Ahad, Januari 27, 2008

Sokongan Belia Parlimen Parit


Sitiawan,25 Jan. 08. Majlis Belia Daerah (MBD) Perak Tengah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Barisan Nasional (UMNO) pada Pilihanraya Umum ke 12 pada Majlis Makan Malam Majlis Belia Perak Tengah di Hotel Crystal, Sitiawan kelmarin. En. Kamarulzaman Zalamuddin, selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Perak Tengah menyatakan sokongan MBD pada majlis yang dihadiri oleh hampir 150 ahli gabungan belia daerah. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Belia & Sukan Negeri Perak dan isteri Datin Hjh Puteri Kausar bt. Megat Salleh.


Pada majlis berkenaan, En. Kamarulzaman menyeru kepada semua ahli gabungan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa saja calon Barisan Nasional di Dun Bota, Belanja & Parlimen Parit. Beliau berkata lagi, hanya kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO sahaja yang mampu untuk mentadbir dan memajukan negara ini dan menjaga belia di Malaysia amnya dan di Parlimen Parit khasnya. Dengan peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS), belia-belia dapat meneroka peluang-peluang perniagaan, pertanian dan kursus kemahiran. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan ringgit untuk pembangunan belia setempat melalui pembinaan "Gelanggang Multisport" di Parit, Bota & Lambor, pembinaan mini stadium di Parit, kelab sukan komuniti (KSK) Dun Bota & Belanja,tabung ekonomi belia, bantuan belia niaga dan kursus-kursus oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah.


Belia di Parlimen Parit harus berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional,kerajaan negeri Perak, YB Dato' Haji Mohd. Zaim, YB Dato' Che Ri dan YB Dato' Nasaruddin Hashim yang sentiasa peka dengan masalah dan pembangunan belia setempat.


Dengan pembinaan kemudahan sukan dan aktiviti yang berterusan ianya dapat mengurangkan gejala-gejala sosial di Parlimen Parit seperti mat rempit, menghidu gam, ponteng sekolah,vandalisme dan sebagainya. Melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah, belia-belia dapat menonjolkan diri mereka disamping membina sahsiah diri yang baik.


Antara ahli gabungan yang hadir pada malam berkenaan ialah dari Persatuan Kelab - Kelab Belia Malaysia (MAYC) Parlimen Parit, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Gerakan Belia 4B Parlimen Parit. Majlis berkenaan juga dihadiri En. Abd. Rasid Hj Nopiah, Exco Gerakan 4B Malaysia yang juga mantan Pengerusi MBD Perak Tengah, Drs. Mohd. Nizar Zakaria - Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Parit, Tuan Haji Mior Brahim b. Abdul Rahman (Naib Pengerusi MAYC Perak), En. Yusuf Nordin (Setiausaha UMNO Bahagian Parit), Cik Faieza Abdullah (Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Parit), En. Khairul Shahril Mohamed (Setiausaha PEMUDA UMNO Bahagian Parit), En. Ahmad Shamil Hj Mohamed (EXCO MAYC Negeri Perak).

Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan