Jumaat, September 19, 2008

Pemberian Tanah Sekolah Persendirian di Perak: Perbandingan Secara Angka

Isu pemberian tanah kepada sekolah menengah persendirian Cina, SAR persendirian, sekolah Tahfiz al-Quran & sekolah pondok nampaknya tidak dijelaskan dengan perincian dari segi istilah, fakta dan angka yang sebenarnya oleh kerajaan Perak.


Rakyat sebenarnya disogok dengan data dan maklumat yang tidak lengkap. Rakyat jadi bingung. Jika dilihat dari penulisan blog-blog yang pro Pakatan Rakyat (PR) jelas banyak kekeliruan yang mana menjurus kepada pihak umum menuduh bahawa kerajaan BN kejam. Ini satu lagi persepsi negatif yang cuba ditanam oleh pihak PR kepada BN.Kekeliruan yang asas ialah dari segi istilah. Dari segi istilah pun sudah bercelaru. Ada yang menyamakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dengan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Begitu juga dengan SAR (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dan SAR Persendirian.



Ada yang secara salah mendakwa bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mengabaikan kebajikan SMJKC dan SAR sedangkan maksud yang ingin disampaikan ialah bukannya SMJKC tetapi SMPC dan SAR Persendirian. Penulisan yang tidak tepat ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada imej kerajaan. Padahal faktanya, kerajaan mempunyai tanggungjawab jika dikaitkan dengan SMJKC mahupun SAR (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan).Jadi, mengaitkan SMJKC dengan SMPC adalah sesuatu yang tersasar. Jelasnya, kedua-dua entiti tersebut adalah berbeza. Begitu juga dengan penggunaan istilah Sekolah Agama Rakyat (SAR). Atas sebab perbezaan inilah tanggungjawab kerajaan ke atas setiap entiti adalah berbeza.



Yang anehnya segala jasa kerajaan terhadap SMJKC dan SAR (Skim Sekolah Bantuan Kerajaan) dinafikan. Padahal Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab ke atas sekolah jenis tersebut. Mungkin tempias kekeliruan istilah ‘persendirian’ agaknya!Berbalik kepada isu pokok iaitu isu pemberian tanah kepada sekolah persendirian di Perak. Penulis ingin berkongsi fakta dan angka yang mana dapat diteliti dan difikirkan oleh semua pihak. Mungkin fakta dan angka yang diberikan selama ini hanya ditelan bulat-bulat tanpa sebarang analisa dan perbandingan.Kerajaan Perak telah meluluskan sejumlah 400 hektar tanah kepada 9 buah sekolah menengah persendirian Cina.



Rentetan pertikaian hebat isu tersebut, MB Perak iaitu Dato’ Seri Ir. Muhamad Nizar Jamaluddin mengumumkan 1000 hektar tanah sedang dalam proses kelulusan bagi diagihkan kepada SAR persendirian, sekolah Tahfiz al-Quran dan sekolah pondok.Sebelum itu kerajaan Perak mengumumkan keluasan tanah yang diluluskan bagi SAR persendirian ialah sejumlah 200 hektar iaitu bagi 18 buah sekolah yang terdiri daripada 9 Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 Sekolah Agama Rendah. Mari lihat perbandingan angka-angka yang diberikan oleh kerajaan Perak ini. Keluasan Tanah Sek. Men.

Persendirian Cina (SMPC) 400 hektar = 9 buah
Purata 1 SMPC = 44 hektar (105 ekar)
Tanah SAR Persendirian (SARP)200 hektar = 18 SAR Persendirian (9 Sek Men Agama Rakyat + 9 Sek Agama Rendah)
Maknanya Purata 1 SARP = 11.11 hektar (26 ekar)105 ekar dibandingkan 26 ekar?


Geleng kepala bila penulis tengok angka ini. Anda pula bagaimana? Mungkin ada yang tekup muka kerana menyesal memilih kerajaan yang sebegini. Apa tidaknya, keputusan kelulusan pemberian tanah ini adalah dibuat oleh ahli mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang majoritinya sudah tentulah DAP. Maka angka yang berat sebelah ke arah kaum Cina ini jelas menunjukkan kaum Melayu terpinggir di negeri Perak yang majoritinya Melayu.


Hak Melayu nampaknya dipandang sepi. 26 ekar hanyalah gula-gula penyedap mulut Melayu.Mungkin ada yang berkata tidak sesuai membandingkan 400 hektar dengan 200 hektar. Keluasan tersebut hanya terdiri daripada keluasan tanah yang diluluskan untuk SMPC dan SARP. Kenapa tidak dibandingkan dengan 1000 hektar seperti yang diumumkan Nizar iaitu jumlah keseluruhan untuk SAR persendirian dan pelbagai institusi agama.


Kita bandingkan pula angka 1000 hektar dan 400 hektar.1000 hektar untuk katakan 40 buah sekolah dengan sejumlah 8 SAR Persendirian, 15 sekolah Tahfiz al-Quran dan beberapa buah sekolah pondok (anggaran 7 buah). Setelah dibahagi iaitu 1000 hektar dibahagi 40 buah maka secara puratanya setiap sekolah tersebut akan mendapat hanya 25 hektar iaitu sekitar 59.5 ekar.Sekolah Menengah Persendirian Cina membolot 105 ekar tanah yang diluluskan atas alasan keadilan. Islam itu adil kata Nizar. Penulis sangat bersetuju bahawa Islam itu sangat adil. Tapi yang tidak adil ialah Nizar yang telah dipegang jari telunjuknya oleh DAP. Nizar menggunakan alasan Islam demi menutup isu kelemahan dirinya yang hanya berfungsi sebagai boneka DAP. Mana mungkin adil jika dilihat dan dibandingkan dengan apa yang kita dapati.


Jika kita telan bulat-bulat angka yang diberikan oleh Nizar sudah tentu kita nampak seakan semua yang diberikan olehnya nampak cantik. Tiada cacat cela. Tetapi apabila kita membuat penilaian secara perbandingan, jelas kita dapati kita silap dalam memilih kerajaan PR. Ayuh Melayu, kita bangkit mempertahankan hak Melayu dengan memilih BN di masa Pilihan Raya Umum akan datang. Usah biarkan Perak dikemudi oleh DAP lagi!

Dipetik dari laman mykmu.net

Khamis, September 18, 2008

Sejahteralah Malaysia Baru 16 September 2008

Sejak awal pagi lagi DS Anuar telah bersiap-siap berpakaian serba putih berada di dewan Seri Perdana untuk mengangkat sumpah dihadapan Agong dan dihadiri oleh diplomat dan kabinet baru beliau. Sejak dari awal pagi dewan Seri Perdana telah riuh rendah, barisan jemaah menteri yang baru telah bersiap-siap dan tersenyum lebar masing-masing. Yerlah, nak dilantik menteri kabinet katakan. Nun disebelah kiri, Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, telah bersiap sedia dengan jubah hitamnya, yer... Mr S. Kapal telah dilantik sebagai Ketua Hakim yang baru oleh DS Anuar. Diatas pentas tersenyum Agong, MB Nizar dan Pak Lah. Hahahaha.....


DS Anuar mengekek-ngekek dalam hati, habihlah engko lepas nie Lah hahahah......... Aku akan jadi PM. Tapi DS Anuar semenjak tadi heran mengapa pulak si Nizar nie duduk atas pentas, dah buang tabiat ker mamat nie... Tapi takperlah dia dah sama-sama dalam majlis angkat sumpah nie kira oklah.... Didalam dewan Seri Perdana, dibarisan hadapan terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang akan dilantik, bermula dari Taresa Kak (Menteri Papan Tanda dan Pencemaran Bunyi), Datuk Hadi (Menteri Nikah Kawin), Senator Raja Petra (Menteri Keselamatan Dalam Negeri), Ngeh Kak Ham (Menteri Tanah), Erne Fernandes (Menteri Agama) dan ramai lagi, kecuali Tan Chua (Menteri hubungan Taiwan dan Hal Ehwal Binatang) sejak tadi belum menampakkan batang hidungnyer.


DS Anuar makin resah, “Maner si Tan Chua, kater sat jer gie Taiwan, nie dah pukul berapa hang tak mai-mai lagi” keluh DS Anuar. Masa terus berlalu, setelah 30 minit menunggu DS Anuar berdiri di tepi tingkat pula memandang keluar tingkap, “ Gampang betoi Tan Chua nie, maner 30 katak yang dijanjikan, tak cukup syarat aku nak angkat sumpah nie”. keluh DS Anuar. Tiba-tiba pintu dewan Seri Perdana terbuka luas, Menteri Tan Chua datang bersama rombongan Taiwan beliau. Soli... bos... soli.... taufan maa.... kapal tak boleh terbang maaa.... kata Tan Chua. DS Anuar bergegas ke arah Tan Chua. “Maner katak?” tanya DS Anuar. ‘Ader maaa.... nie dier” kata Tan Chua. “Hah... dua ekor jer?”. Soal DS Anuar. “Solilah bos... dua ekor saja dapat... katak lain sudah terbang maa.... dua ekor nie pun jumpa bawah kerusi maaaa....” jawab Tan Chua. DS Anuar dah mula mengelabah, peluh jantan dah mula menitik, DS Anuar toleh keatas pentas, Pak Lah sejak dari tadi tersenyum, Nizar pun tersenyum. “ Hang senyum kat aku yer Lah, takpa... takpa....” kata DS Anuar. Dewan Seri Perdana mula riuh rendah, ada menteri kabinet DS Anuar yang mula melompat macam kera, ader yang baring atas lantai berenang macam ikan, ada yang sedang menyanyi, yang meraung pun ramai. DS Anuar mula tak sedap hati,


“Ahh... kita angkat sumpah jugaklah” jerit DS Anuar. Maka bermulalah acara mengangkat sumpah, sedang syok DS Anuar angkat sumpah tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju putih berbisik ditelinganya. “Kejap lagilah.... hang tak nampak aku tengah angkat sumpah”. Kata DS Anuar. “Tak boleh DS Anuar, Dr. kata kena makan skarang jugak” kata lelaki berbaju putih itu. “Hang butakah... hang tak nampakkah aku tengah angkat sumpah nie” jerit DS Anuar. “Takper DS Anuar, Agong, Pak Lah ngan Nizar takkan gie maner, dah dekat 6 bulan diaorang duduk kat situ, jangan risau, lepas makan ubat sambung balik angkat ikrar” kata lelaki berbaju putih itu. “ Tak boleh aku kena angkat sumpah skarang jugak, ‘on the double’” jerit DS Anwar. Lelaki berbaju putih menggunakan walkie talkie beliau “Macam biasa dia tak mahu makan ubat Dr.” kata beliau. “Beritahu dia kalau tak mahu makan ubat cucuk ponggong, maner dier nak” balas Dr. “Haa... DS Anuar nak kena cucuk ponggong?” tanya lelaki berbaju putih. Terbeliak besar mata DS Anuar “Cucuk ponggong aku suka, takper, lepas cucuk ponggong kita sambung balik” balas DS Anuar. Maka berlalulah DS Anuar meninggalkan dewan Seri Perdana untuk kembali ke bilik khas beliau. Maka tinggallah rakan-rakan DS Anuar di dewan Seri Perdana yang terletak di hujung kompleks Pesakit Jiwa di Tanjong Rambutan. Dah dua bulan dia menginap disini. Dan setiap hari jugalah pada jam 8.30 pagi beliau berdiri di hadapan dewan Seri Perdana menghadap Gambar Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak untuk mengangkat sumpah. Dan setiap hari jugalah kalau nak suruh dia makan ubat... sori.... dia tak mahu. Tapi kalau cucuk kat ponggung dia nak. Kesian DS Anuar..... # Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada yang terasa dia yang dimaksudkan, mungkin dia syok sendiri. --


Dipetik secara bebas dari : http://perakbangkit.blogspot.com/2008/09/sejahteralah-malaysia-baru.html

Al - Kisah 16 September 2008 - Dipetik dr web mykmu.net

16 September satu tarikh yang sinonim dengan Malaysia kerana pada tarikh inilah Pembentukkan Malaysia diadakan. Kini 16 September 2008 terus menjadi topik perbualan hangat bukan kerana ianya tarikh pembentukkan Malaysia tetapi kerana Anwar Ibrahim berjanji bahawa pada tarikh inilah beliau akan menubuhkan kerajaan baru dibawah pemerintahan Pakatan (Bermaksud Jahat) Rakyat dan kemungkinan beliau akan bergelar Perdana Menteri Jalan Belakang.




Hari ini ialah 16 September 2008, Anwar Ibrahim tampil dengan dakwaan ada berpuluh-puluh 'katak' yang dapat ditangkap oleh 'Pemburu Katak' yang ditugaskanya. Dengar kabar misi memburu 'katak' sudah selesai dan kini hanyalah tunggu 'katak-katak' yang berjaya ditangkap itu dilatih terlebih dahulu di 'Sekolah Katak' agar 'katak-katak itu tak akan makan tuan satu hari nanti.

Dakwanya lagi 'Kerajaan Katak' bakal ditubuhkan dalam tempoh 48 Jam daripada sekarang. Jadi nantikanlah kesudahnya adakah "Kerajaan Katak" dapat ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim atau 'katak-katak' Anwar itu tak mahu melompat lagi.

Di sebelah pihak yang lain pula, dikepalai oleh PM yang berperangai seperti Maharaja Cina zaman dahulu kala meminta bakal Perdana Menteri 'Kerajaan Katak' mendedahkan nama-nama 'katak-katak mereka' selain bertegas tidak mahu berjumpa dengan bakal Perdana Menteri Kerajaan Katak tersebut.

Pada hari ini, 16 September tidak lagi dikenali dan sinonim dengan Malaysia tetapi lebih sinonim dengan katak. Penulis tertunggu-tunggu juga bilakah 'Maharaja Katak' bakal berkuasa dan katanya 'Maharaja Katak' nak kurangkan 'kuasa' raja-raja Melayu atas permintaan Babi yang diimport dari Cina iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng dan tidak lupa Anjing yang berbangsa Singh yang sememangnya 'anti dengan raja-raja Melayu' ni.

Kalau penulis fikirkan balik mengenai 16 September ini, penulis merasa begitu hairan dengan suasana politik tanah air, tetapi mengikut kitab tahun 2008 ini adalah tahun kegawatan politik dan krisis makanan jadi tidak hairanlah perkara ini berlaku, tambahan pula beberapa krisis-krisis politik turut berlaku negara lain pada tahun ini contohnya Thailand, Pakistan, Zimbabwe.

Kadang-kadang terlintas di fikiran penulis, bilakah 'polemik-polemik' politik ini akan berakhir. Kalau dulu di bulan Ramadhan 'jarang sangat kita dengar polemik-polemik politik' tetapi selepas Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa selepas dibebaskan oleh Abdullah Haji Ahmad melalui satu perjanjian sulit yang dikenali sebagai 'perjanjian passport' satu masa dulu.

Presiden AAB memang sudah terkenal dengan perjanjian sulit, maklumat terbaru yang penulis perolehi bahawa 'keputusan Dun Sang Lang" juga di dalangi 'Perjanjian Sulit' di antar Presiden AAB dan beberapa pemimpin PAS, namun tidak pasti lagi maklumat ini sahih atau tidak sahih jadi tunggu sahajalah kesudahanya.

Apa pun yang anda buat, sabarlah menunggu tempoh 48 jam yang akan datang dan dapatlah kita lihat samaada 'Maharaja Katak' mendapat 'Kuasanya' dan berjaya menubuh "Kerajaan Katak" atau tidak.

http://www.suaragenerasimuda.com