Rabu, Januari 14, 2009

Boneka DAP Perak!!


Artikel kedua yang ditulis oleh blog Kembara Politik ialah bertajuk “Isu Pemberian Tanah Kerajaan Boneka DAP: Fakta & Angka Sebenar Disorok?”. Mula diterbitkan kali pertama di laman MyKMU.net pada 11 September 2008 dan diterbitkan semula di blog Kembara Politik pada 16 September 2008.Artikel ini membincangkan tentang fakta, angka dan perbandingan berkenaan isu pemberian tanah Kampung Baru (New Village) dengan Rancangan Kampung Tersusun (RKT) di Perak. Dalam artikel ini penulis memberikan perbandingan dari segi keluasan tanah, peratusan penduduk mengikut kaum dan peratusannya. Tujuannya ialah sebagai pedoman untuk difikirkan dan dinilai dengan lebih lanjut oleh para pembaca.


Isu pemberian tanah ini berpanjangan kerana sekali lagi pengumuman pemberian 400 hektar tanah kepada 9 buah sekolah menengah Cina persendirian dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak. Setelah mendapat reaksi yang negatif dan kurang senang oleh orang Melayu, kerajaan PR telah mengumumkan sedang memproses kelulusan 200 hektar kepada 18 buah sekolah agama rakyat persendirian. Gula-gula?Penulis telah menulis ulasan dan membuat sedikit perbandingan ringkas dan mudah berkenaan isu ini dalam sebuah artikel yang bertajuk “Pemberian Tanah Sekolah Persendirian di Perak: Perbandingan Secara Angka” yang diterbit pada 18 September 2008.Artikel ini turut diterbitkan di laman MyKMU.net pada 18 September 2008. Perbandingan yang dibuat dalam artikel cuma menyentuh dari segi statistik angka sahaja sebagai perbandingan mudah untuk dinilai oleh para pembaca.Kita semua telah mendengar pelbagai respon dan pendapat yang diberikan oleh rakyat terutamanya orang Melayu berhubung isu pemberian hak milik kekal tanah ini. Jika mahu lebih telus seperti mana kononnya diperjuangkan oleh DAP, elok kiranya diadakan referendum bagi melihat sendiri apa sebenarnya sentiment rakyat Perak berhubung isu pemberian hak milik kekal tanah ini. Telus bukan?Tapi persoalannya: Beranikah kerajaan Perak berbuat sedemikian semata-mata untuk menunjukkan ketelusan?Kerajaan Pusat melalui Majlis Tanah Negara (MTN) mengarahkan agar pemberian tanah ini dihentikan oleh kerajaan Perak sementara untuk dinilai setakat mana syarat keadaan khas di bawah Kanun Tanak Negara terpakai kepada senario isu tanah di Perak.Namun, kerajaan Perak bertindak mendahului arahan MTN dengan mengumumkan kelulusan status hak milik kekal kepada tanah Kampung Baru di Grik, Perak.


Alasan yang diberikan ialah soal tanah merupakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dengan mempertahahankan penggunaan terma syarat keadaan khas untuk tujuan tersebut.Ekoran tindakan membelakangkan keputusan MTN tersebut, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah menggesa Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata,
“Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia (kerajaan Perak)harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu”.
Apa yang dapat difahami oleh orang Melayu ialah, penggunaan terma syarat keadaan khas untuk memberikan tanah Perak semata-mata untuk memperlihatkan kejayaan DAP kepada kaum Cina bahawa DAP konsisten dalam perjuangan konsep Malaysian Malaysia.


Politik DAP cuba menonjolkan diri dengan bermodalkan pemberian tanah sebagai simbol Malaysian Malaysia yang dicanang.Permainan politik yang membelakangkan dasar kerajaan Pusat dalam kes ini hal bersabit pemilikan tanah ini dilihat sebagai satu bentuk ancaman kesinambungan Ketuanan Melayu. Suka atau pun tidak, itulah persepsi dan sentimen orang Melayu yang merupakan majoriti di Perak, yang mana perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan Pusat dan kerajaan PR di Perak itu sendiri.Pelbagai respon diperolehi berhubung isu pemberian tanah Perak ini. Antaranya, Dato’ Ibrahim Yahaya dari Blog Dunia Tiger membuat perkaitan berikut:
“Raja-Raja Melayu sebagai "Tuan" di negara ini, layak dihormati, disanjungi dan tiada siapa yang berhak mempertikaikan kekebalan mereka dalam melakukan apa saja yang terbaik untuk rakyat dan negara ini. Raja agung, raja disanjung.Oleh itu, pihak yang ingin "memandai-mandai" menyerahkan tanah Melayu milik "Tuan" negara ini kepada bukan Melayu adalah tindakan penderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Tanah itu milik Tuan dan ia perlu dikekalkan kepada Tuan di negara ini.” – Dato’ Ibrahim Yahaya, Blog Dunia Tiger.



Paling terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan respon dan akhirnya membongkar penyelewengan oleh kerajaan boneka DAP Perak. Beliau telah mengecam tindakan pemimpin PAS (yang dibonekakan oleh DAP) ini dengan mengeluarkan kenyataan di blog beliau Che Det Weblog melalui artikel bertajuk “KUALA TERENGGANU”. Kecaman beliau terhadap PAS yang menjadi tunggangan DAP berkaitan pemberian tanah sebagai alat dan modal meraih sokongan politik oleh DAP ini adalah seperti berikut:


"6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.


7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.


8. Ternak tak apa.


9. Sentuh pun tak apa.


10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.


11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?


12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.


13. Katanya ini rancangan 30 tahun.


14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.


15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.


16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.


17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa." - Tun Dr. Mahathir, Che Det Weblog


Kerajaan PR Perak yang tidak prihatin dengan sentiment orang Melayu ini nampaknya bersungguh-sungguh walau apa cara sekali pun akan tetap meneruskan segala yang dirancang oleh agenda politik DAP. MB Perak yang merupakan orang Melayu dari parti PAS tidak boleh berbuat apa-apa kerana terlalu sayangkan kuasa dan takut untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak dilihat menjadi sebagai pengganti parti politik orang Melayu seperti dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir.Pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir yang mana memberitahu bahawa PAS sanggup dipergunakan DAP dengan menipu fakta sejarah menunjukkan sudah tiba masanya PAS diberikan pengajaran oleh para pengundi Melayu supaya PAS bersikap lebih berhati-hati di masa akan datang dalam hal melibatkan kepentingan orang Melayu.Jika pengundi bijak maka pemimpin Melayu akan celik hala tuju perjuangan dan seterusnya hak agama dan bangsa tergenggam kemas.


Ayuh pengundi Melayu yang bijak, mari sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyedarkan PAS dari ‘mimpi indah’ ciptaan DAP!


Dipetik secara bebas dari kembarapolitik.blogspot.com

1 ulasan:

  1. UMNO Perak selaku pembangkang seharusnya telah memberikan respon awal dengan mengambil alternatif sebagaimana yang dilakukan pembangkang terdahulu. Bergerak lah demi tanah Perak agar tidak tergadai pada bangsa lain.. atau sarankan lah agar Kampung tersusun juga diberikan hak yang sama sebagaimana dikecapi oleh cina baru baru ini.

    ayuh.. jika benar agenda perjuangan UMNO bukan hanya diatas pentas yang membara memperkatakan agenda melayu.. Mana Bahagian,. Negeri dan cawangan seluruh negeri Perak. Laku kan secara bersepadu.. Protesssss.....

    BalasPadam