Selasa, Oktober 28, 2008

Gambar² Sekitar Mesyuarat UMNO Bahagian Parit

Majlis Meraikan Kemenangan
Di Perak Shooting Club, Ipoh pada 27 Oktober 2008Kelihatan dalam gambar : Tn Hj Mior Brahim, En. Fadzil Mohd. Lazim, YB Drs. Mohd. Nizar, YB Dato Hj Zaim & En. Yusuf Nordin (berdiri), Saudara Khairul Shah Mohamed (Ketua PEMUDA),
Puan Asmah Laili (Ketua Wanita), En. Ali Jaya (AJK) & En. Megat Fudzil (AJK)


Ucapan Oleh En. Yusuf Nordin
(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit)

Y.Bhg. Datin Puteri Kausar b. Megat Salleh juga turut menghadiri majlis berkenaan (tudung kuning - terlindung)

Proses Kiraan Undi oleh Wakil Perhubungan UMNO Negeri Perak dari Parit Buntar

Wakil Perhubungan Negeri mengira undi dengan telus & teratur


Telefon bimbit tidak dibenarkan ketika proses kiraan undi


Mesyuarat Sedang Dijalankan


Ucapan Perasmian Oleh YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan



Saf Kepimpinan di atas pentas utama

Perwakilan Sedang Kusyuk Mendengar Ucapan YB Dato Hj Mohd. Zaim

KEPUTUSAN PENUH MESYUARAT UMNO BAHAGIAN PARIT

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

MESYUARAT UMNO BAHAGIAN PARIT
Tarikh : 26 hb. Oktober 2008
Hari : Ahad
Masa: Jam 9.00 pagi
Tempat : Dewan Majlis Daerah Perak Tengah
Jumlah Perwakilan : 356 orang
Jumlah Cawangan Yang Sah Bermesyuarat : 75

Pengerusi Tetap
1. En. Abdul Aziz b. Daud (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1. En. Abdul Fatah b. Ahmad Dom (179 undi)
2. En. Nor. Rashid b. Untung (Tarik Diri)
3. En. Norazian Shafie
4. En. Shoib b. Saudi
Pemenang : En. Abdul Fatah b. Ahmad Dom

Ketua UMNO Bahagian Parit
1. YB Dato' Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan - penyandang (209 undi)
2. YB Dato' Nasaruddin b. Hashim (143 undi)
Pemenang : YB. Dato' Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit
1. En. Yusuf b. Nordin (197 undi)
2. Datuk Nasaruddin b. Alang Saidin (149)
Pemenang : En. Yusuf b. Nordin

Naib Ketua UMNO Bahagian Parit
1. YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria (228 undi)
2. En. Faizul b. Abd. Manan ( 114 undi)
Pemenang : YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit Sesi 2008/2011
1. En. Ali Jaya
2. En. Fadzil b. Mohd. Lazim
3. En. Jebat b. Din
4. En. Megat Fudzil b. Mohamed
5. En. Mustafa b. Mohamad
6. En. Ishak b. Sofian
7. En. Khairuddin b. Kadri
8. En. Ismail b. Hj Hasbollah
9. Tuan Hj Meor Shahrin b. Meor Mohd. Yusuf
10. Ir. Razlan
11. En. Kamarul Baharin
12. Puan Zaharah
13. Tuan Haji Wahab Zahari Darus
14. En. Ismail b. Kamaruddin
15. En. Daim b. Dahalan
16. En. Shahrullail
17. En. Hisan b. Harun
18. Tuan Haji Ramli Ngah
19. En. Bahari Alang Mat Akib
20. En. Ahmad b. Adnan

Perwakilan UMNO Bahagian Parit Ke Kuala Lumpur (G7)
1. Y.Bhg. Dato' Che Ri b. Md Daud (Menang Tanpa Bertanding - Dipilih secara automatik)
2. En. Fadzil b. Mohd. Lazim
3. En. Khairuddin b. Kadri
4. En. Ismail b. Hasbollah
5. En. Jebat b. Din
6. En. Ishak b. Sofian
7. Tuan Hj Meor Brahim b. Abd. Rahman

Pencalonan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia
1. Dato' Badruddin Amirudin

Pencalonan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia
2. Dato' Mohamad Aziz

Pencalonan Presiden UMNO
1. YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak

Pencalonan Timbalan Presiden UMNO
1. YB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (71 undi)
2. Y.Bhg. Tan Seri Senator Mohd. Taib (43 undi)
3. YB Tan Seri Muhyiddin Yassin (25 undi)
Pemenang : YB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Pencalonan Naib Presiden UMNO
1. YB Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Dipilih sebulat suara)
2. Tan Seri Rahim Tamby Chik (67 undi)
3. YB Datuk Shafie Afdal (58 undi)
4. YB Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin (43 undi)

Pencalonan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
1. Datuk Seri Aziz Shamsuddin
2. Dato' Hamzah Zainuddin
3. Datuk Husni Hanadzlah
4. Dato' Azian Osman
5. Datuk Tajuddin Rahman
6. Dato' Dr. Zamry Kader
7. Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
8. Dato' Radzi Manan
9. Dato' Jins Shamsuddin
10. Datuk Noh Omar
11. Datuk Ir Mohd. Zain Mohamed
12. Datuk Mustapha Mohamad
13. Datuk Sharir Samad
14.
15. Datuk Seri Mohamad Hassan
16. Datul Saifuddin Abdullah
17. Dato' Seri Shahidan Kassim
18. Datuk Mahadzir Khalid
19. Datuk Zainal Abidin Othman
20. Dato' Seri Ghani Othman
21.
22. Datuk Razali Ibrahim
23. Datuk Seri Azalina Othman Said
24. Datuk Subahan Kamal

Gambar - Gambar Sekitar Majlis Perasmian & Mesyuarat Perwakilan Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit 2008



Ucapan Perasmian Oleh YB Dato' Hj Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan

Ketua UMNO Bahagian Parit



Antara Perwakilan Wanita Yang Hadir


Dari kiri:
Sabaruddin Othman (Ketua Penerangan), Tn. Hj Mior Shahrin (bekas Naib Ketua),
YB Drs. Mohd. Nizar Zakaria (bekas Ketua PEMUDA), Saudara Khairul Shahril (Ketua PEMUDA),
Saudara Khairuddin Abu Hanifah (Naib Ketua).
Belakang:
En. Ishak b. Sofian (Pengerusi Tetap)
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit


Barisan Exco PEMUDA UMNO Bahagian Parit

Barisan EXCO PEMUDA UMNO Bahagian Parit

KEPUTUSAN PEMILIHAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PARIT

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Keputusan Penuh Pemilihan PEMUDA UMNO Bahagian Parit
Tarikh Mesyuarat : 25 hb. Oktober 2008
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan SJK(C) Chung Hwa, Parit
Perasmian : YB Dato' Hj Mohd. Zaim Hj Abu Hasan
(Ketua UMNO Bahagian Parit)
Jumlah Cawangan PEMUDA : 68 cawangan
Jumlah Perwakilan : 176 orang (62 cawangan)
Pemerhati : 6 cawangan


Pengerusi Tetap
1. En. Ishak b. Safian - penyandang (114 undi)
2. Saudara Awasanadi Abdullah (55 undi)
Pemenang: En. Ishak b. Safian


Timbalan Pengerusi Tetap
1. Saudara Ahmad Jaafar b. Esa (85 undi)
2. Saudara Mohd. Daud b. Abdullah (81 undi)
Pemenang : Saudara Ahmad Jaafar b. Esa


Ketua PEMUDA
1. Saudara Khairul Shahril b. Mohamed (Menang Tanpa Bertanding)


Naib Ketua PEMUDA
2. Saudara Khairuddin b. Abu Hanifah (Menang Tanpa Bertanding)




Perwakilan PEMUDA UMNO Bahagian Ke Kuala Lumpur
1. Saudara Mohd. Rozi b. Ani (Menang Tanpa Bertanding)
2. Saudara Abdul Razak. Hj. Ahsan (Menang Tanpa Bertanding)




Ahli Jawatankuasa PEMUDA UMNO Bahagian Parit Sesi 2008/2011
1. Saudara M.Abdullah b. Abd. Fatah (141 undi)
2. Saudara Ahmad Shamil b. Hj Mohamed (125 undi)
3. Saudara Ahmad Shafie b. Othman
4. Saudara Mustafa b. Shaari
5. Saudara Mohd. Rozi b. Ani
6. Saudara Syed Roshidon b. Habib Abdullah (111 undi)
7. Saudara Wizan b. Ismail (110 undi)
8. Saudara Harisal Keifli (107 undi)
9. Saudara Fairuddin
10. Saudara Shahrul Nizam b. Norzi (91 undi)
11. Saudara Hasbullah (91 undi)
12. Saudara Muhadzir b. Nordin (88 undi)
13. Saudara Faizal b. Othman (88 undi)
14. Saudara Jasman b. Jamaan (77 undi)
15. Saudara Sazali (74 undi)

Pencalonan Pengerusi Tetap Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia
1.Dato' Abdul Fatah Abdullah (Menang Tanpa Bertanding)

Pencalonan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia
1. Ton Zalani (Menang Tanpa Bertanding)


Pencalonan KETUA PEMUDA UMNO Malaysia
1. YB Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo (118 undi)
2. Y.Bhg. En. Khairi b. Jamaluddin (17 undi)
Pemenang : YB Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo


Pencalonan Naib Ketua PEMUDA UMNO Malaysia
1. Dato' Reezal Merican Naina Merican (Menang Tanpa Bertanding)


Pencalonan EXCO PEMUDA UMNO Malaysia
1. YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria
2. Saudara Khairul Azman Dato' Harun
3. Saudara Mohd. Irwan Zulkifli
4. Saudara Mohd. Hishamuddin Yahya
5. Saudara Anuar Safin
6. Saudara Ahmad Zaini Ismail
7. Saudara Zamri Zainal Abidin
8. Saudara Dr. Norhandi Hasan Basri
9. Saudara Mohd. Saiful Hj Mustafa
10. Saudara Shahril Jamaluddin
11. Saudara Kamarul Saleh
12. Dato' Ahmad Zaki
13. Saudara Mohd. Nazim Abdul Samad
14. Saudara Norizan Ali
15. Saudara Lokman Nor Adam
16. Saudara Suhaimi Yaakob
17. Saudara Mohd. Faizol Md Dahan
18. YB Dato' Wan Amizan Wan Abdul Razak
19. Dr. Johari Mohd
20. Saudara Kamal Hisham


Maka berakhirlah sudah Mesyuarat Perwakilan Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit pada 25 Oktober yang lalu. Mesyuarat berjalan dengan penuh harmoni dan teratur. Majlis perasmian oleh YB Dato' Hj Mohd. Zaim b. Hj Abu Hasan di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah serentak dengan perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita & Puteri UMNO.

Saudara Khairul Shahril b. Mohamed kini menerajui Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian dan akan dibantu oleh Saudara Khairuddin b. Abu Hanifah. Saudara Khairul Shahril merupakan bekas Penolong Setiausaha Pergerakan PEMUDA selama 2 penggal dan telah berkhidmat dibawah dua kepimpinan PEMUDA, Saudara Yusuf Nordin dan YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria. Dengan pengalaman yang beliau ada, diharap PEMUDA UMNO Parit akan lebih perkasa dan kukuh dimasa depan. Saudara Shahril juga amat rapat dengan akar umbi semasa menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha dan begitu juga dengan Saudara Khairuddin. Jadi, pasti tidak menjadi masalah kepada mereka untuk mendekati golongan muda dan seterusnya bersiap sedia untuk menghadapi PRU 13 kelak.



Kemenangan muka baru menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa PEMUDA UMNO Bahaigian menandakan satu perubahan dan wawasan baru dalam pergerakan PEMUDA UMNO Parit yang sebelum ini diterajui oleh YB Drs. Mohd. Nizar Zakaria. Seramai 50 orang calon merebut 15 kerusi AJK. PEMUDA UMNO Parit juga mencalonkan YB Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo sebagai Ketua PEMUDA UMNO Malaysia menewaskan YB Khairy Jamaluddin. Ini merupakan suara akar umbi yang mana undi perwakilan berpihak kepada YB Dato' Seri Dr. Mohd. Khir
Toyo. Pencalonan Dato' Rezal Merican tanpa ada calon lain yang dinamakan menunjukkan keharmonian didalam Pergerakan PEMUDA UMNO Parit.



Kemenangan tipis Saudara Ahmad Jaafar Esa dengan kelebihan 4 undi menewaskan Saudara Mohd. Daud b. Abdullah begitu dramatik. Mereka bedua merupakan sahabat baik dan juga bekas AJK PEMUDA UMNO Bahagian Parit. Ini juga mencerminkan kematang berpolitik dikalangan PEMUDA. YB Drs. Mohd. Nizar Zakaria tidak mempertahankan jawatan Ketua PEMUDA kerana beliau akan bertanding untuk merebut kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Parit. PEMUDA UMNO Parit juga mencalonkan nama YB. Drs. Mohd. Nizar Zakaria sebagai Exco PEMUDA UMNO Malaysia dan diberitakan YB. Drs. telah mendapat banyak pencalonan dari Bahagian² PEMUDA seluruh Malaysia.



Mesyuarat tamat pada jam 4.30 pm. Semoga saf kepimpinan baru ini akan lebih berjaya dan membawa PEMUDA UMNO Parit ke satu tahap yang lebih baik dan disegani sekaligus sebagai barisan hadapan untuk PRU 13 kelak.

'SEDIA GEMPUR'

Khamis, Oktober 23, 2008

Nuar Berahim

Sebilangan rakyat Malaysia kini terpengaruh dengan agenda dan propaganda Pakatan Rakyat, percaya kepada momentum yang rakyat mahukan perubahan seberapa segera tanpa perlu menunggu 16 September disebabkan komponen BN sukar untuk belajar jika tidak pernah jatuh apabila tewas di beberapa negeri di Malaysia pada PRU-12.

Ramai yang terpengaruh percaya kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cita-cita untuk merampas sebuah kerajaan pemerintah samaada melalui secara SAH atau "pintu belakang". Lim Guan Eng dan DAP amat fokus kepada prinsip perjuangan 'Malaysian-Malaysia' dari dulu sampai sekarang, DAP dan Lim Guan Eng membangkang kerajaan sejak era Dr Mahathir lagi. Begitu juga dengan PAS, yang fokus kepada 'Kepimpinan Ulama' dan mereka juga membangkang sejak era Tunku Abdul Rahman lagi. Hairannya.. Amerika tidak menyokong mereka pun!!

Malahan, Lim Guan Eng dan anak kepada Nik Aziz juga pernah ditahan dibawah Akta ISA, tetapi Amerika tidak pernah mengutuk dan mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia. Hairannya, kenapa Amerika beria-ria membela dan mempersoalkan kewajaran Anwar Ibrahim apabila dikenakan tuduhan salahlaku oleh Kerajaan Malaysia. Tahun 1998, Anwar disokong oleh Naib Presiden AS, Al-Gore, Tahun 2008 Anwar disokong oleh Condolezza Rice. Bukan calang-calang orang yang membela dan mempersoalkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim.
Kenapa Amerika sahaja yang menyokong Anwar? Dimana suara bantahan dari Rusia? Dimana suara bantahan dari China? Kenapa hanya Amerika??? Padahal ekonomi Malaysia hanya berada pada tangga ke 16 sebagai rakan dagang AS.


Sebabnya, Anwar adalah orang penting dalam organisasi Foundation of the Future. Orang-orang yang pro-Anwar mestilah tahu dan sentiasa merujuk blog Anwar untuk berita-berita terkini, dan mereka sentiasa mendapat makluman terkini aktiviti Anwar dalam organisasi ini. Berikut adalah maklumat dalam Wikipedia..
"In July 2006, Anwar was elected Chair of the Washington-based Foundation for the Future [13]. In this capacity, he signed the October 1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the US Department of State to the Foundation for the Future. This transaction led to Paul Wolfowitz's resignation as president of the organization.[14] He was one of the signatories of A Common Word Between Us and You in 2007, an open letter by Islamic scholars to Christian leaders, calling for peace and understanding."
Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik dalam dan luar negara sudah sedia maklum akan peranan 'disebalik tabir' Yahudi dalam pentadbiran Amerika, malahan calon Presiden mesti mendapat sokongan dan lobi Persatuan Yahudi Amerika untuk mencerahkan lagi peluang calon-calon tersebut. Dan rakyat Malaysia pun sedar akan hal ini sudah sekian lamanya, sejak Anwar berada dalam tampuk kerajaan lagi.
Semasa Perang Dingin Amerika-Russia, terdapat satu penerimaan pemikiran kepada 'Teori Domino' dimana kepercayaan fahaman komunisme akan berjangkit kepada negara-negara yang berdekatan dengan kuasa besar Komunis seperti Rusia. Dari Rusia-China-Vietnam-Burma-Thailand-Malaysia-Singapura-dll. (seperti alat permainan blok Domino).


Kerana itu Amerika mengambil langkah pro-aktif dengan menyekat fahaman ini dari terus tersebar dengan memperkenalkan idea 'Demokrasi' sebagai alternatif kepada idea 'Komunisme'. Bagaimanapun, setelah kejatuhan Rusia dibawah Mikhail Gorbachev.. Islam mula dilihat sebagai musuh utama kepada peradaban Amerika-Yahudi, oleh itu Amerika telah melancarkan pelbagai ideologi seperti 'Liberalisme', 'Globabalisme', 'Human Rights', 'Terrorisme' dan lain-lain untuk menyekat pengaruh Islamisasi dari terus berkembang..
Pentadbiran Amerika-Yahudi percaya, serangan melulu terhadap Islam akan menghasilkan lebih ramai pengganas baru dan bilangannya amat cepat berkembang sebelum mereka sempat membendungnya, kaedah menggunakan orang Islam sendiri sebagai 'neutralise' kepada umat Islam lebih praktikal dan berkesan walaupun memerlukan sedikit bantuan masa.


Seolah-olah anai-anai yang memakan kayu dari dalam.. akhirnya rumah tersebut akan roboh dengan sendirinya..
Dan inilah fungsi-fungsi utama Foundation For The Future, yang dibiayai oleh tabung Amerika untuk membantu NGO dan parti berhaluan kiri sesebuah kerajaan yang tidak sealiran dengan dasar Amerika yang berpusat di Washington, dan dilancarkan oleh Condolezza Rice pada 12 November 2005 di Bahrain ini boleh menglibatkan Anwar bersama-sama mereka?


Berbalik kepada politik Malaysia, semasa era pemerintahan Dr Mahathir, orang-orang Yahudi tidak gemar kepada beliau kerana dasarnya yang tidak mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat hasil krisis Israel-Palestin, malahan Dr Mahathir juga menuduh Yahudi memainkan peranan dalam krisis ekonomi 1997 dan mendakwa Yahudi mengawal dunia ini melalui proksi-proksinya.

Usaha Israel untuk menjalinkan hubungan dengan Malaysia sebenarnya bermula dari tahun 1956 lagi, tetapi sentiasa menemui jalan buntu. Semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman dan dua PM yang berikutnya, usaha Israel tidak berjaya dan ini diburukkan lagi dengan pendirian keras Dr Mahathir terhadap Yahudi sehingga dirinya digelar Anti-Yahudi.

Bagaimanapun, pada tahun 1994, Malaysia mula berlembut dengan Israel dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk berurusan dengan Israel atas hal-hal perniagaan. Pada tahun 1996, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia telah memberi kebenaran kepada bank Malaysia untuk membuat kerjasama dengan bank Israel.

Pada tahun 1997, semasa krisis mata wang, Anwar cenderung kepada pendekatan pasaran bebas, pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan, manakala Dr Mahathir cenderung kepada pengawalan matawang dan pengawalan pelaburan asing, disamping menuduh George Soros sebagai dalang krisis tersebut. Hal ini mencetuskan pertembungan pendapat sesama mereka. Anehnya pada tahun 1998, Anwar telah dinobatkan 'Asian of the Year' oleh majalah Newsweek.

Oleh itu.. berdasarkan kepada pembacaan dan kajian tidak seberapa ini, dapatlah dirumuskan bahwa:
1. Yahudi-Amerika mula memberi perhatian kepada Anwar, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan pada Tahun 1994, membuka lembaran baru hubungan Israel-Malaysia dengan kelonggaran dasar Malaysia membenarkan hubungan dagang dengan Israel. Ianya seolah-olah menolong usaha Israel sejak tahun 1956 lagi untuk berurusan dengan Malaysia.

2. Yahudi-Amerika semakin tertarik kepada Anwar semasa krisis mata-wang 1997 diatas kepercayaannya kepada prinsip pasaran bebas, pelaburan asing tanpa had, liberalisasi perdagangan yang lebih menepati cita-cita Yahudi-Amerika terhadap pasaran ekonomi dunia sejagat. Dan Amerika tidak suka kepada Dr-Mahathir yang dianggap ultra-Melayu, anti-semitik dan campur-tangan kerajaan dalam ekonomi.

3. Prinsip demokrasi dan liberalisasi yang didokong oleh Anwar boleh menolong matlamat Yahudi-Amerika untuk meneutralkan orang-orang Islam yang ortodoks dan radikal, seterusnya menolong matlamat global Yahudi-Amerika untuk menyekat fahaman Islam yang radikal dari terus merebak.

4. Dengan gabungan fahaman Islam yang liberal dan kepercayaan kepada pasaran bebas, Anwar dilihat sebagai seorang calon yang mempunyai pakej lengkap agenda globalisasi Yahudi-Amerika sejajar dengan penghormatan negara-negara Asia dan Arab terhadap reputasi baik Malaysia sebagai model negara membangun yang berjaya.

5. Dengan memberi sokongan padu kepada Anwar, secara tidak langsung negara-negara Asia dan Arab yang kagum akan kejayaan Malaysia sebelum ini akan lebih menghormati Anwar dan mudah menerima buah fikiran beliau. Ini akan menolong mempercepatkan agenda Yahudi-Amerika untuk meneutralkan pemimpin-pemimpin negara lain.
Samada Anwar Ibrahim sememangnya proksi Amerika atau beliau sedar tentangnya tetapi sengaja buat-buat tidak tahu, atau beliau tidak sedar bahawa dirinya dijadikan kuda tunggangan Yahudi-Amerika, begitu juga dengan penyokong dan pengikut PKR yang memberi peluang kepada agenda Yahudi-Amerika mempengaruhi politik dan rakyat Malaysia walaupun dinyatakan fakta dan bukti sekalipun terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Hanya Allah yang Maha Tahu.

10 SOALAN UPSR RAKYAT KEPADA ANWAR
Sepertimana Anwar berkiblatkan kalimah: "lawan tetap lawan". Dengan menyahut cabaran sebilangan rakyat Malaysia bernaungkan panji-panji "benar tetap benar"!. dikemukakan senarai soalan UPSR berikut ditujukan kepada Anwar Ibrahim (anda) kerana rakyat kini telah menjadi penyemak kertas ujian ketika ini:
SOALAN 1: Apakah hubungan sebenar anda dengan kuasa besar Amerika Syarikat dalam konteks mencorak orde dunia baru? Adakah anda setuju dengan dasar Perang Salib moden yang dipelopori golongan neo-con AS dengan berselindung disebalik topeng demokrasi dan hak asasi?

SOALAN 2: Sehubungan dengan (a), pendirian anda berhubung kewujudan regim haram, Israel, di bumi Arab? Adakah anda mengiyakan atau menafikan sokongan kepada kewujudan Negara haram tersebut memandangkan anda adalah salah seorang yang menandatangani surat terbuka berhubung Sidang Kemuncak Annapolis.

SOALAN 3: Sejauh manakah anda boleh memberi jaminan bahawa kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak akan menjejaskan kedudukan umat Islam di negara ini. Bukankah, dalam sidang perwakilan yang lepas, DAP dengan terang-terangan menolak perlaksanaan syariat dan mempertahankan kedudukan sekular sekarang berpandukan Perlembagaan yang sedia ada?Bukankah ini sedikit sebanyak mirip dengan perjuangan golongan tertentu seperti Kumpulan Artikel 11 dan IFC? Juga suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin tertentu gerombolan-gerombolan tersebut jelas mencabar keutuhan agama Islam sebagai agama resmi Persekutuan menurut Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan.
Adakah anda sedia memberi jaminan bahawa kesucian dan keutuhan Islam dan institusi berkaitan tidak akan dinodai sekiranya saudara mewarisi tampuk pemerintahan kelak?

SOALAN 4: Kebelakangan ini, penulis blog tertentu seperti RPK dalam portal MalaysiaTodaynya jelas mempersoalkan hukum hakam Islam serta memperlekehkan personalitas tokoh-tokoh tertentu yang berjuang menegakkan stariat Allah. Ramai sedar penulis berkenaan ada berkempen sepentas dengan isteri anda maupun secara individu untuk anda dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini apatah lagi memberi sokongan padunya kepada perjuangan anda melalui nukilannya.
Sudikah anda menjelaskan pendirian saudara berhubung penghinaan RPK terhadap agama Islam? atau dapatkah di tafsirkan bahawa diam anda berhubung perkara tersebut menandakkan persetujuan tersirat saudara akan tindak tanduknya. Juga apakah pendirian anda tentang penulis blog beraliran sekular liberal dan anti-hadith yang lain?

SOALAN 5: Adakah pendirian anda diwarnai oleh hujah-hujah saudara dalam The Asian Renaissance yang boleh dipertikaikan itu? Kendatipun, anda mendokong idealisma demokrasi, adakah ianya benar-benar dapat disuburkan dalam persekitran sosio-budaya yang serba kepincangan dan para pengundi mempunyai aksesibiliti yang terhad kepada sumber berita sahih (satu persoalan yang pernah ditonjolkan oleh Amartya Sen).

SOALAN 6: Adakah dasar ekonomi yang anda canangkan realistik dalam persekitaran 'capital inflow' yang kian menyusut serta penyusutan ekonomi Amerika Syarikat yang menjadi pasaran ekspot yang kedua terbesar buat produk tempatan? Adakah hegemoni ekonomi Amerika akan berkembang di Malaysia dibawah pemerintahan anda?

SOALAN 7: Bagaimana pula dengan pendekatan anda bagi bagi mengurangkan jurang 'Gini Coefficient' yang kian melebar antara kaum dan intra-kaum? Apakah pegangan ekonomi oleh masyarakat Cina akan terus disuburkan atau satu paradigma baru akan dicorak bagi memastikan penyertaan samarata (equitable) semua kaum dalam aktiviti ekonomi? Adakah penggantungan kepada kuasa pasaran/market forces semata-mata bakal menentukkan kelestarian dan keboleh tahanan ekonomi pribumi?

SOALAN 8: Bagaimana pula pendirian anda akan aliran keluar modal (capital outflow) melalui pemindahan modal (capital repatriation) oleh warga asing dan golongan comprador tempatan? Adakah kadar riba akan dinaikkan bagi menangani kemelut ekonomi kini sepertimana yang berlaku pada 1997/98.

SOALAN 9: Lebih penting lagi, adakah anda berhasrat menegakkan sistem ekonomi Islam yang bebas riba? Adakah sistem matawang Malaysia akan bakal menggunakan sistem free float atau sistem fixed peg (samada hard or soft peg) atau managed float?

SOALAN 10: Adakah Asian Renaissance bakal menjadi leitmotif pentadbiran saudara (jika anda berjaya merampas takhta idaman dengan cara luar perlembagaan/extra consitutional). Bukankah ini bercanggah dengan prinsip anda utarakan dalam karya anda itu? atau adakah matlamat menghalalkan cara?


Ada banyak lagi soalan UPSR yang ramai rakyat Malaysia ingin ajukkan kepada anda memandangkan pihak anda yakin akan menerajui pemerintahan negara sebagai PM dalam waktu terdekat (satu andaian yang amat sangsi).
Waima pun begitu, diharap anda tidak kecut atau gelabah menjawab soalan-soalan UPSR rakyat diatas dan ianya bakal menyusul soalan PMR dilain waktu nanti (jika lulus), inshaallah. Semoga anda mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa silam yang pernah berlaku dalam bulan mulia ini dan insaf akan kekerdilan dan kefanaan diri anda serta tunduk tawadduk kepada kebesaranNya. Akhir kalam, jadikanlah AlQuran dan Al-Sunnah sebagai panduan saudara bukannya Asian Renaissance.

Dipetik secara bebas dri mykmu.net

Jumaat, Oktober 17, 2008

Terkini Dari UMNO Bahagian Parit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perhitungan terakhir bakal dinantikan pada 25 & 26 hb. Oktober 2008 di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT). Semua calon² yang bertanding telah mula berkempen dan berjumpa dengan para perwakilan. Ada juga calon² yang menarik diri dan tidak kurang juga yang langusng tidak berkempen.

Setelah tamat mesyuarat cawangan², calon - calonnya yang bertanding adalah seperti berikut :

Ketua Bahagian:
1. YB. Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan (Pemangku, ADUN Belanja) - 48 Pencalonan
2. YB. Datuk Nasaruddin b. Hashim (Timbalan Ketua, ADUN Bota) - 27 Pencalonan

Timbalan:
1. En. Yusuf b. Nordin (SU Bahagian, Bekas Ketua PEMUDA)
2. Datuk Nasaruddin b. Alang Saidin (Bendahari Bahagian, Bekas Ahli Parlimen Parit)

Naib Ketua:
1. YB. Drs. Ustad Nizar b. Zakaria (Ketua PEMUDA, Ahli Parlimen Parit)
2. En. Mohd. Faizul Manan (Bekas Ketua PEMUDA)
3. En. Hisan Harun (Dijangka Tarik Diri)
4. En. Abd. Rashid b. Hj Nopiah (AJK Bahagian)
5. En. Jebat b. Din (AJK Bahagian) - Tarik Diri
6. En. Ir Razlan (AJK Bahagian)

Pengerusi Tetap:
1. En. Abdul Aziz (Penyandang & Mengekalkan Jawatan)

Timbalan Pengerusi Tetap:
1. En. Abdul Farah Ahmad Dom (Caw. Kg. Senin)
2. En. Nor. Rashid Untong (Penyandang, Caw. Batu 16 Lambor Kanan)
3. En. Norazian bt. Shafie ( Caw. Teluk Sena)
4. En. Shoib b. Saudi (Caw. Titi Gantung)

Seramai 73 orang calon akan cuba menempatkan diri untuk mengisi 20 kekosongan kerusi bagi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit Sesi 2008/2012. Manakala seramai 44 calon pula akan merebut 7 tempat sebagai perwakilan ke Mesyuarat Agung UMNO Malaysia pada Mac tahun hadapan. Seramai 352 perwakilan akan memilih kabinet baru UMNO Bahagian Parit dari 75 cawangan UMNO di seluruh Bahagian Parit.

Bagi kerusi Ketua dan Timbalan Ketua menyaksikan perlawanan dua penjuru diantara penyandang dan ADUN Belanja YB Dato' Zaim dan dicabar oleh bekas Timbalan Ketua Bahagian YB Dato' Nasaruddin Hashim selaku ADUN Bota. YB Dato' Zaim telah menerajui UMNO Parit sejak dulu lagi ketika era Ramli Ngah Talib dan merupakan anak guru agama dari Kampung Senin dan Ketua Cawangan Kampung Senin. Beliau merupakan Bendahari UMNO Negeri dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Ramli b. Ngah Talib.

YB Dato' Nasaruddin Hashim, beliau merupakan bekas Pegawai Daerah yang pernah berkhidmat di Selangor, Pahang dan Melaka. Mula dilantik sebagai AJK Bahagian dan Bendahari, sebelum menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Bahagian. Beliau juga sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bekas Pengerusi FELCRA Berhad.Beliau merupakan Ketua UMNO Cawangan Kg. Aji Bota Kiri.

Bekas Ketua PEMUDA UMNO Bahagian. En. Yusuf b. Nordin selaku Setiausaha Bahagian akan ditentang oleh bekas Ahli Parlimen Parit iaitu Datuk Nasaruddin b. Alang Saidin. Datuk Nasaruddin Alang Saidin merupakan Bendahari UMNO Bahagian Parit. Semoga perwakilan memilih calon yang benar-benar ikhlas untuk berkhidmat kepada UMNO Parit dan seterusnya menghadapi PRU 13 kelak. Penyandang jawatan Timbalan sebelum ini ialah Dato' Che Ri b. Md Daud yang tidak mempertahankan jawatannya.

Ahli Parlimen Parit, YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria akan melepaskan jawatan Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Parit dan bakal mengisi kekosongan Naib Ketua UMNO Bahagian. Beliau akan ditentang oleh bekas Ketua PEMUDA yang kembali mewarnai politik UMNO Parit iaitu En. Faizul Manan, seorang ahli perniagaan. Setelah melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada 2001, Faizul meninggalkan politik Parit dan lebih fokus kepada perniagaan beliau. Kini beliau kembali untuk menerajui UMNO Parit. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Kg. Kepala Pulau selepas En. Jebat b. Din tidak mempertahankan jawatannya. Selain itu, En. Hisan b. Harun, ahli perniagaan juga turut sama mengintai jawatan berkenaan, selain IR Razlan dan. Abd. Rashid Nopiah. Dijangka hanya YB Drs. Mohd. Nizar dan Faizul yang akan merebut kerusi berkenaan selepas diberitakan calon lain menarik diri.

Cikgu Aziz, pesara guru mengekalkan sekali lagi jawatannya sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian. Manakala En. Nor Rashid Untung akan ditanding oleh En. Abd. Fatah b. Ahmad Dom dari Cawangan Kg. Senin. Turut sama melengkapkan senarai calon untuk jawatannya ini ialah En. Norazian dari Teluk Sena dan En. Shoib Saudi dari Titi Gantung.

Kekosongan jawatan Ketua PEMUDA UMNO, menyaksikan Saudara Khairul Shahril b. Mohamed (Pen Setiausaha Pergerakan PEMUDA) menang tanpa bertanding jawatan berkenaan selepas tutup pencalonan. Manakala Naib Ketua PEMUDA pula bakal disandang oleh Saudara Khairuddin b. Abu Hanifah (AJK Pergerakan PEMUDA, Ketua PEMUDA Cawangan Bukit Chupak), ini berikutan pencabar bagi kerusi berkenaan Saudara Anuar dari Caw. Changkat Banjar tidak melepasi kuota pencalonan. Kekosongan kerusi Naib Ketua ini berikutan Saudara Tuan Hj Meor Shahrin Meor Yusoff melepaskan jawatan berkerana kerana lebih umur dan beliau bertanding bagi merebut Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit.

Seramai 51 orang calon akan mengisi 15 kekosongan kerusi Ahli Jawatankuasa Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit. Hanya 6 orang AJK lama yang akan meneruskan perjuangan manakala selebihnya telah tamat tempoh kerana had umur. Sebanyak 204 perwakilan PEMUDA akan menentukan kepimpinan PEMUDA UMNO Bahagian Parit dari 68 buah cawangan PEMUDA.

Penyandang jawatan Pengerusi Tetap Pergerakan PEMUDA UMNO, En. Ishak Sofian akan ditentang oleh bekas Setiausaha Kerja UMNO Bahagian, Saudara Awasanadi Abdullah yang melepasi syarat pencalonan. Manakala En. Yusuf Jali tidak mempertahankan jawatan selaku Timbalan Pengerusi Tetap dan bakal menyaksikan pertandingan dua orang sahabat yang merupakan bekas AJK PEMUDA Bahagian iaitu Saudara Mohd. Daud Abdullah dan Saudara Mohd. Jaafar b. Esa.


Segala persoalan diatas akan terungkai pada 25 & 26 Oktober kelak di Dewan MDPT Parit. Diharap perwakilan membuat penilaian yang bijak demi memastikan survival UMNO Bahagian Parit disamping untuk menghadapi cabaran PRU 13 kelak.

Selamat memilih.




RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU

I
Ratu anjing itu pun melengking,
menyalak galak mengasah taring,
setelah lepas tersepit pengancing,
keluar dari akal yang sinting, munci;
Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling menunjuk telunjuk berkait kelinking.
Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'.


II
Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh
dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh, alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh menggadaikan kabilah mudah diperbodoh


III
Suci suatu subuh itu terganggu,
salak anjing antara azan yang syahdu
melihat kelibat siluman dan hantu,
tawakal muazin menuju nawaitu
titipan taqwa pada yang satu b
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu,
bukit bukau tetap jitu gunung-ganang tetap padu,
manusia perlu berakal dan berilmu


IV
Alam maya bukan mutlak milik kita
dipinjamkan cuma sementara
dipentas ini kesempatan bersama berjuta makhluk berbagai rupa ketentuan anjing-anjing juga ada


V
Kok anjing biar menyalak
kok bukit diar berpuncak
kok terasa menyelar bijak bumi juga tempat berpijak
padah kata bila kata terlajak


Dr Ibrahim Ghaffar,
Bukit Kapar Selangor.
22 September 2008

Jumaat, Oktober 10, 2008

Al Kisah Presiden, Timb. Presiden, Naib Presiden & Ketua PEMUDA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pengumuman Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO telah sambut dengan perasan yang bercampur² oleh ahli UMNO. Ada yang sedih, ada yang gembira, yang ternganga, yang tersipu² dan tidak lupa ada yang bersorak.

Kini isunya, siapakah yang akan mengisi kekosongan nya?? Presiden, Timbalan??Naib?? dan tidak lupa Ketua PEMUDA?? Sejauh manakah bakal presiden akan membawa UMNO ke satu tahap yang lebih relevan dari sekarang?? Kemerosotan sokongan pada PRU 12 yang lalu sememangnya memberi tamparan hebat dan tekanan kepada UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat amnya dan orang Melayu khasnya??

Mereka yang selama ini begitu beria-ria menyokong Pak Lah, kini mereka jugalah yang berebut² untuk naik dan duduk di kerusi empuk samada Timbalan, Naib dan MT.

Ada yang umumkan untuk bertanding Timbalan, bertanding Naib dan bertanding MT. Siapa pilihan anda??

Seperti yang diketahui, Presiden UMNO lazimnya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.. Adakah Teori RAHMAN ( N = Najib) akan terbukti??

Bahagian² UMNO seluruh Malaysia telah mula bersidang sejak semalam. Pasti banyak peluru & kemenyan (istilah orang Parit) yang akan dibekalkan. Kalau tiada peluru macam mana meriam/pistol nak meletup.

PEMUDA UMNO juga akan menerima ketua yang baru. Siapa calon yang benar² mampu membawa suara pemuda?? Khairy??Mukhriz??Khir Toyo??Zahidi?? Kini agen²/ pelobi sedang sibuk berkeliaran di serata Bahagian untuk mendapatkan pencalonan. Yang paling awal tentunya Khairy (Machang) dan Mukhriz (Kimanis, Sabah). Reezal Merican dan Razali Ibrahim mencalonkan diri mereka untuk mengisi kekosongan Naib Ketua PEMUDA. Adakah Khairy dapat mengembangkan sayapnya setelah perletakan jawatan Pak Lah?? atau Mukhriz akan menerajui PEMUDA UMNO seperti bapanya Tun Mahathir memimpin Malaysia selama 22 tahun??

Buatlah keputusan yang sebaiknya. Pemimpin sentiasa datang dan pergi, tetapi hanya ada satu sahaja UMNO untuk membela nasib bangsa Melayu, Islam dan negara. Jangan gadaikan parti keramat ini semata - mata untuk memenuhi agenda peribadi dan mengembungkan kocek sendiri. Kejatuhan 5 negeri ( 4 sebenarnya, Kelantan sememangnya di perintah PAS) pada PRU 12 yang lalu tentunya mengajar kita erti keikhlasan dalam perjuangan. Jangan seperti kata pepatah, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tetapi bukan kelambu sahaja yang terbakar, malah rumah tempat berteduh pun turut hangus dijilat api.

:: From Parit With Love::
10 Oktober 2008.

Dewa Al Juburi

Dewa yang sedia ada
Dewa Al Juburi
Apa komen anda?? Ada persamaan atau biasa je??

Ancaman Kepada Perkara 153

Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul ‘keberanian’ luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.


Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.
Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan NORAINI ABD.RAZAK, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz secara terus terang menyifatkan, apa yang terjadi sekarang kerana orang Melayu dilihat lemah.


Malah katanya, kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.
Selain itu pada pandangan Dr. Sham Rahayu sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin ‘terancam’.


Mingguan: Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?
DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji sentimen sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan mereka mahu melihat apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.


Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Bagi saya, dalam demokrasi ada ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.


Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain?
DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.


Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.


Tetapi apa yang ditonjolkan seolah-olah orang Melayu mendapat segala-galanya sedang bangsa lain tidak mendapat apa-apa?
DR. SHAM RAHAYU: Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?


Kalau kita mengkaji laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan, kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.


Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?
DR. SHAM RAHAYU: Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.
Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.


Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan.

Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.


Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula.


Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.


Dalam soal pemain dalam menjayakan peruntukan sedia ada, apakah ia berpunca dari kelemahan pelaksanaan?
DR. SHAM RAHAYU: Saya bersetuju kalau orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Bagi saya membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.


Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.
Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.
Atas sebab itu kita memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

kalangan generasi muda adalah jelas mereka tidak menghiraukan mengenai pencabulan Perlembagaan ini?


DR. SHAM RAHAYU: Tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru memperjuangkan kesamarataan. Saya setuju dengan pandangan bahawa akibat daripada perjuangan inilah berlakunya pencabulan Perlembagaan. Justeru kita harus melihat agenda di sebalik tindakan berkenaan.


Adakah asas kesamarataan itu menjadi benda yang kukuh? Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik. Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini. Bagi saya mereka yang membangkitkan isu berkenaan mempunyai agenda politik.

Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?
DR. SHAM RAHAYU: Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.


Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?
DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..


lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?
DR. SHAM RAHAYU: Masalah ini tidak akan selesai selagi kumpulan yang tidak berpuas hati ini menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita lihat dalam pengambilan anggota polis terbuka kepada semua kaum tetapi adakah kaum bukan Melayu berminat menyertainya. Kita tidak pasti apa benda dan sektor mana yang mereka inginkan. Kalau nak juga keistimewaan Melayu ditarik balik tunjukkan bahawa keistimewaan ini telah menafikan mereka daripada mendapat hak-hak yang munasabah termasuk dari sudut ekonomi dan politik. Tunjukkan, barulah kita fikir Perlembagaan itu layak diubah.


Adakah Doktor melihat ada agenda lain di sebalik timbulnya cakap-cakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini?
DR. SHAM RAHAYU: Saya melihat isu bukan agenda saja-saja atau demi kepentingan bangsa tetapi lebih kepada agenda politik. Sepatutnya semua pihak mesti membezakan antara politik dengan Perlembagaan. Jika kita lihat kedudukan bukan Melayu terutama dari sudut politik dan ekonominya amat memberangsangkan dan bukan sedikit kalangan mereka yang kaya raya di sebalik wujudnya Perkara 153 ini. Saya tidak nampak apa salahnya dalam sistem itu, cuma mekanisme itu yang perlu dilihat balik dan saya rasa Perkara 153 tidak boleh dikompromi dalam membina bangsa Malaysia. Kita tidak boleh potong Perkara 153 sampai bila-bila pun, kerana bangsa kita memerlukan safeguard (pengawalseliaan) iaitu Perlembagaan untuk mengawal Melayu.
Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.


Mungkinkah semua ini berpunca daripada kelalaian di pihak pelaksana Perlembagaan itu sendiri?
DR. SHAM RAHAYU: Saya tidak fikir kerajaan semasa begitu prihatin dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Jika diikutkan misalnya Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi kerajaan memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun untuk menarik balik dasar itu melibatkan kerugian dari aspek perbelanjaan kewangan tetapi kalau hendak menghormati Perlembagaan kita kena kembali kepada dasar lama. Jika tidak orang akan melihat dasar Kabinet bercanggah dengan Perlembagaan, bercanggah dengan sejarah dan kehendak Suruhanjaya Reid itu sendiri.
Saya percaya jika banyak sangat orang persoalkan sesuatu dasar yang ada kait mengait dengan Perlembagaan maka pasti ada silapnya. Semua pihak patut lihat balik apa yang tak kena dan sepatutnya kita pulihkan perkara-perkara yang tidak betul ini secepat mungkin.


Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


Jangan prejudis kepada perkara 153Senarionya sekarang Melayu cuma mempertahankan hak dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang sama bukan Melayu menuntut tambahan hak, adakah ini bermakna akan berlaku kesamarataan yang sekali gus menjejaskan hak orang Melayu?
DR. SHAM RAHAYU: Apa yang kita faham akan sampai satu tahap di mana demokrasi seumpama barat yang menekankan kesamarataan akan berlaku di negara ini. Tetapi untuk proses tersebut menjadi kenyataan tidak diketahui bila masanya. Saya percaya tempoh 51 tahun biar pun ada pihak yang berpendapatan sudah tiba masanya untuk kesamarataan namun hakikatnya tempoh tersebut belum mencukupi. Paling penting untuk kita fikirkan ialah apabila tiba masa tersebut apa akan jadi kepada Perlembagaan kita?


Bukankah ketika itu Perlembagaan akan menjadi kosmetik?
DR. SHAM RAHAYU: Itu yang saya maksudkan. Kalau sampai ke tahap itu pasti akan timbul cadangan supaya Perkara 153 dimansuhkan daripada Perlembagaan. Mungkin kita akan sampai ke satu tahap di mana orang Melayu sendiri rasa tidak perlu lagi keistimewaan atau pun sampai satu tahap kerajaan kata kita tidak mampu mempertahankan Melayu lagi, mungkin satu kerajaan lain yang akan berkata begitu, maka ketika itu lepaslah orang Melayu macam anak ayam. Apabila berlaku keadaan seperti itu tentunya akan menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya saya melihat sejarah, mungkin orang kata apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tetapi ada juga yang berkata, jika kita tidak belajar dari sejarah maknanya kita akan mencipta sejarah kejatuhan kita.
Walaupun Perlembagaan kita dikatakan living document, boleh berubah dari semasa ke semasa tetapi sebenarnya kesamarataan itu yang Suruhanjaya Reid mahu. Kalau kita baca semula laporan Suruhanjaya Reid sampai satu tahap tidak akan ada beza antara kaum-kaum di negara ini. Saya rasa ia terlalu ideal. Sampai macam mana kulit saya tidak akan jadi putih macam orang Cina, orang India tidak akan jadi sawo matang macam orang Melayu. Masalahnya sampai ke satu tahap kita bimbang Perlembagaan menjadi perhiasan dan ini yang perlu dimainkan oleh pihak yang menjaga Perlembagaan ini.
Jangan sampai satu tahap sama rata dan itu boleh membahayakan Perlembagaan dan kestabilan politik kita. Kita mencipta satu bentuk sistem Perlembagaan yang unik dan tiada mana-mana contoh Perlembagaan di dunia yang mempunyai ciri-ciri Perlembagaan kita. Cuma Malaysia sahaja di dunia ini ada Yang di-Pertuan Agong. Apabila saya baca laporan Suruhanjaya Reid saya tertanya-tanya adakah mereka faham keadaan di Malaysia ini atau mereka menggunakan minda Inggeris untuk menilai bangsa-bangsa yang ada.


Boleh Doktor berikan contoh wujudnya minda Inggeris dalam Suruhanjaya Reid?
DR. SHAM RAHAYU: Contohnya mereka berkata keistimewaan orang Melayu untuk substantial number of years – banyaknya itu amat subjektif, adakah 50 tahun cukup untuk membina bangsa kita, adakah 50 tahun cukup untuk orang Melayu matang. Kalau diikutkan sekarang memang orang Melayu itu matang tetapi dari segi keupayaan yang sebenar bolehkah orang Melayu berdiri. Sebab itu Perkara 153 ini tidak boleh dilepaskan kerana menyedari orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Saya tertanya-tanya apa sangat yang bukan Melayu hendak sebenarnya. Adakah mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, adakah mereka tidak mendapat kepentingan ekonomi, apa sangat yang disusahkannya tentang Perkara 153 ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan kedudukan Melayu.


Adakah ia mungkin disebabkan oleh kaum-kaum lain percaya bahawa kaum Melayu diberi keistimewaan keterlaluan sehingga hak menjejaskan hak mereka?
DR. SHAM RAHAYU: Kalau hendak kata mereka tidak mendapat legitimate interest (perkataan yang digunakan dalam Suruhanjaya Reid), kita sendiri lihat kedudukan kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ini. Adakah mereka tidak diberi peluang sedangkan mereka boleh ‘survive’ malah dalam banyak bidang mereka amat berjaya. Kalau Melayu tidak diberi kedudukan ini adakah Melayu boleh survive, itu yang penting dan mesti kita tengok.
Saya juga tertanya-tanya adakah selama ini negara kita tidak aman dengan adanya keistimewaan orang Melayu. Adakah kita tidak gembira berada di Malaysia hanya kerana adanya 153 ini. Persoalannya apa susah sangat dengan 153.
Dalam buku Chinese Dilemma dan Chinese Contributions mereka bangkitkan tentang peranan mereka, sememangnya kita terima peranan mereka membangunkan Bank Negara misalnya, tapi mereka kena ingat ini adalah negara mereka dan itu adalah sumbangan mereka. Apa yang mereka tidak dapat di negara ini. Sistem pendidikan misalnya kita lihat Singapura hanya ada satu sistem, tetapi di sini semuanya ada. Perpaduan bangsa kita seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib Al-Attas umpama jalur-jalur besi yang tidak boleh nak dicairkan kerana adanya prejudis. Adakah 153 menjadi satu isu untuk mereka prejudis kepada Melayu, saya rasa itu tidak adil untuk bangsa Melayu.
Sepatutnya mereka kena tunjukkan sejauh mana benarnya Dasar Ekonomi Baru telah menyekat legitimate interest mereka, kalau Lim Kit Siang kata orang Cina tidak diberi peluang sila perjelaskan peluang apa.- UM

*Dipetik secara bebas dari mykmu.net