Jumaat, Februari 15, 2008

Piala Ketua PEMUDA UMNO Parit

Parit - 7 Feb. 08, Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah bagi merebut Piala Ketua PEMUDA UMNO Parit telah diadakan pada 7 hb. Februari 2008 yang lalu. Kejohanan ini yang diadakan untuk semua cawangan PEMUDA UMNO Bahagian Parit dan telah disertai lebih 400 ahli PEMUDA UMNO yang mewakili 42 buah cawangan. Kejohanan ini berlangsung di padang Sek. Keb. Pasir Gajah & Sek. Men. Keb. Layang - Layang Kiri.
Majlis perasmian pembukaan kejohanan tersebut telah disempurnakan serentak di kedua-dua venue berkenaan pada pagi hari kejohanan. YB Dato' Che Ri b. Md Daud - ADUN Bota di padang Sek. Men. Keb. Layang - Layang Kiri dan YB Dato' Nasaruddin Hashim - Ahli Parlimen Parit serta YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan di padang Sek. Keb. Pasir Gajah.
Pada kejohanan kali, Cawangan Bota Kanan telah muncul sebagai Johan, Naib Johan Cawangan Lambor Kanan, Ketiga Cawangan Teluk Kepayang Hulu dan Cawangan Parit pula ditempat keempat. Kejohanan ini secara tidak langsung merupakan medan pemilihan pemain bolasepak bagi mewakili PEMUDA UMNO Bahagian Parit ke Piala Ketua PEMUDA UMNO Malaysia di Perlis yang mana Bahagian Parit telah muncul Johan diperingkat negeri pada Januari yang lalu.
Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Drs. Mohd. Nizar Zakaria selaku Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Parit di padang Sek. Keb. Pasir Gajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan