Penulis mengambil cuti yang agak panjang sempena Perhimpunan Agung UMNO yang baru tamat dan terus bergegas ke Bukit Gantang untuk PRK.
Berakhirnya satu perhimpunan parti Melayu Islam yang mana telah memberi satu nafas baru terhadap perjuangan bangsa, agama & negara. UMNO kini diterajui kepimpinan yang baru dan diharap dapat membawa UMNO ke satu tahap yang lebih baik dari sekarang.
Kehadiran Y.BHG Tun Dr. Mahathir pada hari terakhir perhimpunan mencerminkan akan kehendak hati Tun untuk kembali ke parti yang pernah dipimpinnya. Satu 'endorsment' kata Tan Sri Muhyiddin...
Ini juga merupakan satu petanda yang amat baik sekali kepada seluruh umat Melayu di Malaysia.
Tahniah kepada mereka yang menang untuk kerusi Majlis Tertinggi UMNO, tahniah kepada Ketua Wanita, Ketua PUTERI & Ketua PEMUDA yang baru. Insaflah dan sedar kerana jawatan itu merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan bijaksana dan tertib kerana parti keramat ini ada daulatnya.
Setelah tamat pemilihan MT tempoh hari, penulis berkesempatan mengikuti beberapa wawancara dan dialog di televisyen, samada milik kerajaan atau swasta. Rata - rata panel yang dijemput agak kecewa dengan keputusan pemilihan Pergerakan PEMUDA. Tidak perlu penulis nyatakan disini kerana masing - masing sudah begitu maklumkan akan ceritanya. Cuma yang penulis agak kesalkan, adakalanya golongan pemerhati dan cerdik pandai politik, mereka berhujah seperti mereka mengetahui segalanya, padahal mereka sendiri bukan ahli UMNO. Dan pendapat itu, hanya sekadar pendapat peribadi mereka. Bukan bermaksud untuk menidakkan pengetahuan atau ilmu mereka tetapi adakalanya mereka agak keterlaluan dalam kritikan mereka.
Rafidah dikhabarkan hilang terus dari Perhimpunan selepas tewas kepada Shahrizat. Beliau tidak dapat menerima kekalahannya kali ini. Begitulah adat pertandingan, pasti ada yang menang dan yang tewas. Yang meneruskan perjuangan dan yang tewas bukanlah penghujung kepada perjuangan.
Iklim pemilihan UMNO kali ini menunjukkan bahawa perwakilian semakin bijak dan matang dalam memilih teraju parti dan inilah barisan / saf kepimpinan yang mereka mahukan untuk menerajui tampuk pemerintahan negara. Datuk Seri Najib, Tan Seri Muhyiddin, sebagai orang No. 1 & No. 2 dalam kerajaan dan parti. Mungkin ada hikmahnya disebalik tindakan disiplin keatas Ali Rustam.
Semoga UMNO akan terus mendapat sokongan umat Melayu di Malaysia. Sekian coretan untuk kali ini.
Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
11 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan