusa dia buat u turn n tulat dia meraban. KOmen Nik Aziz untuk Nasharuddin masuk UMNO mungkin terlalu berat untuk diterima oleh Nasharuddin. Dimana Nasharuddin mahu meletakkan air muka dan maruahnya sebagai orang No. 2 dalam PAS. Atau Nik Aziz merasakan akan berlaku satu gelombang yang hebat di dalam PAS sekiranya kerajaan perpaduan ini direalisasikan. Atau mungkin juga percaturan mereka dibelakang Nik Aziz.


Kita semua sedia maklum bahawa tiada wakil dari Kelantan dalam AJK PAS Pusat pada Muktamar PAS yang lalu. Satu signal bahawa politik Kelantan di tolak mentah - mentah dalam PAS. PAS juga sedang melalui satu transformasi mungkin.


Nasharuddin Mat Isa dilihat sebagai seorang ahli politik yang rasional dan tidak radikal. Beliau tidak seperti pemimpin PAS yang lain, yang mana terlalu politik dan radikal. Tetapi tidak bagi Nasharuddin.


Pada hemat penulis, jika itu yang Nik Aziz mahukan, Nasharuddin perlu keluar dari PAS dan menjadi BEBAS seperti Ibrahim Ali. Dan jika tidak pun, Nasharuddin terus masuk UMNO dan secara tidak langsung boleh membantu UMNO dan Kerajaan melalui kepakarannya. Tetapi itu pasti ada pro n kontra nya.


Tidak mustahil perkara ini berlaku. Jika benar berlaku, Nik Aziz patut bersyukur dan berbesar hati kerana impiannya untuk melihat Nasharuddin menyertai UMNO tercapai dan kerusi No. 2 PAS akan kosong.


Nasharuddin juga pasti mempunyai pengikutnya sendiri. Jika tidak mana mungkin beliau menang dalam perebutan kerusi No. 2 PAS.


UMNO tentu akan menerima dengan tangan terbuka kemasukan Nasharuddin ini. Idea, pengalaman dan pandangan beliau tentunya amat berguna. Berikan beliau jawatan yang membolehkan beliau menggunakan pengalaman dan ilmunya untuk kebaikan umat Islam dan Melayu serta rakyat Malaysia amnya.


Penulis rasa, tentu Hadi Awang akan kecut perut jika Nasharuddin menyertai UMNO. Mungkin gelombangnya tidak sehebat DSAI dipecat dari kabinet tetapi gelombangnya harus diawasi oleh PAS.


Apapon, selamat berjuang kepada YB Nasharuddin Mat Isa. Tabahkan hati, kerana itulah ragam dan sikap Tuan Guru anda yang semakin nyanyuk dan pelupa. Itulah idola anda semua yang semakin menyimpang. Adakah ini yang dikatakan sebagai Ulama Akhir Zaman?? Fikirkanlah.


Sesungguhnya Yang Baik Itu Adalah Dari Allah, dan yang buruk itu tentunya dari kita, manusia kerdil di bumi ini.


P/S:: Sedang bercuti di Pantai Timur sehingga hujung minggu ini.


Kuantan,

Pahang Darul Makmur,

1 Julai 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan