Kerana mereka menghina Raja. Kerana mereka nakkan Pilihanraya. Kerana mereka sombong durjana. Lalu mereka ditakdirkan semuanya ke Bukit Gantang. Kerana di sinilah hati Negeri Perak ini. Mereka nakkan Pilihanraya di kesemua 59 kerusi DUN lalu mereka diberikan P059 kawasan Parlimen Bukit Gantang. Di sinilah tempat tentunya siapakah yang layak mentadbir negeri Perak. Kerana tumpasnya BN di sini dahulu, maka tumpaslah BN di negeri Perak. Setelah Changkat Jering masuk BN, lalu kembalilah Perak kepada BN dan seterusnya tumbanglah konstituensi ini dari jajahan PR untuk dinilai semula oleh rakyat.
Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Raja Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.
Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari Thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.
Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut. Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.
Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim telah menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sg. Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir James Birch. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti Kota Bukit Gantang, Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.
Dipetik dari http://perakbangkit.blogspot.com/
Gambar : http://umnobktgantang.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan