Jumaat, Januari 30, 2009

Lompat Nasaruddin Lompat (Siri II)

Awal Pembabitan

YB Dato’ Nasaruddin b. Hashim merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Parit bagi sesi 2004/2008. Beliau menduduki jawatan berkenaan tanpa sebarang bertandingan. Sebelum itu, beliau merupakan bekas Naib Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit pada pertengahan tahun 90 an setelah menewaskan YB Dato’ Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan pada ketika itu. Pada masa itu juga, beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan pernah menjawat jawatan Pegawai Daerah/Timbalan YDP dan sebagainya di Pahang, Selangor & Melaka.

Beliau menyepi dari UMNO Parit selepas memegang jawatan Naib Ketua PEMUDA UMNO Parit. Sehinggalah pada awal tahun 2000 beliau dilantik menjadi Bendahari UMNO Bahagian Parit setelah beliau menamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan. Pada PRU 11 tahun 2004, beliau telah dipilih untuk bertanding di kerusi P 069 ; Parlimen Parit dan beliau telah berjaya memenangi kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional dan merampas kembali kerusi berkenaan dari PAS (PRU 11, tahun 1999). Beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi FELCRA Bhd. Selama 2 tahun dan menduduki kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Parit yang dipimpin oleh YB Dato’ Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan tanpa sebarang pertandingan. Dalam masa yang sama, beliau telah berkahwin kali kedua dengan Umi Kulsom b. Abd. Haq yang merupakan seorang janda.

PRU 12

Pada tahun 2008, ketika PRU 12 yang lalu beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional tetapi untuk kerusi DUN Bota N37. Beliau memenanginya dengan menewaskan Kapten (B) Usaili Alias dari PKR. Pada ketika itu, riuh satu Parit yang mengatakan YB Dato’ Nasaruddin tidak suka dengan keputusan dipilih untuk bertanding di kerusi DUN kerana sayang akan jawatan Pengerusi FELCRA Bhd. Yang terpaksa dilepaskan. Orang² kanannya yang paling kecewa, mereka yang banyak mendapat manfaat dan dapat ’kontrak’ dengan FELCRA Bhd. Yang terasa dengan keadaan ini. Dan khabar angin juga mengatakan isteri keduanya langsung tidak senyum ketika penamaan calon PRU lepas. Mungkin agak kecewa kerana statusnya sebagai isteri Ahli Parlimen terpaksa diturunkan kepada isteri ADUN biasa. PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat telah memerintah Perak dan ada ura² yang beliau akan melompat ke PKR dan mungkin dilantik sebagai Exco. Lagipun PKR hanya mempunyai ADUN-ADUN yang boleh dilabelkan sebagai ’calon tangkap muat’. So, PKR memerlukan ADUN² yang berwibawa untuk diangkat menjadi MB Perak. Kalau tidak kerana Undang-Undang Tubuh Negeri sudah tentulah Ngeh Ko Ham yang menjadi Menteri Besar Perak ketika ini. Walaupun Nizar yang menjadi MB tetapi segala keputusan muktlak semuanya ditangan Ngeh dan the gang. Lihat saja isu pemberian tanah..siapakah dalang disebaliknya??


Pemilihan UMNO

Pemilihan UMNO pada tahun lepas yakni 2008, YB Dato’ Nasaruddin Hashim telah mencabar YB Dato’ Hj Mohd. Zaim Hj Abu Hasan untuk kerusi Ketua UMNO Bahagian. Walaupun telah dipujuk dan untuk berkompromi supaya beliau menduduki kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit namun segala usaha pujuk rayu ternyata gagal. Kononnya ada lebih 40 cawangan UMNO di Bahagian Parit sedia menyokong beliau. Tetapi setelah semua cawangan UMNO di Parit tamat bersidang, beliau hanya mendapat 25 pencalonan berbanding YB Dato’ Zaim sebanyak 50 (UMNO Parit mempunyai 76 cawangan, 1 cawangan digantung). Beliau pernah berkata ketika Mesyuarat AJK UMNO Parit, ”kita bertanding ni biarlah adil, lepas bertanding kita bersatu semula”..begitulah bunyinya kata² yang keluar dari mulut beliau. Dan dikhabarkan juga, isteri beliau Umi beria-ria menyuruh beliau menandingi jawatan Ketua Bahagian itu.

Bermacam-macam cara digunakan bagi memujuk beliau untuk tidak bertanding jawatan berkenaan. Seperti diketahui umum, gandingan YB Dato’ Zaim (Ketua Bahagian) dan YB Dato’ Nasa (Timbalan Ketua) amat disukai oleh kebanyakan ahli UMNO akar umbi untuk memimpin UMNO Parit. Tetapi beliau menolak pujukan berkenaan.

Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Parit telah menyaksikan YB Dato’ Hj Mohd. Zaim berjaya mengekalkan jawatannya selaku Ketua UMNO Bahagian Parit. Dato’ Nasaruddin tewas dalam pemilihan berkenaan. Dari sumber yang boleh dipercayai, Dato’ Nasa telah habis sebanyak RM300,000 untuk berkempen. Kononnya sumbangan rakan-rakan beliau yang banyak mendapat kontrak dari Felcra Bhd. sepanjang beliau menjadi pengerusinya.

Setelah tewas pada pemilihan berkenaan, beliau hanya berfungsi sebagai ADUN sahaja. Dan tersebar pula khabar angin yang beliau akan menyertai PKR setelah kalah pada pemilihan berkenaan.

Lompat Parti

Sehinggalah pada tarikh 25 Januari 2009, akhirnya segala yang terungkai telah dijawab. Dato’ Nasa telah memilih untuk melompat ke PKR dengan alasan atas kepentingan rakyat dan keadaan politik dan kecenderungan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Itulah antara kata-katanya ketika mengumumkan ’perlompatan’ beliau. Bergelora Parit & Bota dibuatnya. Pada malam 25 hb. Berkenaan, beliau berjaya ditemui, antara alasan beliau melompat parti ialah beliau dipinggirkan oleh UMNO Bahagian Parit, beliau tidak pernah mendapat projek dan beliau dijanjikan dengan jawatan Menteri Besar Perak.. Nah..begitulah ayatnya..

Maka, tertipulah pengundi² yang mengundi beliau atas tiket Barisan Nasional pada PRU 12 yang lalu. Pada malam ini, 30 hb. Januari 2009, satu ceramah akan diadakan di Std. Mini Bakri Rais Bota yang menampilkan Anwar Berahim, Nizar Jamaluddin & Dato’ Nasa sendiri. Yang merisaukan penulis, beliau akan dijadikan sebagai peluru untuk kempen² Pakaran Rakyat di Bota/Parit khasnya dan di Perak amnya.

Penipu & Pengkhianat

Begitulah sikapnya seorang pemimpin yang tidak sedar diri. Lupa akan asal usulnya. Berikan jawatan, diangkat sebagai pemimpin dan akhirnya mengkhianati amanah yang diberikan. Itulah YB Dato’ Nasaruddin Hashim.

Sebelum mengakhiri catatan ini, penulis mencabar YB Dato’ Nasa untuk meletak jawatan sebagai ADUN Bota dan biarkan rakyat membuat keputusan..Tetapi kalau beliau meletak jawatan sbg ADUN langsung la tamat tros karier politiknya..

Lompat si Katak Lompat..

Pemuda Parit.

1 ulasan:

  1. Salam, seorang penipu tidak boleh jadi wakil rakyat.. Lagi hina daripada orang yang guna wang untuk tarik undi.

    BalasPadam