Isnin, Februari 02, 2009

PENAFIAN OLEH UMNO PARIT.

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...
Dimasa yang sedikit terluang ini, penulis mengambil kesempatan untuk mencoretkan beberapa perkara diblog ini. Terlalu banyak penipuan dan pembohongan yang amat ketara dalam lama web pembangkang serta pembohongan mengenai isu hangat di DUN Bota atau lebih tepat lagi di Parit pada masa kini.
Diumumkan semasa Ceramah Mesra Rakyat pada 30 hb. Januari 2009 yang lalu di Stadium Mini Bakri Rais Bota, yang dihadiri oleh Anwar Berahim, Nizar, Nasaruddin dan Usaili sebagai penceramah. Kononnya seramai 50,000 orang yang memenuhi stadium berkenaan.
Kepada sesiapa yang 'familiar' dengan pekan Bota dan stadium mini tu pasti tergaru-garu atau terpempan dengan angka ini. Fuh.. sang penipu yang amat sangat.. teman sendiri berada ditempat kejadian..nk menipu pun agak-agak la..pada pengamatan penulis yang hadir kurang dari 10,000 orang. Itupun majoriti yang hadir bukanlah dari Bota/Parit. Kebanyakannnya adalah 'orang luar'..
PEMBOHONGAN
Dalam ceramah berkenaan juga diumumkan bahawa 11 cawangan UMNO dibubarkan dan mereka keluar UMNO serta menubuhkan cawangan PKR. Seorang Exco PEMUDA UMNO Parit dan Pengerusi Veteran UMNO juga telah menyertai PKR mengikuti jejak langkah Nasaruddin. Dan seramai 200 orang ahli UMNO Cawangan Kampung Tua, Belanja telah menyertai PKR. Dan berbagai lagi pembohongan yang jelas dan nyata oleh pihak -pihak yang rakus dan tidak bertanggungjawab ini.
Perlu diperbetulkan dan diperjelaskan disini bahawa, setakat hari ini tiada langsung cawangan UMNO yang dibubarkan dalam Bahagian Parit. Dan cuma 8 cawangan PKR sahaja yang ditubuhkan pada malam berkenaan. Itupun bukanlah ahli UMNO yang menubuhkannya kerana mereka sebenarnya memang merupakan penyokong pembangkang sebelum ini. Sebagai contoh di Lambor Kiri, Megat Hussin Megat Ahmad yang merupakan penyokong PAS, En. Latif dari Kampung Tua Belanja yang memang merupakan pendokong kuat pembangkang di Parit. Jika seramai 200 orang dari Kg. Tua bermakna hampir keseluruhan kampung berkenaan menolak UMNO. Ternyata ini satu pembohongan dan ahli UMNO Kg. Tua masih setia bersama UMNO Parit dibawah kepimpinan YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan. Jadi tidak timbul isu ahli UMNO di Parit menyertai pembangkang atau lebih tepat lagi mereka hanya menubuhkan cawangan PKR secara rasmi. Maklum la, Anwar Berahim yang datang..lagipun pulak Nasa melompat ke PKR, jadi bila buat pengumuman berkenaan kononnya isu Nasa telah mempengaruhi banyak ahli UMNO di Parit. Secara tidak langsung kononnya isu ini dapat mempengaruhi orang lain dan menunjukkan UMNO Parit dalam keadaan yang nazak dan tewas.
PENAFIAN
Sebenarnya tiada dikalangan EXCO PEMUDA UMNO Parit yang melompat dan menyertai tindakan Nasaruddin melompat ke PKR. Menerusi kenyataan oleh Saudara Khairul Shahril Mohamed (Ketua PEMUDA UMNO Parit) bahawa tiada dikalangan EXCO PEMUDA UMNO Parit telah menyertai PKR.Dan buat pengetahuan semua, Pengerusi Veteran UMNO Parit ialah Tuan Haji Syed Mustar dan bukan Yeop Khalid seperti yang diumumkan pada malam berkenaan. Yeop Khalid sendiri sudah lama menyepi dari UMNO Parit dan tidak aktif dalam UMNO. Yang menyertai PKR ialah orang yang selama ini menyokong PKR dan bukanlah ahli UMNO yang turut sama 'melompat katak' seperti Nasaruddin.
Dalam satu majlis perjumpaan, kesemua Ketua Cawangan UMNO dalam DUN BOTA (kecuali Cawangan Bota Kiri - Nasaruddin sbg Ketua Cawangan) telah menyatakan ikrar taat setia bersama UMNO Parit dan tidak mengikut jejak bekas ADUN BN YB Dato Nasaruddin b. Hashim.
Ketua UMNO Bahagian Parit, YB Dato' Hj Mohd. Zaim Hj Abu Hasan dalam kenyataannya menyatakan bahawa, UMNO Parit masih kukuh dan utuh sampai ke saat ini. Tiada cawangan UMNO yang dibubarkan. Malah Pegawai Khas Dato' Nasa, En. Syed Muhammad sendiri tidak menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah 'bosnya'... Dalam masa yang sama, YB Dato' Haji Mohd. Zaim Hj Abu Hasan, mewakili warga UMNO Parit mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan padu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru iatu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak iaitu YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

2 ulasan:

  1. Salam,
    Teruskan memberikan info yang sahih dari semasa ke semasa.

    BalasPadam
  2. Salam Pemuda Umno Parit,

    Terima kasih kerana menjelaskan perkara sebenarnya. Kami di BPN sentiasa memantau sumber-sumber yang boleh dipercayai terutama daripada blog pemuda umno sendiri..

    Inilah taktik pembangkang khususnya PKR yang sentiasa cuba utk mencari populariti dan publisiti murahan.

    kononnya rakyat sekarang sangat menyokong pendirian mereka untuk rampas kerajaan dan nak meliberalkan tanah melayu ini.

    Sekarang sudah jelas bahawa mereka ini sebenarnya tidaklah sehebat mana.

    BalasPadam