Khamis, April 02, 2009

Coretan Dari Bukit Gantang!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selasa, 31 Mac lalu penulis berkesempatan sekali lagi ke Bukit Gantang. Dalam kesibukan tugas dipejabat, dapat jugak penulis berkejar ke sana untuk bersama - sama dengan rakan - rakan yang sedang berjuang untuk kemenangan Barisan Nasional.
Penulis sempat melihat beberapa kawasan di DUN Changkat Jering & DUN Kuala Sepetang. Bendera BN & PAS sama banyak. Terasa kemeriahannya. Kebanyakan kampung/peti undi disni menjadi kawasan angkat kepada BN/UMNO Bahagian/Negeri lain.
Parlimen Bukit Gantang terletak betul² bersebelahan dengan Parlimen Taiping. Difahamkan juga hotel², homestay, rumah kampung, lot² sudah habis ditempah untuk dijadikan pejabat mahupun tempat tinggal petugas masing - masing.
Kumpulan Wanita UMNO dilihat semakin agreasif dengan kempen dari rumah ke rumah. Dan tidak kurang juga yang dihalau oleh tuan rumah. Pada petang berkenaan, penulis sempat bersembang dengan beberapa kumpulan wanita UMNO yang telah berada di Bukit Gantang sejak 3 minggu yang lalu. Mereka merasakan diterima baik oleh penduduk setempat. Kebanyakannya positif dan menyatakan sokongan kepada calon BN Ismail Safian.
UMNO Bahagian Parit yang ditugas untuk menjaga peti undi di Sek. Keb. Sultan Abdullah telah berada disini sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Dikampung sekitar ini penduduknya mempunyai ikatan persaudaraan dengan Ismail Sapian. Ada Mak Lang nya, Mak Su, Tok Chik, Tok Ngah dan memacam lagi. "Saya tak masuk UMNO, tapi saya akan mengundi Ismail Sapian!!"..itulah antara kata-kata yang didapati dari penduduk sekitar ini yang mana peti undi nya tidak pernah dimenangi oleh BN sejak 4 pilihanraya yang lalu.
Pondok polis juga kelihatan ditengah² kerancakan dan kemeriahan bilik gerakan BN atau PAS di sini.
Terdapat juga berbagai-bagai poster, sepanduk, dan risalah² yang agak kasar bunyinya. Cuma penulis tidak berkesempatan untuk mengambil gambar.Dah terbaru, risalah mengenai salah laku Ismail Sapian semasa beliau menjadi SU Majlis Perbandaran Manjung. Rasuah, gangguan seksual dan sebagainya. Tetapi yang sedikit janggal kenapa tiada laporan polis atau beliau ditangkap sekiranya rasuah atau salahlaku berkenaan dibuat oleh beliau. Jadi, dapat penulis simpulkan ianya sekadar risalah untuk menyerang peribadi Ismail Sapian. Dan jika benar beliau kaki rasuah dan kaki betina, biarlag SPRM atau Polis membuat siasatan dan heret beliau ke mahkamah. Memang dasar pembangkang yang suka mengadakan cerita dan membuat kabar angin. Mereka semakin terdesak nampaknya.
Penulis juga berpeluang ke Bilik Gerakan BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan) yang terletak di Pekan Simpang (tapak pasar malam Simpang). Sebuah lot rumah kedai yang disewa yang digunakan untuk menyelaras beberapa aktiviti penerangan dan gerak kerja pilihanraya. Pada sebelah malam diadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat didepan rumah kedai berkenaan. Semakan daftar pemilih dan edaran pamplet serta risalah.
Apapun, ada sinar kemenangan buat BN di BUkit Gantang kali ini. Tiada yang mustahil. Apapon tahniah kepada semua jentera BN yang bekerja kuat tanpa mengenal erti jemu dan penat.
Berjumpa lagi....

Selasa, Mac 31, 2009

Sekilas Dari Bukit Gantang!!

Jentera pilihanraya BN & PAS mula mengambil tempat di sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Malam tadi sepatutnya Mat Sabu & Sivakumar mengadakan ceramah di Simpang tetapi ceramah berkenaan tiada permit dan terpaksa dibatalkan. Mereka berdua kemudian membuat lawatan dari rumah ke rumah.

Malam kelmarin telah diadakan ceramah oleh pihak BN. Antara penceramah yang hadir ialah Ezam, Lokman Noor Adam, Roslan Kassim dan beberapa bekas pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan.

Jentera PAS mula memberikan wang RM50 dan keperluan dapur di Kuala Sepetang & Trong. Diberitakan beberapa mahasiswa & mahasiswi mula berkampung di sekitar Bukit Gantang dan sasaran mereka ialah golongan wanita & ibu tunggal yang akan mereka tarbiahkan.

Naib Ketua PEMUDA UMNO Malaysia YB Datuk Razali Ibrahim telah berjumpa dengan beberapa persatuan Cina untuk mendengar dan berbincang dengan mereka. Disamping untuk meraih sokongan. Kemudiannya YB Razali telah mengadakan pertemuan dengan YAB Menteri Besar Perak Dato' Zamry Kadir.

Dalam ceramah Hj Hadi di Matang Road, Kuala Sepetang malam tadi kehadiran kurang dari 100 orang tetapi yang hadir kebanyakannya ialah orang luar. ANtara ucapannya menyatakan undi PAS, syurga balasannya dan mengatakan UMNO silap memilih Najib sebagai pemimpin.

Gambar² Sekitar Penamaan Calon P 059 Bukit Gantang

Penyokong PAS yang dipercayai mahasiswi IPT
Mahasiswi IPT yang membawa sepanduk

 
Penyokong PR berketurunan Cina yang lalu lalang di tempat penyokong BN. Tiada masalah. Tetapi bayangkan jika penyokong BN di tempat penyokong pembangkang??
Penyokong BN
Penyokong BN
Penyokong Pembangkang
Penyokong BN di Padang MPT
Penyokong BN dari IPF
Kelihatan penyokong pembangkang
Penyokong calon Bebas (Cap Payung)
Calon BN Ismail Sapian (baju melayu biru) diarak oleh para penyokong BN setelah selesai penamaan calon
Perang poster di Bukit Gantang!!

Isnin, Mac 30, 2009

Perang Telah Bermula!!

Setelah tamat Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semua petugas BN/UMNO bergegas ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga ke Batang Ai.

Semalam, wisel telah dibunyikan. Proses penamaan calon berjalan dengan cukup baik tanpa sebarang insiden yang serius dan tiada kekecohan. Di Bukit Selambau 15 calon akan merebut kerusi DUN berkenaan. DI Bukit Gantang pertemuan 3 penjuru, BN, PAS & Bebas manakala di Batang Ai pula BN akan menentang PKR.

Batang Ai.
Ini mungkin merupakan satu penanda aras terhadap kemasukan PKR ke Sarawak. Adakah PKR diterima disini atau sekadar bertanding. Dan adakah BN menerusi Parti Rakyat Sarawak akan kembali menduduki kerusi berkenaan atau sebaliknya??BN juga telah membuktikan bahawa BN mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat Sarawak amnya dan Batang Ai khasnya. Semoga Malcom Mussem Lamoh akan berjaya dalam misinya. DUN Batang Ai mempunyai pemilih seramai 8006yang terdiri dari 95% pengundi Iban, 3.5% Cina dan 1 % Melayu/Melanau.

Bukit Selambau.
Selepas kecoh isu Arumugam yang mempunyai hubungan sulit hingga mempunyai anak luar nikah, YB Arumugam telah meletakkan jawatannya selaku ADUN Bukit Selambau dan pengundi di sana diberi pilihan kali ini untuk kembali memilih calon pilihan mereka. 15 calon kesemuanya. Pasti pening kerani SPR kali ini. Kertas undi yang mungkin lebih besar dari biasa. Sejarah dalam pilihanraya di Malaysia apabila 15 calon akan merebut satu kerusi.Seramai 35140 pemilih di DUN ini yang mana 50%ialah Melayu, 28 % India, 21 % Cina & 1% lain² bangsa.

Bukit Gantang.
Pertempuran yang dijangka hebat. PAS meletakkan penderhaka Nizar sebagai calon mereka. Manakala BN pula mempertaruhkan Ismail Sapian, anak tempatan yang berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang. En Kamarul Ramizu Idris pula sebagai calon Bebas. Pada penamaan calon semalam, penyokong Kamarul semuanya berpayung hitam dan turut berpakaian hitam. Mereka dibayar dengan jumlah tertentu untuk turut sama ke Taiping semalam. P059 Bukit Gantang sebelum ini dimenangi oleh Allahyarham YB Roslan Shaharum - PAS. Beliau juga bukan anak tempatan. Beliau menewaskan Bendahari UMNO Malaysia iaitu Datuk Azim Zabidi juga bukan orang BUkit Gantang.Kerusi Bukit Gantang mempunyai 3 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Changkat Jering (Bebas) , Trong (BN) & Kuala Sepetang (DAP). Seramai 55 563 pemilih berdaftar yang mana mewakili 32.62 % Melayu, 27% Cina, 10% India dan 1% lain².

Penulis berkesempatan ke hari penamaan calon semalam di Taiping dan singgah di Kampung Berchat (DUN Changkat Jering). PEMUDA UMNO Parit ditugaskan untuk menjaga peti undi disana. Sebagai tambahan, peti undi di Sek. Keb. Sultan Abdullah tidak pernah dimenangi oleh BN sejak 4 penggal pilihanraya sebelum ini. Tetapi yang menjadi penawarnya, Ismail Sapian mempunyai ramai saudara mara dan sahabat handai di kawasan ini yang mungkin dapat mengurangkan majoriti PAS di peti undi tersebut.

Penulis akan berulang alik dari Parit ke Bukit Gantang sehingga hari mengundi kelak. Dan segala maklumat akan dikongsi disini.

*Penulis menghadapi masalah untuk memuat naik gambar hari penamaan calon semalam.

Perhimpunan Agung UMNO 2008!!

Penulis mengambil cuti yang agak panjang sempena Perhimpunan Agung UMNO yang baru tamat dan terus bergegas ke Bukit Gantang untuk PRK.

Berakhirnya satu perhimpunan parti Melayu Islam yang mana telah memberi satu nafas baru terhadap perjuangan bangsa, agama & negara. UMNO kini diterajui kepimpinan yang baru dan diharap dapat membawa UMNO ke satu tahap yang lebih baik dari sekarang.

Kehadiran Y.BHG Tun Dr. Mahathir pada hari terakhir perhimpunan mencerminkan akan kehendak hati Tun untuk kembali ke parti yang pernah dipimpinnya. Satu 'endorsment' kata Tan Sri Muhyiddin...

Ini juga merupakan satu petanda yang amat baik sekali kepada seluruh umat Melayu di Malaysia.

Tahniah kepada mereka yang menang untuk kerusi Majlis Tertinggi UMNO, tahniah kepada Ketua Wanita, Ketua PUTERI & Ketua PEMUDA yang baru. Insaflah dan sedar kerana jawatan itu merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan bijaksana dan tertib kerana parti keramat ini ada daulatnya.

Setelah tamat pemilihan MT tempoh hari, penulis berkesempatan mengikuti beberapa wawancara dan dialog di televisyen, samada milik kerajaan atau swasta. Rata - rata panel yang dijemput agak kecewa dengan keputusan pemilihan Pergerakan PEMUDA. Tidak perlu penulis nyatakan disini kerana masing - masing sudah begitu maklumkan akan ceritanya. Cuma yang penulis agak kesalkan, adakalanya golongan pemerhati dan cerdik pandai politik, mereka berhujah seperti mereka mengetahui segalanya, padahal mereka sendiri bukan ahli UMNO. Dan pendapat itu, hanya sekadar pendapat peribadi mereka. Bukan bermaksud untuk menidakkan pengetahuan atau ilmu mereka tetapi adakalanya mereka agak keterlaluan dalam kritikan mereka.

Rafidah dikhabarkan hilang terus dari Perhimpunan selepas tewas kepada Shahrizat. Beliau tidak dapat menerima kekalahannya kali ini. Begitulah adat pertandingan, pasti ada yang menang dan yang tewas. Yang meneruskan perjuangan dan yang tewas bukanlah penghujung kepada perjuangan.

Iklim pemilihan UMNO kali ini menunjukkan bahawa perwakilian semakin bijak dan matang dalam memilih teraju parti dan inilah barisan / saf kepimpinan yang mereka mahukan untuk menerajui tampuk pemerintahan negara. Datuk Seri Najib, Tan Seri Muhyiddin, sebagai orang No. 1 & No. 2 dalam kerajaan dan parti. Mungkin ada hikmahnya disebalik tindakan disiplin keatas Ali Rustam.

Semoga UMNO akan terus mendapat sokongan umat Melayu di Malaysia. Sekian coretan untuk kali ini.

Isnin, Mac 23, 2009

Selamat Bersidang!!!

Selamat Bersidang kepada semua ahli UMNO yang akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009. Buatlah pilihan sebaik - baiknya kerana hala tuju parti keramat UMNO ini terletak ditangan perwakilan yang memilih.

Sejarah akan dikenang tetapi masa depan perlu dijejak. Sejarah mengajar kita semua untuk harus lebih matang dan sabar dalam mengejar masa depan yang menanti kita penuh dengan cabaran, liku - liku dan pahit maung kehidupan.

Parti Keramat UMNO ini perlu dipertahankan sampai ketitisan darah terakhir. Hanya mereka yang ikhlas dan jujur dan setia sahaja yang mampu membawa UMNO bangkit dari lena tsunami 2008.

Pemimpin sentiasa datang dan pergi..semua pemimpin berjasa kepada negara mahupun rakyat tetapi UMNO tetap UMNO yang perlu dipertahankan sampai bila - bila.

Nyahkan pemimpin yang tidak amanah, tidak ikhlas, tidak jujur dan membelakangkan parti keramat ini. Parti UMNO ini besar daulatnya...

Semoga Allah memberkati perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair Malaysia.

Siapakah calon pilihan anda??

Isnin, Mac 16, 2009

Tugu Sidang Kerajaan Pasir Dua Butir Dirobohkan!


IPOH: Tugu peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina Pakatan Rakyat (PR) bagi memperingati peristiwa persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok itu pada 3 Mac lalu dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pagi semalam. Operasi merobohkan tugu di Medan Istana di sini, dilakukan kira-kira jam 7 pagi oleh pekerja MBI dengan diawasi dua kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.


Tindakan meroboh terpaksa diambil apabila PR berkeras tidak mahu mengalihkan tugu itu walaupun MBI sudah mengeluarkan notis mengarahkan pemilik tugu supaya merobohkannya dalam tempoh 24 jam. Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh itu ditampal pada pokok mempelam berkenaan kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sementara itu, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Dr Mah Hang Soon, berkata tindakan diambil MBI adalah mengikut undang-undang dan tiada mana-mana pihak boleh mempertikaikannya.


"Pembinaan tugu itu nyata menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam. "MBI sudah mengeluarkan notis supaya mereka (PR) mengalihkan plak itu namun mereka tetap berkeras dan MBI terpaksa mengambil tindakan untuk merobohkannya, tambahan pula pembinaannya haram," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Bagaimanapun lima anak pokok yang ditanam di sekitar pokok itu yang mewakili lima prinsip PR tidak dialihkan.
Sumber Berita Harian.