Rabu, November 19, 2008

Parti Agama - Agama SeMalaysia (PAS)

Interfaith Commission (IFC), DAP, PKR dan Anwar telah mula mengorak langkah kedalam Parti Islam Se-Malaysia setelah memporak-perandakan UMNO semasa PRU12 dan masih dalam usaha merobohkan hak-hak Melayu dan menrealisasikan Islam Moderate supaya PKR yang diketuai Anwar dapat menjadi parti yang besar selepas UMNO dan PAS dengan dibantu oleh DAP.
Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara) berkata undang-undang lazim dan undang-undang syariah boleh diharmonikan melalui penggabungan mahkamah syariah dan sivil. Pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang syariah.

Tun Abdul Hamid menyatakan penggabungan ini boleh direalisasikan kini kerana pakar yang bukan beragama Islam sudah lama menceburkan diri dalam bidang perbankan, kewangan dan takaful Islam. Apakah selepas ini kita mahu melihat peguam-peguam DAP membela kes nikah cerai dan murtad di mahkamah sivil? Idea penggabungan ini tidak boleh dimurnikan.

Tun Abdul Hamid dalam Utusan Malaysia pada 13 November 2008. Cadangan ini pernah dibentang dalam satu syarahan bertajuk "Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal" di Fakulti Undang-Undang, Harvard.

Jika penggabungan mahkamah dimurnikan, hukum agama Islam Parti Agama-Agama SeMalaysia (PAS)pastinya akan dijadikan pula bahan pertikaian dan sendaan oleh mereka. Maka, jangan terkejut jika ramai lagi peguam DAP yang berhujah dengan menggunakan ayat Al-Quran di Mahkamah. Penggabungan syariah dan sivil akan menjayakan tuntutan Interfaith Commission (IFC) yang ke-3 dan ke-5.

Apakah tuntutan IFC yang ke-3 dan ke-5? Dalam tuntutan IFC yang ke-3 "sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil". Tuntutan yang ke-5 adalah "orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang". Penggabungan mahkamah syariah dan sivil akan membolehkan tuntutan ke-3 dan ke-5 ini tercapai.

Di Selangor, tuntutan ke-8 IFC telah tercapai pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Exco PKR Selangor).

Tuntutan ke-9 IFC menyatakan bahawa "orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya." Pada 13 November 2008, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10). Adakah satu daripada tuntutan IFC telah tercapai?

Jika dihapuskan mahkamah syariah dan digantikan dengan hanya satu mahkamah yang telah digabungkan, maka sistem perundangan Islam akan menjadi semakin liberal. Ianya akan membuka lebih banyak ruang kepada orang bukan Islam mencabar hukum hakam Islam. Ada kalangan orang Islam sudah menjadi keliru bila ada juga kalangan pemimpin Islam yang diam membisu membiarkan tindakan DAP ini mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran. Iman orang Islam sudah dipermainkan. Apakah orang-orang Islam dalam PAS dan PKR mahu tutup sebelah mata lagi?
Amal Maghruf Nahi Mungkar Cara DAP

Pada 15 November, DAP telah memulakan larian ISA sejauh 350km dari Pandamaran ke Kem Kamunting, Perak. Tujuan larian ini adalah untuk melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan menggesa rakyat Malaysia bersatu "bergerak ke hadapan". Bagaimana untuk bergerak ke hadapan jika menghalang pihak berkuasa dari mencegah sesuatu perkara mungkar? Pada 12 November, polis telah menahan Ronnie Liu (ADUN DAP Pandamaran, turut kelihatan dalam gambar merasmikan larian) berhubung tindakannya menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong pada tahun lalu. Adakah "amal maghruf, nahi mungkar" yang disebut oleh Guan Eng ini dipraktikkan oleh Ronnie Liu?

Pada 1 Mac 1996, Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pernah menyatakan bahawa "fahaman sekular yang tidak mahu kepada perlaksanaan hukum itu adalah lebih bahaya daripada Syiah kerana ia tidak berlandaskan kepada ajaran Islam sebenarnya". Apa pula komen Nik Aziz bila DAP yang menganjurkan tema "nahi mungkar" tetapi menghalang pula pihak berkuasa bertugas mencegah maksiat. Apakah ini bermakna DAP hanya mempermainkan sahaja "amal maghruf nahi mungkar" sebagai penyedap hati orang-orang PAS sahaja? Adakah cara sebegini yang dianggap sebagai fahaman sekular?

Bagaimana pula dengan ayah Guan Eng, Lim Kit Siang? Adakah Kit Siang dan Karpal Singh masih berkeras untuk menerima konsep negara Islam yang mahu dibawakan oleh PAS?. Mengapa bila Dewan Pemuda PAS memberikan proposal cadangan untuk pentadbiran cara Islam di Pulau Pinang, ianya ditolak mentah-mentah oleh Guan Eng. DAP masih tidak boleh kerjasama dengan PAS lagi? Exco PAS pun tidak dilantik di Pulau Pinang. Bagaimana hendak buat negara Islam jika DAP masih berkeras tidak mahu negara Islam. Bagaimana hendak wujud pakatan orang Islam yang kuat dalam Pakatan Rakyat, jika DAP hanya mempermain-mainkan kalimah suci untuk kepentingan mereka sahaja. Bila diajak untuk mengamalkan, DAP menolak. Akhirnya, PAS juga yang asyik dipermainkan secara terang-terang oleh DAP, akan tetapi pemimpin dan puak-puak PAS kebanyakannya hanya buat-buat buta, pekakan telinga.

Gobalakrishnan Bakal Presiden PAS?

Seperti yang dilaporkan di Malaysiakini: "Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut", kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 15 November 2008.

"Memandangkan bilangan sokongan (mereka) tinggi dan terlibat dengan formal dalam PAS, lebih baik kita buka keahlian dan menjadi sebahagian daripada organisasi PAS," kata Dr Mujahid Yusof Rawa lagi.

Ini bermakna keahlian PAS akan dibuka kepada orang Cina dan India sekali. Oleh itu, parti PAS akan menjadi sama seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum. Apakah akan ada lagi niat untuk buat sebuah negara Islam?

Jika sudah dibuka kepada semua kaum, semua ahli layak bertanding apa sahaja jawatan tertinggi dalam PAS. Tidak mustahil Gobalakrishan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) boleh menjadi Presiden PAS pada suatu hari nanti. Gobala kini adalah Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India. Namun dalam pilihan raya yang lepas, Gobala mewakili PKR bertanding di Padang Serai, disebabkan PAS belum lagi membuka keahlian kepadanya untuk masuk dalam PAS. Bila sudah menjadi ahli PAS, Gobala layak untuk bertanding jawatan Presiden PAS pada pemilihan akan datang.

PAS sendiri sudah mengiktiraf Gobalakrishan pada 15 Februari 2007, bila melantiknya menjadi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India. Wong Kar Woh (ADUN DAP Canning) yang baru membaca ayat Al-Quran dalam Dewan Undangan Negeri Perak pula dilihat calon yang paling layak untuk memimpin Dewan Pemuda Cina PAS.

Jika cadangan Dr Mujahid ini menjadi kenyataan, maka Gobalakrishnan akan menjadi Pengerusi Dewan India PAS. Sama tarafnya dengan Salahuddin Ayub yang memimpin Dewan Pemuda PAS. Inilah buah tangan kumpulan-kumpulan Erdagon dalam PAS. Kalau PAS sudah jadi begini, rasanya nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak disesuai lagi digunakan. Mungkin perlu ditukar kepada nama yang lain. Ini kerana Gobalakrishnan dan Wong Kar Woh biarpun telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran tetapi masih lagi belum memeluk Islam.

Biarpun orang PAS mengatakan hidayah akan datang kepada mereka tetapi cuba fikirkan sampai bilakah mereka akan terus mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran? Jika dikaji akan tentang kemusykilan tiap kali orang Islam hendak makan, mestilah pastikan pinggan yang bersih. Jika dijilat anjing atau terkena najis babi mengikut Fekah, hendaklah disamak duhulu. Barulah bersih makanan dan minuman yang hendak dimakan. Disini persoalan yang hendak ditanya kepada puak-puak fanatik PAS, adakah mereka ini (Gobalakrishnan, Wong Kar Woh) yang membaca ayat suci Al-Quran mengutamakan kebersihan diri serta jiwa mereka serta tujuannya apabila membaca ayat-ayat Allah? Dan dari apa yang diperlihatkan tujuan mempergunakan ayat Al-Quran oleh mereka (bukan Islam) hanyalah untuk tujuan kepentingan diri dan politik semata-mata.

Apa akan terjadi jika umat Islam sendiri mempertikai ayat-ayat Al-Quran yang akan digunakan oleh bukan Islam sebagai umpan politik seperti yang selalu digunakan oleh pemimpin PAS untuk menutup mulut umat Melayu-Islam? Apa komen Hj Hadi Awang peristiwa-peristiwa yang melanda PAS kini? Adakah fatwa mengumpat, sembahyang dua imam juga yang akan diterima pakai sebagai HALAL apabila PAS yang atau wakil PAS bukan Islam lakukan? Mungkin untuk menjadi Umar Ab Aziz seperti yang dikata oleh Lim Guan Eng atau ingin mengajak ramai-ramai masuk DAP seperti Tunku Abd Aziz. Ini kali kedua DAP menghina Al-Quran dengan membacanya. Selepas juaranya digondol oleh Gobalakrisnan yang entah diajar siapa baca ayat-ayat suci Al-Quran.

Dulu Haram Belaka, Kini Semuanya Halal

Nik Aziz pernah kata DAP dan syaitan sama sahaja. Hukum Dewan Ulama' PAS Kelantan 1963: "Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram". Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Sekarang ini PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor? Sekarang lihatlah bagaimana "syaitan" yang digelarkan oleh Nik Aziz ini telah mempermainkan ayat suci Al-Quran di Perak.

Pada 13 November 2008, dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy mempertikaikan isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam di negeri itu. Lupakah Ramasamy bahawa ada juga kalangan orang Melayu yang dimaksudkan itu termasuklah ahli-ahli PAS? Mereka ini juga mengundi memberi kemenangan kepada Ramasamy di Batu Kawan. Bila sudah menang, Ramasamy lupa jasa pengundi yang naikkan dia sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Bila PAS mahu dibuka kepada bukan Islam, apakah boleh terpakai lagi hukum mengkafirkan UMNO di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981?

Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid."

Siasah Daily melaporkan bahawa hasrat untuk membolehkan orang bukan Islam menyertai PAS bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila retreat PAS di Langkawi meluluskan kertas pelaksanaannya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, "ia patut disegerakan" manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, "sudah sampai masanya." Nik Aziz dan Haji Hadi nampaknya sudah menghalalkan semua yang dulunya dianggap haram. Tinggallah PAS pada nama sahaja, setelah dijajah oleh golongan-golongan Erdagon tajaan Anwar Ibrahim.
Projek Husam Musa & Anwar

Sudah pasti Husam Musa bersama dengan team Erdogannya dan Anwar bersetuju keadaan ini berlaku kepada PAS yang masih dipelopori oleh pemimpin yang hendak kekal berkuasa selamanya dalam erti kata "Sudah Usang". Dalam masa yang sama strategik Husam Musa dipengaruhi agenda Anwar melalui Harakahdaily dan Harakah iaitu lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato' KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato' KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato' KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya.

Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di "beli" oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Berapa peratuskah artikel berteraskan Islam? Disebabkan bagi menjayakan propaganda Anwar dan Husam Musa maka rencana Islam dikecilkan skopnya bagi memberi laluan kepada propaganda politik terutama untuk menimbulkan kebencian dan perpecahan Melayu-Islam terutama Melayu-Islam UMNO. Itulah matlamatnya. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mungkin untuk menjatuhkan kredibiliti Utusan Malaysia yang menjadi wadah bangsa Melayu supaya agenda mereka tidak dihidu oleh puak-puak taksub bawahan PAS yang sentiasa diikat hidungnya.

Apabila PAS mula menikmati duniawinya

Dikatakan perjuangan PAS sedikit sebanyak telah mulai dan lari dari dasar perjuangan parti. Walaupun berselindung di sebalik Islam dan label bulat parti yang selalu mencemur dan mengaibkan Melayu-Islam UMNO, iktibar dan renungan bagi puak-puak PAS yang melabelkan diri mereka lebih Islam dari orang lain semua mampu dicungkil atau sekurang-kurangnya membuat andaian sedikit sebanyak rahsia atau sebab musabab mengapa ini berlaku.

Kini, motto PAS membangun bersama islam sudah jarang-jarang didengar. Tidak lagi bersemangat seperti dulu. Banyak kejadian-kejadian yang memang menyinggung umat Islam di Malaysia khususnya berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan pun dari pemimpin PAS baik yang bergelar Yang Berhormat atau Mursyidul Am atau pemegang saf tertinggi dalam parti. Mengapa berlaku? Adakah setelah bersama-sama Pakatan Rakyat maka PAS telah "dirakyatkan" oleh PKR dan DAP yang berlainan kiblat politiknya atau PAS telah dipaksa menerima hakikat bahawa ideologi perjuangan PAS sudah "outdated" dan menjadi "Dinaousaur"? Ini sangat-sangat mengherankan dan barangkali ratusan ribu umat Islam yang selama ini sedang membuat penilaian terhadap perjuangan PAS. Dimana kelantangan YB Mahfuz? Dimana Salahuddin Al Ayubi? Dimana hatta Tuan Guru Presiden?

Barangkali tidak salah juga kalau dikatakan ini merupakan hukuman "dunia" kepada PAS oleh Allah swt memandangkan keceluparan PAS menghentam UMNO dalam segala segi dan setiap hal? Bukan untuk mengatakan apa yang dilakukan UMNO itu 100% betul (nobody perfect) tetapi apabila memerhatikan PAS (terutamanya TG Nik Abd Aziz) menghentam, mengeji, mencerca dan mengaibkan UMNO dari hujung rambut hingga hujung kuku hanyalah kerana namanya UMNO. Tidak ada langsungkah kebaikan UMNO dan mana mungkin didalam PAS tiada kejahatan? Tatkala PAS bermegah di Kelantan, Kedah dan Perak, dalam masa UMNO diherdik, dihina, dicaci oleh puak-puak PAS akan tetapi UMNO telah menguasai keseluruhan negeri-negeri lain di Malaysia dan sinar Islam untuk keperluan umat Islam ditegakkan.

Dimana hieraki PAS dalam Pakatan Rakyat? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai warga kelas KETIGA.. atau kalau dalam pasukan bola sebagai pemain simpanan untuk mencukupkan jumlah pemain dan lebih teruk lagi sebagai "Water Boy" atau "PomPom Girl" sahaja dengan bertujuan bersorak untuk menyokong agenda dan propaganda Anwar dan DAP. Ini boleh kita gambarkan dari kenyataan MB Kedah yang sudah mulai rasa tersinggung dan berkecil hati dengan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain kerana beliau telah nampak PAS hanya berjuang sia-sia didalam Pakatan Rakyat. Sekuat mana kepimpinan MB Azizan, selagi PAS masih berkhemah didalam Pakatan Rakyat adakah permintaan rakan-rakan DAP dan PKR untuk mewujudkan ladang babi moden di Kedah selepas Selangor dapat disenyapkan untuk permintaan ke-Dua DAP, PKR selepas isu kuota 50/50 perumahan? Berkemungkinan akan juga berlaku di Perak juga walaupun masih awal jika hendak diperkatakan.

Kini, ramai pemimpin PAS sudah mulai merasa selesa dengan kehidupan duniawi, ada yang mula bermain golf, mengabaikan rakyat dll yang dikata pembaharuan berlaku di PAS pusat dan negeri. Mungkin inilah sebab terbesar mengapa PAS masih lagi sanggup bersengkokol dalam Pakatan Rakyat hanya untuk mengekalkan kemewahan dunia.

Iayalah elaun Menteri Besar bukannya sedikit, kena marah pun tak kisah..janji jadi YAB Menteri Besar. Peruntukan kepada warga miskin dan memerlukan tidak berfaedah jika dibandingkan dengan tahanan ISA yang hendak dibela. MB Perak, Nizar sudah pun mengaku exco-exco DAP lebih bijak dari beliau dan ini bermakna MB Nizar yang dianggap bodoh oleh DAP pun tak kisah asalkan exco-exco DAP cerdik-cerdik. Tak kisahlah anak Melayu mati Mak Andeh, anak orang lain pun mati jugak.

Inilah agaknya "falsampah" yang digunakan MB Perak dalam pentadbiran sekarang yang dulunya dibanggakan oleh ahli PAS dengan hanya berbaju T-Shirt pagoda yang mampu menukar tayar ahli PAS yang kepancitan. Kini apabila "tayar" orang Melayu Islam yang sedang dipancitkan oleh DAP satu-demi satu, mana perginya keMelayuan dan keIslaman seorang MB PERAK (PAS) ini yang sanggup memanggil "Woi..Woi.." kepada seorang Melayu dalam memperjuang anak bangsa? Adakah cukup dengan berceramah di Taman Meru, Ipoh yang mempunyai 2 masjid (UMNO dan PAS) dan bertarawih di padang MBI semasa bulan Ramadan yang dikelilingi oleh pusat-pusat maksiat hiburan di Greentown dapat menyangkal kuasa pentadbiran yang dimonopoli oleh DAP? Masakan Nizar tidak peka agenda DAP? "Lu mau ceramah satu Perak, lu bikin.. tapi ini negeri punya admin, ekonomi gua control, lu jadi 'Yes Man' saja, jangan takut DAP ramai backup.." Istilah "Lawan tetap Lawan" memakan diri PAS sendiri apabila hanya berlawan dengan umat bangsa dan agama sendiri tetapi "Kawan tetap Kawan" kepada DAP dan PKR yang terang-terang mempermainkan Islam dan Al-Quran.

Lambat-laun Parti Islam Se-Malaysia (PIS) walaupun dipanggil PAS, sedang melalui proses penjenamaan semula kepada PARTI AGAMA-AGAMA Se-MALAYSIA (PAS) sebenarnya. Nama parti tetap dipanggil dengan panggilan "PAS" juga.. cuma kulit sahaja. Paklah sudah menyerahkan kuasa kepada Najib, tetapi Nik Aziz tak juga mahu melepaskan kuasa duniawi dan masih sayangkannya. Anwar masih dengan cita-citanya hendak menjadi PM dan Husam Musa pula bercita-cita juga untuk menjadi Presiden PAS. Hadi sudah lama menunggu dan Husam terpaksa mengikut rentak cara Anwar untuk menjadi Presiden PAS ikut pintu belakang dan dalam masa yang sama menjayakan tuntutan IFC yang telah menular kedalam PAS.

ADAKAH PEMIMPIN PAS KINI MULA BERPALING DARI ISLAMISASI DAN LEBIH MESRA DUNIAWI YANG TELAH DIATUR OLEH DAP, PKR DAN ANWAR? Adakah penyokong puak-puak lebai taksub, maksum, walipas masih hendak menyangkal isu-isu ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan