Khamis, April 02, 2009

Selamat Datang PM Ke 6

Sejarah akan terungkap. Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 6 akan mengangkat sumpah esok hari. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak akan memimpin Malaysia ke satu tahap yang bakal ,menyaksikan samada satu perubahan atau impian kearah yang lebih baik dan sempurna untuk sekalian rakyat Malaysia.

Darah Tun Razak yang mengalir dalam tubuhnya diharapkan akan disenangi oleh setiap lapisan penduduk dari segenap ceruk rantau. Najib mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda dalam sejarah iaitu ketika berumur 27 tahun. Dan dinatara Menetri Kabinet yang muda ketika dilantik.
Gayanya kepimpinannya ada iras Tun dr. Mahathir, negarawan yang disanjung dan diingati oleh seantero dunia.
Berjayakah Najib menawan hati rakyat Malaysia amnya dan pengundi PRU 13 kelak?? Bagaimanakah kemampuan barisan kabinet Najib memacu atau mentadbir negara ini nanti?? Ramai yang ternanti-nanti akan kemampuan Najib dan kabinetnya kelak.


Ada dikalangan mereka yang tidak bertanggungjawab, mengatakan bahawa Najib tidak akan mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Ke 6 esok. Tetapi jangkaan itu meleset sama sekali kerana Majlis Angkat Sumpah berkenaan akan dijadualkan pada jam 10pagi esok (Jumaat, 3 April 2009) di Istana Negara.


Ada yang juga yang mencadangkan bahawa, Saf kabinet Era Pak Lah perlu meletakkan jawatan. Penulis sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanan cara ini. Tetapi tentu ada yang tidak akan dilantik semula dan sebaliknya. Peluang dilihat lebih cerah kepada mereka yang memenangi Ahli Majlis Tertinggi UMNO minggu lepas. Dr. Fuad Zarkashi, Bung Mokhtar, Tajuddin Ramli antara beberapa nama yang begitu lantang dan angkuh di parlimen. Ya, benar, angkuh dari konteks mempertahankan dasar mahupun mengkritik apa yang dirasakan perlu oleh mereka. UMNO/Kerajaan memerlukan tokoh² yang berani atau pandai berpidato untuk mematahkan hujah² pembangkang.

Yang paling menarik minat tentunya lantikan Ketua PEMUDA UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kedalam barisan kabinet. Sejauh mana kepercayaan Najib terhadap Khairy?? Kedengaran Khairy akan disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO sebaik sahaja Pak Lah turun dari jawatannya. Biar masa yang menentukan.


Teori RAHMAN mencipta sejarah yang tersendiri. Angan² Anwar Ibrahim untuk bersemayam di Seri Perdana Putrajaya umpama cerita dongeng kanak² yang ingin tidur. Hanyut dibuai mimpi dan angan² kosong yang bisa membuatkan semua khalayak terpesona dan terpedaya. Aduh asyiknya.


Apapon, terima kasih kepada Pak Lah diatas kepimpinannya selama ini. Dan Selamat Datang Najib ke pentas yang mencabar ini.
Dari Parit ke Bukit Gantang!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan