Rabu, Ogos 19, 2009

Majoriti Cina Menentang UMNO Kerana Rasa Tamak?

Jika Cina dan India semakin hari semakin racist, mengapa mereka mahu bising apabila orang Melayu, melalui medium-medium tertentu, mengikut jejak langkah mereka? Bukankah mereka kononnya mahu idea-idea mereka dicontohi!Sepanjang zaman tenteram sebelum ini, Cina dan India menuduh Melayu bersikap perkauman ketika mereka diam membisu.
Perkauman jenis apakah itu?Perkaumankah apabila merata-rata bangunan di Putrajaya dibina oleh SP Setia dan Nam Fatt? Ahmad Zaki dapat berapa kerat? Mengapa taukeh SP Setia membuat penerangan terhadap stafnya ketika Selangor jatuh ke Pakatan Rakyat dahulu dengan nada "kita dalam pemerintahan yang baru, kita perlu lebih bekerja keras". Apakah sebelum ini SP Setia bekerja sambil lewa?
Bagaimana pula tentang Jeffery Cheah yang membolot kolam air panas Tambun (sebuah khazanah alam dari Tuhan kepada semua manusia) untuk dijadikan spa bertaraf lima bintang dengan yuran keahlian beratus ribu ringgit? Bukan itu sahaja, berbalam-balam gunung batu kapur menjadi miliknya di mana letaknya The Lost World of Tambun.Adakah Ramli Ngah Talib semberono memberi kelulusan? Apakah Sultan Perak mencari-cari pemaju yang sesuai? Tidak.. peniaga inilah yang menjaja idea sambil membawa wang ringgit dan hadiah yang dapat difikirkan oleh hatta pelajar sekolah menengah.
Mana Cina-Cina kaya penyuap kerajaan lama itu dalam membawa wadah kerajaan kepada masyarakat mereka sebagai timbal-balas rezeki segudang uwang yang kerajaan berikan itu? Dari hasil itulah mereka mempunyai modal membolot tanah untuk dibangunkan. Sudah tentu mereka lebih gembira jika pentadbiran jatuh kepada 'jerung-jerung baru yang lapar' dan mereka akan lebih mendapat faedah dari itu.
Orang Cina memperlihatkan sikap tidak rasionalnya yang menjadi-jadi dengan memihak kepada parti yang betul-betul mahu menentang orang Melayu walaupun dengan pemerintahan BN bertunjangkan parti Melayu yang mereka tentang itu, mereka terus membina kekayaan tanpa halangan.Jadi, mereka tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan budaya mereka yang ditiru oleh orang Melayu hari ini dengan menuduh ulasan-ulasan kemelayuan sebagai bersifat perkauman sedangkan mereka terus dahagakan sentimen perkauman yang dimainkan China Press dan Nanyang Siang Pau.
Para usahawan Cina dan peniaga Cina dengan membawa seluruh masyarakat Cina nampaknya mahu menguji 'suhu' air dengan mengumpulkan pendapat bahawa 'undi Cina dan India' kepada pembangkang akan menjatuhkan 'kerajaan Melayu'.Dilema semakin buruk apabila sentimen perkauman semakin menebal. Malaysia kini disebut-sebut berada dalam iklim sosial wilayah Bosnia Herzegovina pada zaman Yugoslavia.
Sentimen kebencian yang mula ditanam oleh ekstremis Cina di negara ini pasca PRU12 dikhuatiri akan diperturunkan dari generasi ke generasi, baik kalangan Melayu mahupun Cina dan India.Jika generasi seterusnya diajar cara berpolitik ala Pakatan Rakyat, tidak mustahil, mereka akan menzahirkan 'kebencian terpendam' ciptaan generasi sebelumnya yang berpunca dari sikap kaduk naik junjung, dengan konfrontasi fizikal yang pastinya meruntuh punahkan negara ini dalam sekelip mata.Pada ketika itu, natijah yang akan diperlihatkan ialah : orang Melayu sanggup berhancur bancaikan sistem ekonomi negara ini kerana mereka tidak mempunyai kepentingan yang besar dalam perniagaan, tetapi yang akan merana ialah Cina-cina pengadu domba ini.Punca utama masalah ini ialah perantaraan bahasa yang pelbagai yang telah membuatkan berbagai-bagai elemen bahaya berkeliaran di dalam negara dalam bahasa yang berbeza-beza dan menunggu saat bertembung dan meledak.
Mungkin pada saat itulah semua orang akan sedar bahawa Malaysia ciptaan Tunku Abdul Rahman adalah eksperimen yang gagal dan PAKSAAN ASIMILASI adalah jawapan utama.
Dipetik dari blog Ipohmalay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan