Jumaat, November 06, 2009
Mengapa Khalid & Saari Sungip Dibuang??
Khamis, November 05, 2009
Pakar Forensik atau Pakar Menipu??

Anda kenal gambar wanita diatas ni?? Dr. Khunying Rojanansunanwas yg merupakan pakar perubatan yang dipanggil menjadi saksi untuk kes inkues Teoh Beng Hock. Beliau telah ditangkap gara- gara membuat kenyataan palsu mengenai kesihatan Raja Thai.
Tetapi di Shah Alam baru² ini, beliau memberikan keterangan yang kebanyakannya meragukan. Tah siapa lah yang kutip minah ni.
So, Gobind, better cari pakar lain la plak. Yang ini dah xbleh pakai.
BANGKOK – Forensic expert Dr Khunying Rojanansunanwas arrested today in a sweeping police action designed to put an end to malicious rumors about His Majesty the King’s health, which were blamed for a sell-off in the SET last month.According to police, Dr Pornthip stated in a 2004 interview for Channel News Asia that “everyone must die sometime.” The statement was made in response to a question about how she felt about the importance of her job as a forensic investigator.However, police believe that, if applied to sensitive topics, the statement might cause panic and disorder among the Thai public, which could threaten national security.“To simply state that everyone must die is a malicious and unpatriotic attack on sacred institutions,” said a police spokesperson. “As Thais we must watch our words, and Dr Pornthip did not do so.”After her arrest, Dr Pornthip made a brief statement in which she pledged her loyalty to His Majesty the King but stood by her statement.“It’s a biological fact, a matter of science,” she insisted. “People die.”She was immediately charged on a second count of violating Article 14 of the computer law by circulating false information concerning His Majesty. Not The Nation!
Rabu, November 04, 2009
Dr. Xavier Berceramah di Masjid Pula..!!

Ajaran Islam Oleh PAS!!


Puak² ini sedang bersembahyang hajat barangkali didepan pejabat DAP Perak. Bukan di depan pejabat PAS Perak yang hanya terletak beberapa meter sahaja di pejabat DAP tersebut. Tidak pasti apa yang dihajatkan oleh mereka. Mungkin hajat Ngeh & Nga serta hajat besar DAP barangkali.
MCA Semakin Bergolak..Ada Dua Timbalan Presiden..!!
Selasa, November 03, 2009
Dah DiTangkap, Tetapi Tiada Pertuduhan?? Salah Siapa??
"Melalui perbincangan bersama pegawai Jais kami mendapati tiada pendakwaan dibuat atau difailkan di mahkamah. "Bagaimanapun, kami amat kesal dengan ketidakupayaan serta kegagalan Jais mematuhi prosedur membuat pendakwaan sehingga menyusahkan anak guam kami," katanya selepas perbincangan dengan pegawai berkenaan. Perbincangan berlangsung hampir sejam antara pegawai Jais dengan Mohd Asri serta peguamnya, selepas lebih dua jam beliau menunggu tindakan susulan Jais yang mengarahkannya hadir di mahkamah pada jam 9 pagi.
Ratusan yang dipercayai penyokong Mohd Asri memenuhi pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk memberi sokongan, tetapi tiada sebarang kekecohan berlaku. Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Ab Rani; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar Mohd Asri ditahan pegawai Jais pada jam 12.10 malam kelmarin di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 hadirin. Sementara itu, Mohd Asri menafikan beliau menyebarkan fahaman Wahabi dan mendakwa penahanannya adalah cubaan sabotaj untuk mencemarkan imejnya.
"Mereka tangkap saya dulu dan dibawa ke balai polis baru hendak tuduh tetapi mahkamah belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini (mahkamah). Hanya pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' di sebaliknya. "Mengapa saya didakwa tiada tauliah untuk mengajar sedangkan saya bukan asing di negara ini dan pandangan saya boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya. Beliau juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh. "Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu. Saya akui sebelum ini, memang Jais ada mengeluarkan arahan melarang Mufti Perlis mengajar agama di Selangor sedangkan 13 mufti negeri lain dibenarkan. Tetapi, masalahnya saya bukan lagi Mufti Perlis... ia amat pelik," katanya. Mohd Asri, bagaimanapun berkata, tindakan Jais itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus menegakkan syiar Islam di negara ini dan berharap penahanannya akan menjadi titik tolak untuk menghormati hak asasi dan kebebasan rakyat bersuara dan belajar agama. "Jangan guna terlalu banyak akta dan kuasa untuk menghalang masyarakat mendapat ilmu yang baik.

