Al – Kisah di bulan Februari yang semestinya membuatkan media-media cetak memperolehi penjualan yang mencanak, hit di blog juga menunjukkan peningkatan yang ketara dan adakalanya ‘jammed’, kedai – kedai makan, kedai kopi, dipejabat, pasar, dalam kereta, telefon, sms dan pelbagai medium lagi turut menyumbang kepada hangatnya kisah di bulan Februari.
Bermula dengan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (sila baca sebagai YB Ngeh & Nga / Kerajaan DAP Perak). Diikuti perletakan jawatan YB ADUN Bukit Selambau V.Arumugam (Aru) dan yang paling seksi YB Bukit Lanjan Cik Elizabeth Wong (Eli). Kisah – kisah ini cukup mewarnai senario politik tanahair pada bulan Februari 2009 ini.
Bermula dengan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (sila baca sebagai YB Ngeh & Nga / Kerajaan DAP Perak). Diikuti perletakan jawatan YB ADUN Bukit Selambau V.Arumugam (Aru) dan yang paling seksi YB Bukit Lanjan Cik Elizabeth Wong (Eli). Kisah – kisah ini cukup mewarnai senario politik tanahair pada bulan Februari 2009 ini.
Dewan Undangan Negeri Bota menjadi sebutan pada penghujung Januari lalu, apabila ADUN YB Dato’ Nasaruddin Hashim (baca sebagai YB Bota selepas ini) telah melompat ke PKR. Itulah hadiah / angpau Tahun Baru Cina dari beliau untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (baca sebagai DSAI) dan PKR/PR sendiri. Heboh satu Malaya, ada yang mengeluarkan fatwa, memberi pandangan atau pendapat, ada juga yang memaki hamun, dan tidak kurang juga yang tersenyum dan gembira. Belum pun panas YB Bota ni melompat dalam PKR/PR YB Bota sekali lagi bersama – sama 3 ADUN PR yang diberitakan hilang telah mengisytiharkan melompat masuk BN dan menjadi BEBAS. Fuh, begitulah politik. Hari ini kita kawan, esok kita berlawan, lusa kita berkawan semula dan tulat belum tentu orang nak berkawan dengan kita.
Maka, setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya; Sultan Azlan Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzudin Shah Ghafarulllah maka berakhirnya episod pemerintahan Kerajaan DAP Perak dibawah bekas Menteri Besar Pak Turut Ir Nizar. Setelah di umumkan, ADUN Pangkor, YB Dato’ Dr. Zamry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang ke 11, maka berkokoklah Nizar dan semua pengikutnya (PAS sahaja) yang mengatakan Zamry adalah MB haram dan kerajaan BN yang wujud di Perak pada ketika ini adalah tidak sah dan haram sama sekali. Pada petang 6 hb. Februari 2009, selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, satu demontrasi/tunjuk perasaan oleh pengikut-pengikut atau pendokong PAS (sahaja) telah berlaku. Kenderaan YM Raja Muda dan konvoi² VIP yang lain telah dihalang, dibaling batu, dimaki hamun ketika melepasi masjid berkenaan untuk Majlis Mengangkat Sumpah Menteri Besar Perak yang ke 11. Yang hairan bin ajaib bin pelik bin bodoh, hanya pengikut PAS (sahaja) yang beria – ria berdemontrasi. Yang baring diatas jalan+pegang bendera, membaling batu dan tidak kurang juga kaum Hawa yang bertudung labuh turut melemparkan kata-kata kesat terhadap konvoi yang melalui masjid berkenaan. Dimana pula penyokong DAP?? DAP mempunyai 18 kerusi DUN Perak, sedangkan PAS hanya mempunyai 6 sahaja dan kerana Undang² Tubuh Negeri Perak maka naiklah Ir Nizar sebagai MB Perak yang ke 10. Dan kerana itulah, Nizar dalam keputusannya sentiasa menyebelahi DAP dan itulah antara syarat atau kandungan didalam Perjanjian Pangkor II.
Malu dan jelik melihat orang – orang Melayu Islam berteriak dan menjerit dan memaki hamun didepan Masjid Ubudiah pada 6 Februari yang lalu. Dimana kewarasan dan rasional mereka?? Kenapa perlu pegang bendera Palestine (bendera ini dipegang terbalik) dan berbaring?? Jihad atau jahat?? Inilah sikap pendokong dan pengikut Ajaran PAS yang selama ini menwar-warkan merekalah lebih Islam dari orang lain.
Malu dan jelik melihat orang – orang Melayu Islam berteriak dan menjerit dan memaki hamun didepan Masjid Ubudiah pada 6 Februari yang lalu. Dimana kewarasan dan rasional mereka?? Kenapa perlu pegang bendera Palestine (bendera ini dipegang terbalik) dan berbaring?? Jihad atau jahat?? Inilah sikap pendokong dan pengikut Ajaran PAS yang selama ini menwar-warkan merekalah lebih Islam dari orang lain.
Selanjutnya kisah YB ADUN Bukit Selambau, V.Arumugan yang dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain sehingga mempunyai anak diluar nikah. Bermula dengan memorandum yang dihantar oleh sebilangan pengundi ke Sultan Kedah. Kemudiannya dinafikan oleh Menteri Besar Kedah, Ustad Azizan dan kemuncaknya YB V.Arumugan telah dengan rasminya meletakkan jawatannya selaku EXCO dan ADUN Bukit Selambau. Kononnya beliau meletak jawatan setelah mendapat tekanan dan sogokan dari pihak UMNO/BN yang mahukan beliau melompat. Tetapi kerana mesti sekarang baru nak letak jawatan kalu betul beliau menghadapi tekanan atas pujukan BN/UMNO?? Kenapa selepas kes dan kisah cinta beliau tersebar baru tindakan ini diambil?? Mungkin hanya mereka yang bodoh sahaja mempercayai teori berkenaan. Dan yang paling mengjengkelkan, ulasan MB Kedah yang agak stereotype jawapannya.. “Ini kerja BN/UMNO”.. Arghh..begitu mudah sekali seorang pemimpin sebuah negeri memberikan ulasan tanpa perlu berfikir dan membuat pertimbangan. Cukup untuk Bukit Selambau.
YB Elizabeth Wong, kini telah berada diluar Negara untuk bercuti bagi menenangkan perasaannya. Gambar seksi/intimnya telah tersebar. Beliau masih bujang berumur 37 tahun dan merupakan bekas pembantu peribadi kepada Datin Seri Wan Azizah (baca sebagai Kak Jijah). Pencerobohan privasi beliau ini nyata bukan satu lakonan atau drama mahupun cerekarama dan lestari. Diberitakan juga yang merakam gambar berkenaan ialah bekas Boyfriend (bf) beliau iaitu Hilmi Malek. Sidang akhbar Eli dihadiri oleh ramai wanita bertudung litup sambil memegang beberapa kertas manila dan tertera beberapa tulisan. Yeah, mereka menyokong Eli..begitulah taksub dan fanatiknya mereka kerana matlamat telah menghalalkan cara. Diberitakan juga, penyebaran gambar² Eli ada kaitan dengan satu kumpulan didalam PKR yang mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim (baca sebagai Khalid Gagap). Begitulah politik PKR. Jangan kata UMNO gila kuasa, UMNO politik sempit dan memacam. Tetapi, inilah hakikat sebenar, apabila berkuasa, mereka seperti sudah hilang akal dan hilang pertimbangan. Cukup sekadar itu. Kita nantikan Pilihanraya Kecil ketiga-tiga Bukit berkenaan.
Sebagai tambahan, ini merupakan peluang UMNO/BN untuk memenangi kembali hati rakyat. Rakyat melihat Pakatan Rakyat sebagai satu pilihan lain kepada mereka dan sebagai tanda protes mereka terhadap BN/UMNO sendiri. Tidak perlu orang UMNO/BN menunding jari meletakkan kejatuhan UMNO/BN kepada orang lain. Kesalahan perlu kepada UMNO/BN sendiri. UMNO khasnya perlukan anjakan paradigm dan satu perubahan regim dalam kepimpinannya. Pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO tetap kekal.
Akhir kalam, jadilah penyokong parti yang bijak dan rasional, masing² mempunyai pendapat dan hujah untuk menyokong dan membangkang. Sokonglah yang benar dan bangkanglah yang salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan