Rabu, Januari 14, 2009

PAS Berubah Demi Biawak Hidup DAP, PKR !


Pengumuman Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 1 Januari 2009 (malam) di Stadium Tertutup Kuala Terengganu oleh Presiden PAS telah memberi gambaran bahawa PAS kini telah mengambil langkah yang rasional untuk menghapuskan Gabungan pemimpin yang Pro kepada Anwar Ibrahim (ERDOGAN) supaya melobi ahli kumpulan mereka untuk diletakkan sebagai calon di Pilihan Raya Kuala Terengganu kali ini.


Usaha yang dilakukan oleh kumpulan pemimpin PAS yang "ortodocs" di Kuala Terengganu dilihat cuba untuk menghalang pengaruh ERDOGAN dari terus menguasai pucuk pimpinan tertinggi PAS. Akhirnya PAS terpaksa memintas dengan meletakkan Wahid Endut sebagai calon pilihan PAS.


Apa yang telah berjaya dilaksanakan oleh Wahid Endut semenjak bergelar YB sejak 5 penggal telah memberi laungan slogan "BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP" yang selama ini adakah tidak memberi kesejahteraan kepada masyarakat di P36, Kuala Terengganu? Jika alasannya mereka bukan kerajaan yang memerintah? Jujurkan jawapan tersebut.


Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut meminta agar pengundi Kuala Terengganu bangkit melakukan perubahan demi menjamin kesejahteraan hidup mereka pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam.
"Kita perlu mengubah keadaan masyarakat di Kuala Terengganu ini yang masih tidak mendapat apa-apa kesan daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini," katanya.
Oleh itu, katanya beliau menampilkan tema kempen beliau iaitu 'Berubah demi kesejahteraan hidup.'


Beliau turut merayu kepada pengundi Cina agar memberikan peluang kepada pakatan rakyat.Dengan sokongan daripada rakan-rakan DAP dan Paktan Rakyat ditambah dengan isu-isu lokal yang banyak membantu, beliau tetap berkeyakinan bahawa pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepadanya. "Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan UMNO-BN.


"Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa masyarakat Cina di Kuala Terengganu cukup faham dan menerima penjelasan mengenai hudud."Mereka faham dan terima Hudud kerana ia bukanlah untuk bukan Islam tetapi hanya dilaksanakan untuk orang Islam sahaja, yang sebilangannya orang Melayu."Pihak yang marah dengan Hudud ini sebenarnya adalah UMNO, bukan orang Cina atau bukan Islam," tegasnya.

Hidung ditarik DAP
Bukan Husam sahaja yang tunduk, Nik Aziz pun telah mula tunduk dengan DAP tentang hudud. "Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila PAS sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu. Apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata untuk menjaga hati DAP? Mengapa tidak kecam kembali Karpal dan Guan Eng yang terang-terangan tentang hudud dan pemerintahan Islam? Bagaimana nak buat cara Umar Abdul Aziz jika pemerintahan Islam pun telah ditolak oleh DAP. Buat tarian jalanan, i-Dance boleh pula.


Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008. Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah Mohd Abdul Wahid Endut berani mengecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Kenapa PAS takut dan tunduk dengan DAP seolah-olah pak turut kaldai kepada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja.
Untuk menutup kemaluan PAS, maka siapa lagi "scapegoat" kalau bukan UMNO yang menjadi bahan kempen murahan PAS.. tak kira kenyataan baik dari ketua mereka mahupun dari tukang bawa beg, bunyinya sama sahaja.


Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR. Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai? Dengan bersandarkan ALASAN apabila "memerintah negara" maka penipuan mereka sudah terserlah.


Secara realitinya sekarang apabila KEDAH, PERAK DAN KELANTAN bertopeng PAS masih tidak mampu melaksanakan hukum Hudud. Jika benar-benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan syiar Islam. Inilah masanya untuk PAS merealisasikan hukum HUDUD sebagai utama sebagai permulaan. Persoalannya kenapa tidak berani melaksanakannya? Permintaan PAS kini Allah telah termakburkan sebagai ujian untuk memerintah sebagai KETUA kepada 3 negeri sebagai ukuran, kenapa ingkar? Kenapa masih berdolak-dalik? Kenapa menuduh UMNO? Rakyat yang beragama Islam kini pasti mencabar PAS (kononnya meletakkan Islam sebagai perkara utama) supaya melaksanakan hukum HUDUD, tetapi kini PAS seolah dayus apabila berhadapan dengan DAP dan PKR. Adakah PAS bertuhankan DAP dan PKR atau ALLAH yang Maha Esa?


Hudud Sebagai Isu Pilihanraya
Seperti yang dinyatakan bahawa PAS sejak dahulu lagi akan memainkan atau membawa perkara ini dalam setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PR kecil. Ia adalah salah satu perkara yang terkandung dalam manifesto PAS. Nik Aziz dan Haji Hadi telah banyak kali menyatakan bahawa hudud menjadi teras utama bagi PAS sekiranya PAS menang pilihanraya. Ia bukannya jajaan semasa kempen pilihanraya sahaja. Ia adalah tuntutan yang berterusan dan hasrat yang tidak boleh diketepikan daripada perjuangan PAS. Bagi Menteri Besar Kedah, Azizan, beliau menyatakan bahawa hudud adalah isu yang dibawa untuk kempen pilihanraya. Walaupun nada berbeza, PAS tetap menjadikan hudud sebagai bahan utama dalam kempen pilihanraya dan akan melaksanakannya sekiranya mereka memerintah kelak.


Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah sama ada berjaya atau tidak mereka merealisasikan hasrat tersebut, bagi PAS mereka akan tetap meletakkan hudud sebagai "senjata lelongan" bagi menawan hati pengundi Islam khususnya yang berbangsa Melayu dalam setiap kempen pilihanraya kerana ia adalah platform terbaik bagi mereka memancing undi dan sokongan.
Kini PAS telah berjaya memerintah di tiga negeri; Kelantan, Kedah dan Perak walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR sebagai salah satu strategi politik mereka. Namun apa yang nyata, kedua-dua "rakan politik" mereka tidak bersetuju dengan hasrat PAS. Jadi adakah mereka ini sebagai KETUA pemerintah negeri atau balaci 'pion' DAP?


Hukum Hudud PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP dan PKR. Kenyataan-kenyataan pedas dan amaran keras khususnya daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa orang kanan DAP bahawa PAS jangan cuba membawa isu hukum hudud kerana dalam perbincangan mereka tidak pernah timbul.


DSAI pula telah berkali-kali diminta untuk memberikan pendirian beliau dan PKR mengenai perkara ini oleh Karpal dan DAP. Beliau tetap membisu seribu bahasa kerana beliau tahu perjuangan PKR adalah lebih mirip kepada DAP - bukan untuk orang Islam atau Melayu. Tambahan pula PKR adalah wadah bagi beliau merealisasikan hasrat beliau untuk jadi PM Malaysia. Sekiranya sokong hasrat PAS, beliau takut akan kehilangan sokongan daripada bukan Melayu dalam DAP dan PKR. Sekiranya menyatakan sokongan kepada DAP, maka beliau akan kehilangan kepercayaan sebahagian sokongan pengikut Melayu dalam PKR dan ditolak oleh orang PAS.


Maka jelaslah kepada kita bahawa pakatan pembangkang adalah sesuatu yang "superficial" sahaja. Pakatan mereka lebih berbentuk individualistik. Dengan kata lain, hanya untuk menjayakan hasrat parti masing-masing. Pakatan yang tidak sempurna ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan pada dasarnya, mereka tidak pernah lupa bahawa parti-parti dalam pakatan mereka juga merupakan musuh politik yang perlu diawasi dan dikawal tindak tanduknya.


Suara-suara rasa tidak senang di kalangan mereka acap kali kedengaran. Walaupun dalam mesyuarat pakatan nampaknya seolah-olah mereka bersetuju untuk membantu satu sama lain namun dalam mesyuarat parti masing-masing, lain pula ceritanya.

UMNO Tak Bantah Hudud
Amat menghairankan pula, UMNO tidak pernah menyatakan tidak menyokong unjuran PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Malahan UMNO pernah menyuarakan agar PAS melaksanakan hukum tersebut di negeri Kelantan suatu ketika dahulu. Sekiranya PAS dapat menjayakannya, tidak mustahil bagi UMNO khususnya dan BN amnya akan mengikut jejak PAS. Namun maklum balas daripada PAS melalui Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan alasan bahawa PAS tidak dapat melaksanakannya kerana belum menguasai kerajaan sepenuhnya. Kemana letaknya slogan "Serambi Mekah" yang dilaungkan?


Namun apa yang lebih mengejutkan, PAS beriya-iya marahkan UMNO, kononnya halang hudud untuk dilaksanakan tetapi berlembut dengan DAP dan PKR yang secara terang-terangan menentang perlaksanaan hudud. Langkah berlembut ini kononnya nak jaga hati "rakan politik" dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa menggadai kepercayaan penyokong fanatik PAS dan prinsip perjuangan mereka.


Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.


Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud "Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam". Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.
Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam. Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.


Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan "Ikhwanul Muslimin", di Pakistan "Jamiatul Islamiah", di Indonesia "Mahsumi" yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjud, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kapir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.


Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO dahulu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam. Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.


Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud "Tegakkanlah agama (Islam) jangan (haram) berpecah belah padanya".


Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.


Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.


Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa. Tuduhan dan fitnah itu sudah barang tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.


Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau, dungu, mistik dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.


PAS Berubah demi kesejahteraan biawak hidup DAP, PKR
Dalam kamus politik PAS, UMNO musuh PAS manakala DAP sahabat PAS. Darah orang UMNO halal bagi orang PAS. Itulah kenyataan yang pernah dibuat oleh Haji Hadi. Tak kiralah walaupun UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun mungkin bagi PAS, DAP yang (menyatakan bahawa negara ini adalah sekular dan menolak hudud) tak halal darahnya. Tapi apa boleh buat, kenyataan seorang ulaRmak, sebagai pengikut kena akur. Sebagai orang yang mahukan kuasa, PAS kena tunduk menyembah menjilat air kaki untuk mengharapkan undi dengan tuntutan DAP dan PKR.
Lihat apa sudah jadi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tolak Pulau Pinang (sebab Ketua Menteri DAP), Menteri Besar di Selangor dan Perak tunduk kepada DAP. Di Selangor, Tan Sri Khalid tidak mempunyai kuasai mutlak begitu juga Menteri Besar Perak, Haji Nizar (PAS) sanggup untuk gadaikan tanah tercinta kepada golongan yang berasal daripada penyokong komunis yang telah membunuh para pejuang Islam dan pembela tanah air, hanya atas dasar nak jaga hati pemimpin dalam pakatan dan mahu menarik sokongan. Sedarlah bahawa sokongan yang cuba diraih oleh PAS hanya akan memberikan kelabaan kepada DAP. Kes tanah di Perak dan penubuhan Jawatankuasa Kilang Haram di Selangor semuanya adalah ke arah perjuangan DAP. Isu bahasa dan pendidikan juga untuk DAP. Konsep samarata yang dilaungkan melalui perjuangan Malaysian Malaysia juga untuk DAP. Jangan lupa sejarah. Jiran di selatan kita adalah contoh terbaik dalam memperjuangkan hasrat Chin Peng yang ingin menguasai dan memiliki tanah tercinta ini.


DAP juga menconteng arang kepada PAS apabila secara terbuka menyatakan bahawa mereka menghantar wakil mereka Tan Seng Giaw dan membantu PRK Kuala Terengganu apabila Husam Musa menarik balik kenyataan beliau mengenai hukum hudud dan menukar kenyataan mengenai perlaksanaan hukum tersebut. Tapi nak buat macam mana? Biar dimalukan oleh DAP asalkan bukan UMNO yang memalukan mereka.


PAS pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca PAS mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung. Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.


PAS menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran. Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran. Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.


Jika hudud dilaksanakan, maka pencuri bersertakan bukti sudah PASti dipotong tangannya. Persoalannya, jika termakbul hukum Hudud dilaksanakan oleh PAS, adakah lidah, tangan dll anggota ketua-ketua PAS akan dipotong kerana telah tertera segala bukti perkara-perkara seperti diatas? Adakah Nik Aziz, Hadi serta kuncu-kuncunya sanggup menerima hukuman ini? Jika PAS masih ingin mempertikaikannya maka terbukti bahawa mereka cuma berlakon selama-lamanya sehingga ke liang lahat.


PAS hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan PAS bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang mengetahui mereka yang menyertai PAS ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata. Jika kita lihat kepada pemimpin PAS dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut PAS, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.


Tak sedar-sedarkah lagi orang-orang PAS, rakan sekutu mereka, DAP secara terang-terang menolak hukum hudud, malah boleh pula pemimpin-pemimpin PAS berkata, mereka sanggup tunggu 30 tahun lagi untuk menjalankan hukum hudud. Ini bermakna akan menjadi 80 tahun, lebih dan selamanya PAS akan berdolak-dalih umpama badut membuat persembahan untuk menghiburkan dunia politik sahaja terutamanya umat Islam.


Nampak sangat mereka yang mempolitikkan isu hukum hudud ini. Kalau PAS katakan Lim Guan Eng tu sebagai "khalifah" yang KONONnya memahami Islam, untuk apa secara terang-terangan dia menolak hukum hudud. Bukan saja LGE, malah Karpal Singh tu juga tak suka langsung dengan hudud. Nah, terbukti sudah hudud itu tidak lebih daripada politik PAS yang tak bijak dan tak matang langsung. (Sebenarnya nak kata orang yang sokong membabi-buta PAS itu tidak lebih daripada BODOH saja!)


Tak nampak pun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun sudah hampir 30 tahun memerintah. Yang PAS tau, kutip balak, sebab tebang balak boleh dapat duit dengan cepat. RamPAS SAR, ramPAS Masjid dan Surau, ramPAS dewan orang ramai untuk dijadikan markas dan bermacam-macam lagi kalau hendak disenaraikan bagi melemahkan umat Islam.


Mereka mendakwahkan Islam pada yang beragama Islam, menerima pakatan DAP sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama menjadi minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Ini bukan palsu. Ini benar dan inilah hakikat yang ada.


PAS turut dan menuruti seperti mana dalam surat-surat kerajaan yang diakhiri dengan ayat "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Begitulah nasib PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi mahu tidak mahu tersepit untuk terus mengikuti PKR dan DAP. PAS sedar tetapi cuba berselindung dengan nada "everything is alright" dan ini meliputi agama Islam yang merupakan kunci perniagaan hari ini.


Angan-angan PAS tidak senada dengan Pakatan Rakyat. PAS yang juga di kenali dengan parti jubah ini cuba berubah tetapi adakah mereka dapat merubah kedudukan sedangkan mereka sendiri melukut di tepian gantang. PAS hari tersepit antara legasi kemenangan PR dengan kedudukan mereka dalam percaturan politik Anwar.


Ini hakikat dan hakikat ini perlu disedari oleh PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti ortodoks yang perlu ada untuk menjadi kayu penyokong dan kemudiannya setelah dapat berdiri kayu itu dibiarkan reput.


Terlampau banyak insiden semada dalam PAS yang jelas menunjukkan mereka dan PKR dan DAP adalah hanya pemanas kerusi yang tidak mempunyai suara vokal dalam memperjuangkan idealisme perjuangan mereka. PAS harus memikirkan semula demi perjuangan Islam yang ramai ragu dan melabel sebagai ajaran sesat yang berselindung disebalik parti politik.


Nasib PAS juga seakan-akan ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar adalah dominasi kuasa dan hari ini semua yang lain hanya dianggap pemanas kerusi yang tidak akan menguntungkan PAS. Bukankah PAS tersasar jauh dengan kolaborasi dengan DAP?


Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori (berceramah), tetapi tidak banyak bertindak (pratikal). Mereka sebagi peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.


Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak selruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah umat Islam ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.


Sebagai hamba Allah yang Islam selagi berikrar bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di sebuah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah di bidang fardu kifayah.


Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah kalau dilaksanakan.


Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : "Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara." Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.


APA SUMBANGAN PAS?

Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi. Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.


Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO. Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.


Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu.
Kerajaan DAP (Komunis) Perak telah berusaha sedaya upaya agar orang Melayu ditindas, dan terus ditindas sehingga mereka tidak mampu untuk berdiri lagi. Kezaliman mereka tidak dapat dibendung lagi. Sedikit demi sedikit mereka makan harta orang-orang Melayu dan Sultan. Inilah tindak tanduk Komunis Moden yang menggunakan boneka Melayu nya yang kononnya "Islam" dan "Islamik".


Sementara orang-orang PAS yang kurang cerdik dalam hal pentadbiran, masih lagi bangga dengan Menteri Besar Boneka mereka. Mereka memang mahukan tanah-tanah mereka dijual kepada Cina Komunis ini supaya mereka boleh dapat duit dan duduk senang lenang goyang kaki sambil hisap rokok dan melepak di kedai kopi tanpa mereka sedari orang Melayu semakin lemah dan melemah.


Lihat sahaja status tanah pajakan yang ditukar kepada status KEKAL kepada penduduk Kampung Baru Kuala Rui di Gerik. Dan tindakan itu akan menyusul di semua Kampung Baru di seluruh negeri. Secara ringkas nya, penduduk di Kpg Baru ini adalah penyokong Komunis, dan rancangan British untuk menempatkan mereka di Kpg Baru supaya perhubungan dengan Komunis terputus.


Tetapi lihatlah betapa hebatnya Menteri Besar Boneka yang tak bijak itu walaupun ada IR. Secara tidak langsung mereka bersubahat dengan komunis-komunis itu.


Bukan saja perihal tanah, TADIKA KEMAS yang banyak berjasa kepada orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS juga menjadi mangsa. PAS sendiri pun tak sanggup hantar anak ke TASKI kerana mereka tahu TADIKA KEMAS UMNO lebih bagus pengajaran dan pembelajarannya. Itulah sifat jelek orang PAS yang tak tahu malu. Kutuk UMNO bergantang-gantang tetapi kalau ada kemudahan disapu lebih awal dulu daripada orang UMNO.


Maka dengan ini, kalau anda ingin merujuk kepada kerajaan negeri Perak, jangan rujuk sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi KERAJAAN DAP KOMUNIS PERAK kerana yang memerintah bukan PAS atau PKR, tetapi hanya DAP sendirian.


Siapa penduduk kampung baru ini?
Mereka ini adalah Cina bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang membuat huru-hara di Tanah Melayu selePAS pengunduran Jepun. Mereka ini telah diberi pengampunan dan mendiami kebanyakan kampung baru di Perak. Ngeh Koo Ham iaitu Exco Kanan Kerajaan Perak ini adalah ketua kepada kampung baru ini. Dia inilah yang membawa usul pemberian tanah kekal dan mengunakan bonekanya Nizar, MB Perak untuk mengukuh hajatnya.


Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri (Perak) oleh rakan se'KUTU' PAS oleh MB Nizar perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz? Di mana keadilan yang dicanang oleh pemimpin Pakatan Rakyat andai semua ini jelas DAP dan Cina semakin berani meramPAS hak-hak Melayu dan mereka akan sedaya upaya mendapatkan pemilikan tanah dimana-mana negeri dibawah PR dan dengan mudah mempertikaikan hal ehwal Islam?


Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau dan terkini Palestin. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita tetapi masih menuduh kerajaan dengan bermacam-macam tomahan.


PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Islam-Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini. Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauhmana kejujuran politik tidak matang PAS yang menjadi tonggangan DAP dan PKR terutama sekali Anwar.Rakyat harus sedar bahawa PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu. Keadaan ini akan menimbulkan huru hara sekiranya rakyat terus membenarkan Pakatan memanipulasi rakyat dengan konon-kononnya perjuangan tanpa batasan ras. Kenapa kalau tidak ada batasan ras mereka tidak bergabung? Mungkin pula Pakatan ini lebih teruk kerana bukan sahaja ada batasan ras tetapi juga batasan agama. Ini lebih menakutkan apabila batasan-batasan yang wujud ini kelak di perjuangkan apabila Pakatan sudah memperoleh kuasa. Konflik besar PASti berlaku dan konflik ini PASti akan menggoncang kedudukan sosiopolitik negara ini.


Ingat kegusaran dan ketidakstabilan sosiopolitik ini mampu merosakkan negara, keharmonian perpaduan dan akhirnya meruntuhkan tamadun kita sesama. Pakatan Rakyat tidak akan melihat implikasi-implikasi yang akan berlaku. Mereka asyik dengan kekuatan mereka dan niat mereka untuk menggoncang dan merampas kuasa. Inilah matlamat mereka dan matlamat ini adalah untuk memperoleh kuasa tanpa mahu memikirkan implikasi akibat kempen buruk yang memberi mudarat kepada negara kita ini.


Kita harus diingatkan bahawa jangan sehingga kita terleka dengan gendang dan tarian yang mengasyikkan sehingga kita tersungkur. Sedarlah, negara ini sudah makmur dan jangan dikorbankan kemakmuran akibat kealpaan kita. BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP melalui Barisan Nasional dan PAS HANYA BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP UNTUK KEUNTUNGAN DAP DAN PKR.


Inikah jenis kumpulan yang kita hendak percayakan? Bersihkah Pakatan daripada kronisme dan nepotisme seperti yang dituduh kepada kerajaan kita yang sedia ada? Jika kita melihat kepada Dinasti Pakatan Rakyat, pentadbiran politik Anwar dikongsi bersama anak beranak, begitu juga dengan Lim kit Siang dan Karpal Singh. Kesemuanya aktif bersama "keluarga" masing-masing.
Pakatan Rakyat menuntut hak rakyat daripada kerajaan yang dinaungi UMNO kononnya ia telah dirampas untuk kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja. Tetapi siapakah sebenarnya perompak yang hendak meragut hak bumiputra dan Melayu daripada tanah Melayu sendiri? Siapa yang lebih celupar hendak merompak kuasa raja-raja dan pentadbiran orang Melayu? Siapa yang berniat hendak meramPAS negara kita daripada pemerintahan orang Islam dan menggantikannya dengan negara berkonsep agama bebas seperti Singapura?


Kerajaan kepimpinan UMNO dituduh pengamal ajaran sesat Islam Hadhari, sedangkan Hadhari itu sebenarnya hanya satu konsep dan bukannya satu ajaran agama ataupun hukum agama. Jika slogan PAS "BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAM HIDUP" iaitu memberi maksud kepada anjakan paradigma kearah perubahan kepada kemakmuran dari kontek agama, bangsa dan negara, maka tiada bezanyanya dengan konsep Hadhari yang cuba diketengahkan oleh pemimpin dalam membentuk perubahan kepada umat Islam keseluruhannya dalam memajukan agama, bangsa, diri, keluarga dan negara untuk membentuk negara yang kuat dan masyarakat yang harmoni. Akan tetapi rakan PAS didalam pakatan begitu juga PAS sendiri tidak mahu Hadhari dilaksanakan dan dipolitikkan adalah kerana DAP, PKR mahukan ianya sebagai alat melemahkan umat Islam-Melayu demi keuntungkan kuasa politik DAP dan PKR. PAS dikaldaikan untuk tujuan melemahkan agama Islam dan bangsa Melayu khasnya oleh DAP dan PKR.


PAS menganggap diri mereka lebih Islam daripada orang Islam yang lain, tidak segan silu meletakkan dosa pahala ke atas kertas undi demi perkara-perkara duniawi. Mereka berjihad memperjuangkan hak Islam dengan cara berkompromi dan menunggu restu daripada DAP untuk membentuk kerajaan Islam cara mereka. Akhirnya terbacul kenyataan "sokong DAP-PAS dapat pahala" dari ketua ajaran PAS sendiri.


Dapatkah kita memberitahu pihak manakah yang lebih rasional dalam menghadapi masalah rakyat, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Renungkanlah kembali semua isu-isu kontroversi yang melibatkan maruah orang Melayu selama Pakatan Rakyat berkuasa di negeri-negeri yang ditawan mereka. Ketua ajaran PAS, Nik Aziz menyoal anda, Undi PAS dapat pahala? Berdosakah atau dapat pahala?


Apakah kita tidak mengetahuinya? Dikala kita berusaha memboikot produk-produk Israel dan Amerika kerana menghancurkan umat Islam maka patut juga kita memboikot PAS, DAP dan PKR (Pakatan Rakyat) dalam usaha mereka menghancurkan, memecahbelahkan, memporak-perandakan, menghina Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara MALAYsia. Cuba fikirkan. Berubahlah dan jagalah AQIDAH ISLAM ANDA sebelum terlambat! Berdosakah atau dapat pahala?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan