Sabtu, Oktober 03, 2009

Memilih Bekas MB Yang Banyak Berjasa Atau Memilih Boneka DAP??

Sepanjang kempen di bagan Pinang nanti kita akan mendengar propaganda Pas mengenai calon Barisan nasional, Tan Sri Isa samad sebagai seorang yang korup dan perasuah. Hakikatnya sepanjang pentadbirannya Tan Sri Isa tidak pernah disabitkan sebarang dakwaan rasuah atau salah guna kuasa ke atas diri beliau.Kesalahan beliau dalam etika kempen UMNO merupakan kesalahan politik tanpa sesen pun membabitkan dana awam. Pas usahlah bercakap soal Islam jika sampai hari ini mereka masih mengagung-agungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja telah bersalah kes corruption, malah sedang mempunyai kes jenayah kerana meliwat pembantu peribadinya.

Jika Pas benar jujur dan ikhlas bukankah mereka sepatutnya meminta Anwar Ibrahim berundur daripada memegang sebarang jawatan dalam Pakatan rakyat sehingga kesnya selesai? Mangsa Anwar telah bersumpah dengan al-Quran di dalam masjid, namun pas tetap mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu kerana Anwar memberi mereka kuasa dan wang. Jadilah pas hanyalah seperti kata Barat, holier-than-thou atau kata orang Melayu, kokok berderai tapi ekor penuh tahi.Jika Anwar telah menjalani hukuman dan kemudian diangkat oleh Pas menjadi Ketua Pembangkang dan pemimpin nombor satu Pakatan, mengapa pula Tan Sri Isa yang hanya bersalah terhadap etika berkempen parti tidak boleh diterima sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri?
Pas juga tanpa segan silu terus memilih Mohamad sabu sebagai pemimpin kanan mereka biarpun nyata sekali Mat sabu ini ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Malah Isteri oerang tersebut juga telah menjadi isterinya hari ini sekaligus membuktikan wujud hubungan cinta mereka pada masa ditangkap dahulu.Sedangkan kesalahan Tan Sri Isa hanyalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh pembantu beliau sahaja. Itu pun dengan niat menolong ahli UMNO yang meminta pertolongan.Pas juga perlu menjelaskan kepada orang Melayu mengapa mereka masih menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sedangkan Menteri Besar tersebut jelas melanggar ajaran Islam apabila menyalahguna wang anak syarikat kerajaan negeri untuk membeli lembu korban peribadi kepada Parlimen Tun Razak.
Pas begitu hebat bercakap soal Islam di kalangan pengikutnya tetapi hakikatnya di Pulau Pinang, Perak (semasa Nizar menjadi MB) dan Selangor, bukan sahaja perjuangan Islam Pas tidak nampak, malah ia lebih teruk daripada sewaktu Barisan Nasional dahulu.Apakah tarbiah dan dakwah Pas di Selangor yang berjaya? Sehingga hari ini hampir 1000 orang Melayu Selangor telah menyertai DAP. Apakah ini perjuangan Islam Pas? Pegawai-pegawai melayu sekarang hanya mengikut telunjuk dan sergahan pemimpin bukan Melayu DAP.Ada juga Ahli parlimen Pas sekarang ini menjadi suara bukan Islam untuk meraih undi sehinggakan menjatuhkan maruah Islam sendiri.Pas sudah meuar-uarkan kononnya calonnya di Bagan Pinang, Dr. Zulkifley sebagai bakal Menteri Besar Negeri Sembilan senadainya menang dan Pakatan menang dalam pilihan raya umum ke 13 atau pun berlaku lompat parti. Apakah akan muncul seorang lagi bonek DAP menjadi menteri Besar di negeri Sembilan?
Walau apaun keburukan Tan Sri Isa, beliau telah menjalani hukuman yang setimpal termasuk kehilangan kerusi Parlimen dan jawatan menteri. Apakah beliau tidak berhak peluang kedua?Apakah kesalahan sekecil itu menafikan jasa-jasa beliau kepada Negeri Sembilan dan penduduk Bagah Pinang sendiri selama lebih 25 tahun khidmatnya sebagai ahli politik?Apakah kita lebih rela menyingkirkan seorang pemimpin rakyat dan telah terbukti kemampuannya hanya kerana sedikit kesalahan untuk diganti dengan seorang mengaku alim tetapi bakal menjadi boneka parti DAP?Orang Islam di Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah merasai pengkhianatan Pas ini. Apakah pengundi Bagan Pinang mahu mengulangi kesilapan yang sama?Jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar. Hari ini orang melayu menang sorak di Selangor tetapi kampung telah tergadai.Siapa percaya orang Melayu Selangor hari ini terpaksa mengemis kepada parti cauvinis Cina bernama DAP? Mengapa ini berlaku? Kerana kepercayaan orang melayu beri kepada Pas telah dikhianati.
Beserban dan berjubah belum tentu menjaga kepentingan Islam dan bangsa Melayu. Hari ini terbukti serban dan jubah sudah dibakulsampahkan oleh Pas kerana wag dan kuasa.
Tulisan Ab. Jalil Becker...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan