Isnin, November 09, 2009

Hilang Kepercayaan / Sokongan Merosot!!

Seminar Memperkasakan Pas hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.Lebih mengejutkan para peserta seminar turut dimaklumkan bahawa rakyat mula hilang kepercayaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Berdasarkan kajian terkini oleh Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding 67 orang menyokong.Pensyarah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) itu memilih 2,100 orang sebagai responden bagi Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dijalankannya dengan tumpuan ke atas Abdul Hadi.Abu Hassan berkata, selain itu, 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif."Bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong," katanya.
Turut menjadi ahli panel dalam seminar di Markas Pas Taman Melewar itu ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Pakar Perlembagaan Persekutuan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut membentangkan kertas kerja.Abu Hassan menambah, kebanyakan mereka dari golongan berusia antara 41 dan 50 tahun yang berpandangan negatif terhadap Pas adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara."Kepimpinan Pas perlu memandang serius perkara ini kerana kebanyakan jawapan positif atau yang menyokong adalah dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz mengingatkan pemimpin Pas bahawa pengaruh mereka ketika ini datang daripada protes rakyat terhadap UMNO semasa PRU-12.Katanya, sokongan tersebut sangat rapuh kerana ia berasaskan protes dan boleh berubah bila-bila masa memandangkan yang berkuasa adalah rakyat, bukannya parti.Beliau menambah, corak politik pada pilihan raya umum akan datang pasti berbeza berbanding PRU-12 ketika rakyat melakukan protes terhadap UMNO."Bagi saya, kemenangan berasaskan protes tidak akan bertahan lama dan pada bila-bila masa boleh berubah."Pas perlu sedia berubah sepenuhnya terutama dalam isu pemilihan calon terbaik dan menerangkan kepada rakyat dasar parti,'' katanya.Beliau menegaskan, Pas menjadi amat berdosa jika gagal memberi yang terbaik kepada rakyat.
Abdul Aziz turut mengingatkan pimpinan Pas bahawa hala tuju negara ini bukan ditentukan oleh parti atau pemimpin sebaliknya rakyat yang berkuasa.Katanya, pimpinan juga perlu dilengkapi satu pasukan jitu dan pada masa sama perlu turun padang menjelaskan konsep parti kepada ahli-ahli akar umbi termasuk konsep negara kebajikan."Sesuatu yang konkrit dilakukan kerana pada masa ini terdapat dua parti politik berteraskan bangsa Melayu iaitu Pas dan UMNO, jika tidak akan berlaku konsep duplikasi semata-mata."Pimpinan juga perlu menerima teguran jangan terlalu mudah berkecil hati," katanya
Dipetik dari Mingguan Malaysia, 8 November 2009

Jumaat, November 06, 2009

Mengapa Khalid & Saari Sungip Dibuang??

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata:
1. Fahaman mereka terlalu liberal
2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.
Berkaitan dengan respon tentang blogger, Hassan menyindir pimpinan/ahli PAS yang menggunakan blog sebagai medium. Sebagai contoh beliau menyindir Tulang Besi. Paling menarik, Hassan dengan sinis menyindir TGNA yang menggunakan blog sebagai medium. “Tok Guru pun guna blog!!!!”. Sinis Hassan.Beliau juga mempertikaikan TGNA berkaitan artikel di blog TokGuru kerana mengambil sumber daripada tulisan persepsi Prof Aziz Bari dan kegusaran sekumpulan Cina Sarawak yang berkunjung ke Kota Bharu berkaitan isu PAS di Selangor.
Beliau dengan sinis bertanyakan kenapa TGNA tidak telefon beliau untuk bertanyakan secara direct padahal TGNA mempunyai bermacam-macam S/U untuk menghubungi beliau.Berkaitan projek-projek kepada ahli PAS beliau secara berhujjah peraturan mengkehendaki beliau mengambil tender yang paling murah dan jika tidak, SPRM akan menunggu di depan pintunya.Pada ketika ini, Ust Zain mengatakan Unit Amal dapat mengesan ada ahli yang merakam dialog.Hassan juga memberi pengingatan tentang rakaman dan pimpinan tidak redha jika ada rakaman.
Antara pimpinan PAS yang hadir adalah YB Dr Hassan Ali, YB Iskandar (datang lambat sedikit), Ust Zain Dewan Ulama, Khairuddin S/U Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Hasrina Dewan Muslimat,Roslan SMS, YB Shafei, YB Yunus, YDP PAS Puchong, YDP PAS Sepang, Adram Musa (Bendahari Pemuda PAS Pusat).
Dipetik dari Blog Pemuda Padang Rengas.

Khamis, November 05, 2009

Pakar Forensik atau Pakar Menipu??



Anda kenal gambar wanita diatas ni?? Dr. Khunying Rojanansunanwas yg merupakan pakar perubatan yang dipanggil menjadi saksi untuk kes inkues Teoh Beng Hock. Beliau telah ditangkap gara- gara membuat kenyataan palsu mengenai kesihatan Raja Thai.

Tetapi di Shah Alam baru² ini, beliau memberikan keterangan yang kebanyakannya meragukan. Tah siapa lah yang kutip minah ni.

So, Gobind, better cari pakar lain la plak. Yang ini dah xbleh pakai.

BANGKOK – Forensic expert Dr Khunying Rojanansunanwas arrested today in a sweeping police action designed to put an end to malicious rumors about His Majesty the King’s health, which were blamed for a sell-off in the SET last month.According to police, Dr Pornthip stated in a 2004 interview for Channel News Asia that “everyone must die sometime.” The statement was made in response to a question about how she felt about the importance of her job as a forensic investigator.However, police believe that, if applied to sensitive topics, the statement might cause panic and disorder among the Thai public, which could threaten national security.“To simply state that everyone must die is a malicious and unpatriotic attack on sacred institutions,” said a police spokesperson. “As Thais we must watch our words, and Dr Pornthip did not do so.”After her arrest, Dr Pornthip made a brief statement in which she pledged her loyalty to His Majesty the King but stood by her statement.“It’s a biological fact, a matter of science,” she insisted. “People die.”She was immediately charged on a second count of violating Article 14 of the computer law by circulating false information concerning His Majesty. Not The Nation!

Rabu, November 04, 2009

Dr. Xavier Berceramah di Masjid Pula..!!





Selama 52 tahun kerajaan Barisan Nasional yang mana di pimpin oleh UMNO tidak pernah sama sekali Rumah Allah di jadikan tempat bagi orang bukan Muslim yang mana KAFIR menyampaikan ceramah Politik mereka. Baik dari dalam Barisan Nasional MCA, GERAKAN, MIC dan parti komponen BN yang lain mereka semuanya sedar dan tahu apa itu Rumah Allah bagi kita umat Islam.
Seburuk buruk UMNO tidak pernah di lacurkan Islam itu walau seinci sekalipun.Namun apa terjadi di Selangor? Mengapa rumah Allah di mainkan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang PAS, DAP dan PKR dengan sedemikian rupa? Apa sudah tidak ada tempat lainkah bagi mereka ini menyampaikan ceramah politik dan agenda politik mereka ini? Apa Rumah Allah ini tempat bagi orang KAFIR sewenang-wenangnya mencemari nya?
Sesungguhnya ini adalah satu perbuatan TERKUTUK yang telah di lakukan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang PAS, DAP dan PKR. Mereka telah menjemput orang kafir yang ternyata orang ini lah yang menentang keras ISLAM. Xavier ini juga lah yang telah memprotes banyak hal berkaitan Islam malah Dana bagi membina rumah Allah juga si Kafir ini lah yang menentang dengan keras. Namun PAS telah buta hati dan merelakan Si kafir yang BANGSAT ini mencemari kesucian rumah Allah itu.Lagi gambat yang mengaibkan rumah Allah Klik blogg GAPTidak berhenti setakat itu sahaja kesucian Rumah Allah di lacuri oleh Pakatan pembangkang ini malah Titah Sultan Selangor yang tidak ingin rumah Allah ini di jadikan medan politik dan tempat bagi mengahasut rakyat telah diingkari oleh kerajaan Pakatan Pembangkang ini.Klik Disini Pejuang Bangsa
Sesungguhnya Kerajaan Pakatan Pembangkang PAS, DAP dan PKR ini telah menjadikan rumah Allah sebagai tempat buat mereka dan golongan mereka sahaja. Bukankah rumah Allah itu buat kita seluruh umat? Mengapa di lacurkan sedemikian rupa rumah Allah itu? Ya Allah!!!Sultan Selangor harus mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal ini. Malah Kerajaan Malaysia juga harus membuat satu tindakan tegas berhubung hal ini. Ini boleh mencemarkan nama baik Malaysia yang di kenali seluruh Dunia sebagai sebuah negara Islam Contoh.

Ajaran Islam Oleh PAS!!



Puak² ini sedang bersembahyang hajat barangkali didepan pejabat DAP Perak. Bukan di depan pejabat PAS Perak yang hanya terletak beberapa meter sahaja di pejabat DAP tersebut. Tidak pasti apa yang dihajatkan oleh mereka. Mungkin hajat Ngeh & Nga serta hajat besar DAP barangkali.
Tidak lebih hanya sekadar mencari publisiti murahan untuk dipertontonkan oleh rakyat seantero negeri. Kalau sembahyang dalam masjid kot orang lain tak nampak. Jadi sembahyang la di depan pejabat DAP ni, padahal pejabat PAS dekat je kat situ.
PAS semakin dilacur oleh DAP dengan Islam dijadikan sebagai alat nafsu mereka sahaja.
Nilaikanlah sendiri.

MCA Semakin Bergolak..Ada Dua Timbalan Presiden..!!

MCA semakin haru. Selepas EGM tempoh hari kini MCA mempunyai 2 Timbalan Presiden dalam sejarah parti masyarakat cina ini. Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai.
Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan dilantik ke jawatan berkenaan pada 15 Oktober yang lalu selepas EGM tetapi semalam ROS telah menghantar surat yang mana keputusan EGM yg lalu tidak diterima pakai kerana tidak memenuhi keperluan dua per tiga seperti dalam perkara 35 perlembagaan parti.
Dalam masa yang sama ROS juga menghantar surat bahawa kekosongan jawatan Timbalan Presiden tidak berlaku dan membolehkan Datuk Seri Chua Soi Lek masih memegang jawatan berkenaan.
Pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) selama lima jam semalam, turut menerima keputusan ROS tersebut dan memutuskan Liow Tiong Lai untuk kembali ke jawatan Naib Presiden.
Liow Tiong Lai pula diberitakan akan merayu keputusan ROS itu dan tidak menolak kemungkinan untuk mencabar keputusan itu di mahkamah. Beliau turut mengadakan sidang media bersama Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datin Padua Chew Mei Fen dalam masa yang sama Ong Tee Keat turut mengadakannya di tempat yang berasingan.
Pada hemat penulis, kemelut ini perlu diselesaikan segera. Perlu ada situasi menang-menang untuk kebaikan semua. Isu ini hanya akan merugikan Barisan Nasional sendiri dan tempiasnya tentulah kepada kerajaan yang sedia ada. Kemelut ini juga tentunya menarik minat pembangkan untuk menabur peluru-peluru mereka di medan politik semasa.
Jangan jadi seperti labu membaiki tikus. Kononnya untuk menyelesaikan masalah asal tetapi timbul pula masalah yang lain.

Selasa, November 03, 2009

Dah DiTangkap, Tetapi Tiada Pertuduhan?? Salah Siapa??

DR ASRI menunjukkan jam apabila pendakwa raya lewat hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam


GOMBAK: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang ditahan ketika memberi ceramah agama di sebuah banglo di Hulu Klang, tengah malam kelmarin, dilepaskan dengan bon jaminan semalam kerana pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal mengemukakan pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah. Namun, beliau terpaksa menunggu lebih tiga jam di Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini sebelum pegawai Jais memberikan bon jaminan selepas kedua-dua pihak bersetuju membatalkan bon jaminan terdahulu. Peguamnya, Zulkifli Che Yong, berkata bon jaminan yang dikeluarkan selepas penahanan itu malam kelmarin terbatal dan Mohd Asri akan dipanggil oleh Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut pada bila-bila masa.







"Melalui perbincangan bersama pegawai Jais kami mendapati tiada pendakwaan dibuat atau difailkan di mahkamah. "Bagaimanapun, kami amat kesal dengan ketidakupayaan serta kegagalan Jais mematuhi prosedur membuat pendakwaan sehingga menyusahkan anak guam kami," katanya selepas perbincangan dengan pegawai berkenaan. Perbincangan berlangsung hampir sejam antara pegawai Jais dengan Mohd Asri serta peguamnya, selepas lebih dua jam beliau menunggu tindakan susulan Jais yang mengarahkannya hadir di mahkamah pada jam 9 pagi.







Ratusan yang dipercayai penyokong Mohd Asri memenuhi pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk memberi sokongan, tetapi tiada sebarang kekecohan berlaku. Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Ab Rani; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar Mohd Asri ditahan pegawai Jais pada jam 12.10 malam kelmarin di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 hadirin. Sementara itu, Mohd Asri menafikan beliau menyebarkan fahaman Wahabi dan mendakwa penahanannya adalah cubaan sabotaj untuk mencemarkan imejnya.







"Mereka tangkap saya dulu dan dibawa ke balai polis baru hendak tuduh tetapi mahkamah belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini (mahkamah). Hanya pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' di sebaliknya. "Mengapa saya didakwa tiada tauliah untuk mengajar sedangkan saya bukan asing di negara ini dan pandangan saya boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya. Beliau juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh. "Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu. Saya akui sebelum ini, memang Jais ada mengeluarkan arahan melarang Mufti Perlis mengajar agama di Selangor sedangkan 13 mufti negeri lain dibenarkan. Tetapi, masalahnya saya bukan lagi Mufti Perlis... ia amat pelik," katanya. Mohd Asri, bagaimanapun berkata, tindakan Jais itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus menegakkan syiar Islam di negara ini dan berharap penahanannya akan menjadi titik tolak untuk menghormati hak asasi dan kebebasan rakyat bersuara dan belajar agama. "Jangan guna terlalu banyak akta dan kuasa untuk menghalang masyarakat mendapat ilmu yang baik.






Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan," katanya yang kemudian menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir di sebuah hotel di ibu negara.