Khamis, April 09, 2009

Coretan Dari Bukit Gantang (Hari Mengundi)

Selesailah sudah ketiga - tiga Pilihanraya Kecil bagi Batang Air, Bukit Selambau & Bukit Gantang. Para pengundi yakni rakyat telah membuat pilihan mereka dan memilih calon yang akan mewakili mereka di Dewan Negeri mahupun Dewan Rakyat.
Pelbagai tafsiran dan pandangan telah diutarakan. Keputusan ini telah membuatkan ramai cerdik pandai dan tidak kurang yang bodoh tengin dan mereka yang sederhana pandai dan bodoh membuat konklusi dan andaian masing².
Tetapi penulis lebih berminat untuk mengulas tentang keadaan dan suasana di Bukit Gantang tempoh hari. Maaf kerana sepatutnya semalam ianya ditulis tetapi penulis mengambil cuti rehat bagi menenangkan minda dan fizikal selepas berjuang di Bukit Gantang bersama - sama sahabat yang lain.
Penulis bergegas ke Bukit Gantang sebaik sahaja pulang dari kerja pada hari Isnin (6 April 2009) yang lalu. Penulis terus memandu ke Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Kg. Cheh. Peti undi di sekolah ini tidak pernah dimenangi oleh Barisan Nasional sejak 4 penggal pilihanraya sebelum ini. Majoriti tidak pernah kurang dari 250 undi. Kiranya disini merupakan kubu kuat PAS. Peti undi ini mengandugi 5 buah kampung iaitu Kg. Berchat, Kg. Cheh, Kg. Cheh Ulu, Kg. Banggol Nering & Kg. Banggol Rendang. UMNO Parit dan PEMUDA UMNO Parit telah bertugas disini sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac yang lalu. Dan ada juga dikalangan mereka yang telah berada disana sebelum Perhimpunan Agung UMNO.
Pada malam Isnin tersebut, ketika petugas BN & PAS sibuk menyiapkan barung/pondok panas masing² terdapat sedikit salah faham yang hampir saja menimbulkan kekecohan dan pergaduhan. Seperti biasa perang mulut atau provokasi juga tidak dapat dielakkan. Setelah keadaan agak semakin tidak terkawal, kehadiran anggota polis berjaya meredakan keadaan. Penyokong & petugas BN & PAS masing berdiri disebelah sisi jalanraya secara berhadapan sambil menantikan jam terakhir untuk tempoh berkempen dan bersurai.
Pada hari pengundian, kawasan sekitar pusat pengundian Sek. Keb. Sultan Abdullah telah sesak dan sibuk. Perayu undi BN & PAS dengan gaya dan telatah mereka. Penulis sendiri terlibat dengan perang mulut dan provokasi dengan penyokong PAS secara berhadapan dan hanya dipisahkan dengan jalanraya bermula dari pagi hingga tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang. Berlaku juga kekecohan yang hampir mencetuskan pergaduhan dan rusuhan tetapi berjaya ditenteramkan oleh pihak polis yang setia berkawal sejak dari awal pagi.
Terdapat juga kekecohan yang mana, penyokong PAS mendakwa telah menangkap pengundi hantu yang ingin membuang undi padahal invidivu berkenaan sememangnya layak mengundi di peti undi tersebut. Ir Nizar juga sempat melawat pusat pengundian dan beliau di jerit dengan gelaran "Lembu DAP" ketika tiba. Penulis sendiri turut menjerit kepada beliau yang berjalan betul² dihadapan penulis. Dr. Lo'Lo' juga kelihatan disana dan penulis sempat berpesan kepada beliau agar berhati² apabila tidur dirumah, kalau² ada orang menangkap gambar.
Hujan pada sebelah petang tidak menghalang perayu undi untuk bertahan sehingga jam 5 petang. YB Dato' Zaim (Ketua UMNO Parit) turut sama berperang mulut dengan penyokong PAS, walaupun beliau basah dalam hujan, Saudara Khairul Shahril Mohamed yang setia berpanas dan berhujan serta PEMUDA, Wanita & Puteri UMNO Parit yang langsung tidak berganjak dan gentar dengan provokasi dan perang mulut pihak PAS.
Perayu undi PAS kebanyakannya datang dari Terengganu & Kelantan serta tidak kurang juga dari penduduk tempatan. Terdapat juga golongan remaja yang masih bersekolah berkempen untuk PAS. Penulis sendiri agak terkilan kerana mereka masih jahil dan cetek untuk melibatkan diri secara total dalam pilihanraya ini.
Keputusan di pusat pengundian Sek. Keb. Sultan Abdullah tetap dimenangi oleh PAS tetapi dengan majoriti yang jauh merosot berbanding sebelumnya iaitu hanya 40 undi majoriti sahaja. Saluran 1; BN 149 PAS 139, Saluran 2; BN 221 PAS 216, Saluran 3 ; BN 177 PAS 232 Bebas 1. Tetapi dengan segala strategi dan kerja buat jentera BN, khususnya UMNO Parit, Pergerakan PEMUDA & Wanita UMNO Parit berjaya mengurangkan majoriti undi PAS kali ini.
Dikesempatan ini, penulis merakamkan setinggi penghargaan & ucapan terima kasih kepada semua jentera BN yang terlibat. YB Dato' Zaim yang turun padang dan tidur di rumah petugas di Kg. Banggol Rendang walaupun rumah berkenaan tidaklah begitu sempurna. Tidak lupa kepada Yusuf Nordin (Timbalan Ketua UMNO Parit), AJK² Bahagian UMNO Parit, AJK PEMUDA & Wanita serta PUTERI UMNO yang turut sama mengembleng tenaga walaupun BN tewas di Bukit Gantang ini.
Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan