Sabtu, Februari 16, 2008

Pilihanraya Umum Ke 12

Sah, Pilihanraya Umum ke 12 akan diadakan pada 8 hb. Mac depan dan 24 hb. Februari pula untuk penamaan calon. YAB Pak Lah telah mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 hb. Februari yang lalu setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin. Serentak dengan itu, semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak turut dibubarkan bagi membolehkan proses pilihanraya diadakan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh 24 hb. Februari 2008 (Ahad) untuk penamaan calon dan 8 hb. Mac 2008 (Sabtu) untuk hari mengundi. Sebanyak 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan menjadi rebutan parti-parti politik.Sesuai dengan peruntukan Akta Pilihanraya 1958 (Perkara 116 Perlembagaan - Bahagian Pilihanraya Parlimen & 117 - Bahagian Pilihanraya Negeri)


Pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 11 yang lalu Barisan Nasional (BN) menguasai 199, DAP 12 kerusi, PAS 6 kerusi, Keadilan 1 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Pada PRU 12 ini, 2 kawasan Parlimen baru telah diwujudkan selepas persempadanan semula di Sarawak.

Sarawak merupakan negeri yang mempunyai jumlah kawasan Parlimen terbanyak iaitu 30 kerusi,Johor 26, Sabah 25,Perak 24, Selangor 22,Kedah 15,Kelantan & Pahang 14,Penang 13,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11,N.Sembilan & Terengganu 8,Melaka 6,Perlis 3, Labuan & Putrajaya masing-masing 1 kerusi.

Dari 199 kerusi BN, sebanyak 110 dari UMNO yang merupakan tunjang kekuatan Barisan Nasional diikuti MCA 31,PBB 11, MIC 9, SUPP 6, Gerakan 10,UPKO & PBS 4 dan lain-lain parti komponen. Melalui pakatan dan pembahagian kuasa yang adil BN bukanlah parti bermusim dan beretorik semata-mata dengan pakatan Barisan Alternatif yang dilihat kabur dan terumbang-ambing.

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilih & jangan lupa untuk mengundi calon Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan