Khamis, Februari 28, 2008

Maktab Rendah Sains Mara Parit






Parit, 18 hb. Februari - Isnin, Rakyat Parlimen Parit berasa bertuah kerana akan terbinanya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di atas tanah seluas 54 ekar berhampiran Pekan Parit.Pada Majlis Pecah Tanah MRSM Parit oleh YB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, MRSM Parit akan dapat menampung 1050 pelajar keseluruhan dan merupakan MRSM ke 8 yang dibina di Perak setakat ini.






MRSM Parit akan melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 80 juta yang termasuk dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK 9) dan negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai bilangan MRSM terbanyak berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Dengan adanya MRSM Parit, pelajar-pelajar cemerlang dikawasan berhampiran dapat ditempatkan di sini dan secara tidak langsung akan memberikan nama baik kepada Pekan Parit itu sendiri yang agak terpinggir selepas adanya Bandar Baru Seri Iskandar. Diatas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 11 yang lalu, mantan Menteri Pembangunan Usahawan telah berjanji akan membina MRSM di Parit sekiranya kekalahan 3-0 pada PRU 10 -1999 dapat ditebus.

Usaha berterusan oleh UMNO Bahagian Parit pimpinan YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Abu Hasan dalam memakmurkan Parlimen Parit kini telah terbukti dengan pembinaan MRSM Parit kelak. Selain itu, ianya secara tidak lansung akan merancakkan kembali aktiviti ekonomi peniaga di Parit yang agak suram sebelum ini.

Ternyata, Barisan Nasional yang mampu untuk memberi pendidikan dan mentadbir negara dengan sebaiknya. Bukan retorik, bukan janji palsu tetapi ianya tanggungjawab yang dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan rakyat dan memberi pendidikan yang sebaiknya pada semua rakyat Malaysia.Ianya juga bukan janji bermusim dan janji pilihanraya, malah sebagai satu amanah sebagai kerajaan yang memerintah.

Pada majlis berkenaan, turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dat' Seri Diraja Tajol Rosli Ghazali, YB Dato' Zaim, Exco Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN,Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan rakyat dari seluruh Parlimen Parit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan