Isnin, Mac 30, 2009

Perang Telah Bermula!!

Setelah tamat Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semua petugas BN/UMNO bergegas ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga ke Batang Ai.

Semalam, wisel telah dibunyikan. Proses penamaan calon berjalan dengan cukup baik tanpa sebarang insiden yang serius dan tiada kekecohan. Di Bukit Selambau 15 calon akan merebut kerusi DUN berkenaan. DI Bukit Gantang pertemuan 3 penjuru, BN, PAS & Bebas manakala di Batang Ai pula BN akan menentang PKR.

Batang Ai.
Ini mungkin merupakan satu penanda aras terhadap kemasukan PKR ke Sarawak. Adakah PKR diterima disini atau sekadar bertanding. Dan adakah BN menerusi Parti Rakyat Sarawak akan kembali menduduki kerusi berkenaan atau sebaliknya??BN juga telah membuktikan bahawa BN mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat Sarawak amnya dan Batang Ai khasnya. Semoga Malcom Mussem Lamoh akan berjaya dalam misinya. DUN Batang Ai mempunyai pemilih seramai 8006yang terdiri dari 95% pengundi Iban, 3.5% Cina dan 1 % Melayu/Melanau.

Bukit Selambau.
Selepas kecoh isu Arumugam yang mempunyai hubungan sulit hingga mempunyai anak luar nikah, YB Arumugam telah meletakkan jawatannya selaku ADUN Bukit Selambau dan pengundi di sana diberi pilihan kali ini untuk kembali memilih calon pilihan mereka. 15 calon kesemuanya. Pasti pening kerani SPR kali ini. Kertas undi yang mungkin lebih besar dari biasa. Sejarah dalam pilihanraya di Malaysia apabila 15 calon akan merebut satu kerusi.Seramai 35140 pemilih di DUN ini yang mana 50%ialah Melayu, 28 % India, 21 % Cina & 1% lain² bangsa.

Bukit Gantang.
Pertempuran yang dijangka hebat. PAS meletakkan penderhaka Nizar sebagai calon mereka. Manakala BN pula mempertaruhkan Ismail Sapian, anak tempatan yang berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang. En Kamarul Ramizu Idris pula sebagai calon Bebas. Pada penamaan calon semalam, penyokong Kamarul semuanya berpayung hitam dan turut berpakaian hitam. Mereka dibayar dengan jumlah tertentu untuk turut sama ke Taiping semalam. P059 Bukit Gantang sebelum ini dimenangi oleh Allahyarham YB Roslan Shaharum - PAS. Beliau juga bukan anak tempatan. Beliau menewaskan Bendahari UMNO Malaysia iaitu Datuk Azim Zabidi juga bukan orang BUkit Gantang.Kerusi Bukit Gantang mempunyai 3 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Changkat Jering (Bebas) , Trong (BN) & Kuala Sepetang (DAP). Seramai 55 563 pemilih berdaftar yang mana mewakili 32.62 % Melayu, 27% Cina, 10% India dan 1% lain².

Penulis berkesempatan ke hari penamaan calon semalam di Taiping dan singgah di Kampung Berchat (DUN Changkat Jering). PEMUDA UMNO Parit ditugaskan untuk menjaga peti undi disana. Sebagai tambahan, peti undi di Sek. Keb. Sultan Abdullah tidak pernah dimenangi oleh BN sejak 4 penggal pilihanraya sebelum ini. Tetapi yang menjadi penawarnya, Ismail Sapian mempunyai ramai saudara mara dan sahabat handai di kawasan ini yang mungkin dapat mengurangkan majoriti PAS di peti undi tersebut.

Penulis akan berulang alik dari Parit ke Bukit Gantang sehingga hari mengundi kelak. Dan segala maklumat akan dikongsi disini.

*Penulis menghadapi masalah untuk memuat naik gambar hari penamaan calon semalam.

Tiada ulasan:

Catat Komen