Jumaat, Oktober 17, 2008

Terkini Dari UMNO Bahagian Parit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perhitungan terakhir bakal dinantikan pada 25 & 26 hb. Oktober 2008 di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT). Semua calon² yang bertanding telah mula berkempen dan berjumpa dengan para perwakilan. Ada juga calon² yang menarik diri dan tidak kurang juga yang langusng tidak berkempen.

Setelah tamat mesyuarat cawangan², calon - calonnya yang bertanding adalah seperti berikut :

Ketua Bahagian:
1. YB. Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan (Pemangku, ADUN Belanja) - 48 Pencalonan
2. YB. Datuk Nasaruddin b. Hashim (Timbalan Ketua, ADUN Bota) - 27 Pencalonan

Timbalan:
1. En. Yusuf b. Nordin (SU Bahagian, Bekas Ketua PEMUDA)
2. Datuk Nasaruddin b. Alang Saidin (Bendahari Bahagian, Bekas Ahli Parlimen Parit)

Naib Ketua:
1. YB. Drs. Ustad Nizar b. Zakaria (Ketua PEMUDA, Ahli Parlimen Parit)
2. En. Mohd. Faizul Manan (Bekas Ketua PEMUDA)
3. En. Hisan Harun (Dijangka Tarik Diri)
4. En. Abd. Rashid b. Hj Nopiah (AJK Bahagian)
5. En. Jebat b. Din (AJK Bahagian) - Tarik Diri
6. En. Ir Razlan (AJK Bahagian)

Pengerusi Tetap:
1. En. Abdul Aziz (Penyandang & Mengekalkan Jawatan)

Timbalan Pengerusi Tetap:
1. En. Abdul Farah Ahmad Dom (Caw. Kg. Senin)
2. En. Nor. Rashid Untong (Penyandang, Caw. Batu 16 Lambor Kanan)
3. En. Norazian bt. Shafie ( Caw. Teluk Sena)
4. En. Shoib b. Saudi (Caw. Titi Gantung)

Seramai 73 orang calon akan cuba menempatkan diri untuk mengisi 20 kekosongan kerusi bagi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit Sesi 2008/2012. Manakala seramai 44 calon pula akan merebut 7 tempat sebagai perwakilan ke Mesyuarat Agung UMNO Malaysia pada Mac tahun hadapan. Seramai 352 perwakilan akan memilih kabinet baru UMNO Bahagian Parit dari 75 cawangan UMNO di seluruh Bahagian Parit.

Bagi kerusi Ketua dan Timbalan Ketua menyaksikan perlawanan dua penjuru diantara penyandang dan ADUN Belanja YB Dato' Zaim dan dicabar oleh bekas Timbalan Ketua Bahagian YB Dato' Nasaruddin Hashim selaku ADUN Bota. YB Dato' Zaim telah menerajui UMNO Parit sejak dulu lagi ketika era Ramli Ngah Talib dan merupakan anak guru agama dari Kampung Senin dan Ketua Cawangan Kampung Senin. Beliau merupakan Bendahari UMNO Negeri dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Ramli b. Ngah Talib.

YB Dato' Nasaruddin Hashim, beliau merupakan bekas Pegawai Daerah yang pernah berkhidmat di Selangor, Pahang dan Melaka. Mula dilantik sebagai AJK Bahagian dan Bendahari, sebelum menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Bahagian. Beliau juga sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bekas Pengerusi FELCRA Berhad.Beliau merupakan Ketua UMNO Cawangan Kg. Aji Bota Kiri.

Bekas Ketua PEMUDA UMNO Bahagian. En. Yusuf b. Nordin selaku Setiausaha Bahagian akan ditentang oleh bekas Ahli Parlimen Parit iaitu Datuk Nasaruddin b. Alang Saidin. Datuk Nasaruddin Alang Saidin merupakan Bendahari UMNO Bahagian Parit. Semoga perwakilan memilih calon yang benar-benar ikhlas untuk berkhidmat kepada UMNO Parit dan seterusnya menghadapi PRU 13 kelak. Penyandang jawatan Timbalan sebelum ini ialah Dato' Che Ri b. Md Daud yang tidak mempertahankan jawatannya.

Ahli Parlimen Parit, YB Drs. Mohd. Nizar b. Zakaria akan melepaskan jawatan Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Parit dan bakal mengisi kekosongan Naib Ketua UMNO Bahagian. Beliau akan ditentang oleh bekas Ketua PEMUDA yang kembali mewarnai politik UMNO Parit iaitu En. Faizul Manan, seorang ahli perniagaan. Setelah melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada 2001, Faizul meninggalkan politik Parit dan lebih fokus kepada perniagaan beliau. Kini beliau kembali untuk menerajui UMNO Parit. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Kg. Kepala Pulau selepas En. Jebat b. Din tidak mempertahankan jawatannya. Selain itu, En. Hisan b. Harun, ahli perniagaan juga turut sama mengintai jawatan berkenaan, selain IR Razlan dan. Abd. Rashid Nopiah. Dijangka hanya YB Drs. Mohd. Nizar dan Faizul yang akan merebut kerusi berkenaan selepas diberitakan calon lain menarik diri.

Cikgu Aziz, pesara guru mengekalkan sekali lagi jawatannya sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian. Manakala En. Nor Rashid Untung akan ditanding oleh En. Abd. Fatah b. Ahmad Dom dari Cawangan Kg. Senin. Turut sama melengkapkan senarai calon untuk jawatannya ini ialah En. Norazian dari Teluk Sena dan En. Shoib Saudi dari Titi Gantung.

Kekosongan jawatan Ketua PEMUDA UMNO, menyaksikan Saudara Khairul Shahril b. Mohamed (Pen Setiausaha Pergerakan PEMUDA) menang tanpa bertanding jawatan berkenaan selepas tutup pencalonan. Manakala Naib Ketua PEMUDA pula bakal disandang oleh Saudara Khairuddin b. Abu Hanifah (AJK Pergerakan PEMUDA, Ketua PEMUDA Cawangan Bukit Chupak), ini berikutan pencabar bagi kerusi berkenaan Saudara Anuar dari Caw. Changkat Banjar tidak melepasi kuota pencalonan. Kekosongan kerusi Naib Ketua ini berikutan Saudara Tuan Hj Meor Shahrin Meor Yusoff melepaskan jawatan berkerana kerana lebih umur dan beliau bertanding bagi merebut Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit.

Seramai 51 orang calon akan mengisi 15 kekosongan kerusi Ahli Jawatankuasa Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian Parit. Hanya 6 orang AJK lama yang akan meneruskan perjuangan manakala selebihnya telah tamat tempoh kerana had umur. Sebanyak 204 perwakilan PEMUDA akan menentukan kepimpinan PEMUDA UMNO Bahagian Parit dari 68 buah cawangan PEMUDA.

Penyandang jawatan Pengerusi Tetap Pergerakan PEMUDA UMNO, En. Ishak Sofian akan ditentang oleh bekas Setiausaha Kerja UMNO Bahagian, Saudara Awasanadi Abdullah yang melepasi syarat pencalonan. Manakala En. Yusuf Jali tidak mempertahankan jawatan selaku Timbalan Pengerusi Tetap dan bakal menyaksikan pertandingan dua orang sahabat yang merupakan bekas AJK PEMUDA Bahagian iaitu Saudara Mohd. Daud Abdullah dan Saudara Mohd. Jaafar b. Esa.


Segala persoalan diatas akan terungkai pada 25 & 26 Oktober kelak di Dewan MDPT Parit. Diharap perwakilan membuat penilaian yang bijak demi memastikan survival UMNO Bahagian Parit disamping untuk menghadapi cabaran PRU 13 kelak.

Selamat memilih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan