Jumaat, Februari 06, 2009

SUK Perak Dikawal Ketat

Sebaik sahaja Nizar mengumumkan Kerajaan PR Perak di bubarkan, anggota polis telah diarahkan untuk mengawal SUK Perak.


Sementelah Tuanku memperkenankan penubuhan Kerajaan BN di Perak pihak PDRM telah meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar Bandaraya Ipoh terutamanya di kediaman Menteri Besar dan Jalan Raja Dr Nazrin Shah (Jalan Gopeng) yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari rumah Menteri Besar. Jalan berkenaan terletaknya Istana Kinta dan Pejabat UMNO Negeri Perak.

Kononnya tersebar khabar angin yang mengatakan berlakunya rusuhan di Ipoh. Sebenarnya keadaan sangat terkawal dan penduduk Ipoh menjalani kehidupan seperti biasa.

Gambar atas menunjukkan pintu masuk belakang & depan SUK Perak yang sentiasa ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Polis untuk mengelakkan dari sebarang kejadian tidak diingini. Gambar diambil pada sekitar jam 11.45am td.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan