Sejak awal pagi lagi DS Anuar telah bersiap-siap berpakaian serba putih berada di dewan Seri Perdana untuk mengangkat sumpah dihadapan Agong dan dihadiri oleh diplomat dan kabinet baru beliau. Sejak dari awal pagi dewan Seri Perdana telah riuh rendah, barisan jemaah menteri yang baru telah bersiap-siap dan tersenyum lebar masing-masing. Yerlah, nak dilantik menteri kabinet katakan. Nun disebelah kiri, Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, telah bersiap sedia dengan jubah hitamnya, yer... Mr S. Kapal telah dilantik sebagai Ketua Hakim yang baru oleh DS Anuar. Diatas pentas tersenyum Agong, MB Nizar dan Pak Lah. Hahahaha.....
DS Anuar mengekek-ngekek dalam hati, habihlah engko lepas nie Lah hahahah......... Aku akan jadi PM. Tapi DS Anuar semenjak tadi heran mengapa pulak si Nizar nie duduk atas pentas, dah buang tabiat ker mamat nie... Tapi takperlah dia dah sama-sama dalam majlis angkat sumpah nie kira oklah.... Didalam dewan Seri Perdana, dibarisan hadapan terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang akan dilantik, bermula dari Taresa Kak (Menteri Papan Tanda dan Pencemaran Bunyi), Datuk Hadi (Menteri Nikah Kawin), Senator Raja Petra (Menteri Keselamatan Dalam Negeri), Ngeh Kak Ham (Menteri Tanah), Erne Fernandes (Menteri Agama) dan ramai lagi, kecuali Tan Chua (Menteri hubungan Taiwan dan Hal Ehwal Binatang) sejak tadi belum menampakkan batang hidungnyer.
DS Anuar makin resah, “Maner si Tan Chua, kater sat jer gie Taiwan, nie dah pukul berapa hang tak mai-mai lagi” keluh DS Anuar. Masa terus berlalu, setelah 30 minit menunggu DS Anuar berdiri di tepi tingkat pula memandang keluar tingkap, “ Gampang betoi Tan Chua nie, maner 30 katak yang dijanjikan, tak cukup syarat aku nak angkat sumpah nie”. keluh DS Anuar. Tiba-tiba pintu dewan Seri Perdana terbuka luas, Menteri Tan Chua datang bersama rombongan Taiwan beliau. Soli... bos... soli.... taufan maa.... kapal tak boleh terbang maaa.... kata Tan Chua. DS Anuar bergegas ke arah Tan Chua. “Maner katak?” tanya DS Anuar. ‘Ader maaa.... nie dier” kata Tan Chua. “Hah... dua ekor jer?”. Soal DS Anuar. “Solilah bos... dua ekor saja dapat... katak lain sudah terbang maa.... dua ekor nie pun jumpa bawah kerusi maaaa....” jawab Tan Chua. DS Anuar dah mula mengelabah, peluh jantan dah mula menitik, DS Anuar toleh keatas pentas, Pak Lah sejak dari tadi tersenyum, Nizar pun tersenyum. “ Hang senyum kat aku yer Lah, takpa... takpa....” kata DS Anuar. Dewan Seri Perdana mula riuh rendah, ada menteri kabinet DS Anuar yang mula melompat macam kera, ader yang baring atas lantai berenang macam ikan, ada yang sedang menyanyi, yang meraung pun ramai. DS Anuar mula tak sedap hati,
“Ahh... kita angkat sumpah jugaklah” jerit DS Anuar. Maka bermulalah acara mengangkat sumpah, sedang syok DS Anuar angkat sumpah tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju putih berbisik ditelinganya. “Kejap lagilah.... hang tak nampak aku tengah angkat sumpah”. Kata DS Anuar. “Tak boleh DS Anuar, Dr. kata kena makan skarang jugak” kata lelaki berbaju putih itu. “Hang butakah... hang tak nampakkah aku tengah angkat sumpah nie” jerit DS Anuar. “Takper DS Anuar, Agong, Pak Lah ngan Nizar takkan gie maner, dah dekat 6 bulan diaorang duduk kat situ, jangan risau, lepas makan ubat sambung balik angkat ikrar” kata lelaki berbaju putih itu. “ Tak boleh aku kena angkat sumpah skarang jugak, ‘on the double’” jerit DS Anwar. Lelaki berbaju putih menggunakan walkie talkie beliau “Macam biasa dia tak mahu makan ubat Dr.” kata beliau. “Beritahu dia kalau tak mahu makan ubat cucuk ponggong, maner dier nak” balas Dr. “Haa... DS Anuar nak kena cucuk ponggong?” tanya lelaki berbaju putih. Terbeliak besar mata DS Anuar “Cucuk ponggong aku suka, takper, lepas cucuk ponggong kita sambung balik” balas DS Anuar. Maka berlalulah DS Anuar meninggalkan dewan Seri Perdana untuk kembali ke bilik khas beliau. Maka tinggallah rakan-rakan DS Anuar di dewan Seri Perdana yang terletak di hujung kompleks Pesakit Jiwa di Tanjong Rambutan. Dah dua bulan dia menginap disini. Dan setiap hari jugalah pada jam 8.30 pagi beliau berdiri di hadapan dewan Seri Perdana menghadap Gambar Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak untuk mengangkat sumpah. Dan setiap hari jugalah kalau nak suruh dia makan ubat... sori.... dia tak mahu. Tapi kalau cucuk kat ponggung dia nak. Kesian DS Anuar..... # Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada yang terasa dia yang dimaksudkan, mungkin dia syok sendiri. --
Dipetik secara bebas dari : http://perakbangkit.blogspot.com/2008/09/sejahteralah-malaysia-baru.html
Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
11 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan