Rabu, November 26, 2008

Nik Aziz Bukan Lagi Penasihat PAS


Pada 22 November 2008, dalam Buletin Utama, TV3, Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) menyatakan bahawa dia tidak mahu masuk campur berkaitan cadangan kerajaan PAS Kedah yang mahu membangunkan projek ternakan babi di tapak seluas 162 hektar di Bukit Selambau. “Saya nak jaga kerajaan negeri Kelantan saja, saya tak mahu campur kerajaan lain, minta maaf” demikian ulas Nik Aziz ketika diwawancara mengenai isu babi di Kedah.Bukankah Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS, tetapi mengapa tidak mahu masuk campur?



Sebagai seorang penasihat, Nik Aziz perlu tegur perkara yang tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan PAS. Biarpun cadangan untuk membina kandang di Bukit Selambau dibatalkan, tetapi projek ini tetap juga diteruskan di tempat lain.



Berucap pada Siri Wacana Gapena V anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena), pada 22 November 2008, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri) berkata, PAS rela menerima perkara itu (penternakan babi), malahan tidak lagi berani untuk bercakap mengenai penubuhan negara Islam.



Oleh itu kata beliau, orang Melayu juga tidak boleh mengharapkan PAS untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai. Nik Aziz pun tidak berani lagi menegur apa yang silap dalam PAS. Ini bermakna, Nik Aziz bukan lagi seorang penasihat PAS kerana dalam perkara penternakan babi di Kedah, Nik Aziz tidak mahu masuk campur. Ruginya orang PAS, bila penasihat PAS yang digelar Tok Guru pun enggan menasihati PAS lagi dalam isu babi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan