Khamis, Jun 04, 2009

Prejudis!!

Ketika sedang membaca akhbar online pagi ni, terbaca pula satu berita mengenai Muktamar PAS, Persidang Dewan PEMUDA PAS dan ucapan oleh Ketua Dewan PEMUDA PAS, YB Salahuddin Ayub..

KUALA LUMPUR: Pemuda Pas mahu parti itu menjadi tunjang kekuatan dalam Pakatan Rakyat, bukannya sebagai rakan pasif atau sekadar pelengkap yang tidak memberi sebarang sumbangan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tidak berniat mengecilkan peranan mana-mana pihak atau menguasai gabungan itu, tetapi mahu parti diberi suntikan baru bagi memainkan peranan.

Beliau berkata, ahli Pas perlu memahami pembabitan parti dalam Pakatan Rakyat bukan semata-mata untuk kepentingan politik semasa saja, malah berpegang teguh kepada dasar perjuangan Pas sebenar.

“Ini membezakan Pas dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam Barisan Nasional (BN). Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu,” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas, di sini malam tadi.

Salahuddin berkata, parti itu kini dilihat sebagai kerajaan dalam penantian dan mula diterima rakyat apabila berjaya membentuk kerajaan di beberapa negeri selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, walaupun parti itu dianggap bersih dan sempurna, dalam banyak situasi, rakyat masih belum percaya Pas boleh memimpin dan mengetuai urusan pentadbiran masyarakat, khususnya memerintah negara.

“Kurangnya kepercayaan rakyat terhadap Pas, menyebabkan kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyerahkan tampuk kepemimpinan negara kepada Umno dan BN.

“Hari ini, kita mendengar rungutan ahli terutama generasi awal 1980-an yang ikatan ahli dengan agenda tarbiah semakin longgar serta terpinggir daripada arus perdana Pas.

“Kemasukan anasir pemikiran baru daripada luar Pas pula sudah mengacau ganggu kestabilan Pas. Beberapa isu yang dianggap selesai, diungkit semula sehingga menimbulkan pergeseran fikrah yang menjadi fitnah dalam gerakan Islam,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan lebih ramai golongan profesional dalam parti amat dihargai, selain menjadi tiang seri kepada kekuatan parti yang ditunjangi kepemimpinan ulama.

Petikan dari Berita Harian, 4 Jun 2009.
...........................................................................................................

Suka penulis mengulas ucapan Salahuddin diatas.

Ini bermakna PAS bukan dominan didalam Pakatan Rakyat atau dalam erti kata lain sekadar pelengkap kepada Pakatan Rakyat itu sendiri.

Lihat pula kenyataan nya yang mengatakan UMNO bergabung dalam BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu. Ini kenyataan yang dibuat dengan begitu prejudis. Mungkin Salahuddin Ayub ini seorang yang buta dan tuli hatinya.

Kalo bukan UMNO sebagai parti dominan dalam BN sudah tentu umat Islam dinegara ini ditindas atau Islam sendiri bukan agama rasmi seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.

Jika mahu disenaraikan apa yang telah dibuat oleh UMNO untuk kepentingan Islam dan orang Melayu di Malaysia tentu berkajang-kajang kertas yang diperlukan. Tetapi PAS perlu melihat sendiri apakah sumbangan mereka untuk Islam dan Orang Melayu di Malaysia ketika mereka didalam Pakaran Rakyat itu sendiri??

Dan adakah Pakatan Rakyat itu sendiri merupakan sebuah parti sah dan berpayung dibawah satu bendera?? Dan itulah pula yang membeza Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. UMNO sebagai parti dominan didalam BN dan Presiden UMNO tentunya Pengerusi BN. Sebaliknya pula berlaku didalam Pakatan Rakyat.. Adakah Haji Hadi merupakan Pengerusi Pakatan Rakyat??

PAS hanya melacurkan agama demi untuk kepentingan politik dan kuasa sahaja. Tidak lebih dari itu. PAS gagal untuk menyumbang kepada umat Islam dan Melayu di Malaysia tetapi PAS berjaya memecah belahkan orang Islam dan Melayu di Malaysia.

PAS jugalah yang mengajar kita untuk mendoakan perkara yang tidak baik kepada saudara seagama. PAS juga yang sesuka hati mengkafirkan saudara seagamanya.

Sepatutnya dalam muktamar ini, PAS perlu memperkasakan diri mereka didalam Pakatan Rakyat. Bukan cuma sekadar pencukup korum, sebagai pak angguk, sebagai lembu mahupun sebagai pencacai didalam Pakatan Rakyat.

PAS sepatutnya sedar perkara ini dan perlu kembali kepada perjuangan asal mereka. Jika UMNO perlukan transformasi,PAS juga perlukan perubahan yang radikal sebagai check n balance kepada UMNO itu sendiri dan pilihan kepada rakyat. Walaupun dipimpin oleh ulama (kononnya) tetapi ulama ini hanya diperingkat parti sahaja dan apakah sumbangan mereka dalam pembangunan Islam di Malaysia??? Jika ada tolong senaraikan.

PAS juga menghadapi masalah politik wang. PAS juga ada kumpulan erdogan dan anasir luar seperti yang beritahu Salahuddin. Tetapi PAS berjaya mengaburi mata penyokong akar umbi mereka yang kononnya PAS itu bersih dan suci.

PAS hanya hidup diatas isu. Jika tiada isu, silap haribulan PAS akan berkubur. Bersembahyanglah di stadium bukit jalil sekalipun jika niat dan istiqamah nya tidak betul dan tidak ikhlas.

Cukup sekadar itu. Sebarang komen dan ulasan dialukan. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan