Jumaat, Januari 30, 2009

Lompat Nasaruddin Lompat (Siri II)

Awal Pembabitan

YB Dato’ Nasaruddin b. Hashim merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Parit bagi sesi 2004/2008. Beliau menduduki jawatan berkenaan tanpa sebarang bertandingan. Sebelum itu, beliau merupakan bekas Naib Ketua Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit pada pertengahan tahun 90 an setelah menewaskan YB Dato’ Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan pada ketika itu. Pada masa itu juga, beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan pernah menjawat jawatan Pegawai Daerah/Timbalan YDP dan sebagainya di Pahang, Selangor & Melaka.

Beliau menyepi dari UMNO Parit selepas memegang jawatan Naib Ketua PEMUDA UMNO Parit. Sehinggalah pada awal tahun 2000 beliau dilantik menjadi Bendahari UMNO Bahagian Parit setelah beliau menamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan. Pada PRU 11 tahun 2004, beliau telah dipilih untuk bertanding di kerusi P 069 ; Parlimen Parit dan beliau telah berjaya memenangi kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional dan merampas kembali kerusi berkenaan dari PAS (PRU 11, tahun 1999). Beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi FELCRA Bhd. Selama 2 tahun dan menduduki kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Parit yang dipimpin oleh YB Dato’ Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan tanpa sebarang pertandingan. Dalam masa yang sama, beliau telah berkahwin kali kedua dengan Umi Kulsom b. Abd. Haq yang merupakan seorang janda.

PRU 12

Pada tahun 2008, ketika PRU 12 yang lalu beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional tetapi untuk kerusi DUN Bota N37. Beliau memenanginya dengan menewaskan Kapten (B) Usaili Alias dari PKR. Pada ketika itu, riuh satu Parit yang mengatakan YB Dato’ Nasaruddin tidak suka dengan keputusan dipilih untuk bertanding di kerusi DUN kerana sayang akan jawatan Pengerusi FELCRA Bhd. Yang terpaksa dilepaskan. Orang² kanannya yang paling kecewa, mereka yang banyak mendapat manfaat dan dapat ’kontrak’ dengan FELCRA Bhd. Yang terasa dengan keadaan ini. Dan khabar angin juga mengatakan isteri keduanya langsung tidak senyum ketika penamaan calon PRU lepas. Mungkin agak kecewa kerana statusnya sebagai isteri Ahli Parlimen terpaksa diturunkan kepada isteri ADUN biasa. PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat telah memerintah Perak dan ada ura² yang beliau akan melompat ke PKR dan mungkin dilantik sebagai Exco. Lagipun PKR hanya mempunyai ADUN-ADUN yang boleh dilabelkan sebagai ’calon tangkap muat’. So, PKR memerlukan ADUN² yang berwibawa untuk diangkat menjadi MB Perak. Kalau tidak kerana Undang-Undang Tubuh Negeri sudah tentulah Ngeh Ko Ham yang menjadi Menteri Besar Perak ketika ini. Walaupun Nizar yang menjadi MB tetapi segala keputusan muktlak semuanya ditangan Ngeh dan the gang. Lihat saja isu pemberian tanah..siapakah dalang disebaliknya??


Pemilihan UMNO

Pemilihan UMNO pada tahun lepas yakni 2008, YB Dato’ Nasaruddin Hashim telah mencabar YB Dato’ Hj Mohd. Zaim Hj Abu Hasan untuk kerusi Ketua UMNO Bahagian. Walaupun telah dipujuk dan untuk berkompromi supaya beliau menduduki kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit namun segala usaha pujuk rayu ternyata gagal. Kononnya ada lebih 40 cawangan UMNO di Bahagian Parit sedia menyokong beliau. Tetapi setelah semua cawangan UMNO di Parit tamat bersidang, beliau hanya mendapat 25 pencalonan berbanding YB Dato’ Zaim sebanyak 50 (UMNO Parit mempunyai 76 cawangan, 1 cawangan digantung). Beliau pernah berkata ketika Mesyuarat AJK UMNO Parit, ”kita bertanding ni biarlah adil, lepas bertanding kita bersatu semula”..begitulah bunyinya kata² yang keluar dari mulut beliau. Dan dikhabarkan juga, isteri beliau Umi beria-ria menyuruh beliau menandingi jawatan Ketua Bahagian itu.

Bermacam-macam cara digunakan bagi memujuk beliau untuk tidak bertanding jawatan berkenaan. Seperti diketahui umum, gandingan YB Dato’ Zaim (Ketua Bahagian) dan YB Dato’ Nasa (Timbalan Ketua) amat disukai oleh kebanyakan ahli UMNO akar umbi untuk memimpin UMNO Parit. Tetapi beliau menolak pujukan berkenaan.

Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Parit telah menyaksikan YB Dato’ Hj Mohd. Zaim berjaya mengekalkan jawatannya selaku Ketua UMNO Bahagian Parit. Dato’ Nasaruddin tewas dalam pemilihan berkenaan. Dari sumber yang boleh dipercayai, Dato’ Nasa telah habis sebanyak RM300,000 untuk berkempen. Kononnya sumbangan rakan-rakan beliau yang banyak mendapat kontrak dari Felcra Bhd. sepanjang beliau menjadi pengerusinya.

Setelah tewas pada pemilihan berkenaan, beliau hanya berfungsi sebagai ADUN sahaja. Dan tersebar pula khabar angin yang beliau akan menyertai PKR setelah kalah pada pemilihan berkenaan.

Lompat Parti

Sehinggalah pada tarikh 25 Januari 2009, akhirnya segala yang terungkai telah dijawab. Dato’ Nasa telah memilih untuk melompat ke PKR dengan alasan atas kepentingan rakyat dan keadaan politik dan kecenderungan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Itulah antara kata-katanya ketika mengumumkan ’perlompatan’ beliau. Bergelora Parit & Bota dibuatnya. Pada malam 25 hb. Berkenaan, beliau berjaya ditemui, antara alasan beliau melompat parti ialah beliau dipinggirkan oleh UMNO Bahagian Parit, beliau tidak pernah mendapat projek dan beliau dijanjikan dengan jawatan Menteri Besar Perak.. Nah..begitulah ayatnya..

Maka, tertipulah pengundi² yang mengundi beliau atas tiket Barisan Nasional pada PRU 12 yang lalu. Pada malam ini, 30 hb. Januari 2009, satu ceramah akan diadakan di Std. Mini Bakri Rais Bota yang menampilkan Anwar Berahim, Nizar Jamaluddin & Dato’ Nasa sendiri. Yang merisaukan penulis, beliau akan dijadikan sebagai peluru untuk kempen² Pakaran Rakyat di Bota/Parit khasnya dan di Perak amnya.

Penipu & Pengkhianat

Begitulah sikapnya seorang pemimpin yang tidak sedar diri. Lupa akan asal usulnya. Berikan jawatan, diangkat sebagai pemimpin dan akhirnya mengkhianati amanah yang diberikan. Itulah YB Dato’ Nasaruddin Hashim.

Sebelum mengakhiri catatan ini, penulis mencabar YB Dato’ Nasa untuk meletak jawatan sebagai ADUN Bota dan biarkan rakyat membuat keputusan..Tetapi kalau beliau meletak jawatan sbg ADUN langsung la tamat tros karier politiknya..

Lompat si Katak Lompat..

Pemuda Parit.

Siapa Sebenarnya Karpal Singh dan Mengapa Anwar Mempertahankannya!

DAP apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak dan Selangor dengan pertolongan Pas dan PKR dalam PRU ke-12 yang lalu, mereka telah mula menunjukkan belang mereka bilamana pengerusinya Karpal Singh telah berani dengan angkuhnya mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).Sehingga kini masih lagi dengan keputusannya tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak dan juga Agong walaupun didesak oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk membuat lapuran polis, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya mengatakan dia tidak bersalah.


Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya dan penulis fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Sebab itu sampai sekarang Karpal Singh masih berdendam dengan Tun Dr. Mahathir dan terbaru Karpal Singh telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr. Mahathir berikutan kes perlantikan hakim. Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.


Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.



Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh ( dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang ) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.Pelik tapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.


Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.


Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!! Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.



Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Terbaru DAP menggunakan Hindraf untuk menekan kerajaan BN. Ramai pemimpin Hindraf adalah ahli DAP dan Anwar sendiri menyokong Hindraf. Alasannya cukup mudah dan hebat!!


Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.


Anwar yang sememangnya gilakan populariti pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Tidak hairanlah kenapa Anwar Ibrahim begitu mempertahankan Karpal Singh dalam kes biadapnya di negeri Perak.


Najib Pengerusi UMNO Perak, Zahid Dilantik Timbalan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memaklumkan bahawa Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali yang telah meletak jawatan. “Tempat Datuk Seri Tajol Rosli akan diganti oleh Datuk Sri Mohd Najib tetapi hanya setakat sampai Mac ini (sehingga selesai Perhimpunan Agung UMNO(PAU)). “Selepas itu akan dilantik ketua yang baru,” ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Manakala bagi jawatan Timbalan Pengerusi pula, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memegang jawatan tersebut, juga hanya setakat PAU dan selepas itu akan dibuat lantikan baru yang mana individunya belum dipastikan lagi, tambah beliau.
Katanya lagi, mesyuarat turut mendengar laporan daripada Datuk Seri Tajol Rosli mengenai situasi yang berlaku di negeri Perak khususnya mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyeberang parti pembangkang. Jelasnya lagi, bekas Menteri Besar Perak itu telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan juga Pengerusi BN Negeri Perak kuatkuasa serta merta. “Dato Seri Tajol Rosli telah berpendapat bahawa ada pemimpin yang lebih layak dan lebih baik dari beliau untuk memimpin UMNO dan BN di Perak. “Kita hormati kehendak yang telah beliau buat,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, beliau yang juga Perdana Menteri berkata, mesyuarat turut membincangkan mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan laporan ‘post-mortem’ mengenainya akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Pengurusan. “MT juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri yang turun membantu berkempen,” ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika sidang media sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung kira-kira selama tiga jam setengah, hari ini (29 Januari 2009).
Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa MT akan mempercepatkan tindakan bagi melaksanakan hasil daripada ‘retreat’ yang telah diadakan dan banyak perkara telah diperbincangkan. “Perkara-perkara yang telah diputuskan, harus dimulakan pelaksanaannya agar langkah-langkah yang telah diambil apabila tiba masa peralihan kuasa, semuanya akan berjalan dengan lancar. “Antaranya perkara yang berkaitan dengan proses pemilihan, berkaitan kuota dan cara pengundian yang mana semua perlu diperhalusi,” tambah beliau. Beliau turut memaklumkan masing-masing berperanan mengingati ahli-ahli bahawa amalan politik wang adalah satu perkara yang tidak baik dan perlu dielakkan. Sehubungan itu, ujarnya lagi, peranan Lembaga Disiplin (LD) yang ada sekarang perlu diperbesarkan serta ditambah keanggotaannya supaya kes-kes yang dilaporkan dapat diberi perhatian dan dipertimbangkan. “Ini supaya keputusan yang tepat dapat dibuat dengan secepat mungkin,” ujar beliau. Ketika ditanya, beliau turut menjawab bahawa kes-kes yang berkaitan dengan UMNO adalah di bawah Lembaga Disiplin.
Mesyuarat tersebut yang pertama berlangsung untuk tahun 2009 diadakan di Menara Dato’ Onn, di sini. Sebelum mempengerusikan mesyuarat tersebut, beliau telah merasmikan pelancaran sistem pendaftaran keahlian UMNO secara ‘online’. Dengan kaedah secara ‘online’ ini, orang ramai yang berhasrat menjadi ahli UMNO akan lebih mudah berurusan dan pendaftaran keahliannya akan disahkan oleh Ibu Pejabat parti serta dirujuk kepada Negeri, Bahagian dan Cawangan yang berkenaan.
Walaupun begitu, kaedah sedia ada masih lagi digunapakai. Dengan wujudnya sistem ini, UMNO percaya kaedah ini juga dilihat mampu menarik lebih ramai penyertaan ahli-ahli baru menganggotai parti yang kini mempunyai keahlian lebih 3 juta orang. Laman web pendaftaran keahlian tersebut boleh dilawati di alamat www.daftar.umno.org.my
*Sumber dari www.umno-online.com

Khamis, Januari 29, 2009

Lompat Nasaruddin Lompat

"Saya menyertai PKR kerana kepentingan rakyat dan senario politik tanahair yang ketika ini memihak kepada Pakatan Rakyat...."
Itulah kata-kata seorang pengkhianat dan pendusta. Setelah naik dan selesa dan lepas tu kecewa, beliau meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Kalau sertai PAS pn ada maap nye lagi. Dah tentu PAS pn Melayu Islam.

Setelah tewas pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit, beliau merasakan karier politik beliau akan berakhir, Penegrusi FELCRA Bhd. pn dah tak disambung kontraknya dan tidak mendapat tempat dalam UMNO. Orang dah berkabo, jangan lawan Dato' Zaim, stay je di Timbalan..tapi disebabkan kemaruk dan gila kuasa dan dorongan dari orang² kanannya, tersungkurlah beliau pada pemilihan berkenaan. Pada awalnya beliau diberitahu yang 40 cawangan UMNO di Bahagian Parit yang sedia menyokong beliau. Tetapi alih-alih, 25 cawangan sahaja yang mencalonkannya. Berbanding dengan YB Dato' Zaim yang mendapat 50 pencalonan.


Ramai ahli UMNO dan rakannya berasa amat terkilan dan kecewa dengan tindakan beliau melompat ke PKR. Baru kalah Ketua UMNO Bahagian..dia merasakan dirinya besar sangat dalam UMNO?? Sedangkan Dato' Ariff Shah yang kalah kpd Dato' Majid pn masih duduk didalam UMNO.. Jadi, terserlahlah sikap buruk Dato' Nasa yang tamak dan tidak setia.
Ramai yang berkata, dia buat keputusan sendiri menyertai PKR, tetapi ada yang berkata orang² kuatnya yang mendorong beliau melompat parti. Ahh..biasalah..dah kalah..tak da semangat perjuangan..tak da kesetiaan dan pentingkan diri sendiri.. Lompat la parti.. Mungkin habuannya lumayan kot..
*Penulis menulis dalam keadaan marah. Harap maap..akan bersambung di posting seterusnya.

Rabu, Januari 14, 2009

PAS Berubah Demi Biawak Hidup DAP, PKR !


Pengumuman Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 1 Januari 2009 (malam) di Stadium Tertutup Kuala Terengganu oleh Presiden PAS telah memberi gambaran bahawa PAS kini telah mengambil langkah yang rasional untuk menghapuskan Gabungan pemimpin yang Pro kepada Anwar Ibrahim (ERDOGAN) supaya melobi ahli kumpulan mereka untuk diletakkan sebagai calon di Pilihan Raya Kuala Terengganu kali ini.


Usaha yang dilakukan oleh kumpulan pemimpin PAS yang "ortodocs" di Kuala Terengganu dilihat cuba untuk menghalang pengaruh ERDOGAN dari terus menguasai pucuk pimpinan tertinggi PAS. Akhirnya PAS terpaksa memintas dengan meletakkan Wahid Endut sebagai calon pilihan PAS.


Apa yang telah berjaya dilaksanakan oleh Wahid Endut semenjak bergelar YB sejak 5 penggal telah memberi laungan slogan "BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP" yang selama ini adakah tidak memberi kesejahteraan kepada masyarakat di P36, Kuala Terengganu? Jika alasannya mereka bukan kerajaan yang memerintah? Jujurkan jawapan tersebut.


Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut meminta agar pengundi Kuala Terengganu bangkit melakukan perubahan demi menjamin kesejahteraan hidup mereka pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam.
"Kita perlu mengubah keadaan masyarakat di Kuala Terengganu ini yang masih tidak mendapat apa-apa kesan daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini," katanya.
Oleh itu, katanya beliau menampilkan tema kempen beliau iaitu 'Berubah demi kesejahteraan hidup.'


Beliau turut merayu kepada pengundi Cina agar memberikan peluang kepada pakatan rakyat.Dengan sokongan daripada rakan-rakan DAP dan Paktan Rakyat ditambah dengan isu-isu lokal yang banyak membantu, beliau tetap berkeyakinan bahawa pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepadanya. "Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan UMNO-BN.


"Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa masyarakat Cina di Kuala Terengganu cukup faham dan menerima penjelasan mengenai hudud."Mereka faham dan terima Hudud kerana ia bukanlah untuk bukan Islam tetapi hanya dilaksanakan untuk orang Islam sahaja, yang sebilangannya orang Melayu."Pihak yang marah dengan Hudud ini sebenarnya adalah UMNO, bukan orang Cina atau bukan Islam," tegasnya.

Hidung ditarik DAP
Bukan Husam sahaja yang tunduk, Nik Aziz pun telah mula tunduk dengan DAP tentang hudud. "Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila PAS sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu. Apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata untuk menjaga hati DAP? Mengapa tidak kecam kembali Karpal dan Guan Eng yang terang-terangan tentang hudud dan pemerintahan Islam? Bagaimana nak buat cara Umar Abdul Aziz jika pemerintahan Islam pun telah ditolak oleh DAP. Buat tarian jalanan, i-Dance boleh pula.


Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008. Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah Mohd Abdul Wahid Endut berani mengecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Kenapa PAS takut dan tunduk dengan DAP seolah-olah pak turut kaldai kepada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja.
Untuk menutup kemaluan PAS, maka siapa lagi "scapegoat" kalau bukan UMNO yang menjadi bahan kempen murahan PAS.. tak kira kenyataan baik dari ketua mereka mahupun dari tukang bawa beg, bunyinya sama sahaja.


Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR. Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai? Dengan bersandarkan ALASAN apabila "memerintah negara" maka penipuan mereka sudah terserlah.


Secara realitinya sekarang apabila KEDAH, PERAK DAN KELANTAN bertopeng PAS masih tidak mampu melaksanakan hukum Hudud. Jika benar-benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan syiar Islam. Inilah masanya untuk PAS merealisasikan hukum HUDUD sebagai utama sebagai permulaan. Persoalannya kenapa tidak berani melaksanakannya? Permintaan PAS kini Allah telah termakburkan sebagai ujian untuk memerintah sebagai KETUA kepada 3 negeri sebagai ukuran, kenapa ingkar? Kenapa masih berdolak-dalik? Kenapa menuduh UMNO? Rakyat yang beragama Islam kini pasti mencabar PAS (kononnya meletakkan Islam sebagai perkara utama) supaya melaksanakan hukum HUDUD, tetapi kini PAS seolah dayus apabila berhadapan dengan DAP dan PKR. Adakah PAS bertuhankan DAP dan PKR atau ALLAH yang Maha Esa?


Hudud Sebagai Isu Pilihanraya
Seperti yang dinyatakan bahawa PAS sejak dahulu lagi akan memainkan atau membawa perkara ini dalam setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PR kecil. Ia adalah salah satu perkara yang terkandung dalam manifesto PAS. Nik Aziz dan Haji Hadi telah banyak kali menyatakan bahawa hudud menjadi teras utama bagi PAS sekiranya PAS menang pilihanraya. Ia bukannya jajaan semasa kempen pilihanraya sahaja. Ia adalah tuntutan yang berterusan dan hasrat yang tidak boleh diketepikan daripada perjuangan PAS. Bagi Menteri Besar Kedah, Azizan, beliau menyatakan bahawa hudud adalah isu yang dibawa untuk kempen pilihanraya. Walaupun nada berbeza, PAS tetap menjadikan hudud sebagai bahan utama dalam kempen pilihanraya dan akan melaksanakannya sekiranya mereka memerintah kelak.


Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah sama ada berjaya atau tidak mereka merealisasikan hasrat tersebut, bagi PAS mereka akan tetap meletakkan hudud sebagai "senjata lelongan" bagi menawan hati pengundi Islam khususnya yang berbangsa Melayu dalam setiap kempen pilihanraya kerana ia adalah platform terbaik bagi mereka memancing undi dan sokongan.
Kini PAS telah berjaya memerintah di tiga negeri; Kelantan, Kedah dan Perak walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR sebagai salah satu strategi politik mereka. Namun apa yang nyata, kedua-dua "rakan politik" mereka tidak bersetuju dengan hasrat PAS. Jadi adakah mereka ini sebagai KETUA pemerintah negeri atau balaci 'pion' DAP?


Hukum Hudud PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP dan PKR. Kenyataan-kenyataan pedas dan amaran keras khususnya daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa orang kanan DAP bahawa PAS jangan cuba membawa isu hukum hudud kerana dalam perbincangan mereka tidak pernah timbul.


DSAI pula telah berkali-kali diminta untuk memberikan pendirian beliau dan PKR mengenai perkara ini oleh Karpal dan DAP. Beliau tetap membisu seribu bahasa kerana beliau tahu perjuangan PKR adalah lebih mirip kepada DAP - bukan untuk orang Islam atau Melayu. Tambahan pula PKR adalah wadah bagi beliau merealisasikan hasrat beliau untuk jadi PM Malaysia. Sekiranya sokong hasrat PAS, beliau takut akan kehilangan sokongan daripada bukan Melayu dalam DAP dan PKR. Sekiranya menyatakan sokongan kepada DAP, maka beliau akan kehilangan kepercayaan sebahagian sokongan pengikut Melayu dalam PKR dan ditolak oleh orang PAS.


Maka jelaslah kepada kita bahawa pakatan pembangkang adalah sesuatu yang "superficial" sahaja. Pakatan mereka lebih berbentuk individualistik. Dengan kata lain, hanya untuk menjayakan hasrat parti masing-masing. Pakatan yang tidak sempurna ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan pada dasarnya, mereka tidak pernah lupa bahawa parti-parti dalam pakatan mereka juga merupakan musuh politik yang perlu diawasi dan dikawal tindak tanduknya.


Suara-suara rasa tidak senang di kalangan mereka acap kali kedengaran. Walaupun dalam mesyuarat pakatan nampaknya seolah-olah mereka bersetuju untuk membantu satu sama lain namun dalam mesyuarat parti masing-masing, lain pula ceritanya.

UMNO Tak Bantah Hudud
Amat menghairankan pula, UMNO tidak pernah menyatakan tidak menyokong unjuran PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Malahan UMNO pernah menyuarakan agar PAS melaksanakan hukum tersebut di negeri Kelantan suatu ketika dahulu. Sekiranya PAS dapat menjayakannya, tidak mustahil bagi UMNO khususnya dan BN amnya akan mengikut jejak PAS. Namun maklum balas daripada PAS melalui Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan alasan bahawa PAS tidak dapat melaksanakannya kerana belum menguasai kerajaan sepenuhnya. Kemana letaknya slogan "Serambi Mekah" yang dilaungkan?


Namun apa yang lebih mengejutkan, PAS beriya-iya marahkan UMNO, kononnya halang hudud untuk dilaksanakan tetapi berlembut dengan DAP dan PKR yang secara terang-terangan menentang perlaksanaan hudud. Langkah berlembut ini kononnya nak jaga hati "rakan politik" dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa menggadai kepercayaan penyokong fanatik PAS dan prinsip perjuangan mereka.


Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.


Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud "Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam". Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.
Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam. Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.


Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan "Ikhwanul Muslimin", di Pakistan "Jamiatul Islamiah", di Indonesia "Mahsumi" yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjud, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kapir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.


Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO dahulu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam. Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.


Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud "Tegakkanlah agama (Islam) jangan (haram) berpecah belah padanya".


Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.


Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.


Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa. Tuduhan dan fitnah itu sudah barang tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.


Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau, dungu, mistik dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.


PAS Berubah demi kesejahteraan biawak hidup DAP, PKR
Dalam kamus politik PAS, UMNO musuh PAS manakala DAP sahabat PAS. Darah orang UMNO halal bagi orang PAS. Itulah kenyataan yang pernah dibuat oleh Haji Hadi. Tak kiralah walaupun UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun mungkin bagi PAS, DAP yang (menyatakan bahawa negara ini adalah sekular dan menolak hudud) tak halal darahnya. Tapi apa boleh buat, kenyataan seorang ulaRmak, sebagai pengikut kena akur. Sebagai orang yang mahukan kuasa, PAS kena tunduk menyembah menjilat air kaki untuk mengharapkan undi dengan tuntutan DAP dan PKR.
Lihat apa sudah jadi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tolak Pulau Pinang (sebab Ketua Menteri DAP), Menteri Besar di Selangor dan Perak tunduk kepada DAP. Di Selangor, Tan Sri Khalid tidak mempunyai kuasai mutlak begitu juga Menteri Besar Perak, Haji Nizar (PAS) sanggup untuk gadaikan tanah tercinta kepada golongan yang berasal daripada penyokong komunis yang telah membunuh para pejuang Islam dan pembela tanah air, hanya atas dasar nak jaga hati pemimpin dalam pakatan dan mahu menarik sokongan. Sedarlah bahawa sokongan yang cuba diraih oleh PAS hanya akan memberikan kelabaan kepada DAP. Kes tanah di Perak dan penubuhan Jawatankuasa Kilang Haram di Selangor semuanya adalah ke arah perjuangan DAP. Isu bahasa dan pendidikan juga untuk DAP. Konsep samarata yang dilaungkan melalui perjuangan Malaysian Malaysia juga untuk DAP. Jangan lupa sejarah. Jiran di selatan kita adalah contoh terbaik dalam memperjuangkan hasrat Chin Peng yang ingin menguasai dan memiliki tanah tercinta ini.


DAP juga menconteng arang kepada PAS apabila secara terbuka menyatakan bahawa mereka menghantar wakil mereka Tan Seng Giaw dan membantu PRK Kuala Terengganu apabila Husam Musa menarik balik kenyataan beliau mengenai hukum hudud dan menukar kenyataan mengenai perlaksanaan hukum tersebut. Tapi nak buat macam mana? Biar dimalukan oleh DAP asalkan bukan UMNO yang memalukan mereka.


PAS pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca PAS mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung. Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.


PAS menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran. Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran. Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.


Jika hudud dilaksanakan, maka pencuri bersertakan bukti sudah PASti dipotong tangannya. Persoalannya, jika termakbul hukum Hudud dilaksanakan oleh PAS, adakah lidah, tangan dll anggota ketua-ketua PAS akan dipotong kerana telah tertera segala bukti perkara-perkara seperti diatas? Adakah Nik Aziz, Hadi serta kuncu-kuncunya sanggup menerima hukuman ini? Jika PAS masih ingin mempertikaikannya maka terbukti bahawa mereka cuma berlakon selama-lamanya sehingga ke liang lahat.


PAS hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan PAS bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang mengetahui mereka yang menyertai PAS ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata. Jika kita lihat kepada pemimpin PAS dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut PAS, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.


Tak sedar-sedarkah lagi orang-orang PAS, rakan sekutu mereka, DAP secara terang-terang menolak hukum hudud, malah boleh pula pemimpin-pemimpin PAS berkata, mereka sanggup tunggu 30 tahun lagi untuk menjalankan hukum hudud. Ini bermakna akan menjadi 80 tahun, lebih dan selamanya PAS akan berdolak-dalih umpama badut membuat persembahan untuk menghiburkan dunia politik sahaja terutamanya umat Islam.


Nampak sangat mereka yang mempolitikkan isu hukum hudud ini. Kalau PAS katakan Lim Guan Eng tu sebagai "khalifah" yang KONONnya memahami Islam, untuk apa secara terang-terangan dia menolak hukum hudud. Bukan saja LGE, malah Karpal Singh tu juga tak suka langsung dengan hudud. Nah, terbukti sudah hudud itu tidak lebih daripada politik PAS yang tak bijak dan tak matang langsung. (Sebenarnya nak kata orang yang sokong membabi-buta PAS itu tidak lebih daripada BODOH saja!)


Tak nampak pun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun sudah hampir 30 tahun memerintah. Yang PAS tau, kutip balak, sebab tebang balak boleh dapat duit dengan cepat. RamPAS SAR, ramPAS Masjid dan Surau, ramPAS dewan orang ramai untuk dijadikan markas dan bermacam-macam lagi kalau hendak disenaraikan bagi melemahkan umat Islam.


Mereka mendakwahkan Islam pada yang beragama Islam, menerima pakatan DAP sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama menjadi minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Ini bukan palsu. Ini benar dan inilah hakikat yang ada.


PAS turut dan menuruti seperti mana dalam surat-surat kerajaan yang diakhiri dengan ayat "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Begitulah nasib PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi mahu tidak mahu tersepit untuk terus mengikuti PKR dan DAP. PAS sedar tetapi cuba berselindung dengan nada "everything is alright" dan ini meliputi agama Islam yang merupakan kunci perniagaan hari ini.


Angan-angan PAS tidak senada dengan Pakatan Rakyat. PAS yang juga di kenali dengan parti jubah ini cuba berubah tetapi adakah mereka dapat merubah kedudukan sedangkan mereka sendiri melukut di tepian gantang. PAS hari tersepit antara legasi kemenangan PR dengan kedudukan mereka dalam percaturan politik Anwar.


Ini hakikat dan hakikat ini perlu disedari oleh PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti ortodoks yang perlu ada untuk menjadi kayu penyokong dan kemudiannya setelah dapat berdiri kayu itu dibiarkan reput.


Terlampau banyak insiden semada dalam PAS yang jelas menunjukkan mereka dan PKR dan DAP adalah hanya pemanas kerusi yang tidak mempunyai suara vokal dalam memperjuangkan idealisme perjuangan mereka. PAS harus memikirkan semula demi perjuangan Islam yang ramai ragu dan melabel sebagai ajaran sesat yang berselindung disebalik parti politik.


Nasib PAS juga seakan-akan ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar adalah dominasi kuasa dan hari ini semua yang lain hanya dianggap pemanas kerusi yang tidak akan menguntungkan PAS. Bukankah PAS tersasar jauh dengan kolaborasi dengan DAP?


Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori (berceramah), tetapi tidak banyak bertindak (pratikal). Mereka sebagi peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.


Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak selruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah umat Islam ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.


Sebagai hamba Allah yang Islam selagi berikrar bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di sebuah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah di bidang fardu kifayah.


Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah kalau dilaksanakan.


Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : "Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara." Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.


APA SUMBANGAN PAS?

Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi. Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.


Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO. Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.


Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu.
Kerajaan DAP (Komunis) Perak telah berusaha sedaya upaya agar orang Melayu ditindas, dan terus ditindas sehingga mereka tidak mampu untuk berdiri lagi. Kezaliman mereka tidak dapat dibendung lagi. Sedikit demi sedikit mereka makan harta orang-orang Melayu dan Sultan. Inilah tindak tanduk Komunis Moden yang menggunakan boneka Melayu nya yang kononnya "Islam" dan "Islamik".


Sementara orang-orang PAS yang kurang cerdik dalam hal pentadbiran, masih lagi bangga dengan Menteri Besar Boneka mereka. Mereka memang mahukan tanah-tanah mereka dijual kepada Cina Komunis ini supaya mereka boleh dapat duit dan duduk senang lenang goyang kaki sambil hisap rokok dan melepak di kedai kopi tanpa mereka sedari orang Melayu semakin lemah dan melemah.


Lihat sahaja status tanah pajakan yang ditukar kepada status KEKAL kepada penduduk Kampung Baru Kuala Rui di Gerik. Dan tindakan itu akan menyusul di semua Kampung Baru di seluruh negeri. Secara ringkas nya, penduduk di Kpg Baru ini adalah penyokong Komunis, dan rancangan British untuk menempatkan mereka di Kpg Baru supaya perhubungan dengan Komunis terputus.


Tetapi lihatlah betapa hebatnya Menteri Besar Boneka yang tak bijak itu walaupun ada IR. Secara tidak langsung mereka bersubahat dengan komunis-komunis itu.


Bukan saja perihal tanah, TADIKA KEMAS yang banyak berjasa kepada orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS juga menjadi mangsa. PAS sendiri pun tak sanggup hantar anak ke TASKI kerana mereka tahu TADIKA KEMAS UMNO lebih bagus pengajaran dan pembelajarannya. Itulah sifat jelek orang PAS yang tak tahu malu. Kutuk UMNO bergantang-gantang tetapi kalau ada kemudahan disapu lebih awal dulu daripada orang UMNO.


Maka dengan ini, kalau anda ingin merujuk kepada kerajaan negeri Perak, jangan rujuk sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi KERAJAAN DAP KOMUNIS PERAK kerana yang memerintah bukan PAS atau PKR, tetapi hanya DAP sendirian.


Siapa penduduk kampung baru ini?
Mereka ini adalah Cina bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang membuat huru-hara di Tanah Melayu selePAS pengunduran Jepun. Mereka ini telah diberi pengampunan dan mendiami kebanyakan kampung baru di Perak. Ngeh Koo Ham iaitu Exco Kanan Kerajaan Perak ini adalah ketua kepada kampung baru ini. Dia inilah yang membawa usul pemberian tanah kekal dan mengunakan bonekanya Nizar, MB Perak untuk mengukuh hajatnya.


Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri (Perak) oleh rakan se'KUTU' PAS oleh MB Nizar perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz? Di mana keadilan yang dicanang oleh pemimpin Pakatan Rakyat andai semua ini jelas DAP dan Cina semakin berani meramPAS hak-hak Melayu dan mereka akan sedaya upaya mendapatkan pemilikan tanah dimana-mana negeri dibawah PR dan dengan mudah mempertikaikan hal ehwal Islam?


Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau dan terkini Palestin. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita tetapi masih menuduh kerajaan dengan bermacam-macam tomahan.


PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Islam-Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini. Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauhmana kejujuran politik tidak matang PAS yang menjadi tonggangan DAP dan PKR terutama sekali Anwar.Rakyat harus sedar bahawa PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu. Keadaan ini akan menimbulkan huru hara sekiranya rakyat terus membenarkan Pakatan memanipulasi rakyat dengan konon-kononnya perjuangan tanpa batasan ras. Kenapa kalau tidak ada batasan ras mereka tidak bergabung? Mungkin pula Pakatan ini lebih teruk kerana bukan sahaja ada batasan ras tetapi juga batasan agama. Ini lebih menakutkan apabila batasan-batasan yang wujud ini kelak di perjuangkan apabila Pakatan sudah memperoleh kuasa. Konflik besar PASti berlaku dan konflik ini PASti akan menggoncang kedudukan sosiopolitik negara ini.


Ingat kegusaran dan ketidakstabilan sosiopolitik ini mampu merosakkan negara, keharmonian perpaduan dan akhirnya meruntuhkan tamadun kita sesama. Pakatan Rakyat tidak akan melihat implikasi-implikasi yang akan berlaku. Mereka asyik dengan kekuatan mereka dan niat mereka untuk menggoncang dan merampas kuasa. Inilah matlamat mereka dan matlamat ini adalah untuk memperoleh kuasa tanpa mahu memikirkan implikasi akibat kempen buruk yang memberi mudarat kepada negara kita ini.


Kita harus diingatkan bahawa jangan sehingga kita terleka dengan gendang dan tarian yang mengasyikkan sehingga kita tersungkur. Sedarlah, negara ini sudah makmur dan jangan dikorbankan kemakmuran akibat kealpaan kita. BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP melalui Barisan Nasional dan PAS HANYA BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP UNTUK KEUNTUNGAN DAP DAN PKR.


Inikah jenis kumpulan yang kita hendak percayakan? Bersihkah Pakatan daripada kronisme dan nepotisme seperti yang dituduh kepada kerajaan kita yang sedia ada? Jika kita melihat kepada Dinasti Pakatan Rakyat, pentadbiran politik Anwar dikongsi bersama anak beranak, begitu juga dengan Lim kit Siang dan Karpal Singh. Kesemuanya aktif bersama "keluarga" masing-masing.
Pakatan Rakyat menuntut hak rakyat daripada kerajaan yang dinaungi UMNO kononnya ia telah dirampas untuk kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja. Tetapi siapakah sebenarnya perompak yang hendak meragut hak bumiputra dan Melayu daripada tanah Melayu sendiri? Siapa yang lebih celupar hendak merompak kuasa raja-raja dan pentadbiran orang Melayu? Siapa yang berniat hendak meramPAS negara kita daripada pemerintahan orang Islam dan menggantikannya dengan negara berkonsep agama bebas seperti Singapura?


Kerajaan kepimpinan UMNO dituduh pengamal ajaran sesat Islam Hadhari, sedangkan Hadhari itu sebenarnya hanya satu konsep dan bukannya satu ajaran agama ataupun hukum agama. Jika slogan PAS "BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAM HIDUP" iaitu memberi maksud kepada anjakan paradigma kearah perubahan kepada kemakmuran dari kontek agama, bangsa dan negara, maka tiada bezanyanya dengan konsep Hadhari yang cuba diketengahkan oleh pemimpin dalam membentuk perubahan kepada umat Islam keseluruhannya dalam memajukan agama, bangsa, diri, keluarga dan negara untuk membentuk negara yang kuat dan masyarakat yang harmoni. Akan tetapi rakan PAS didalam pakatan begitu juga PAS sendiri tidak mahu Hadhari dilaksanakan dan dipolitikkan adalah kerana DAP, PKR mahukan ianya sebagai alat melemahkan umat Islam-Melayu demi keuntungkan kuasa politik DAP dan PKR. PAS dikaldaikan untuk tujuan melemahkan agama Islam dan bangsa Melayu khasnya oleh DAP dan PKR.


PAS menganggap diri mereka lebih Islam daripada orang Islam yang lain, tidak segan silu meletakkan dosa pahala ke atas kertas undi demi perkara-perkara duniawi. Mereka berjihad memperjuangkan hak Islam dengan cara berkompromi dan menunggu restu daripada DAP untuk membentuk kerajaan Islam cara mereka. Akhirnya terbacul kenyataan "sokong DAP-PAS dapat pahala" dari ketua ajaran PAS sendiri.


Dapatkah kita memberitahu pihak manakah yang lebih rasional dalam menghadapi masalah rakyat, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Renungkanlah kembali semua isu-isu kontroversi yang melibatkan maruah orang Melayu selama Pakatan Rakyat berkuasa di negeri-negeri yang ditawan mereka. Ketua ajaran PAS, Nik Aziz menyoal anda, Undi PAS dapat pahala? Berdosakah atau dapat pahala?


Apakah kita tidak mengetahuinya? Dikala kita berusaha memboikot produk-produk Israel dan Amerika kerana menghancurkan umat Islam maka patut juga kita memboikot PAS, DAP dan PKR (Pakatan Rakyat) dalam usaha mereka menghancurkan, memecahbelahkan, memporak-perandakan, menghina Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara MALAYsia. Cuba fikirkan. Berubahlah dan jagalah AQIDAH ISLAM ANDA sebelum terlambat! Berdosakah atau dapat pahala?

Boneka DAP Perak!!


Artikel kedua yang ditulis oleh blog Kembara Politik ialah bertajuk “Isu Pemberian Tanah Kerajaan Boneka DAP: Fakta & Angka Sebenar Disorok?”. Mula diterbitkan kali pertama di laman MyKMU.net pada 11 September 2008 dan diterbitkan semula di blog Kembara Politik pada 16 September 2008.Artikel ini membincangkan tentang fakta, angka dan perbandingan berkenaan isu pemberian tanah Kampung Baru (New Village) dengan Rancangan Kampung Tersusun (RKT) di Perak. Dalam artikel ini penulis memberikan perbandingan dari segi keluasan tanah, peratusan penduduk mengikut kaum dan peratusannya. Tujuannya ialah sebagai pedoman untuk difikirkan dan dinilai dengan lebih lanjut oleh para pembaca.


Isu pemberian tanah ini berpanjangan kerana sekali lagi pengumuman pemberian 400 hektar tanah kepada 9 buah sekolah menengah Cina persendirian dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak. Setelah mendapat reaksi yang negatif dan kurang senang oleh orang Melayu, kerajaan PR telah mengumumkan sedang memproses kelulusan 200 hektar kepada 18 buah sekolah agama rakyat persendirian. Gula-gula?Penulis telah menulis ulasan dan membuat sedikit perbandingan ringkas dan mudah berkenaan isu ini dalam sebuah artikel yang bertajuk “Pemberian Tanah Sekolah Persendirian di Perak: Perbandingan Secara Angka” yang diterbit pada 18 September 2008.Artikel ini turut diterbitkan di laman MyKMU.net pada 18 September 2008. Perbandingan yang dibuat dalam artikel cuma menyentuh dari segi statistik angka sahaja sebagai perbandingan mudah untuk dinilai oleh para pembaca.Kita semua telah mendengar pelbagai respon dan pendapat yang diberikan oleh rakyat terutamanya orang Melayu berhubung isu pemberian hak milik kekal tanah ini. Jika mahu lebih telus seperti mana kononnya diperjuangkan oleh DAP, elok kiranya diadakan referendum bagi melihat sendiri apa sebenarnya sentiment rakyat Perak berhubung isu pemberian hak milik kekal tanah ini. Telus bukan?Tapi persoalannya: Beranikah kerajaan Perak berbuat sedemikian semata-mata untuk menunjukkan ketelusan?Kerajaan Pusat melalui Majlis Tanah Negara (MTN) mengarahkan agar pemberian tanah ini dihentikan oleh kerajaan Perak sementara untuk dinilai setakat mana syarat keadaan khas di bawah Kanun Tanak Negara terpakai kepada senario isu tanah di Perak.Namun, kerajaan Perak bertindak mendahului arahan MTN dengan mengumumkan kelulusan status hak milik kekal kepada tanah Kampung Baru di Grik, Perak.


Alasan yang diberikan ialah soal tanah merupakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dengan mempertahahankan penggunaan terma syarat keadaan khas untuk tujuan tersebut.Ekoran tindakan membelakangkan keputusan MTN tersebut, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah menggesa Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata,
“Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia (kerajaan Perak)harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu”.
Apa yang dapat difahami oleh orang Melayu ialah, penggunaan terma syarat keadaan khas untuk memberikan tanah Perak semata-mata untuk memperlihatkan kejayaan DAP kepada kaum Cina bahawa DAP konsisten dalam perjuangan konsep Malaysian Malaysia.


Politik DAP cuba menonjolkan diri dengan bermodalkan pemberian tanah sebagai simbol Malaysian Malaysia yang dicanang.Permainan politik yang membelakangkan dasar kerajaan Pusat dalam kes ini hal bersabit pemilikan tanah ini dilihat sebagai satu bentuk ancaman kesinambungan Ketuanan Melayu. Suka atau pun tidak, itulah persepsi dan sentimen orang Melayu yang merupakan majoriti di Perak, yang mana perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan Pusat dan kerajaan PR di Perak itu sendiri.Pelbagai respon diperolehi berhubung isu pemberian tanah Perak ini. Antaranya, Dato’ Ibrahim Yahaya dari Blog Dunia Tiger membuat perkaitan berikut:
“Raja-Raja Melayu sebagai "Tuan" di negara ini, layak dihormati, disanjungi dan tiada siapa yang berhak mempertikaikan kekebalan mereka dalam melakukan apa saja yang terbaik untuk rakyat dan negara ini. Raja agung, raja disanjung.Oleh itu, pihak yang ingin "memandai-mandai" menyerahkan tanah Melayu milik "Tuan" negara ini kepada bukan Melayu adalah tindakan penderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Tanah itu milik Tuan dan ia perlu dikekalkan kepada Tuan di negara ini.” – Dato’ Ibrahim Yahaya, Blog Dunia Tiger.



Paling terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan respon dan akhirnya membongkar penyelewengan oleh kerajaan boneka DAP Perak. Beliau telah mengecam tindakan pemimpin PAS (yang dibonekakan oleh DAP) ini dengan mengeluarkan kenyataan di blog beliau Che Det Weblog melalui artikel bertajuk “KUALA TERENGGANU”. Kecaman beliau terhadap PAS yang menjadi tunggangan DAP berkaitan pemberian tanah sebagai alat dan modal meraih sokongan politik oleh DAP ini adalah seperti berikut:


"6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.


7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.


8. Ternak tak apa.


9. Sentuh pun tak apa.


10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.


11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?


12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.


13. Katanya ini rancangan 30 tahun.


14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.


15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.


16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.


17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa." - Tun Dr. Mahathir, Che Det Weblog


Kerajaan PR Perak yang tidak prihatin dengan sentiment orang Melayu ini nampaknya bersungguh-sungguh walau apa cara sekali pun akan tetap meneruskan segala yang dirancang oleh agenda politik DAP. MB Perak yang merupakan orang Melayu dari parti PAS tidak boleh berbuat apa-apa kerana terlalu sayangkan kuasa dan takut untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak dilihat menjadi sebagai pengganti parti politik orang Melayu seperti dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir.Pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir yang mana memberitahu bahawa PAS sanggup dipergunakan DAP dengan menipu fakta sejarah menunjukkan sudah tiba masanya PAS diberikan pengajaran oleh para pengundi Melayu supaya PAS bersikap lebih berhati-hati di masa akan datang dalam hal melibatkan kepentingan orang Melayu.Jika pengundi bijak maka pemimpin Melayu akan celik hala tuju perjuangan dan seterusnya hak agama dan bangsa tergenggam kemas.


Ayuh pengundi Melayu yang bijak, mari sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyedarkan PAS dari ‘mimpi indah’ ciptaan DAP!


Dipetik secara bebas dari kembarapolitik.blogspot.com

Khamis, Januari 08, 2009

Boikot Produk Milik / Penyokong Yahudi


Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit pada hari ini akan mula mengedarkan flyers untuk memboikot barangan/produk milik/penyokong Yahudi di seluruh Parlimen Parit.


Usaha ini hasil dari idea Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Parit, Saudara Khairul Shahril Mohamed ketika kekejaman zionis semakin menjadi - jadi di tanah Palestin.


Flyers berkenaan akan diedarkan diseluruh masjid, surau, kedai-kedai makan/kopi diseluruh Parlimen Parit. Ini merupakan sebagai satu usaha kearah bantahan serangan zionis di bumi Palestin.
-Pemuda UMNO Bahagian Parit-