Jumaat, April 03, 2009

Seloka Bukit Gantang!!

Sultan DiJunjung! Si Derhaka Di Hindari!!

Salam adik kakak di Perak
PRK 07.04.09 tentu corak
Bt. Gantang kini bergolak
Nizar penderhaka berlagak


Dulu nik aziz pun tak suka
Akhirnya nik aziz akur jua
Jaga DAP atasi PAS gaya
Jasa DAP diingat bila-bila


Dengan hanya enam kerusi
Dalam DUN Perak dimiliki
Selepas PRU12 ala tsunami
Pada PAS kerusi MB diberi


Bukan sulit ramai yang tahu
Nizar jadi MB ada pemandu
DAP guna exco, nizar pacu
Kehendak DAP utama dulu


Kurang setahun lagak gaya
Si penasihat PKR ikut serta
Kuatkan PR Perak tak jaya
Sebaliknya PR ditimpa bala


Dari majoriti tukar minoriti
ADUN sokong BN majoriti
Pelaksanaan demokrasi ikuti
Nizar jadi MB tak tepat lagi


Sultan Azlan bijak dan tahu
Kestabilan Perak utama dulu
Bubar DUN Perak tak perlu
Pihak majoriti Sultan ketemu


Umpamakan sesi temuduga
ADUN majoriti baru semuka
Pada Sultan sembahkan setia
Nizar mohon sembah derhaka


Undang Tubuh Perak diikuti
Dilantikkan Zambry MB kini
Disertai barisan exco negeri
Tapi Nizar berlagak MB lagi


Pada Sultan “derhaka” dipalu
Bila kuasa gugur sikap melulu
Mufti Perak dijadikan seteru
Manakah kesopanan Melayu


Hikmah PRK Bt.Gantang ada
Pengundi melihat penderhaka
Si Nizar tidak patut beri muka
Undi nizar, penderhaka dipuja


PRK Bt.Gantang amat bererti
Para pengundi mesti satu hati
Melayu, Cina dan India sekali
Keadilan Sultan Perak terbukti


Bila DAP,PKR dan PAS bersatu
Bentuk Pakatan Rakyat terburu
BN tidak buat apa kacau ganggu
Pada Sultan tiada derhaka laku


Hari mengundi semakin dekat
Wajar para pengundi berpakat
Virus “derhaka” wajib disekat
Semoga Perak dilimpahi berkat

*Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sahabat Serling diatas sumbangan beliau.
http://koleksipuisiserling.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan