Rabu, Ogos 05, 2009

Dipergunakan Pembangkang!!


BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu lori mendakwa anaknya yang berusia 15 tahun, dipergunakan pembangkang untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu. Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata anaknya, Muhamad Azreen, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, dibawa ke ibu negara menyertai demonstrasi itu tanpa kebenarannya. Beliau berkata, perkara itu hanya diketahuinya apabila anaknya dan 26 lagi peserta rombongan berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung, kira-kira jam 6 pagi, Sabtu lalu.



"Anak saya cedera di mata dan mulut, manakala peserta lain ada yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh," katanya ketika ditemui , di sini, semalam. Beliau berkata, apa yang dikesalinya ialah penganjur lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap kejadian menimpa anaknya. Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Bandar Perda, semalam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.



Sementara itu, Muhamad Azreen berkata, sebelum kejadian, beliau dimaklumkan rombongan ke Kuala Lumpur itu untuk menghadiri majlis kenduri dan hanya mengetahui perkara sebenar apabila berada di dalam bas. "Seramai 20 peserta rombongan itu terdiri daripada penduduk kampung manakala enam orang lagi tidak dikenali dan dipercayai orang luar," katanya.

1 ulasan:

  1. Saman sahaja mereka2 yg terlibat.
    Jangan jadikan org lain kambing hitam utk memenuhi impian yg memang tidak akan tercapai.
    Allah maha berkuasa.Lihatlah,belum sampai K.L lagi allah dah tunjukan bertapa berkuasanya dia.Ini menunjukkan perkara yg merosakan negara akan menerima akibatnya.Kalau PR tak buka mata lagi,apa lagi nak kata pun tak taulah.Mmg dasar politik murahan.

    BalasPadam