Isnin, Mac 16, 2009

Tugu Sidang Kerajaan Pasir Dua Butir Dirobohkan!


IPOH: Tugu peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina Pakatan Rakyat (PR) bagi memperingati peristiwa persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok itu pada 3 Mac lalu dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pagi semalam. Operasi merobohkan tugu di Medan Istana di sini, dilakukan kira-kira jam 7 pagi oleh pekerja MBI dengan diawasi dua kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.


Tindakan meroboh terpaksa diambil apabila PR berkeras tidak mahu mengalihkan tugu itu walaupun MBI sudah mengeluarkan notis mengarahkan pemilik tugu supaya merobohkannya dalam tempoh 24 jam. Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh itu ditampal pada pokok mempelam berkenaan kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sementara itu, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Dr Mah Hang Soon, berkata tindakan diambil MBI adalah mengikut undang-undang dan tiada mana-mana pihak boleh mempertikaikannya.


"Pembinaan tugu itu nyata menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam. "MBI sudah mengeluarkan notis supaya mereka (PR) mengalihkan plak itu namun mereka tetap berkeras dan MBI terpaksa mengambil tindakan untuk merobohkannya, tambahan pula pembinaannya haram," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Bagaimanapun lima anak pokok yang ditanam di sekitar pokok itu yang mewakili lima prinsip PR tidak dialihkan.
Sumber Berita Harian.

1 ulasan:

  1. Terima Kasih DBI...kalau boleh tebang terus pokok tu....puas hati aku.


    ___________________________________
    Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
    ___________________________________

    BalasPadam