Khamis, Jun 18, 2009

Marah Betol Orang Tua Ni!!

Timbalan Presiden Pas disaran sertai Umno jika sokong kerajaan perpaduan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen Bachok jika terus menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, lebih baik Nasharuddin menyertai Umno kerana tindak-tanduknya mencetuskan kecelaruan dalam parti.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (berbincang dengan Umno), lebih baik dia masuk Umno. Terus terang saya sebut, lebih baik masuk Umno dan letak jawatan timbalan dan di Bachok. Apa buat sampah ni, menyusahkan orang.

"Dia tak tahu susahnya orang dari dalam dan luar Kelantan telefon dan berjumpa saya, menangis (kerana tak setuju dengan kerajaan perpaduan). Dia masuk Umno senang daripada duduk bertenggek dalam Pas...tak boleh dan tak ada moral kita panggil tu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, semalam. Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Nasharuddin kelmarin, yang menyifatkan respon Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sebagai serius dan akan memaklumkannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

Perdana Menteri sebelum itu berkata, beliau melihat Pas ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Abdul Hadi dan Umno tidak pernah menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan kepada negara.

Nik Abdul Aziz semalam bagaimanapun mengulangi kenyataannya bahawa idea kerajaan perpaduan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia tiada dalam agenda rasmi Pas serta tidak dibawa ke meja perbincangan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ulangi kenyataan saya sebelum ini, isu perpaduan bukan datang dari Pas tetapi lontaran peribadi pihak tertentu. Kalau Perdana Menteri sebut dari Pas, itu tak betul kerana ia tak ada dalam agenda mesyuarat Pas dan Pakatan Rakyat, itu bukan pendirian rasmi Pas," katanya.

Beliau berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan boleh diperhalusi jika perkara itu dibincangkan dan mendapat persetujuan Pas serta parti lain dalam Pakatan Rakyat.

"Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan Pakatan Rakyat. Kalau Pas dan Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya, tetapi perkara ini tak dibincangkan. Jadi mana boleh nak besarkan benda ni. Sebab itu saya kata kerja ini boneka Umno.

"Kalau semua setuju, Pas setuju, Pakatan setuju, maka semua akan jadi anggota kerajaan, orang DAP jadi menteri, orang Pas jadi menteri, PKR dan Umno jadi menteri, barulah benar-benar perpaduan. Tetapi sekarang ini bukan perpaduan, ini perpecahan," katanya.

Nik Aziz mendakwa, tindak-tanduk segelintir pihak dalam Pas yang menyokong idea berkenaan menyebabkan parti itu sudah masuk perangkap Umno sehingga berdepan kecelaruan dan menjadikan hubungan dalam pakatan pembangkang semakin kalut.

"Umno sekarang tengah berpesta kerana Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan Pakatan Rakyat kalut, jadi bercelaru," katanya.

Dipetik dari Berita Harian, Khamis 18 Jun 2009
...........................................................................................................

Wah..marah betul Nik Aziz ni..
Dia ada tgk ke org UMNO berpesta pasal hal ini??
Atau Nik Aziz merasakan dirinya akan dipinggirkan??

Penulis secara peribadi hanya mengambil langkah tunggu dan lihat ke atas apa yang berlaku kepada Kerajaan Perpaduan ini.
Tetapi memasing kita mempunyai sudut pandangan dan perspektif yang beza.
Perlu diingat setiap apa jua keputusan dan dasar adalah untuk rakyat dan bukan untuk individu tertentu.

Nik Aziz sepatutnya telefon sendiri dengan Nasaruddin berkenaan dengan perkara ini. Paling tidak pun bertemu empat mata.

Nampak gayanya, pemimpin PAS ni dh makin xbetul. PAS semakin mainstream sejak dibawah telunjuk DAP sekarang ni..PAS For All katakan..India. Cina, semua bleh...

::Takbir::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan