Rabu, Mei 27, 2009

Bubarkan DUN!!

Ramai penyokong pembangkang marah dan kecewa dengan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari yang lalu. Mereka beranggapan bahawa UMNO/BN bermain taktik kotor dengan penghijrahan 3 orang ADUN dari PKR & DAP. Bermula dari cerita dan kisah itulah bahawa Nizar (sila baca sebagai Lembu DAP) telah memohon untuk bubarkan DUN kerana keadaan politik tidak stabil dan kuasa memilih perlu dikembalikan kepada rakyat.

Saya cuba membawa pembaca kepada satu sudut yang agak mudah. Bila ketiga - tiga ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang melompat keluar, DAP yang paling takut dan cemas. Tetapi mereka menggunakan "Lembu Tunggangan" mereka untuk berada dibarisan hadapan sekali. Nizar yang paling kuat memainkan isu ini.

Kenapa kita tidak melihat dari sudut bahawa Nizar atau Kerajaan Pakatan Rakyat sudah hilang kepercayaan dari ketiga - tiga ADUN berkenaan?? Mudah dan Ringkas. Oleh itu, Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini hilang krebiliti dan tidak "DIYAKINI" oleh YB Kapten (B) Osman Jailu, YB Jamaluddin & YB Hor Yit Foong.

Begitu juga yang terjadi kepada kes penghijrahan YB Dato' Nasaruddin Hashim - ADUN Bota yang mana beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Tun Abdullah dan Dato' Seri Diraja Tajol Rosli Ghazali. Tetapi penghijrahan sementara Dato' Nasa hanya bersifat sementara dan beliau hanya sempat bersama PKR/PR selama 11 hari sahaja.

Kenapa perlu bubar DUN sekarang?? Siapakah yang hilang kepercayaan?? Umum mengetahui bahawa Osman Jailu dan Jamaluddin cukup marah atau dalam bahasa mudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Nizar kerana bersifat seperti lembu ditarik hidung. Segala keputusan semua datangnya dari Ngeh dan Nga. Kenapa perkara ini tidak di fikir oleh penyokong PR mahupun orang Melayu yang berada di dalam PKR mahupun PAS???

Jika Osman Jailu & Jamaluddin disogokkan wang berjuta ringgit kenapa mesti tunggu 11 bulan?? walhal jamaluddin sendiri pernah ditawarkan sesuatu yang hebat oleh DAP sendiri.

Jadi, jika DUN dibubarkan, maka bersedialah kita untuk menerima Menteri Besar yang secara total dari DAP dan sudah tentunya Nizar bukan lagi pilihan. Nizar mungkin sekadar ADUN biasa atau paling tidak pun sebagai Exco.

Orang Melayu di Perak perlu ingat bahawa jika ini yang berlaku maka bersedialah untuk segala bentuk perubahan. Jangan terpesona dengan mainan kata - kata DAP dan bacaan ayat Quran mereka. Sikap orang Melayu yang mudah terpesona dengan kata dan tipu daya.

DAP lah yang menjadi Pengarah kepada segala macam drama di Perak. Pelakonnya terdiri dari Nizar dan fanatik² pembangkang yang lain. Yang diperbodohkan tidak lain dan tidak bukan orang Melayu yang menyokong PAS & PKR.

::Jangan Jadi Lembu::

Nizar Kecut Telor??

APABILA bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin, yang sedang mogok lapar 6-jam sehari, menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden PAS, ramai yang tertanya mengapa beliau mengambil keputusan berkenaan.

Sebagai pemimpin PAS yang berjaya memporak-perandakan Perak dengan tindakan-tindakannya di mahkamah, tentu beliau popular di kalangan ahli-ahli PAS. Apatah lagi beliau adalah idola "rakyat PAS Perak".

Tetapi telahan seperti ini adalah salah. PAS memandang beliau sebagai terlalu rapat dengan DAP dan sudah meninggalkan adat-budaya Melayu apabila "menderhaka" kepada Sultan.

Contohnya, walaupun menang di Bukit Gantang, beliau kehilangan undi Melayu, yang merosot sebanyak 3 peratus. Ini menandakan orang Melayu tidak dapat menerima beliau.

Nizar sebenarnya takut kalah kerana ahli PAS tidak mahu seorang pemimpin yang diremote-control oleh DAP. Sikapnya di dalam DUN (seperti di klip terakhir video Keganasan Terlampau apabila beliau ke meja speaker dan merampas mikrofon) tidak dapat diterima sepenuhnya oleh ahli PAS.

Hubungan akrabnya dengan Ngeh dan Nga juga adalah antara faktor yang membuatkan beliau ditolak oleh ahli-ahli PAS.

Keputusan beliau untuk tidak bertanding berlainan dengan tindakan Dr Zambry Abd Kadir yang menarik diri dari bertanding sebagai MKT Umno kerana bagi Dr Zambry sebagai Menteri Besar beliau dilantik menjadi pengerusi perhubungan Umno Negeri. Dengan jawatan ini beliau secara otomatik menjadi ahli MKT.

Nizar juga sedar beliau sudah dicop, bukan sahaja oleh rakyat biasa, tetapi juga oleh ahli PAS, sebagai tali-barut DAP. Jadi lebih baik menarik diri sekarang dari tewas tanda bukan sahaja tidak diterima rakyat Perak tetapi juga oleh ahli-ahli PAS.

Mungkin beliau boleh menang sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat setakat untuk memberi penghormatan sebagai bekas Menteri Besar kerana tidak ramai ahli parti itu pada masa ini yang pernah memegang jawatan itu.

Apa-apa pun selamat bertanding Nizar Jamaluddin! Jual apa yang patut untuk menang!

Dipetik dari http://selamatkanperak.blogspot.com

Isnin, Mei 25, 2009

Mogok Lapar oleh Balaci PR!!

Hari ini, Setiausaha DAP Perak, si keparat Nga Kor Ming mengumumkan bahawa PR Perak akan mengadakan mogok lapar selama 3 hari bermula esok. Satu majlis sarapan pagi akan diadakan esok di Pejabat DAP Perak yang mana akan dimula oleh Nizar. Tetapi tak pastilah siapa yang bermogok. Pemimpin atasannya ke atau balaci - balaci mereka sahaja.
Inilah budaya yang cuba ditonjolkan oleh DAP. Lihatlah sekalian rakyat, siapakah Pengarah kepada Episode ini?? Siapa yang dilembukan oleh DAP. Dan penulis tidak sabar untuk menunggu penyokong parti mana yang paling banyak bermogok... DAP kah?? PAS kah?? PKR kah??
Hebat percaturan DAP..mereka ambil part yang mudah sahaja..part yang susah n bebal kesemuanya dijalankan oleh lembu - lembu PAS n PKR yang telah dicucuk hidung mereka oleh DAP.
Penulis sendiri pelik dan hairan, mengapa perlu bermogok. Kenapa tak sembahyang hajat je terus. Walaupun pada hari ke 3 mogok akan berakhir dengan satu majlis sembahyang hajat di pejabat PAS Perak tetapi mogok bukan cara terbaik.
Semakin banyak budaya - budaya karut dan keparat yang cuba dibawa oleh DAP...sidang bawah pokok..berbaring atas jalan n pegang bendera, nyalakan lilin n pakai baju hitam..pemain - pemainnya pula terdiri dari lembu-lembu PAS.
Aduh..kesiannya mereka...tetapi itulah yang dikatakan taksub. Taksub pada segala - galanya tanpa rasional kebenarannya...dan mereka yang taksub inilah yang telah dimanipulasikan oleh DSAI. Sampai sekarang DSAI langusng tidak berani untuk bersumpah berkenaan dengan kes meliwa bekas pembantu peribadinya Saiful..
::Berpuasa di Bulan Ramadhan::

AGS 10








Akhirnya..kenderaan rasmi Menteri Besar Perak sebelum ini, Toyota Camry AGS 10 telah selamat dipulangkan oleh bekas MB.. Penulis sempat ke Pejabat SUK Perak untuk merakam beberapa keping gambar AGS 10 untuk tatapan semua.
Inilah kesudahannya. Setelah hampir 3 bulan, BN menguasai Perak baru semalam kenderaan berkenaan di pulangkan oleh Nizar.
Mungkin beliau akur akan keputusan mahkamah rayuan kelmarin. Tiada lagi dakwa dakwi walaupun di pihak pembangkan heboh menyatakan keputusan ini telah diduga..hakim menyebelahi BN dan sistem kehakiman negara semakin rapuh..tetapi itulah hakikat dan ketentuan Allah..
Sebagai umat Islam, kita wajib percaya kepada Rukun Iman yang ke enam, Percaya Kepada Qada' & Qadar. Ini satu hikmah kepada BN mahpun PAS dan Pakatan Rakyat.
Kalau kita semua ingat, DSAI selepas menewaskan Tun Ghafar Baba pada pemilihan TImbalan Presiden UMNO selalu membacakan ayat al quran yang berbunyi, Manusia itu merancang dan Allah juga Maha Merancang Tetapi Allah sehebat - hebat Perancang. Dan kini, sepatutnya DSAI kembali kepada ayat tersebut. Sesungghnya kesemua yang terjadi ini ialah ketentuanNya.

::Daulat Tuanku::

Khamis, Mei 21, 2009

Bumi Bertuah!!

Hari ini, satu lagi episode bagi politik Perak akan tertulis. Seluruh warga Bumi Bertuah ini khasnya dan rakyat Malaysia amnya menanti keputusan rayuan kedua - dua Zamry & Nizar.

Adakah ini merupakan satu penyelesaian kepada semua permasalahan selama ini?? Kalau ya pun sebagai satu penyelesaian tetapi bukanlah secara total. Nizar masih mempertahankan dirinya bahawa beliaulah Menteri Besar Perak yang sah dan Zamry pula dengan kerajaan yang mempunyai majoriti di DUN Perak.

Jika dikira dengan logik akal pn dan kiraan matematik mudah, BN 28 + 3 vs Pakatan Rakyat 28. Mudah bukan, jumlah yang majoriti tentulah berpihak kepada Barisan Nasional yang mempunyai lebihan 3 kerusi DUN. Dan perkara mengenai 3 ADUN ini juga telah diputuskan oleh mahkamah.

Adakah jika keputusan mahkamah berpihak kepada mereka baru dikatakan adil dan jika sebaliknya mahkamah mahupun hakim berat sebelah atau dikatakan sudah dbayar oleh BN?? Membuat tuduhan adalah mudah dan inilah yang sering di gunakan oleh pihak pembangkang. Meracuni fikiran penyokong mereka sehingga menjadi taksub dan fanatik dan tidak lagi berlandaskan fakta dan kebenaran. Walaupun hanya sekadar cakap dengar (hear say) tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan mereka percaya bulat - bulat. Itulah kaedah politik PAS yang berjaya diresapi kepada semua penyokong mereka.

Sebagai rakyat yang sihat akal fikiran, kita perlulah rasional. Ingat, PAS hanya sekadar menumpang jawatan menteri besar. Jika setakat 6 kerusi, jangan la mimpi nak jadi MB kalau bukan kerana Undang-Undang Tubuh Negeri yang mana dicabar oleh Nizar bila dipecat dari MB.

Adakah Sultan Perak terlalu daif atau kurang bijak dalam menilai hal ini. Kerana itulah dipanggil semua ADUN BN dan 3 ADUN Bebas untuk mengadap Tuanku di Istana Kinta pada Februari yang lalu. Dan itulah merupakan satu isyarat jelas bahawa Nizar tidak mendapat kepercayaan sebagai menteri besar Perak. Ini adalah hakikat.

Jika dikatakan aa unsur rasuah dalam isu 3 ADUN Bebas ini, SPRM dipersilakan siasat mereka. Tetapi kita lupa akan kisah yang terjadi disebalik 3 ADUN Bebas yang keluar dari parti masing-masing. Sememangnya Osman Jailu dan Jamaluddin geram dan berdendam dengan Ngeh, Nizar dan Nga. Ini bukan lagi dongeng mahupun khayalan. Ngeh dan Nga yang mencaturkan pentadbiran negeri dan gerak langkah Nizar agar seiring dengan langkah mereka.

Mempertahankan Nizar beerti mempertahankan Ngeh & Nga. Baru sahaja membacakan beberapa ayat Quran, Nga sudah diangkat sebagai khalifah baru mereka. Begitulah mudahnya puak - puak ini diperbodohkan oleh DAP. Agama Islam dilacurkan semata-mata kerana tujuan politik.

Lihat saja gelagat YB DAP di Sidang DUN kelmarin. Tentu ada yang meluap-meluap marah dan geram. Kurang ajar, samseng dan jelik. Lihatlah sedikit masa nanti, tidak mustahil penyokong-penyokong pembangkang yang fanatik terutamanya PAS & PKR sanggup bermatian mempertahankan Ustad Ngeh dan Khalifah Nga.


Dari satu sudut, DAP berjaya dalam kaedah dan strategi politik mereka. PAS ditunggang dengan laju dan lancar. PKR makin sunyi kerana Anwar semakin tidak karuan menanti tarikh perbicaraan kes liwatnya.

DAP mempergunakan PAS sebaik mungkin. dan PAS semakin hilang matlamat asalnya. Biarlah PAS berjuang di pentas mereka sendiri daripada berkongsi pentas dengan DAP yang terang-terang tidak akan menerima Islam mahupun keistimewaan Melayu. Jika bukan kerana tanah melayu dan keistimewaan ini, pasti Nizar sendiri tidak akan menjadi Menteri Besar dan mencabar kes ini dimahkamah. Jika bukan kerana keistimewaan Melayu sebagai tuan tanah di bumi bertuah ini, sudah tentu Perak akan diperintah oleh NGEH KO HAM - Komunis Era Baru.

Ingat, jika Sultan diragui mahupun tidak dihormati maka, jangan hairanlah prinsip demokrasi yang subur ini akan dirogol dan dirompak oleh mereka.

Daulat Tuanku!!

Selasa, Mei 19, 2009

Tidak Tanding Di DUN Penanti!!

NAJIB pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Turut hadir Muhyiddin, Ong dan Dr Koh

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam membuat keputusan tidak meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei ini kerana tidak mahu terjerumus dalam permainan politik pembangkang. Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara kerana Dewan Tertinggi BN berpendapat kekosongan kerusi DUN berkenaan bukan berasaskan peruntukan Perlembagaan, sebaliknya disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyelesaikan masalah dalamannya.



"Ia juga permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan. Kita tidak mahu menari ikut rentak orang lain. "Oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kepentingan parti lebih utama, jadi kita putuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam di sini. Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, kira-kira seminggu selepas beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ekoran dakwaan terbabit dalam rasuah.



Selain memberi alasan untuk melanjutkan pelajaran, Fairus berkata, beliau bertindak demikian untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah. Namun, akhir bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei. Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sudah dinamakan sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Parti Rakyat Malaysia serta bekas Ketua Wanita Keadilan, Aminah Abdullah, menyuarakan hasrat untuk bertanding. Perdana Menteri berkata, walaupun tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu, BN memberi jaminan akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan Penanti.
Beliau juga percaya pengundi kawasan berkenaan tidak akan kecewa, malah dapat menerima keputusan itu.



Ditanya sama ada keputusan dibuat kerana BN takut menerima kekalahan, Najib berkata: "Tidak... perkara itu tidak timbul kerana akan tiba masanya kita tetap akan berdepan dengan rakyat apabila pilihan raya umum nanti." Beliau berkata, keputusan BN untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu bukan yang pertama kerana sebelum ini keputusan sama pernah dibuat, tetapi ketika itu tidak ada permainan politik.
Dipetik dari Berita Harian.com

YB Bogel Di Pentas PAS!!


PAS semakin sasau...Kemana arah tuju perjuangannya??

Perjuangan PAS yang luhur sebelum ini semakin jauh menyimpang...

Ahli-ahlinya yang fanatik semakin ditipu oleh pemimpin mereka..



Lihat gambar diatas..dari seorang aktivis kepada seorang pembantu kepada ahli parlimen..dari ADUN kepada EXCO..dari Exco ke model porno dan kini berceramah di pentas PAS...



Semakin pening dibuatnya....



Seorang pemimpin yang membenarkan kemaluannya di rakam/diambil ketika didalam rumah tentunya bukan satu perkara yang perlu dibanggakan PAS..atau mungkin lebai-lebai PAS sengaja nak membayangkan tubuh Eli ketika beliau dipanggil berceramah dipentas PAS...



Tetapi orang inilah yang dibanggakan oleh PAS dan tidak lupa PKR...bagaimana YB Zuraidah (MP Ampang) beria-ia mempertahankan ELi..kononnya hak privasi dicerobohi..



Betul ke dicerobohi??atau mmg direlakan?? Siapa orang yg merakamnya?? Kenapa smpai hari ini orang yg merakamnya masih hilang??



Berbeza dgn kes dvd lucah CHua Soi Lek..belum apa2 mereka mahu Chua Soi Lek letak jawatan..tetapi bila kes YB Eli..lain pula nadanya...aduh...



Ingatlah..jika dulu PAS dihormati kerana asas perjuangan mereka yang tidak pernah berubah tetapi kini perjuangannya jauh terpesong..



Fikirkanlah sebelum membuat keputusan..Undi PAS bermakna Undi DAP!!

Bakal MB Perak Akan Datang!!

Tunku Abdul Aziz Ibrahim

KHABARNYA, sudah ada ura-ura DAP telah mengenalpasti calon Menteri Besar Perak dari parti itu sendiri, jika pakatan pembangkang menang pilihanraya negeri apabila DUN Perak dibubarkan.Ini kerana parti itu mempunyai kerusi terbanyak di DUN Perak berbanding dengan PKR dan PAS.Selepas Pilihanraya Umum 12 pada Mac lepas lepas, DAP telah mencalonkan Ngeh Koo Ham sebagai Menteri Besar, tetapi tidak diterima kerana langkah itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri yang menyebut hanya orang Melayu sahaja boleh memegang jawatan itu.(Fasal XII(2)Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi menteri besar melainkan daripada bangsa Melayu dan beragama Islam: Dengan syarat bahawa Duli Yang Maha Mulia boleh dengan timbangannya melepaskan salah satu atau kedua-dua kewajipan Fasal ini berkenaan dengan bangsa dan agama Islam bila-bila Baginda memikirkan berfaedah berbuat demikian itu.)



Nizar Jamaluddin adalah pilihan kedua selepas Ngeh.Antara calon favourite DAP untuk menjadi Menteri Besar ialah naib-pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Bekas pengarah sekretariat Komanwel di London ini lebih berpengalaman dalam soal pentadbiran daripada Nizar.Pastinya, selepas kemelut politik masa kini yang membuktikan penderhakaan pakatan kepada DYMM Sultan Perak, sokongan pengundi Melayu kepada PAS dan parti pembangkang lain akan merosot. Tetapi mereka akan mendapat sokongan bukan-Melayu yang padu seperti di Bukit Gantang.Ini bermakna semua kawasan DUN yang majoritinya bukan Melayu serta 60 peratus Melayu akan dimenangi oleh DAP. Mungkin kerusi PAS akan merosot akibat kehilangan sokongan orang-orang Melayu kerana kecurangan parti itu kepada bangsa dan agama sendiri.Berdasarkan teori ini, DAP akan muncul sebagai parti yang mempunyai kerusi tertinggi berbanding dengan anggota pakatan yang lain.



Semestinya, DAP mahukan ahli parti itu yang memegang jawatan Menteri Besar Perak.Jika Menteri Besar PAS pun boleh dikawal dan patuh kepada arahan DAP, sudah tentu ahlinya sendiri akan tunduk dan tawaduk kepada ideologi parti tajaan-PAP Singapura itu. Bermakna terbanglah angan-angan Nizar untuk menjadi Menteri Besar Perak.Jika ini berlaku Perak adalah negeri beRaja Melayu pertama yang mempunyai Menteri Besar dari parti bukan Melayu. Selamatkanlah Perak Darul Ridzuan!

Selasa, Mei 12, 2009

Kemelut Politik Di Perak

Mahkamah Rayuan pada hari ini menerima dan membenarkan rayuan penangguhan pelaksanaan hukuman Mahkamah Tinggi K.Lumpur yang mengesahkan Nizar selaku MB Perak.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar. Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

Terima Seadanya!!

Mahkamah telah menentukan bahawa Nizar Menteri Besar Perak yang sah.

Penulis agak gundah dan gelisah bila membaca berita ini semalam. Banyak program pejabat yang terpaksa dibatalkan kerana pejabat penulis merupakan sebuah badan di bawah SUK Perak.

Penulis mengomel sendirian semalam.."nampak gayanya lepas ni terpaksa lah bermesyuarat semula denganExco Cina DAP..aduh...

Tiada apa yang perlu dikesalkan. Setiap yang terjadi tentu ada hikmahnya, kebaikan dan positif. Cuma kita jangan terlalu taksub dan fanatik. Rasional itu penting.

Dalam masa yang sama, Nizar dan Pakatan Rakyat juga perlu menerima keputusan mahkamah sebelum ini yang mana 3 orang ADUN Bebas masih sah sebagai ADUN. Nampak bukan permainannya bagaimana??

Sikap Zamry + Exco dan Najib yang begitu terbuka dan matang. Tidak melatah dan akur dengan keputusan. Tetapi rayuan akan difailkan di mahkamah secepat mungkin. Pasti ada sinar dihujung jalan.

Penulis bermesyuarat bulanan pagi ini dan bos memaklumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Jamaluddin Al Amini digantung tugas mereka oleh Nizar. Begitu juga dengan Penasihat Undang² Negeri..

Adakah Perak akan menghadapi pilihanraya DUN kelak?? Adakah Paduka Sultan akan memperkenankan?? Maka. bersedialah untuk menerima Menteri Besar baru dari Melayu DAP selepas ini. Tidak perlu di sesal dan ditangiskan. DAP pasti lebih bersedia selepas ini. Mereka akan meletakkan calon² Melayu di kubu² kuat mereka. Nizar beria - ia mahukan pembubaran DUN kerana Pakatan Rakyat itu sendiri amat yakin bahawa mereka akan memenanginya dan memerintah negeri secara mutlak. Jadi, jika berpandukan kepada keputusan PRU 12 dahulu maka DAP semakin bijak mencaturkan bidak - bidaknya.

Ini juga menunjukkan betapa telus dan matang institusi kehakiman negara. Tiada double standard. Cuma pakatan rakyat saja yang dauble standard dalam menerima keputusan mahkamah. Lihat kenyataan Nik Aziz dan Nizar hari ini...itulah bunyi jika keputusan memihak kepada mereka. Jika keputusan itu sebaliknya??? Kita sendiri pun sedia maklum..

Keadaan di SUK Perak tenang, begitu juga di Bandaray Ipoh pagi ini. Cuma kelihatan anggota FRU dan Polis membuat kawalan di hadapan Bangunan SUK Perak sebagai langkah berjaga- jaga.

UMNO sendiri tidak perlu merusuh atau berkonfrontasi dengan pihak berkuasa. UMNO menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Itulah politik...

Apapon, diharap semua rakyat negeri Perak bertenang dan rasional.

Sekian...

Jumaat, Mei 08, 2009

Catatan Pagi II :: Sidang DUN Perak

Biadap dan memalukan. Itulah yang dapat digambarkan penulis terhadap kesemua ADUN Pembangkang Pakatan Rakyat mengenai sikap dan cara mereka ketika Sidang DUN semalam.

Tiada lagi rasa hormat terhadap institusi raja negeri Perak apabila Pemangku Sultan Perak terpaksa menunggu hampir 5 jam di kamar diraja sebelum Titah Perasmian Sidang DUN semalam.

Sikap tidak matang dan kebudak-budakan yang diterjemahkan ADUN Pembangkang melalui tindakan mereka meluru masuk ke dalam dewan untuk menukarkan tempat duduk ADUN Pakatan Rakyat di sebelah kanan Dewan dan mengoyakkan tanda nama ADUN BN + Bebas. Inikah contoh pemimpin yang kononnya telus, adil dan berintegriti??

Dan sebelum Raja Nazrin memulakan titah ucapan, Nizar dan Ngeh dipanggil mengadap dan selepas itu barulah kesemua ADUN Pembangkang duduk ditempat masing-masing setelah mereka berdiri apabila Raja Nazrin masuk ke dewanl. Ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung. Raja Muda sendiri tidak dihormati sebagai lambang kedaulatan raja di Perak.

Bukan niat penulis untuk bersikap prejudis mahupun perkauman, tetapi apa yang dapat dilihat semalam beberapa ADUN DAP bersikap kurang ajar dan sombong. Terutamanya YB Siah Leng Peng (bekas EXCO Sukan) dan YB Su Keong Siong (bekas Exco Pengajian Tinggi,Sains, Teknologi & Komunikasi) yang agak keterlaluan sikap mereka. Inilah kononnya barisan ADUN Kerajaan Islam yang di war -warkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Sedang penulis membaca akhbar pagi ini, penulis terbaca mengenai ayat ini...Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang juga mendakwa ketika beliau dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, dipanggil mengadap Raja Nazrin sebelum memulakan titah, baginda memaklumkan memandang tinggi terhadap kedua-duanya.
Beliau mendakwa, Raja Nazrin menyatakan mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat. "(Oleh itu) Saya akan cuba berjumpa Tuanku dalam tempoh terdekat untuk membubarkan DUN kerana baginda memberi indikasi yang amat baik...hubungan saya dengan Istana amat baik," dakwanya.

Nizar semakin bongkak, penipu dan sombong. Menjadi kuda atau lembu tunggangan DAP.

Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Nizar selama beliau menjadi menteri besar. Cuma penyokong yang fanatik dan taksub saja yang mampu mengiyakan dan membenarkan kata-katanya.

Catatan Pagi::Sidang DUN Kecoh!!

IPOH: Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN).


Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang. Keadaan bertambah kecoh apabila Sivakumar mengarahkan Zambry serta enam Ahli Exco negeri dan tiga Adun Bebas, keluar Dewan dengan alasan keanggotaan mereka masih digantung. Beliau turut berkeras tidak akan memulakan sidang selagi 10 Adun terbabit tidak meninggalkan Dewan tetapi tidak diendahkan Zambry dan Adun berkenaan.

Zambry kemudian berdiri dan membuat usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, disokong oleh 27 Adun BN serta tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan tetapi ditolak oleh Sivakumar dengan alasan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung. Sepanjang kekecohan itu, Raja Nazrin yang dijadual merasmikan sidang pada jam 10 pagi, terpaksa menunggu dalam Kamar Diraja. Persidangan semalam adalah yang pertama sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Februari lalu dan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar.


Kekecohan semakin tidak terkawal apabila ahli Dewan saling mencemuh antara satu sama lain. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dengan disokong oleh Adun BN dan tiga ahli Bebas. Sivakumar bagaimanapun tidak berganjak dan mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun itu, tetapi Zambry menegaskan Sivakumar telah dipecat. Kira-kira jam 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (Bebas-Jelapang) mengambilalih sidang daripada tempat duduk Adun, manakala Sivakumar terus duduk di kerusi Speaker. Zambry kemudian mengemukakan usul melantik bekas Adun Sungkai, Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh semua Adun BN serta ahli Bebas.

Selepas usul pelantikan Speaker baru diluluskan, Hee menjemput Ganesan memasuki Dewan dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr Zambry. Ganesan kemudian mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ahli Dewan dan mengambilalih tugas daripada Hee. Ketika itu, Adun Pakatan Rakyat hanya memerhati sambil membuat bising tetapi Ganesan meneruskan sidang tanpa menghiraukan gangguan pembangkang. Beliau menerima empat usul pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) serta usul tidak mengiktiraf 'Sidang DUN Bawah Pokok' pada 3 Mac lalu. Semua usul dibentang oleh Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan disokong oleh Datuk Shaarani Mohammad (BN-Kota Tampan) serta diluluskan tanpa bahas oleh Adun BN dan Bebas dengan cara mengangkat tangan. Ketika Ganesan mengumumkan usul pertama diluluskan, Adun Pakatan Rakyat dan Sivakumar menjerit mengatakan 'haram'. Keadaan tenang seketika apabila Ganesan mengumumkan penangguhan sidang selama sejam bermula 11.15 pagi. Selepas sesi bermula pada jam 12.20 tengah hari, Sivakumar yang tidak bergerak dari tempat duduk Speaker, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan hingga mencetuskan semula pertikaman lidah antara Adun BN dan Pakatan Rakyat. Beberapa Adun pembangkang turut mengelilingi Ganesan bagi mendesaknya keluar Dewan dan berlaku tolak-menolak sehingga memaksa Speaker baru itu mengumumkan sidang ditangguhkan selama sejam lagi bermula jam 1 petang. Semua Adun mematuhi arahan itu dan keluar makan tengah hari, tetapi Sivakumar masih terus tidak bergerak dari kerusi Speaker. Apabila persidangan disambung semula kira-kira jam 2 petang, kekecohan sekali lagi tercetus apabila beberapa Adun pembangkang cuba menarik keluar Ganesan secara kasar. Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan pada jam 2.20 petang kerana keadaan menjadi tidak terkawal dan bertambah agresif dengan ada insiden tolak-menolak dan pergaduhan di kalangan Adun. Bentara juga dikasari sebanyak tiga kali oleh Adun pembangkang sehingga cedera di kaki ketika beliau cuba mengosongkan kerusi Speaker yang masih diduduki Sivakumar. Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu. Baginda menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira setengah jam bermula 3.15 petang dan sebelum berangkat pulang, Raja Nazrin berkenan berbual mesra dan bersalaman dengan semua Adun. Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian

Khamis, Mei 07, 2009

Sidang Dewan Kecoh!!

Agak panas cuaca di Ipoh ketika ini sepanas suasana Sidang DUN Perak yang pada ketika ini sedang berhenti rehat.

Pada awal pagi tadi kelihatan beberapa penyokong pembangkang yang memakai baju hitam. Pada jam 8.30 am, Ahli Parlimen Ampang (PKR) ditahan kerana cuba memasuki Bangunan SUK.

Pada jam 9.30 pagi, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berangkat untuk Istiadat Perasmian Sidang DUN.

Diluar Bangunan SUK, kira² 500 penyokong pembangkang berkumpul dan ada yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Jam 10 pagi, suasana di dalam dewan kecoh dan kelam kabut apabila Speaker tekad dengan keputusan pengantungan Datuk Seri Zambry Kadir dan 6 exco dan 3 ADUN Bebas dan memerintahkan kesemua mereka keluar dari dewan.

Nampaknya Speaker Siva ini sudah mabuk dan tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memutuskan pengantungan mereka adalah tidak sah dan terbatal.

Datuk Seri Zamry Kadir selaku Menteri Besar, mengusulkan agar Speaker Siva dipecat dan usul ini disokong oleh Exco Kanan YB Hamidah Osman. Tetapi Siva menolak usul berkenaan. Keadaan kembali tegang apabila Adun Jelapang, Yit Foong mencelah dan memberitahu dewan yang beliau akan mengambil alih tugas Speaker dan beliau adalah Timbalan Speaker DUN Perak.

MB Perak, sekali lagi mengusulkan bahawa S.Ganeson dari MIC untuk mengantikan Siva sebagai Speaker

Menyusahkan Rakyat!!

Penulis hari ini tiba lewat di pejabat kerana kesesakan yang amat teruk di sekitar Bandaraya Ipoh terutama di jalan - jalan sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sepatutnya perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit untuk tiba di pejabat hari ini telah menjadi satu jam 45 minit. Sampikan isteri penulis tidak dapat masuk ke pejabatnya kerana jalan² masuk telah ditutup.

Jalan Silibin. Jalan Tun Razak, Jalan Kuala Kangsar, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan Raja Muda Musa dan beberapa jalan lain di sekitar Bangunan SUK mengalami sesak teruk dan diberitakan ramai yang tidak dapat memasuk pejabat kerana bangunan pejabat mereka terletak di jalan² berkenaan.

Penulis hanya mampu mengomel sendirian. Inilah akibatnya apabila prinsip demokrasi tidak dihormati. Polis menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negeri & rakyat.

Beberapa hari ini, bertiup khabar angin bahawa penyokong pembangkang akan berhimpunan di sekitar Bangunan SUK Perak dan memakai baju hitam. Mat Sabu pun dah ditangkap kerana mendorong kepada perhimpunan ini. Ada kawan penulis memberitahu bahawa ade penyokong pembangkang yang berkumpul di sebuah masjid di Manjoi Subuh tadi. Harap pihak PDRM mengambil tindakan tegas kepada mereka - mereka ini.

Penulis sempat mengambil gambar ketika dalam perjalanan ke pejabat tetapi blog pulak ada masalah untuk muat naik gambar.

Inikah yang diajarkan dalam Islam??menyusahkan rakyat jelata?? Dan inilah akibatnya apabila prinsip demokrasi tidak lagi dihormati dan diluhuri. Apabila agama dijadikan senjata untuk perjuangan songsang apabila ALquran dijadikan alat untuk membohong maka rakyat jelata dan penyokong² fanatik yang menjadi mangsa keadaan.

Kononnya, 43 buah NGO menghantar memo kepada DYMM Sultan Perak untuk memohon perkenan Tuanku Sultan Perak membubarkan DUN. Apa yang penulis dapat lihat, majoriti NGO terbabit ialah bukan Melayu atau lebih tepat NGO Cina!!!.. Tetapi yang cuba menjadi heronya tidak lain dan tidak bukan ialah orang Melayu..yang kononnya berjuangan atas nama kuasa rakyat.. Arghh...pembohong rakyat lebih tepatnya.

Apapon semoga sidang DUN hari ini akan berjalan dengan baik dan aman.

Terima kasih juga kepada anggota keselamatan yang menjalankan tugas.

Daulat Tuanku!!
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan di sini, semalam, kerana didakwa menghasut pengikutnya berhimpun secara haram berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, sebagai tanda sokongan kepada pakatan pembangkang sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula pagi ini.

Mohamad Sabu ditahan di sebuah restoran di Jalan Pahang pada jam 3.15 petang oleh sepasukan anggota polis berpakaian preman. Penahanan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967 dan Seksyen 124 Kanun Kesiksaan (KK).

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah orang kedua ditahan berhubung bantahan Sidang DUN Perak, selepas aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat ditahan di rumahnya di Seri Sentosa di sini, malam kelmarin, mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis tidak akan teragak-agak menahan sesiapa saja mengikut Akta Hasutan jika mereka mengajak atau mendorong orang ramai menyertai perhimpunan haram membantah persidangan DUN Perak. “Kami akan memastikan tiada sesiapa pun membuat kacau dan cuba menggagalkan sesuatu yang diluluskan oleh undang-undang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bahagian Komunikasi di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras di sini, semalam.

Musa berkata, keadaan keselamatan di Perak masih terkawal dan polis sudah mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu, termasuk menutup kebanyakan jalan masuk ke pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).


Di IPOH, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata Mat Sabu ditahan selepas polis menerima maklumat beliau cuba mendorong penyokongnya supaya mengadakan perhimpunan di bangunan itu. Mengikut SMS yang disebarkan, Mat Sabu sebagai Pengerusi Badan Mobalisasi Demokrasi Pas dan Pakatan Rakyat menjemput orang ramai hadir pada perhimpunan itu. Pesanannya berbunyi: “Semua dijemput hadir dengan pakaian HITAM tanda matinya demokrasi (1BLACK M'SIA). Bukan Islam juga dijemput hadir sebagai tanda sokongan. SEBARKAN.” Satu lagi SMS berbunyi: “MUNAJAT PERDANA mohon pihak berkuasa bubar DUN Perak dan Keamanan Negeri Perak akan diadakan jam 5 pagi, 7 Mei di Masjid Al Ittihadiyah, Manjoi, Ipoh.”


Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur petang tadi membenarkan Wong ditahan reman selama tiga hari bagi membolehkannya disiasat mengikut Akta Hasutan. Pada sebelah pagi, Majistret Naziah Alias memerintahkan Wong direman sehari, tetapi tempoh reman ditambah sehingga 8 Mei apabila polis membawanya semula ke mahkamah sama pada jam 5 petang.

Selasa, Mei 05, 2009

Dua hari Lagi

Bertemu kembali...
Khamis ini akan diadakan Sidang DUN Perak yg akan dirasmikan DYMM Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sidang DUN ini juga telah mendapat perkenan baginda sultan. Tetapi hari ini, dikhabarkan juga, Speker DUN Perak. V.Sivakumar mohon untuk menangguhkan pula sidang berkenaan. Lihatlah betapa licik dan jahatnya mereka.
Dalam surat khabar hari ini, pihak polis mendapat maklumat bahawa pihak Pakatan Rakyat merancang untuk mengumpulkan seberapa ramai penyokong mereka di sekitar Bangunan SUK pada Khamis nanti. Mungkin kita dapat melihat penyokong² ini berbaring diatas jalan raya dan memegang bendera. Argh...yang menjadi lembu pastinya orang Melayu Islam yang kononnya merasakan kerajaan yang ditumbangkan baru² ini ialah kerajaan Islam. Begitulah nasib penyokong PAS yang semakin diperbodohkan oleh Nizar dan DAP.
Kenapa bukan orang Cina atau India yang berarak atau berkonfrontasi dengan polis?? kerana, kalau diikutkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditunjangi oleh DAP atau bukan Melayu... Fahaman politi sempit menyebabkan PAS kini jauh terpesong dari matlamat sebenar mereka. Itulah PAS yang dapat dilihat pada hari ini. Orang Cina dan India hanya memerhatikan sahaja dari jauh, mereka duduk di kedai makan dan biar orang PAS sahaja yang melalak n menjerit.
Semoga Sidang DUN kali ini akan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang insiden serius.
Daulat Tuanku!!!

Isnin, Mei 04, 2009

Dari Penulis!!

Maaf kerana agak lama tidak menulis. Kesibukan kerja di pejabat membataskan ruang masa untuk berkongsi cerita dengan semua.

Lepas balik dari Bukit Gantang , penulis fokus kepada kerja² di pejabat.

Sejak dari itu, berbagai - bagai isu atau cerita kedengaran. Elizabeth Wong kembali menjadi ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Selangor, Mohd. Fairus TKM 1 Pulau Pinang di siasat SPRM dan meletak jawatan sebagai ADUN Penanti. Kisah DUN Perak dan bermacam lagi. Tidak lupa lantikan dan mesyuarat MT UMNO yang pertama. Tahniah kepada yang dilantik dan tidak lupa, sayap kanan UMNO iaitu PEMUDA yang telah menamakan kesemua Ketua PEMUDA UMNO Negeri.

Penulis akan kembali menulis dan mengulas beberapa perkara setelah kesibukan tugas ini berkurangan. Perjuangan masih diteruskan.

Salam Perjuangan!!!